Tuesday, March 10, 2009

Kisah Berkasih Dengan Perempuan Lebih Tua

rasa agak lelah terkejar kesana kemari dengan kerja, apa nak buat dah kerja.

pagi tadi tiba2 aku didatangi oleh pegawai socso (perkeso) yg membuat lawatan terhadap salah satu syarikat dalam jagaan aku. alhamdulillah, semua berjalan lancar. nak ajak gi makan tengahari, pegawai pompuan. takut tersalah anggap pulak. maklumlah baru pertama kali bersua, cik lagi yer? tak faham? masih muda, dan belum berkahwin. pergh! memang comel lote la cik mek kelate ni. Astarafirullah! terover pulak. tapi dasar orang yg lurus, aku terus cakap tadi aku dah kawin. bukan... bukan... aku bukan nak memancing dengan sengaja mengayat dia, aku cuma secara tidak langsung memberitahu dia bahawa time aku layan dia adalah sampai jam 11.15am je sebab aku nak jemput anak aku disekolah tadika. aku tau mesti ada yg ingat aku saje guna ayat "saya dah berkahwin" untuk menahan lukah. ala korang pun tau, stok lelaki baik dalam dunia hari ni dah makin kureng. jadi permintaan berkongsi kasih adalah tinggi. tidak! bukan aku.... dan bukan sekarang (aikk! lain macam je bunyinya).

tidak dapat dinafikan, dalam bekerja dan berkehidupan, godaan wanita cantik adalah sukar dielakkan. apatah lagi orang macam aku yg sering digelar oleh isteri aku sebagai "cepat sangat jatuh cinta", dan "pantang tengok perempuan cantik sikit mula berkenan". pada aku tak salah memuji keindahan makhluk ciptaan manusia yg berlainan jenis dengan aku itu. bila isteri aku muncung bila tengok aku menjeling perempuan cantik, aku segera berkata "Ayang patut bersyukur dapat suami macam abang, dah bertahun kahwin tapi abang masih normal. abang tak pernah minat kat kaum sejenis abang. ayang juga harus tau bahawa abang menjeling pada perempuan cantik, tapi tempat mereka hanya dimata. sedangkan tempat ayang tetap teguh dihati". biasalah pompuan, kalau puji sikit cair ler... (tapi aku memang maksudkan apa aku cakap).

dalam berkenalan dengan gadis2 cantik ni (cantik pd aku sgt subjektif), macam2 gelagat aku dah jumpa. dari jenis manusia pisau cukur kepada manusia lurus langgar tembok. banyak aku dah kenal. dan aku bersyukur dengan isteri yg dianugerahkan kepada aku sekarang. betullah cakap kawan aku "walaupun ko ada sedozen makwe, tapi kadangkala sebenarnya ko akan dapati sorangpun tak layak dibuat bini". aku bukan kata mereka pompuan tak baik, tapi matching nya tak ada. FULL STOP.

aku tiba2 teringat beberapa malam lepas aku ada layan tv9 (channel rasmi wife aku) berkaitan fenomena pompuan kahwin lelaki lebih muda. aku ada kisah benar nak dikongsi....

begini kisahnya...

kisah ni terjadi masa aku di tahun 3 di uum. dah senior, langkah aku agak panjang dan mata aku kadang2 agak juling memerhati dan memilih junior2 yg comel2. suatu hari, kelab yg aku sertai akan mengadakan suatu sekolah angkat di yan, kedah. dan fasilitator2 yg berminat mula mendaftar diri.

jeng..jeng..jeng.....

pada perjumpaan pertama fasilitator utk pembahagian kumpulan iaitu setiap kumpulan mesti terdiri daripada 2 fasilitator, sorang lelaki dan sorang pompuan. jeng..jeng..jeng (lagi sekali ke?) aku terpandang seorang pompuan ayu bersimpuh malu (semua duduk dilantai. yg lelaki bersila, tak kan pompuan nak bersila kot?). aku tiba2 terasa jatuh cinta pandang pertama pada malam itu. dalam doq hirok pikok tu tiba2 macam ada life band sping doq menyanyi dalam telinga aku. begini antara bait2 lagi dia "ku tak tau mengapa, tiba2 sahaja, didalam hati ini sering rindu pada mu, ingin ku meluahkan, tak terdaya....". lagu ini berkumandang hampir setiap hari selepas tarikh pertemuan itu (sebab aku beli kaset tu dan mainkan lagu tu dibilik aku). he.3x... dah terkena ke??

aku cepat2 berbisik pada presiden kelab dan ajak2 untuk mengoffer diri aku satu group dengan pompuan cantik tu. ada bantahan dari sahabat aku si saadiah (bukan nama sebenar)yg juga ajk induk. dia cakap itu adalah kawan dia, dan sebelah bilik dia. dia takut aku saje nak kenakan pompuan tu. majoriti kawan2 tau, aku suka mengenakan kawan2. maksud aku aku jnis suka bergurau.

apabila tengok kesungguhan aku (dan barangkali mengambilkira kedudukan aku sebagai timbalan presiden kelab), aku dan si dia dipilih dalam satu kumpulan. halimaton saadiah (bukan nama sebenar) itulah tuan punya badan. "kulit bagai telur dikupas, hidung bak mancung seludang, senyum bak bunga yg kembang, kurus bak angsa flaminggo, dan tinggi yang tak cukup baja". dan itulah ciri2 gadis idaman aku dari dulu sampai kini (kini???).

disekolah angkat, kami sering tidak sependapat, dan kerana aku hero dalam cerita ini, asyik2 pendapat akulah yg diterima pakai. aku cuba2 mengayatnya tapi tak jalan, aku guna ayat majmuk gabungan dan pancangan; dia guna ayat pasif (ayat booo layan la deii..). waktu berlalu bagaikan kilat, dan lepas itu kami sering berutus khabar (aku tanya khabar, dia jawab khabar baik je...). tapi aku tak putus asa, alang2 mandi biar basah. alang2 mengorat, biar jadi awek. kawan2 semua dah tau aku nak ngorat, kalau tak dapat 2 semester kena kutuk. akhirnya kami jadi intim.

Eh! Eh! apa kaitan cerita ni dengan perempuan pilih lelaki lagi muda?
Woi... baghal! tunggu aku abis cerita daa.....


aku sambung balik...

suatu hari ketika dating, tiba2 si gadis bertanya :

ima : apsal awak suka saya?
aku : entah. tapi kalau saya tengok awak, saya rasa tenang je.
ima : mengarutlah! saya tanya betul2 ni?
aku : betul! saya dah jumpa ramai perempuan, tapi awak berlainan dari mereka. saya tak dapat gambarkan perasaan saya itu. tapi cukuplah saya katakan saya sayang kat awak. sejak hari pertama saya pandang awak di pkp (pusat kegiatan pelajar) masa perjumpaan kita dulu, dan sampai kini ia tak pernah luak.
ima : sayang? awak jangan main2 tau. awak patut panggil saya kakak tau.
aku : (terkedu. tapi otak ligat berfikir. tapi dah terjebak sejauh ini, aku tak mampu undur bak kata bijak pandai cina "kalau kuda tunggangan anda mati, bersedialah berjalan kaki". ) saya tak kisah. Rasulullah S.A.W. juga berkahwin dengan Saidatina Khadijah walaupun tahu usianya lebih tua dari Baginda. saya cuma manusia hina, saya tak kisah.
ima : betul ke awak tak kisah? tak malu ke nanti orang cakap awak 'kawan' saya yg lebih tua. pangkat kakak?
aku : betul. saya tak kisah.
ima : lega hati saya kalau camtu.
aku : (lagi lega. at least, aku tau memang dia sayang banget kat aku).

dalam doq2 bercinta dengan orang pangkat 'kakak' tu, aku diam2 merisik khabar berapa tuakah dia dari aku. sebab dia pernah sertai xtvt kelab, nombor kad pengenalan dia mesti ada, so aku risik2lah. korang nak tau betapa tua si dia dari aku? bukan... bukan setahun, bukan 5 tahun? No.. semuanya salah! aku sendiri tersilap percaturan umurnya. dia lewat masuk 'u' dan umurnya sebenar tidak ketara kerana dia masuk sebagai junior, dan saiz badannya yg kecil. sebab sebenar ialah hati dan pandangan aku dah dibutakan dengan kasih sayang, usia tolak tepi.

tapi aku tekad (pada masa tu). aku tetap dengan janji manis aku dulu. aku tetap setia dengan dia walaupun dia lebih tua 5 HARI dari aku.

kuang.kuang...kuanggggg! (kepada razman, dan keghorl (limbong)korang DIAM! jangan buat ulasan lebih2. anggaplah ini semua cerita rekaan semata2.


izzi note :
didoakan ima beroleh jodoh yang lebih baik dan berbahagia ever after. Amin...




Oh ya! seperti dijanjikan aku nak buat sedikit ulasan berkaitan Novel HORIZON CINTA karya novelis UMI AZRINI

Sinopsis :
Novel ini mengisahkan Zariz (E-zo / Parut Petir)yang menutup pintu cintanya akibat dikhianati cinta kekasihnya, Naiima. Zariz sekadar membiarkan hatinya terubat sendiri dengan kesibukan tugasnya sebagai pegawai sebuah kapal dagang.

namun, hati & ketenangannya terganggu dengan kehadiran zara (jennifer mcLaren Lee)iaitu adik kapten kapalnya yg turut sama belayar bersama2 mereka. dendam zara terhadap zariz yg bermula sebelum mereka ditemukan didalam kapal tersebut emmbuatkan zara tidak henti2 mengenakan zariz, apatah lagi menggunakan kuasa abangnya. dengan kehadiran si jelita zara di atas kapal, zariz dibenci oleh beberapa pegawai atasnya yg cuba memikat zara. kebencian zariz terhadap zara bertambah kuat.

beberapa kejadian diatas kapal melibatkan mereka berdua membuahkan bibit sayang antara mereka. kasih sayang itu terus bercambah selepas pelayaran berakhir. dikesempatan cuti pelayaran selalu diambil zariz untuk mendekati zara. namun kewujudan semual naiima yg merupakan downline direct selling zara yg rapat sering merobek cinta zara dan zariz.

adakah kasih zara dan zariz terlerai dengan kewujudan naiima?

adakah zara mempu memujuk abangnya untuk memeluk agama Islam?

adakah mereka berjaya disatukan?

sebab aku janji nak beri sedikit ulasan, itu dah cukuplah. tak cukup! kalau nak tau lagi BACA SELANJUTNYA DISINI

20 comments:

ILA said...

YA ALLAH!!!TERGELAK2 AKU SEBELUM NAK BUAT KOMEN NIIII!!!
so..terus terlupa apa aku nak cakap.

mcm ni lahhh...saya cuma bley simpulkan..kau ni terlalu taksub dgn buku2 novel tu.Tu yg 'kepala' asyik pikiaq cinta lama tu...

tak per...kuato lelaki islam bley beristeri AMPATTTT!!
(saje jerrr..nak sedapkan hati kau..hehe)

izman said...

ila,
ye ke pengaruh novel. aku kena kurangkan baca novel la ni.

satu wife dah cukup. yg aku nak tambah cuma bilangan anak2 je.

suzieapai said...

heehheee....nasib sy tak knl kamu ms kt uum dulu.. klu tak mesti aku leh kutuk giler2...hiks..

izman said...

suzie apai,
kalau kenal, mesti kita boleh sama kutuk orang lain la, baru best.

Mak Su said...

5 hari? ish,, tak percaya ler. ko tiffu ek?

cakap ler betol2, berapa tahun beza?

aku dulu pernah kwn ngan budak lelaki yang muda 2 tahun dari aku, gitu ler, rapat2 gitu2. last2 time dating kat puduraya, aku tak datang (sebab aku fikir aku tak sukalah lelaki lebih muda, takut nanti aku dah tua kerepot, tapi dia masih ensem, aiyo... habislah)

izman said...

maksu,
betul! beza umuq lima hari sahaja. saya lahir 03 feb 1976, dia lahir 5 hari sebelumnya.

maksu pun penah tergoda lelaki muda ya.... muah.3x.


opss! tadi kata cerita rekaan.

Kapten Luffy said...

cis! 5 hari jer nak kecoh... kakakakaka...

p/s: mudah jatuh cinta? kita satu spesies ni

izman said...

monkey d luffy,
ha.3x.... banyak la ko kita satu species. sebenarnya species tu sama dengan kita.

NFA said...

hahahah..
engatkn 10 thun or 5 thun above..
rupanya 5 hari jew..
ceyh!
;D

izman said...

fafaz,
trima kasih ziarah blog aku ni.

eleh... biasalah pompuan. 5 hari pon kecoh. padahal aku ok jer, kalau beza 5 thn kena fikir gak le, kalau beza 50 tahun memang gile babas la kalau masih fikir lagi. aku la....

patungcendana said...

salam izman...

jamee kata thanks...interstingnya topik kau ni...hehehe...

salam maulidur rasul...

Abang Long said...

Tak nak komen banyak ... cuma nak tergelak je dengan orang lurus bendul ... hahahahaha .....

Nur a.k.a admansyah said...

ko tau... barux2 nie aku takleh msk blog ko1 x taw ngaper! ada org sabotaj kot???

Citer psl kisah cinta kat U nie mmg menarik, kan? aku pun ada satu.. ms join grup Canoe! cisss... kisah aku lak menempek kat blog ko! he.. ampun...

Cuma satu jer dr aku... Dr dulu sapai laa nie... aku PANTANG BERKENAN ngan guy yg muda dr aku! tu jer...

izman said...

patungcendana,
trima kasih singgah.

datang lah selalu.

izman said...

abang long,
camtu lah nasib orang lurus bendul cam saya ni...

izman said...

nur aka admansyah,
kalau blog aku kena sabotaj memang lawak la....

ish.3x ko pun ada crita gak psl cinta masa berpersatuan ni. kalau ko malu stori kat blog aku atau blog ko, ko email aku.

lelaki lebih muda ok apa....

Anonymous said...

lawak giless.. terguling2 baca...
bagus lah bro. puji pompuan cantek tapi dlm hati ttp wife yg sorg tur..

sorg isteri je pon cukup la.. tak pyh fenin kapla... wokey!!!!

p.s da lama tak baca novel bro

izman said...

lieza,
thanks singgah. dtg lagi yer...

wife tetap dihati, pompuan cantik tetap pandang.

Rayz said...

br nak komen dah kena warning!

izman said...

nadya,
tau tak pe!