Monday, March 21, 2011

Abang Nak Madu?

dalam akhbar hari2 cerita pergaduhan, perceraian dan perebutan hak penjagaan anak. heh... dunia dah nak kiamat barangkali. pada aku, isteri ni kalau kena anginnya, tak payah bergaduh nak paksa depa sign surat kebenaran bermadu, depa yang suruh.

err... so far aku belum la ke arah itu even ramai keluarga besar aku memang jenis tak cukup sorang isteri. may be kami terlebih kasih sayang, tu yang nak kongsi kasih sayang dengan ramai isteri tu.

bercakap pasal nak tambah isteri, tok sah nak cong aku la, rata2 ramai lelaki yg bergelar suami kat luar sana tu ada keinginan nak beristeri lebih dari satu. pun begitu mmg ada yg setia pada satu, dan aku tabik pada mereka. yg lain pula even ada satu isteri, tapi bila tengok perempuan diluar, perghh... nak terjojoi bijik mata. tak salahkan diri sendiri dan mereka, perempuan sekarang nak terlebih seksi. dulu orang pakai baju dalam kat rumah pun segan, ini selamba je pakai pakaian dalam ke bandar atau tempat kerja. fesyen kata depe.

berbalik pasal cerita bermadu ni, baru2 ni masa di pasar malam brinchang. since suami misalli (bukan mithali)semua benda aku uruskan, isteri lenggang je ke pasar malam. doq asyik membeli, tiba2 isteri bertanya :

isteri : abang. abang nak madu tak?
suami : madu?
isteri : ye, abang nak madu tak?
suami : madu, mestilah nak.
isteri : abang nak madu dari mana?
suami : abang ada pilihan ke?
isteri : ada. nak madu jerantutke? ipoh, cameroh highlands... nak mana?
suami : ipoh pun ok pasal jauh. cameroh highlands pun bagus sebab buleh selalu datang sini. madu jerantut tak nak la, susah kalau bermadu sekampung ni?
isteri : aikkk.... ni melalut apa pulak ni? ayang tanya nak beli madu lebah dari mana? ada madu lebah jerantut, cameron highlands dan ipoh?
suami : Oo.... cerita pasal madu lebah ke? abang ingat nak beri kebenaran bermadu.
isteri : gatalnya.... anak baru 3 dah nak cari lain ye.
suami : bukan gatal, kalau ada madu dirumah, boleh tolong2 ayang didapur. abang bukan nak sangat, tapi kalau ayang paksa, abang ikut je. abang redha.
isteri : nak sangat la tu, ikut la perangai toknenek semua kawin ramai tu.
suami : bukan salah, meramaikan umat manusia. pasal bermadu tadi boleh ke tidak?
isteri : (diam dan muncung)
suami : (alamak, sejuk2 macam ni tidur peluk anak je la aku)

5 comments:

marinahunny said...

hahahaha padan muka. kan dh kena!

umi ameer said...

lelaki mana yg tak nak ye..
tapi kesian wife hang.. dia kata baru anak 3 dah nak berbini lagi.. cewahhh...

tapi, pepehalpun, kalu boleh berlaku adil, go ahead man!!

nitestalker said...

hehehe....bermadu memang manis wooo tapi bila fikir pasal tanggungjawab, adil...iskkk risiko.... silap haribulan tertonggeng nak menjawab kat "sana" nanti.... tu yang jadi masam-kelat-pahit-maung tu.....

Rayz said...

Ayoyoyo.... pergi tempat sejuk-sejuk tapi kena peluk 'che mon'

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

ekekek...
tanak ty la lagu tu...
ai tak suke madu, madu lebah pun tanakkkkk.. ;p
ye, tanggungjawab besar tu...
sedia ke cik abg??? heheheheh...
sib bek tak tido luar!.. ;p