Showing posts with label koleksi lawak jenaka. Show all posts
Showing posts with label koleksi lawak jenaka. Show all posts

Sunday, February 22, 2015

TELATAH ANAK IZMAN : SUDU VS TANGAN

Sudu vs tangan. 

Masa ingin makan tengahari, anak bongsuku fahmi enggan membasuh tangannya.

Ayah : nak makan nasi kena basuh tangan dulu sayang.
Anak : tak nak basuh tangan!
Ayah : tak basuh tangan tak boleh makan!
Anak : ummi... ambik sudu, nak makan nasi.
Ayah : kenapa nak makan degan sudu, tangankan ada.
Anak : nak makan dengan sudu jugak!
Ayah : kalau makan dengan sudu, abis tangan tu nak buat apa?
Anak : tangan pegang sudu la... (sambil menyuap makanan).
Ayah : (hanya menahan diri daripada menjadi incredible hulk).

#TelatahAnakIzman

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Sunday, January 18, 2015

telatah anak izman : TEMPE

Tempe.

Lokasi : pasaraya.

Anak2 : kenapa ayah x pernah langsung beli tempe?
Ayah : ayah pernah dikecewakan wanita jawa banting. Jadi ayah x nak ada apa2 jawa dlm rmh, termasuk asam jawa. 
Anak2 : oo....
Ummi : ye lah tu ( sambil mencebik).




Saturday, December 13, 2014

LAWAK ANAK-ANAK : AYAH TIPU

Ayah tipu.

Sampai rumah dari pasaraya tadi tiba2 anak bongsu ckp "ayah tipu. Ckp td nk gi LAUT".
Aku tergelak, ni kes silap fhm ni. Aku ckp " adik cepat gi mandi. Nanti ikut ayah pergi beli LAUK.".

Friday, May 27, 2011

Waiter, Bawa Mouth Cleaner Cepat !

dalam pekerjaan, pergaulan dan sebagainya, selain bahasa melayu kita terpaksa juga berkomunikasi menggunakan bahasa lain. ye lah, dengan orang teganu, cakap slang teganu. dengan orang kelate, kene kecek kelate. dalam kepelbagaian bahasa itu, kita kena jugak menguasai bahasa inggeris.

pada aku secara peribadi, orang melayu (termasuk aku) lemah dalam komunikasi dalam bahasa inggeris ni. pun begitu, terpaksa juga menggunakan dalam komunikasi dan mesyuarat saban hari. so, bahasa inggeris aku takde lah tahap kambing, dan tak juga tahap gaban. sekadar tahap 3 anggur. sekurang2nya bila orang bercakap aku faham dan aku boleh berkomunikasi dengan agak baik.

aku bukan nak cerita bab2 kejanggalan orang melayu berbahasa inggeris bila di temuduga. dalam transkrip bahasa inggeris skor, tapi bila bukak mulut bercakap..... heh.. malu. kekadang masa interview, orang yang melayu yang diinterview galak doq cakap orangputeh sedangkan kami penemuduga haram tak faham. bayangkan dia bercakap inggeris slang kampung nenek dia, kami yang sekolah kampung lain mana faham. yang agak sewel sikit tu, kami dah malas nak layan dia cakap orang puteh, dan kami cuba bertanya dalam bahasa melayu (even aku je penemuduga melayu), si ditemuduga doq cakap orang puteh kampung nenek dia jugak. kesimpulan aku? reject je. he.he.he....

lain kali aku cerita pasal pengalaman2 menginterview. aku nak cerita satu kisah lucu dengan kawan2 aku.

begini kisahnya.

korang tau la port klang ni ialah syurga dunia bagi penggemar seafood. so, kami di port klang ni selalulah ke seafood kalau ada duit. kadang2 bawa keluarga, dan ada juga bersama kawan2. dengan kawan2 ni biasanya geng2 sekerja, saje lepak2 ramai2.

kalau makan berkawan, biasanya dalam semeja lah, 10 orang. bayar tong2 la, mana mampu kalau asyik nak tanggung. so, kami biasanya order tomyang special, kerapu stim, siakap 3 rasa, ketam masak berlada, daging rusa masak kicap, softcrap masak butter, butter prawn, dan seangkatan dengannya. nasi tu biasalah, tambah sekadarnya; biasanya 2-3 kali sorang. percayalah, aku rasa kalau sorang2 dibacakan ayat2 Roqyah, bertebaran syaitan2 dan jin2 dari perut diorang.

sambil2 makan tu biasalah acara kutuk mengutuk sesama kawan2. kutuk boss? mana ada kutuk boss, kami semua pekerja cemerlang, tak baik la kutuk2 boss. boss yang bayar gaji kita tau.

abis makanan berat, tiba2 kawan aku si saiful nizam (bukan nama sebenar)memanggil waiter. dia bercakap dengan kuat "Waiter, please bring mouth cleaner!". si waiter tercengang2. kami yang lain melihat dia dan waiter dengan seribu persoalan. ko mintak apa ni. waiter bertanya "encik mintak apa?". dia cakap "mouth cleaner, mouth cleaner. kami dan waiter masih kehairanan. aku tanya "woi pul, ko mintak ape?". korang ni lembab la, aku mintak mouth cleaner, ala pencuci mulut.

waiter berkata "oo... encik nak cuci mulut. itu sinki, encik boleh basuh disana.
kawan aku tu tak puas hati "bukan nak cuci mulut dengan air la, nak buah2an.
waiter tersengih " encik nak pencuci mulut, dessert"
kawan aku "ya, bawa mangga, betik sama tembikai.

dari kejauhan aku lihat waiter tu bercakap2 dengan kawan2 dia sambil menunjuk ke arah kami. kemudian gelak2. sah, memang gelakkan kawan aku tu lah. tak pasal2 kami tumpang semangkuk.


moral of the story :
malas nak cakap apa moralnya, korang fikirlah sendiri.

Friday, April 22, 2011

Dara Tu Apa Ayah ???

2 hari lepas, masa balik dari pejabat, masa rehat2 di kerusi, anak lelaki sulungku, luqman menyuakan yakult yang dah hampir setahun kami menajdi pelanggan tetap dan dihantar kerumah. baru je menghidup air yakult, luqman bertanya "Dare tu ape ayah?". perrr...bersembur air yakult dari mulut aku. kalau anak jantan aku tu dah muda belia tanya, aku rasa rasional sebab dia kena mencari pasangan yang bukan sejenisnya untuk berkahwin. tapi luqman baru berusia 6 tahun 4 bulan 1 hari. naik pitam aku sekejab.

namun sebagai seorang bapa yang berpendidikan tinggi, berfikiran terbuka, aku memulakan perbualan dengan anak lelaki aku itu mengenai persoalan 'ape itu dare'.

ayah : luqman nak tau ape itu dare?
anak : ye ayah. dare tu ape?
ayah : dare, atau dara, atau perawan..... eemmmmm, eemmmmm,... adalah membawa maksud sama. ia adalah harta kepunyaan orang perempuan yang harus dijaga.
anak : kenapa nak jaga ayah? takut orang curi ke?
ayah : bukan orang curi, tapi orang tebuk.
anak : tebuk macam mana ayah?
ayah : dara tu ada dalam kemaluan perempuan. sebelum kahwin tak boleh tebuk.
anak : kemaluan perempuan tu ape ayah?
ayah : 'pepek'
anak : tebuk macam mana ayah?
ayah : guna 'burung' macam luqman ada la...
anak : oo.... tu dare dia la ayah.'
ayah : ye. sebelum kahwin tak boleh buat, nanti dare hilang. berdosa.
anak : ooo....
ayah : dah faham apa dia dara?
anak : faham kot.
ayah : dah la tu, nanti besar, luqman faham sendiri.
anak : ok.



choppp!chop!....

hanya perenggan pertama je kisah benar. perenggan selepas tu semua BOHONG, rekaan aku je. even aku bekolah tinggi (sekolah menengah aku di sekolah menengah damak memang tinggi, atas bukit buluh), aku tak seterbuka begitu. aku konservatif, maklumlah budak kampung. even aku dulu masa bujangan sukakan perempuan2 genit2, gebu (bukan gumuk), seksi, skirt pendek, dedah sana sini..... bila masa nak beristeri, aku sebenarnya sukakan gadis langsing dan bertudung. heh... so typical.

berbalik pasal cerita luqman, aku tidak seterbuka itu untuk bercerita kepada luqman mengenai 'dara'. aku bapa berketurunan melayu malaysia. kalau aku bapa negro di kota london, may be aku senang2 je bukak youtube mengenai video mengenai dara.

ini adalah cerita sebenar setelah persoalan di perenggan pertama.

anak : ayah, dare tu ape?
ayah : dare? kenapa luqman nak tau?
anak : luqman beli mainan tadi, dapat benda, dia tulis dare?
ayah : macam mana ejaan dia?
anak : D,A..Da. R,E...Re. Dare...
ayah : Dara ke? Dare?
anak : Dare la ayah.
ayah : mana menda tu, tunjuk kat ayah...
anak : ni dia ayah.....

-
-
-
-


Opss.... ni gambar anak aku. gambar 'DARE' yang dimaksudkan adalah seperti berikut :-



heh... buat saspen aku je. menda yang luqman tanya tu sebenarnya tidak lebih dari button badge yang bertulis bahasa inggeris "DARE" iaitu slogan yang mencabar jiwa2 yang berani.

kalaulah benar anak lelaki aku yang sekecil itu memang tanya maksud "DARA" sebenar, 2 hari kot aku pitam.


IKLAN-----------------------------------------------



Nak info atau pesanan, layari facebook Faiza Shoppe dengan menekan link dibawah :-
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=460191140683051&set=a.460191027349729.94584.460188577349974&type=1&theater

Monday, March 21, 2011

Abang Nak Madu?

dalam akhbar hari2 cerita pergaduhan, perceraian dan perebutan hak penjagaan anak. heh... dunia dah nak kiamat barangkali. pada aku, isteri ni kalau kena anginnya, tak payah bergaduh nak paksa depa sign surat kebenaran bermadu, depa yang suruh.

err... so far aku belum la ke arah itu even ramai keluarga besar aku memang jenis tak cukup sorang isteri. may be kami terlebih kasih sayang, tu yang nak kongsi kasih sayang dengan ramai isteri tu.

bercakap pasal nak tambah isteri, tok sah nak cong aku la, rata2 ramai lelaki yg bergelar suami kat luar sana tu ada keinginan nak beristeri lebih dari satu. pun begitu mmg ada yg setia pada satu, dan aku tabik pada mereka. yg lain pula even ada satu isteri, tapi bila tengok perempuan diluar, perghh... nak terjojoi bijik mata. tak salahkan diri sendiri dan mereka, perempuan sekarang nak terlebih seksi. dulu orang pakai baju dalam kat rumah pun segan, ini selamba je pakai pakaian dalam ke bandar atau tempat kerja. fesyen kata depe.

berbalik pasal cerita bermadu ni, baru2 ni masa di pasar malam brinchang. since suami misalli (bukan mithali)semua benda aku uruskan, isteri lenggang je ke pasar malam. doq asyik membeli, tiba2 isteri bertanya :

isteri : abang. abang nak madu tak?
suami : madu?
isteri : ye, abang nak madu tak?
suami : madu, mestilah nak.
isteri : abang nak madu dari mana?
suami : abang ada pilihan ke?
isteri : ada. nak madu jerantutke? ipoh, cameroh highlands... nak mana?
suami : ipoh pun ok pasal jauh. cameroh highlands pun bagus sebab buleh selalu datang sini. madu jerantut tak nak la, susah kalau bermadu sekampung ni?
isteri : aikkk.... ni melalut apa pulak ni? ayang tanya nak beli madu lebah dari mana? ada madu lebah jerantut, cameron highlands dan ipoh?
suami : Oo.... cerita pasal madu lebah ke? abang ingat nak beri kebenaran bermadu.
isteri : gatalnya.... anak baru 3 dah nak cari lain ye.
suami : bukan gatal, kalau ada madu dirumah, boleh tolong2 ayang didapur. abang bukan nak sangat, tapi kalau ayang paksa, abang ikut je. abang redha.
isteri : nak sangat la tu, ikut la perangai toknenek semua kawin ramai tu.
suami : bukan salah, meramaikan umat manusia. pasal bermadu tadi boleh ke tidak?
isteri : (diam dan muncung)
suami : (alamak, sejuk2 macam ni tidur peluk anak je la aku)

Tuesday, February 22, 2011

Menyorok Dalam Almari Kerja

dalam pekerjaan aku sebagai orang HR, aspek disiplin ni sangat penting. even dilabelkan sebagai suka mencari kesalahan orang, aku redha. aku buat bukan sebab aku dengki terhadap perangai mereka yang suka melanggar kesalahan, tapi kekadang sakit hati je dengan perangai mereka yg macam tapir afrika tu.

kesalahan orang ni kadang2 sengaja dicari, err maksud aku kdang2 aku sengaja datang awal tunggu depan pagar tunggu orang lewat datang. lewat kalu..... sendiri mau ingatlah. pun begitu kadang2 kesalahan tu tak perlu dicari, ia datang by chances.

beberapa hari lepas semasa aku tengah melawat production, aku teringat nak jumpa seorang supervisor ni sebab ada benda aku nak tanya. aku tanya pekerja bawahannya yg berbangsa vietnam. mamat vietnam ni masih baru lagi, jangankan cakap melayu, cakap orang puteh pun dia tak reti. selalunya guna bahasa isyarat je.

melayu : where your supervisor?
vietnam : tu... (sambil menunjukan meja kerja supervisornya)
melayu : (ke meja kerja tersebut, tapi tiada orang)where?
vietnam : (menunjuk isyarat di meja kerja) boss... boss got.
melayu : (agak panas) where your boss?
vietnam : (terkejut dan biskas berlari ke almari besar di sebelah meja kerja) boss (sambil menunjuk kedalam almari).
melayu : (berfikir bahawa supervisor tersebut mencuri tulang dengan menyorok dalam almari, segera mengeluarkan henpon dan bersedia snap gambar). open. buka almari.
vietnam : (membuka pintu almari). here boss ....
melayu : (mencari2 sambil bersedia ambil gambar. takde orang). no.... tak ada orang. where boss ?(suara digarangkan tahap lapan)
vietnam : here boss (sambil memegang beg kerja supervisor tersebut).
melayu : (dah faham bahawa vietnam tu sebenarnya nak tunjukkan bahawa supervisornya kerja, tapi may be pergi ke tempat lain sebab ada kerja). ok.ok....


lahanat punya vietnam, terkena aku. sudahnya aku dail je nombor telefon supervisor tu. ye lah, alang2 telefon dah ditangan sebab nak ambik gambar orang tidur dalam almari tadi kan. rupanya supervisor tu pergi memerut (ke tandas).

Tuesday, June 8, 2010

Bini Yang Sama Bertahun-tahun;Tak Kisahpun!

dalam sesebuah perhubungan, kita kena menerima kelebihan dan kekurangan pasangan kita. lebih2 lagi kalau sebuah perkahwinan. ya... tiada yg sempurna, dan kita kena akui kekurangan diri, dan kena perbaikinya.

ye... akupun sama. dalam perhubungan aku juga ada kalangan terlalu berlebih2, dan ada kalanya terlalu berlembut. dulu masa bercinta bolehlah undur diri atau melarikan diri (opss!!)

emmm.... just nak kongsi satu kelemahan aku (tabiat??) yg sering ditegur wife.

isteri : abang... cuba la pakai baju lain. asyik pakai baju tu je.
suami : la.. apa salahnya.
isteri : tak salah, tapi warna dia dah luntur. baru basuh, belum lipat lagi dah pakai balik.
suami : dah basuhkan? dah bersih, pakai je lah.
isteri : memang bersih, tapi baju lain kan banyak lagi.
suami : dah baju tu selesa, abang suka. abang pakai je la.
isteri : ye la, tapi pakai la baju lain jugak. tak malu ke nanti orang cakap asyik pakai baju sama je
suami : apa nak malu pulak. abang hari2 dengan bini yang sama dah 6-7 tahun ok je. tak de fikir pun nak tukar bini baru.
isteri : Ee.... susahlah nak cakap. orang cakap lain, abang cakap lain.
suami : kalau susah, diam. pegi dapur buat cucuk kodok ke hape, kacau la abang nak layan cerita 'house' ni.

Monday, November 2, 2009

Menerima & Memberi

trima kasih jard the great atas hadiah ehsan untuk aku sempena peraduan memori daun pisang masa ramadhan yang lepas. aku tak espek dapat apa2, tapi kerana kasihan, jard bagi jugak hadiah kat aku. hadiah tu aku dah terima hari sabtu. lupa nak bagitau. he.3x... yang menjadi persoalannya ialah.... apakah menda hadiah itu. aku cakap brooch, wife kata bukan. brooch rupa paras dia lain macam. wife aku kata itu butang baju melayu. aku kata tak mungkin, sebab rantai mengikat dia panjang sangat. aku buat teori kedua iaitu butang baju kebaya, wife kata tak mungkin jugak. so, cik jard yang comel, apakah nama benda itu?

Alhamdulillah jugak, voucher kfc/pizza hut yang aku janji nak bagi pada eiman@nurizan sebab jadi orang ke 100 follow aku akan terlaksana sedikit masa lagi. aku dah beberapa kali pergi kfc dan pizza nak beli voucher tu tapi diorang kata tak de stok. aku asyik datang dan tanya, tapi asyik takde. sampailah aku tanya sorang adik manis tu, dia cakap "abang nak voucher ye, abang kena call sendiri nombor yang ada kat dinding tu". la.... gitu....

akupun order la rabu lepas. pengurus yang ambik pesanan tu terkezut beruk apabila aku beritahu pelayan kfc yang suruh aku call mereka jika nak voucher. dia siap mintak nama manager kfc outlet mana kejadian berlaku sebab arahan mereka kepada semua outlet manager ialah pelanggan boleh pesan melalui mana2 outlet dan akan dihantar ke outlet pilihan. since aku dah order, aku order lebih sikit, ingat nak bagi pada orang yang selalu post komen untuk blog aku dan mana2 individu yang aku rasa nak bagi. nilai dia may be rm10, tapi itulah yang termampu buat masa sekarang. bagi banyak2 kang, tak pasal2 anak2 aku dari minum susu dutch lady terpaksa tukar minum susu cap junjung.

cerita pasal makanan segera ni, semenjak beberapa menjak ni selera aku memang fast food. so, selalulah aku keluar ngan member2 opis makan fast food selain makan western dan chinese food. ada suatu hari di minggu lepas, masa dalam kereta nak gi makan, kami discuss nak makan ape. nama2 aku malas nak publishkan sebab ia menjatuhkan kemaluan kawan tersebut.

kawan A : kita makan kat giant foodcourt la.
kawan B : bosan la. kita makan fast food je lah.
kawan A : ok jugak. kita gi mc d.
kawan B : mc d? ko nak makan ape?
kawan A : ape lagi.... makan posporos burger la.
kawan B : posporos burger? tak pernah dengar pun.
kawan A : apa la kau ni? ulu betul, posporos burger pun tak tau.
kawan B : aku memang tak pernah dengar burger tu. aku kalau pergi mc d, memang makan double cheese burger je la...
kawan C : (menyampuk) saya biasa makan kat mc d, tapi burger posporos memang tak pernah dengar la. macam mane rupe dia?
kawan A : korang dua orang ni memang ulu la... kan raye cine selalu jual kat mc d.
kawan B : woi mangkuk, itu prosperity burger, bukan posporus. posporus tu bom yang israel guna masa serang palestin.
kawan C : ye la... prosperity burger la... ape la. mesti setahun sekali masuk mc d ni.
kawan A : ye ke? aku mana tau. aku pakai sebut je la..
kawan B & C : banyak la kau punya posporos burger.
kawan A : he.he..he...

Thursday, June 25, 2009

Astro Dalam Kereta?

Masih dalam mood balik kampung.

masa balik kampung hari tu, anak aku si luqman ralit (asyik) tengok video cd dalam kereta waja adik aku. kebetulan keluarga aku dan adik aku si imran tu guna satu kereta je untuk ke rumah nenek kami dan ke pasar malam bandar jerantut.

dalam kereta luqman diam je, dia tahu jaga maruah ayah dia dari meminta2 menda2 yg confirm ayah dia payah bagi.

masa on the way balik klang baru luqman tanya aku.

anak : ayah. ayah beli la tivi macam dalam kereta ayah cik (kereta adik aku si imran).
ayah : nak buat apa ada tivi kecik tu?
anak : boleh tengok kartun tom and jerry.boleh tengok upin & ipin.
ayah : kan, kat rumah boleh tengok. lagi besar.
anak : tapi, ayah cik punya dalam kereta. boleh tengok masa jalan2.
ayah : membazir je. tengok kat rumah lagi best.
anak : nak tengok dalam kereta jugak!
ayah : ok! nanti ayah pasang tivi kat rumah dalam kereta ayah. pastu ayah pasang astro kat belakang nak? boleh tengok macam2 channel.
anak : tak nak kawan ayah!
anak perempuan : (menyampuk) tak nak kawan ayah jugak!
ayah : oklah! nanti ayah banyak duit ayah pasang. sekarang ambik henpon ayah tengok kartun tom & jerry.
anak2 : yeah! nanti ayah belanja key ef ci ye.
ayah : ok...
anak lelaki: luqman sayang ayah!
anak perempuan : pika sayang ayah jugak!
ayah : yelah. ayahpun sayang luqman dan pika jugak (sambil menjeling isteri yg hanya memerhati. jeles la tu......)

Friday, May 8, 2009

Kulit Putih VS Kulit Kuning

Hari ni entry aku lambat jugak. di pejabat tadi macam biasa masih bertambun kerja. selagi bekerja macam tulah, setakat jawatan K.U.L.I. memang kerja macam tulah. lepas solat jumaat tadi ada appointment dengan pegawai socso. kes pekerja untuk pengesahan syarikat. best kan jadi pegawai gomen, nak jumpa orang, call dan suruh datang pejabat je. confirm orang2 swaseta cam aku ni mencanak datang. untuk ambik statement dan buat pengesahan je, document dah completed.

alhamdulillah, mood aku dah ok hari ni. malam semalam mood aku agak bercelaru. ia gara2 adik aku call pujuk aku jual tanah pusaka arwah mami (mak) aku. dalam 4 adik beradik yang sama emak tu, hanya aku sorang je enggan jual tanah tu dari dulu. kali ni, papa aku yg sebelumnya berkecuali mula cakap baik jual aje. papa aku cakap dengan adik aku sebab dia tau tak guna bincang dengan aku, memang aku tak layan.

bukan aku nak keras kepala dengan papa dan adik-beradik aku dengan enggan menjual tanah pusaka arwah mami aku tu, tapi aku masih rasa sentimen kasih sayang mami aku pada tanah tu. biarpun tanah tu cuma sekangkang kera dan jauh dari rumah papa aku, tapi aku rasa dekat dengan tanah tu. kalau musim buah, atau bila kelapangan balik kampung, aku suka ke kebun tu. aku tak heran toknenek saudara dan lain2 keluarga besar aku yg duduk situ makan hasil kebun tu, dan menjarah tanah tu macam orang yahudi ambik tanah rakyat palestin. pakcik aku yg duduk sebelah tanah tu suka2 hati makbapak dia bina rumah dan masuk kawasan tanah tu. aku diam, sebab malas nak bergaduh dan masih hormatkan datuk nenek dan papa aku yg rapat dengan mereka.

aku? sekelumit aku tak heran dan hormat pakcik aku tu. ikhlas aku cakap. kalau dia pergi rumah papa aku masa aku ada, aku takat salam dan kemudian blah! depan baik pijak semut pun tak mati, tapi hati memang hati yahudi. pernah sekali aku maki isteri dia yang maki aku bila aku parking kereta aku berdekatan parking kereta laki dia. woi... singklol! memang itu kawasan parking kereta laki engkau, tapi itu tanah mak aku, dan aku yg berkuasa sebab geran aku yg pegang.

papa dan adik beradik aku pujuk jual sebab kami tak pedulipun tanah tu. hasil tanamanpun bukan kami yg dapat. yg nak belipun pangkat pakcik aku jugak, dan memang aku tau banyak duit. kontraktor lah katakan. bukan aku tak nak duit, tapi selepas bahagi 5 bahagian, berapalah kami dapat, dan aku yakin tak sampai sebulan akan habis. sekarang tanah yang strategik cam tu memang payah nak dapat. dan yg nyata tandahati mami aku pada anak2 akan terus hilang.

lagi aku marah, dah la aku sedih nak sambut hari ibu, ibu aku dah lama meninggal dunia. adik aku lak pujuk jual tanah ibu aku pulak. 4 orang sokong VS 1 orang menentang pulak tu. tapi kalau ikut calculation mudah, confirm yg satu menang sebab satu tu ada super power. kuasa pentadbiran tanah memang kuasa mutlak aku sebagai anak lelaki tertua, dan geranpun aku pegang. so, siapa mau lawan? walau apapun hujah mereka, aku blah bodoh je. dan aku menang! entahlah.... cuma aku sedih jugak kalau papa aku akan terasa hati kalau aku bangkang niat dia nak jual tanah tu. nak ambik jadikan hak aku, aku belum ada duit nak bayar mereka dengan harga pasaran tu. kalau terjual jugak tanah tu, confirmlah aku akan jadi rakyat selangor sampai mati.

dah! cukuplah aku luahkan emotional aku tu. korang abaikan je. nak luahkan pada wife aku semuanya, confirm memang dia tak boleh tidurlah.

oh ya! pagi tadi sorang supervisor aku saje datang tanya aku "kat syarikat ni ada pekerja orang putih tak?" aku cakap "ada, yang kulit hitampun ada'. dia tergelak dan mula bercerita kisah di production line.

begini kisahnya....

big boss kami memang suka lepak kat production dan dia yg juga qualified engineer memang mahir semua produk dan process. masa dia doq line tu tiba2 dia tengok ada satu part yg berada di line yg tak sepatutnya ada. dia tanya satu pekerja contract bangladesh dengan bekerja disitu..

boss cina : ini barang siapa letak sini?
pekerja bangla : itu orang putih letak?
boss cina : orang putih? sini ada orang putih kerja?
pekerja bangla : ada. itu barang itu orang putih letak.
boss cina : (memanggil supervisor melayu) siapa letak ini barang? you tanya ini bangla, siapa itu orang putih?
supervisor melayu : ok boss. nanti saya tanya. (berjalan kearah pekerja bangla yg asyik bekerja dan bertanya) eh... sumon, boss tanya siapa itu orang putih? sini mana ada orang putih kerja?
pekerja bangla : ada! itu dia orang putih letak ini barang (sambil menunjuk kepada seorang pegawai cina yg meletak barang tersebut yg kebetulan lalu tak jauh dari mereka)
boss cina : (turut mendengar perbualan mereka) itu bukan orang putih, itu orang kuning. ha.3x

kesimpulannya :
orang putihke, orang hitamke, orang kuningke, kitakan orang malaysia. tapi bangla tu tetap orang bangladesh walau apapun warna kulit dia. kuang.3x

Saturday, March 21, 2009

Jus Gelas Besar, berapa besar yg ada??

Ingat tak nak buat entry baru, tapi jari rasa gatal. masa jalan2 jelajah blog sahabat aku yg sama2 kuat makan iaitu wan (http://thewanonly.blogspot.com); dia crita bab air jus gelas besar kat endah parade.

aku malas nak crita jus gelas masa aku kat uum, atau masa aku kat teganu; dah lama. aku nak crita aku minum jus buah masa di port klang, spesifiknya pandamaran.

kisah ni terjadi masa aku masih kerja kat syarikat lama, ala sebelum kerja kat sykt sekarang. para pegawai bila tiba hari raya, opss! tiba hari nak audit mulalah kerja bertungkus lumus siang dan malam. sebab aku ada boss, boss aku selalu suruh aku yg stay dengan officer quality assurance siapkan kerja2. department lain bukannya malas, memang pemalas (bukan semua daa..). so, HR dan QA yg buat, department lain banyak yg boss2 nya sign bute je documents.

kami young executives, memang stress je kerja sampai malam2. memang la ada sedikit imbuhan buat lepas bayar duit makan malam dan duit minyak, tapi ia memang tak berbaloi berbanding masa dengan keluarga. untuk menghilangkan stress kerja tu biasanya kami akan main ping pong yg disediakan bersebelah opis kami. bayangkan main pingpong dengan baju kerja dan ada yg dengan safety shoes. korum yg biasa main dengan aku termasuklah en osman (qa manager),syahrul & haryaddy (exec QA), en fauzan (HR manager). jangan la tanya siapa champion kalau main bergu sebab aku dan haryaddy adalah pemenang ketiga bergu masa kejohanan pinpong disitu (ada 4 pasukan bertanding, satu tarik diri).

suatu hari kami bermain pingpong seawal jam 6pm, semua pancet! jam 730pm, kami kecapekan dan semua setuju singgah pekena ais buah secara pitstop sebelum balik. kami singgah di gerai mpk berhadapan kilang kondom. sambil2 tu buat2 joke kenapa kilang tu pekerjanya 90% pompuan yer.... FULL STOP.

kerana dahaga, kami mintak minuman berais. majoriti ambik jus buah.

aku ambik jus tembikai, ada yg jus apple, jus belimbing, dan pelbagai lagi.

boss aku yg kedahagaan gile meminta jus dalam gelas yg besar, dia bertanya pelayan lelaki. gini lebih kurang perbualan mereka :-

boss aku : dik, ada gelas besar tak?
pelayan : ada. sambil menunjukkan saiz gelas.
boss aku : boleh lagi besar tak?
pelayan : (masuk dalam kedai dan membawa gelas yg lebih besar) besar ni ada bang!
boss aku : ini kecik dik, saya dahaga. saya nak yang lagi besar.
pelayan : OO... nak bekas lagi besar ye. berapa besar abang nak?
boss aku : tak kiralah. saya nak yg paling besar kamu ada.
pelayan : kalau abang nak yg paling besar. saya cadangkan air jus tu abang punya guna BALDI. itu paling besar kami ada.
boss aku : dah la, buat yg biasa dah!!

Aku ??? (apa lagi gelak sakan la...)


IZZI ADVERTIZING--------------------------------------

Tuesday, February 24, 2009

Kisah Bangla & EPF

Otak masih bioL buat report untuk meeting esok. kita rilek jab layan crita2 pengalaman aku sebagai orang HR (takkan sebagai orang minyak kot?). aku saje nak crita pasal pengalaman berurusan di kumpulan wang simpanan pekerja (kwsp/epf) suatu masa dulu sebab pagi tadi sorang pegawai pemeriksa kwsp datang mengejut buat spot check caruman, tapi Alhamdulillah semua ok. kisah aku nak crita ni berlaku masa aku di tempat kerja pertama di shah alam, yg melibatkan pekerja asing.

untuk pengetahuan kawan2, dulu2 pekerja asing termasuk bangladesh, indonesia, india, nepal dan sebagainya dikehendaki mencarum kwsp. caruman majikan pula ditetapkan rm5 seorang sahaja. rm5 sekepala tapi itupun ada majikan yg liat nak bayar. kemudian suatu masa yg aku lupa tahun dan tarikhnya gomen telah memansuhkan caruman kwsp kepada pekerja asing. alasan yg senang dicakapkan ialah pengaliran wang malaysia ke negara asing bila pekerja asing tamat bekerja atau balik negara asal. bila dah ditamatkan, majikan dikehendaki menuntut semua caruman tu daripada kwsp. dah kerja HR, akulah yg kena buat kerja tu. nak suruh boss aku buat? memang tak retilah! kalau dia reti, confirm dia tak ambik aku sebagai HR. kat company aku dulu cuma ada pekerja asing bangladesh dan india je. kisah2 aku nak crita ni banyak melibatkan bangla.

cerita bangla satu :-
Setelah mengambil pelbagai form untuk diisi, termasuk memfotokopi passport dan permit kerja mereka yang sah, aku panggillah abangla-abangla (gelaran manja untuk pekerja bangla)untuk menandatangani borang pengeluaran kwsp. kebanyakan mereka walau bertahun duduk sini, memang tak reti tandatangan. mereka rata2 nak turunkan thumb print atau orang kampung aku cakap 'tepek jari'.

aku panggillah sorang2 datang tepek jari dalam meeting room. nak panggil semua sekali, mau muntah hijau aku nanti. bukan nak mengata, tapi siapa yg pernah berurusan dengan mereka pasti tau dengan bau2an semulajadi mereka.

jaman tu stamp pad je. color biru. sebab mereka dekat production, jari2 mereka biasanya agak kotor. so, aku sediakan tisu untuk lap jari. sebelum diorang naikpun aku dah pesan kat plant supervisor suruh mereka cuci tangan dulu. alhamdulillah, semua ok. untuk elak form rosak, dan memaksa aku tulis balik form2 itu, secara paksarela aku peganglah ibu jari mereka, menempelkan pada stamp pad dan menempelkan pula pada form yg aku sediakan. meremang bulu kaduk aku takyah ceritalah pasal bau dan kegelian bersentuhan bulu2 tangan mereka yang lebih panjang dari bulu kaki aku.

sampai giliran absar mollah (memang nama sebenar). dia ni dah tua pun. aku tengok ibu jari dia kotor, aku suruh dia cuci. dia terkebil2 kebil, aku cakap "ibu jari kasi kena air la bhai. kotor". dengan selamba tenuk, dia masukkan ibu jari dia kedalam mulut dan menjilat2nya. cilanat! geli geleman aku. tak sanggup aku nak memegang ibu jari dia. last aku suruh dia keluar, ambik dettol dan suruh dia basuh. pastu baru aku teruskan proses. huh... pengotor betul!


crita bangla dua :-
selepas semua proses mengisi form selesai. urusan seterusnya ialah menunggu cek dari kwsp. mula2 tu diorang panggil pekerja sendiri ambik, bila ada bantahan, baru majikan dibenarkan ambik tapi dari kwsp HQ. aku nak crita yg ambik sendiri cek. kebetulan ada sorang bangla ni cek dia dah siap dan kwsp minta dia ambik dari cawangan shah alam. so, aku bawaklah mamat bangla ni. tak silap nama dia amirul islam.

masa nak ambik tu aku ke sana dengan kenderaan syarikat dipandu oleh pemandu syarikat bernama baskaran (nama sebenar). pegawai kaunter suruh naik tinggat 3 kot, dan kami terpaksa naik lif. kebetulan dalam lif tu dah ada beberapa orang pelanggan kwsp dan juga kakitangan kwsp. kami bertiga masuk jugaklah. nasib baik lif tak overloaded sebab masa tu aku masih slim river lagi. tiba-tiba.....

........pintu lif tertutup, setelah punat ditekan. lif pun bergerak ke atas. bangla tadi yg may be baru pertama kali naik lif terkejut dan mula meluru kearah aku dan memeluk aku. kuat pulak tu. aku dan baskaran cuba merungkaikan pelukan abangla tu kerana kegelian dan kemaluan dipeluk oleh jantan lain dikhalayak ramai. lagi kuat dipeluknya dengan mata terpejam rapat, dan tubuh menggigil. aku cuma dengar suara dia teresak2 "boss, takut boss". peristiwa tu berlaku dalam beberapa saat je sebab lif kan cepat tapi malu dia boleh tahan sebab penghuni lif lain ketawa geli hati.

setelah urusan mengambil cek selesai. kami terpaksa turun pakai lif lagi. aku dah warning awal2 jangan dekat atau peluk aku. kalau tak dia kena balik jalan kaki. masuk lif, pun ada beberapa orang jugak. dan ada jugak yg tadi dalam lif masa naik tadi. dah sengih awal2, ingat nak tengok show jantan dengan jantan berpelukan lagi la tu! no way man!

masuk lif, si baskaran yg berbadan agak besar, dan berbulu tangan dan dada sama panjang dengan bangla tu menyuruh si amirul Islam berdiri di sudut lif yg tak sama dengan kami. aku kesian gak tengok gelagat dia. masa pintu lif tertutup, dia mula menampakkan nak terkam aku atau si baskaran. baskaran dah kepal penumbuk, manakala aku dah angkat sedikit kepala lutut, konon2 betulkan kedudukan kuda2 la tu. kerana takut kena debik dan kemudian kena jalan kaki balik, aku tengok dia memusingkan badannya kearah penjuru lif dengan kedua2 tangan berpegang pada dinding. kedua2 kaki pula dikangkang agak besar seolah2 menahan dinding lif dari roboh. mata pula terpejam. aku cuma senyum sumbing sambil mengerling pada awek HR syarikat mana tah yg berjumpa pegawai kwsp ditingkat sama dengan aku tadi.

sekian. aku kena sambung buat report lagi ni. argh....

Sunday, February 22, 2009

Sesi Berlawak Dengan Senior Teganu

sementara tak de kerja nak buat ni, aku stori pasal kisah aku dengan senior masa kat uum dulu. masa ni kelas bebudak HR je, dan ada la dua tiga super duper senior BBA majoring HR yg masih belum grad buat muka eksen otai dan senior dalam kelas aku tu. senior ni budak teganu gak. kisah ni kisah melihatkan seorang perempuan cantik yg nama pangkalnya wan (bukan nama sebenar) yang turut aku dan geng panggil sebagai gadis 'biru mata hitamku'.

kenapa panggil dia macam tu? dari awal semester satu aku dan group banyak kali sekuliah dngan dia tapi tak tau nama, dan kami gelarkan dia sebagai 'biru mata hitamku'. ia sempena lagu yg famous amos masa tu, dan kerana dia suka sangat pakai sepasang biru. kalau seminggu kuliah bersama, kurang2 3-4 kali baju biru dia pakai. bukan baju sama yerr, warna dia yg sama iaitu biru. baju tu memang kena pulak dengan kulit dia yg putih melepak, bertudung ayu dengan lesung pipit. pergh! comel amat! budak perak dia ni.

apa tajuk tadi? ooo... psl senior aku tu. suatu hari senior aku tu nama junaidi (memang nama sebenar), orang kuala berang rasanya cuba mengusha awek biru mata hitamku. aku dah beberapa kali tengok dia terjojoi bijik mata melihat si wan tu. aku buat tak heran je, "kalau jodoh tak kemana" kata hati kecil aku. cuma meluat la tengok si junaidi tu yg asyik buat bunyi mulut dengan muncung yg serupa beruk mat yeh kat kampung aku. dah senior universiti tapi ngorat stail budak pusat serenti ngorat pompuan tepi jalan dari atas lori pusat serenti. sape nak layan.

apsal lama betul intro aku ni. kita masuk isi penting pulak... suatu hari senior tu bertanya geng2 aku si wan tu dah berpunya ke belum. geng2 rapat aku kat sana dulu ialah shahrunnizam (karamjit), hardy rose (dayak), ganthy (gandhi), roslan (lang), hairulnizam (limbong), rashid (shid) dan shamsuhaime (shahidan kassim). aku yg duduk dihadapan mereka didalam kuliah saje buat tak dengar. masa tu dia tanya kawan aku jugak budak teganu (marang) bernama roslan (kami panggil dia lang).

junaidi : lang, mu tau dok budok puang tu ada balok ke belung? (sambil menuding jadi ke arah wan)
lang : ade doh!
junaidi : sape die?
lang : saing kite la... mang.
junaidi : mang mane?
lang : si izmang (sambil menunjuk ke arah aku yg pura2 tak dengar)
junaidi : mang, makwe come' tu makwe mung ke?
izman : bakpe?
junaidi : aku tanye' jah.
izman : kalu ye?
junaidi : aku dok kisoh makwe mung ke sape'. selagi dok kawing sape2 buleh rampah.
izman : (hanya senyum)
junaidi : (tercabar dengan senyuman aku yg mengejeknya)mang, mu tak dok, mu pernoh tengok ke dengo' crita kapal terbang atah udare pong orhgang buleh rampah. ini kang pulak manusie atah darat.
izman :(berdesing telinga bila senior cakap camtu dan member2 kat situ pakat gelak.). itu aku tau. tapi mu tau dok, semua orghang yg rampah kapal terbang atas udare tu semua mati kena tembok sebelum sampai ke darat. mu sanggup?
junaidi : (suara gelak kat dia lagi hebat. dan dia angkat kaki dan keluar dari kelas).


Gambar Hiasan : Bersama kawan2 kursus pengurusan sumber manusia (BHRM) masa majlis bbq perpisahan. aku berbaju putih admiral kat depan sekali.



nota kaki :
pada masa kejadian ni, si awek biru mata hitamku belum jadi awek aku lagi. ngorat pun belum. cuma cop2 bodoh ngan kawan2 aku. sampai semester akhirpun aku tak pernah ngorat awek tu dan lepas grad baru aku tau sepanjang di kampus memang dia tak pernah ada pakwe. berita terakhir aku dengar beberapa tahun lepas, dia berkahwin atas pilihan keluarga.



IZZI ADVERTIZING------------------------------------------------

Tuesday, February 10, 2009

Antara tivi baru dan kucing friskies

mood kami sekeluarga sekarang tak berapa ceria. ahli keluarga aku semua sihat (wek2 tidak dikira). yg tak sihat cuma tivi kami. balik tesco malam semalam (09/02/09)bukak tivi sambil melayan nasi lemak kerang flat pendamar dan wife dan anak2 pekena roti canai telur. aik! tak keluar gambar, asterol menyala. tivi yg senyap.

selera makan terbantut kejab. aku cuba menekan2 punat kawalan dan kemudian punat pd tivi. senyap! wife mula bersuara menyuruh aku makan dulu sebab nasi lemak dah terhidang. so, kita makan dulu.

abis makan aku cuba godek2 tivi. then goyang2 mane patut. tapi hampes! anak2 mula bertanya "tivi rosak ke ayah?. ayah beli tivi baru ye macam dekat tempat buku hari tu.". kadang2 aku terfikir adakah ini natijah akibat keceluparan mulut aku sabtu dua minggu lepas.

ok.... kita flash back.....

hari sabtu 31/01/09 masa gi pesta buku alaf 21 kat shah alam, aku saje ronda2 shah alam. rindu gak ronda2 shah alam. aku bojang2 dulu duduk shah alam. tiba2 masa nak sampai traffic light dari round about padang jawa nak gi seksyen 17/18, aku terpandang ada macam sale hebat je belah kanan jalan. aku terus mark lokasi gps tempat tu dalam memori otak aku. aku terus je perjalanan ke gerai oreng pisang azmi kat komuter shah alam.

balik beli gorpis azmi, aku nyinggah jab. ada jualan brgn letrik jenama ECE. menarik gak. yg lain tak menarik sangat pada aku, aku nampak tivi plasma je. wife cam biasalah terkinja2 nak electric oven, tapi aku malas nak layan. microvawe dah ada tak nak guna, nak oven pulak. lupakan oven, aku nak crita psl tivi ni...

tivi plasma 42 henci rege dia lebih kureng rm1200.00. air liur aku dah meleleh dah. tapi aku cover dengan topi free yg aku dapat masa grand prix A1 hari tu. untuk menyejukkan diri aku cakap ngan wife dan anak2 "tivi kita walaupun kecik tapi ok lagi. kalau dah rosak bolehlah kita tukar".

tamat flash back.

sebab tivi rosak, dan anak2 mula tertanya2 tivi nak tengok kartun. aku dengan ini membuat keputusan. esok aku akan pegi hantar repair tivi buruk aku tu. boleh pakai lagi. ekonomi meleset ni kena menyimpan.

untuk menghiburkan anak2 yg nak tengok kartun tu, aku baca je buku2 cerita untuk diorang. luqman sedang tunggu aku menaip sebab lepas ni mesti dia nak main games. pika pulak mesti tukang menyebuk menyemas didapur bersama ummi dia. ummi dia kemas, dia sepahkan. malam ni menu utama ialah ayam goreng bermadu.

untuk korang yg tak jemu2 membaca entri aku yg selalu memang panjang ni, aku crita pasal frieskies. korang layan lah yer....

crita friskies 1 :

kisah ni berlaku masa aku masih studi kat uum sintok, kedah. tahun berapa aku dah lupa, rasanya tahun kedua kot. suatu petang disebabkan ada urusan ngan kawan baik aku ahmad haparizam (bukan nama sebenar), aku ke bilik dia di aras yg sama ngan aku, blok berbeza. aku tau kejab lagi dia mesti balik kuliah. tunggu punya tunggu, dia belum balik. aku tunggu jugak la... nasib baik dia selalu beli surat khabar, aku baca la surat khabar. si haparizam dan roomate dia ada hobi memberi makan kucing2 liar, dan menjadikan kawasan luar bilik dia dah macam kawasan ternakan kucing. bau kucing sekucing-kucingnya. malah, disebabkan dia dan roomate dia orang berada, diorang mampu membeli makanan kucing jenama frieskies utk kucing2 gedandangan itu. dia beli frieskies kampit besar, dan masukkan dlm bekas makanan macam tupperware tu, tapi besar la. beli makanan kucin kampit besaq, dapat hadiah bekas simpan makanan kucin. kat bekas plastik lutsinar tu pun ada gambar frieskies, tapi kecik je la.

tiba2 ada satu mamat dari ulu banat mana tah datang bilik tu cari roomate haparizam. aku saja2 berbasa basi, teguq2 tanya soalan2 standard u seperti "duduk kolej mane ye?, course ape? batch mane?. tapi respond teruk. may be dia tengok aku cam budak kampung kot. tak pe aku memang budak kampung, nak malu ape. dari percakapan dia, cam anak pegawai gomen je.

sebab respond teruk, aku sambung baca paper balik. sementara mamat tadi aku tengok macam kebuluran je cari makanan. pastu aku tengok dia terjumpa bekas plastik makanan kucing yg ditelak dibelakang loker. aku layan je dengan ekor mata aku sambil hati berdetik suruh dia makan. pucuk di cita, ulam mendatang. mamat mangkuk hayun tu selamba badak air je bukak dan makan makanan tu. sambil kunyah, aku jeling2 tengok dia hidu2 makanan tu. tapi terus makan, dan makan, dan makan. aku rasa nak pecah perut kesukaan (maksud aku gelihati). dah makanan kucing memang bau cam biskut, pastu ada2 bau ikan, daging, seafood dan sebagainya. tak buleh tahan, akhirnya aku keluar bilik dengan alasan nak kencing dan terus ketawa terguling2 dalam bilik aku.


gambar hiasan ehsan www.friskies.com


crita friskies dua :

ni kisah baru lagi. baru dua minggu je kot. kat opis aku. kawan baik aku si khairul azman (bukan nama sebenar)syiok bercerita dia mula membela kucing. anak dia yg beria2 nak bela kucing dan kebetulan ada jiran yg nak sedekahkan kucing, dia ambik la sekor. dia cuma beli kandang dan keperluan kucing.

sedang2 syiok dia bercerita ngan aku psl kucing dia, aku mencelah :

izman : rul, kucing ko tu kucing biasa ke kucing bulu lebat?
khairul : kucing bulu lebatla. tapi anak lagi.
izman : baka menda?
khairul : baka frieskies.
izman : baka frieskies?
khairul : a..ah. baka frieskies. ala yg kucing cantik2 tu.
izman : frieskies tu bukan ke nama makanan kucing ke?
khairul : ye ke? aku mana tau. yg aku dia kucing baca siam tu.
izman : ko ni, suka2 hati je bagi nama baka kucing.

Friday, January 30, 2009

Lawak Budak Sekolah

Ini adalah koleksi2 lawak yg masih terpahat dalam otak aku sejak jaman sekolah lagi. lawak2 ni adalah crite real yg aku sendiri terlibat atau ditempat kejadian. banyak sebenarnya, tapi ini yg paling aku suka.

crita satu

Lokasi : sekolah kebangsaan damak
Scene : didalam kelas darjah 5, semasa cikgu mengambil kedatangan murid. cikgu memanggil nama seorang demi seorang, pelajar yg hadir akan menjawab "saya, cikgu" menandakan mereka hadir ke sekolah. ia berlarutan sehingga ke giliran berikut:-

cikgu pompuan : abidin bin ahmad
(diam)
cikgu pompuan : ABIDIN (dengan nada lebih kuat)
nafisah : bidin tak mari sekoloh cikgu. dio deme' ketar (dalam loghat kelantan yg pekat)
cikgu pompuan : abidin sakit apa nafisah?
nafisah : dio deme' ketar.
cikgu pompuan : sakit apa tu? demam ketar tu demam apa?
nafisah : deme' la, ketar-ketar, deme' khuro.
cikgu pompuan : oklah.. dia datang esok, kita tanya dia sakit apa.

nota :
nafisah adalah sepupu aku yg berasal dari kelantan dan berpindah ke pahang semasa darjah 4 atau 5. dan pelat kelantannya adalah masih pekat. Alhamdulillah beliau kini adalah seorang guru terlatih.



Gambar Hiasan : geng sekelas aku masa sekolah rendah damak. Aku duduk no. 4 dari kanan, sebelah kiri cikgu.


crita dua

Lokasi : sekolah menengah damak
scene : hari pertama kelas sains di tingkatan satu. cikgu menyuruh murid2 bangun dan menyebut alatan makmal atau radas dengan kuat seorang demi seorang. jadi sorang2 demi seorang bangun dan menyebut radas tersebut sehinggalah....

izman : kelalang kon
mahadir : penunu bunsen
rozaidi : (diam)
cikgu lelaki : kenapa diam. sambung terus.
rozaidi : (diam)
cikgu lelaki : kenapa diam rozaidi. sebut! (dengan nada agak kuat)
rozaidi : BURET (dengan nada yg agak kuat)
(semua kelas diam seketika. murid lelaki kelihatan menahan ketawa. murid perempuan tunduk malu, ada juga yg ketawa)
cikgu lelaki : murid2. ini adalah radas makmal. ia diambil dari bahasa inggeris. sebutan yang betul ialah 'biu ret'. rozaidi, cuba kamu sebut...
rozaidi : bui ret.
cikgu : bagus. ok sambung dengan orang seterusnya.....

nota :
itu adalah ejaan sebenar peralatan tersebut. aku bukan mencarut. rozaidi adalah sahabat sekampung aku yg akrab. kami sering mengaji dan main guli. Alhamdulillah beliau kini adalah ustaz lulusan negara arab.



Gambar Hiasan : Antara rakan lelaki sekelas aku kat sekolah menengah jerantut. masa lower 6. aku berdiri no. 2 dari kiri.


crita 3

lokasi : sekolah menengah jerantut
scene : pertikaman mulut antara dua sahabat baik iaitu yazid dan abu wajid. pertikaman lidah agak lama, aku lupa apa topiknya cuma bukan isu berebut girlfriend. diorang sama macam aku pemalu.

yazid : woi, belahlah! ingat ko hebat ke
abu : memang la aku hebat!
yazid : sudahlah! ko ingat kau tu 'prefect' ke?
abu : memang aku 'prefect'
yazid : mana ada orang yg prefect. Allah je yg prefect.
abu : aku tak kata aku perfect. aku kata aku memang prefect. prefect tu pengawas, aku memang pengawas. ha..ha...ha...
yazid : celaka, ko kenakan aku ye. nanti kau (sambil mengejar abu wajid yg berlari sambil ketawa berdekah2).

nota:
kejadian ni terjadi di asrama putera masa hari sabtu atau ahad. abu wajid kini bekerja di public bank (public bank ke ambank?) dan yazid kat sykt konsesi lebuhraya.


Gambar Hiasan : Bersama geng ajk kaunseling masa di sek men padang saujana. Aku duduk no. 3 dari kiri. kalau dari kanan pun no. 3 jugak.


Nota Kaki :
crita ni tak bermaksud mengata sahabat2 aku yg namanya disebutkan. ia sebagai satu memori yang aku akan ingat sampai aku mati. memori bersama korang memang manis dan sukar dilupakan.

Monday, December 15, 2008

Siapa Hantar Surat???

Malas nak crita pasal kerja yg tak habis2.

balik kerja tadi,masuk je pintu rumah je anak sulungku, luqman hakim mula memulakan dialog :

Luqman : Ayah, ada surat
Ayah : Surat untuk siapa?
Luqman : Surat untuk ayahlah..
Ayah : Siapa hantar?
Luqman : Posmen hantar (sambil berlari menghulurkan surat tersebut)
Ayah : .........

Sambil menggaru kepala melihat kepetahan anak aku menjawab. aku bersyukur mengenangkan anak aku ni makin bijak. betullah jawapan luqman, posmen lah yg hantar surat tu ke rumah kami. Aku lihat isteri aku mengekek ketawa, diikuti oleh kedua2 anak kami yg turut ketawa. aku sekadar senyum sinis, mengambil surat dan membukanya. macam biasa surat credit card.

Wednesday, October 15, 2008

PENGORBANAN SUAMI PADA ISTERI/LELAKI PADA WANITA

Pada akhir zaman yg serba canggih dan moden ini,ramai isteri2 telah lupa pengorbanan yg di lakukan oleh si suami.Mari kita lihat antara apa yg lelaki korbankan utk wanita ataupun isteri..

1.KAIN,kain lebih banyak ukurannya utk buat baju kurung daripada seluar lelaki.Lelaki sanggup beli kain yg banyak utk isteri.

2.MESIN basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/oven/dan mcm lagi mesin kat dapur rumah,semuanya lelaki lebih rela tak pakai,semuanya "ikhlas" bagi isteri guna.

3.SABUN,BERUS,PENYAPU,sekarang ni anda semua tahu harga barang semuanya naik.lelaki Sanggup beli setiap bulan utk isterinya sedangkan lelaki tak pernah gunakanya.

4.TUALA,lelaki Cuma pakai sehelai saje tuala sedangkan setiap bulan wanita bertukar- tukar tuala..

5.BAJU,lelaki Cuma pakai sehelai saje baju dlm satu masa,tp wanita pakai dua.....(baju dalam)

6.BARANG KEMAS,lelaki tak pun pakai rantai emas,subang emas,gelang emas.....tp beli jugak utk isteri....

7.ALAT SOLEK,lelaki rela tak pakai gincu,maskara,eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi Sanggup beli utk isteri.

8.KASUT,lelaki lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah demi isteri dia sanggup beli yg bertumit tinggi...

9.REHAT,40 hari wanita di beri rehat slps melahirkan anak sedang kanlelaki mun gkin akan diberhentikan Kerja kalau rehat sebegitu lama....

10.AMBULANS,setiap kali nak melahirkan anak,wanita dapat merasa naik ambulans sedangkan lelaki Cuma ikut dr belakang dgn kenderaan sendiri.

MORAL:JGN DERHAKA PADA SUAMI..WARG...WARGH.......

Renung2kan dan selamat beramal... .

Sumber : email daripada azrin (selangor)


izzi note :
Aku sokong betul entry ni. sape la punya brilliant yg ingatkan tentang menda2 ni. ingat nak hantar kuih tat nenas sebalang kat dia.

Wednesday, September 3, 2008

Kisah Teladan : "Aku terpaksa menjadi gigolo"

Teman-teman, Bacalah kisah di bawah ini: (Cubalah ambil hikmahnya..)

Seorang pemuda frusted mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik. Si pemuda itu merasa nevous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok.
Semakin di fikir seperti itu, birahinya juga makin muncul.

Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus. Akhirnya dia membuka semua bajunya,dan menunggu di bilik. "Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil. Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu, "Tengok ni, Wati dan Budi, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni"

Huahaha..ha. .ha..
>
>

Serius jugak Baca tuuuu... pergi kerja..kerja. .kerja... ....

Moral of the story :
1) Gigolo adalah kerja yg tak bermoral. Mungkin dia gagal dalam exam moral masa sekolah dulu.

2) Jangan hina dan ketawakan orang kurus. Berdosa tau.

3) Suka je korang nak baca kalau cerita2 sensasi macam ni. Ni bulan puasa banyakkan baca benda yang berfaedah, seperti baca Al-Quran dan Sirah Nabi.

4) Oi... Azrin. Sejak dua menjak jadi bini orang ni boleh tahan gatalnya kamu ye hantar crita2 macam ni. Menggatal dengan suami kau saje tau.

Friday, August 29, 2008

lawak : Bendera & Bunyi Ting, Ting, Ting

Sempena hari kemerdekaan ni aku nak crita sket tentang kenagan aku ngan bendera Malaysia yang aku pasang pada kereta aku.

Once upon a time, kat shah alam selangor, kawasan sri muda, kira2 5-6 tahun lepas. masa tu aku masih bujang dan teruna (teruna ada 1000 kali orang tua2 kata), aku masih kerja kat shah alam. sebab aku patriotik, aku pasang bendera Malaysia yang lekat kat kreta, aku pasang pada cermin depan sebelah driver. bila bawa kreta, bendera Malaysia ku berkibar dengan megah.

Pada suatu hari masa dating, hari sabtu rasanya, semasa membawa kancil (masa tu pakai kancil), tiba2 bunyi besi "Ting, Ting, Ting". Lagi aku bawa kuat lagi kuat bunyinya, kalau slow, slow la bunyinya. kalau aku matikan enjin, langsung tak bunyi (apa punya cerita da... mati enjin memang la tak bunyi..). Nafsu dating aku terus padam, aku hantar makwe tu balik rumah dia, dan aku ke pusat servis perodua kat taman sri muda.

so, aku crita la masalah kat mekanik tu, dia pun bawa kreta aku pusing2. dan, dia bagitau aku ada masalah sket, ada barang kena tukar. sebab barang tu cuma rm30 hengget je, aku cakap tukar je. tung, tang.... dlm 10 minit siap pasang. aku senyum sampai kening sebab boleh sambung dating.

Cilanat betul, baru je bawa kereta dalam kelajuan 60km/h kira2 500 meter dari bengkel tu, bunyi "ting, Ting, Ting" ada lagi. Aku jadi panas! aku patah balik ke workshop tu dan dengan muka bengang, aku marah kat mekanik situ. nasib baik ada chief mekanik situ, kata "jom wa bawa lu jalan2. wa bikin lu free". dia bawa kereta dan aku duduk disebelahnya dengan muka dan muncung yang boleh diikat. tak sampai 300 meter dia bawa dia patah balik ke workshop. Jeng, jeng, jeng.....

Dia cakap " Allo kawan, lu punya bendela sudah langgar lu punya aerial. itu pasal bunyi. Kalau lu talak pecaye, lu bukak itu bendela, lu jalan". Aku terfikir betul gak kata pomen ni. aku kata ok. saya cuba bukak itu bendera nanti saya jalan. kalau ada bunyi, saya datang balik.

Aku bukak bendera tu, dan jalan. 10 meter tak de bunyi. aku lajukan sket, 200 meter pun tak bunyi. aku laju lagi, dalam 1 KM pun tak unyi jugak. dan akhirnya aku tak bunyi2, terus balik rumah. nak balik workshop dah malu. tadi punya sedap marahkan mekanik tu.

Moral of the story:
1) Kita digalakkan pasang bendera Malaysia pada kenderaan.
2) Pasang bendera kena ada ilmu, bukan tahat ilmu hisap, ilmu alam juga penting.
3) mekanik tupun mangkuk, yg gi tukar barang lain pasal ape. dah tak pasal2 aku rugi rm30 hengget.
4) Nasib baik kereta aku sekarang aerial kat belakang. conform tak kena.