Wednesday, March 25, 2009

Aku & Dragon Ball

Kadang2 otak aku blurr nak berblog apa, kadang2 terlalu banyak idea sampai nak blog 4-5 entri sehari. opss! sebelum tu aku nak mintak maaf kat kawan2 yang invite aku joint friendsters, tagged, hi-5 (aku memang pengguna hi-5. roti hi-5 laa...), myspace dan sebagainya. "bukan ku tak sudi, sayang......" kata lagu saleem iklim, tapi hati belum terbuka ke arah itu. setakat ini cukuplah sekadar berblog dan beremail.

oh ya! aku perasan ada sahabat yang cuba call aku tapi aku tak jawab, pastu kata aku sombong. bukan aku sombong, tapi aku tak suka jawab panggilan dari nombor yang 'tiada nombor'. nak call, buat apa guna panggilan tanpa nombor. biasanya aku akan call balik talian yg tak berjawab jika aku dalam meeting, masa beribadah, makan atau masa aku memang tak mau diganggu. cuma kalau ada urgent, tinggallah pesan. kalau call 2-3 kali masih tak jawab, tinggalkan sms. biasalah ada 2 phone, kalau aku rajin aku bawa 2 sekali, kalau malas, aku bawa satu. kalau lagi malas, dua2 aku tinggalkan kat rumah. kalau ko ingat wife aku nak tolong jawab, memang tunggu kucing bertanduk ler.

err... trima kasih pada mereka2 yang mengiklan dalam blog aku. lepaslah aku tengok wayang bulan ni. walaupun rating aku cuma takat 5-6 orang, ada jugak yang sudi meletak iklan dalam 'IZZI ADVERTIZING'. ala takat 50 sen per entry tu bukan banyak mana kan. cuma aku perhatikan banyak yang bersifat affiliate, penulis2 buku, pemilik blog, pemilik website, online shop, korang tak nak cuba ke??

ha! crita pasal tengok wayang, dalam doq menanti hari gaji yang memang penghujung hari setiap bulan, aku dah risik2 kawan2 yg nak join aku tengok wayang. crita Dragon fruits! he.3x, lawak la tu kononnya.... Dragon ball: evolution. aku dari kecik memang peminat fanatik dragon ball ni, sebut je buku2 dia, semua aku ada. semua tersimpan elok di rumah papa aku. aku dulu share beli ngan adik2 aku. maklumlah dari kecil minat kartun, dan tiap2 bulan banyak komitment nak beli majalah gila-gila, ujang, apo? cinta@moy. buku2 komik/manga jepun (aku juga suka mangga siam) aku beli doraemon, dragon ball, slumdunk dan beberapa buku lain. komik hong kong, aku beli dan kumpul complete siri untuk harimau laut, dewata raya, alam perwira, maharaja petualang dan beberapa siri komik lain. best woo... balik kampung cuti panjang sikit, lepak dalam bilik layan komik dengan anak2.

crita bab dragon ball ni pernah masa aku kerja kat syarikat yg lama, boss aku selalu suruh aku kerja hari sabtu. sebab dia boss aku tak de pilihan, kena kerja. tapi aku cakap kat boss aku.... begini

kuli : "en. f, kalau nak saya kerja hari sabtu boleh, tapi saya masuk jam 1030 pagi"
boss : awak masuklah pukul 8 pagi. tunjuklah contoh kat staff2 awak"
kuli : tak boleh en. f, saya ada hal tiap2 hari sabtu
boss : aik! tak kan setiap hari sabtu ada hal. hal apa tu??
kuli : err... saya dah lama follow crita dragon ball setiap hari sabtu. rugilah kalau miss satu episod.
boss : (sambil mengeleng kepala) kamu ni, hantu kartun betullah. sama macam anak2 saya. bila tengok kartun, masing2 tak berkelip biji mata. ok lah....
kuli : terima kasih en. f. bab kerja tu jangan risau, saya akan pastikan semua menda yang nak dibuat, saya aturkan dengan supervisor dan staff yang kerja hari sabtu sebelum balik hari jumaat. bila saya datang hari sabtu, saya check la balik kerja diorang.
boss : ok... saya percaya kamu boleh arrange, tu pasal saya bagi awak kelonggaran datang lewat.
kuli : he.3x (sambil tersengih macam kerang busuk dengan struktur hidung yang agak kembang kempis menerima pujian). nanti saya belanja en. f, pekena char kuew teow.
boss : ok!

crita kat atas aku sebut char kuew teow kan? eloklah tu sebab balik kerja semalam, aku dan dua orang sahabat sempat singgah di gerai char kuew teow hayda di pendamar indah 1. char kuew teow dia cam biasa memang sedap, dan lebih lazat lagi bila sambil2 makan mata menjeling gadis2 yang makan dimeja sebelah. may be diorang baru balik kerja jugak. ni gambar set hidangan yang aku bedal petang semalam; char kuew teow biasa dengan lada jeruk, beserta teh o' ais limau.



balik kena makan lagi, hancus lagi diet aku.


10 comments:

Mak Su said...

mak aiii, dragonball punyer pasal, ahaks

ILA said...

la aiii...aku tengok tajuk dari jauh macam "FISH BALL" cos siap ada gambar mkanan...:p

ehh..ye ker..kau dah SLIM??
bapa KG turun??

izman said...

maksu,
err.. malu pulak rasanya. memang saya suka dragon ball.

izman said...

ila,
ko asyik2 hasut aku suruh makan. orag kata dragon ball ko nampak fish ball lah, kaya ball, dan macam2.

slim? dah naik balik lah. dulu turun beberapa aun kot!

Monkey D Luffy said...

cerita malaysia arahan yasmin dah keluar... TALENTIME... jom!

izman said...

telentime,
secara ikhlas aku sangat kat suka tengok filem melayu di pawagam. yg lepas2 membosankan kalau bab filem melayu.

may be boleh consider kalau ko kata sedap.

suezensuzanna said...

ahaks....pendamar tuh kat en ek??mcm pernh dengar....mcm x pernh plak:D

maza said...

jaman kochik2 den, den suko baco "Anak2 Wira"

Dragon Ball nie den tak minat sangat...hehhehe (sorry bro)

Satu laie, den suko tengok coghito "Toriton"

hehehhe

lepas tengok coghito tu ha, apa laie, berkubang kek sungai dopan rumah tu ha... sampai merahlah biji mato eh!

wakakaka

izman said...

suezensuzanna,
ko ni buat pening kepala aku la....
pendamar tu kat port klang.

trima kasih singgah.

izman said...

maza,
trima kasih bro psl singgah.

toriton? cerita dalam air tu ke, yang dia tiup sacsafon kulit kerangan tu?