Friday, November 13, 2009

Romeo Pencen : Peristiwa Dan Lagu

aku masih ingat suatu masa dulu, masa kat 'u' dulu, aku sangat addicted kepada 'chatting'. cakap aje chanel mane yang hebat masa tu semua aku nak mencelah seperti chanel mamak, melayu dan pelbagai lagi. internet memang tak de kat bilik masa tu, tapi aku dan kawan2 yang kemaruk chat ni sanggup lepak kat computer lab pada waktu siang sebab free. bila malam, lepak pulak kat cybercafe kat kolej eon.

yang bestnya ialah berkawan dengan kawan alam maya. memang syiok abis. even memang tau macam orang yg di chat tu menipu identiti, aku tak kisah. kadang2 aku menipu jugak. kuang.3x.... opss! tapi selalunya aku ikhlas. cuma tak pakai la nama penuh, nick name aku masa tu 'jinggo'. dari mana datangnya nama ni akupun tak pasti, tapi ia selepas kawan aku beritahu jangan masukkan nama sebenar masa chatting.

apa aku dapat dengan chatting? banyak dapat ilmu. apa! ingat chatting ni sia2 je ke. sori sikit yer. menda yang paling penting aku belajar dengan berchatting ialah dapat menaip dengan laju. kalau sebelumnya aku menaip macam ayam patuk jagung, dengan berchatting kemahiran menaip aku berkembang dengan cepat. mau tak cepat, sejam dah rm4.00 masa tu. rugi woo... dengan chatting, time management aku makin baik, aku dapat siapkan kerja2 penting dengan cepat sebab nak gi chatting.

yang paling best ialah dapat kemahiran berkomunikasi.
ala korang tau lah, sebelum tu aku ni budak kampung (masih lagi budak kampung), sifat pemalu aku memang tebal, apatah lagi nak berkomunikasi dengan wanita. masa tu aku belum ada makwe kat 'u', aku belum pandai tackle awek u.

dengan berchatting, keyakinan diri dan kegatalan mula memuncak. aku dah berani2 buat blind date. pernah suatu masa tu, awek yang selalu chat dengan aku tu ajak jumpa. aku memang bernafsu nak jumpa (err... maksud aku sanggup berjumpa untuk berkawan). since dia jauh di kuala lumpur dan aku di pedalaman sintok, kami set jumpa masa cuti. sebab cuti pendek aku ikut si razman balik rumah dia di shah alam. dan razman tolong hantarkan aku ke puduraya. he.h.he... kami janji bertemu di puduraya. masa tu teknologi henpon mms belum ada, so kami hanya saling menceritakan bagaimana nak mengecam antara satu sama lain.

dia memperkenalkan dirinya sebagai gadis melayu yang ayu, agak tinggi, kulit kuning langsat, free hair, tidak bercermin mata. manakala aku yang lebih tulus dan ikhlas memperkenalkan diri aku sebagai lelaki melayu yang berkulit sawo matang (hitam), bercermin mata, kurus (jangan gelak, masa tu aku memang kurus), berlesung pipit satu.

hari yang dijanjikan pun sampai, aku sampai dulu sebab razman drop kan aku disitu sebelum dia pergi dengan urusan dia. si dia awal2 dah bagitau dia akan pakai baju pink dan berseluar hitam. rambutnya akan ditocang dengan riben merah. aku? memakai baju hitam dan jeans biru. kami janji jumpa di pintu masuk puduraya jam 10.00 pagi.

toksah ceritalah betapa berdebarnya hati aku. orang yang sering melafas rindu di alam chatting dan email akan muncul didepan mata. bagaimanakah gerangan rupanya? saiz badannya? saiz lain2nya? kalau dia benar2 cantik, adakah dia akan menerima aku seadanya? arghh... risau aku dibuatnya. tapi dalam risau tu, aku paling risau kalau dia sebenarnya tidak seperti aku impikan iaitu 34D, opss... maksud aku digambarkan sendiri oleh empunya badan sebagai cantik dan montok tetapi........ aku ambil langkah menyorokkan diri. kita tengok dulu cantik ke tidak!

'alamak!'..... itulah kata yg terpacul dari muluk aku bila aku lihat seorang perempuan dengan pakaian yg dijanjikan muncul dan mundar mandir seperti mencari sesuatu. mampos aku....

dia cakap dia kulit kuning langsat, tapi sebenarnya warna langsat kena matahari.
dia cakap dia ayu, tapi sebenarnya layu.
dia kata dia tinggi, tapi sebenarnya seperti pokok tak cukup baja, siap debab lagi tu.

errr... tapi dia tak menipu bila cakap dia free hair dan tidak bercermin mata. itu betul. hati aku berbelah bagi nak jumpa atau tidak. akhirnya aku ambil keputusan undur diri. aku melangkah pergi membiarkan sidia menanti.


tapi 3 langkah berlalu, aku patah balik. aku masih ada harga diri sebagai seorang lelaki. lelaki yang baik ialah lelaki yang berpegang pada janji. aku tak janji nak kawin dengan dia kan? so, nak takut apa. tak kan dia nak perkosa aku depan khalayak ramai? akupun dengan langkah yang yakin dan ikhlas dengan muka yang manis menghala ke aras gadis itu.

lelaki budiman : assalamualaikum, ini min ke?
wanita : waalaikum salam. ye, saya min. ini izman ke?
lelaki budiman : ye, saya izman. dah lama tunggu?
wanita : lama jugak. ingat tak datang.
lelaki budiman : datang. saya kalau janji mesti dikotakan. saya sesat tadi, meklumlah saya dari kampung, mana biasa datang sini. inipun kawan yang dropkan kat sini. terkial2 saya cari pintu puduraya ni tadi, tu yang lewat datang sini.
wanita : oh ye ke?.. kita nak kemana ni?
lelaki budiman : kan saya dah pernah cakap dulu, saya mana biasa area KL ni. takat zoo negara, muzium negara, tugu peringatan negara tu pernahlah saya sampai, itupun masa rombongan sekolah dulu2.
wanita : siannya.... kita pergi central market je lah. kat area situ ada kfc dan mc donalds. boleh kita borak kat situ.
lelaki budiman : boleh. jom...

aku kemudiannya membontoti si gadis tadi. membontoti bermaksud membiarkan wanita berjalan dahulu dan aku melihat bontot wanita itu. salah anggapan anda itu, aku membiarkan wanita itu jalan dahulu sebab memang aku failed jalan nak ke central market. kan aku dah cakap dia bukan citarasa aku, so... daya nafsu serakah aku memang takde rasa apa2pun.

kami lepak kat kfc. sebagai lelaki budiman, aku tolong bayarkan makanan dengan duit lebihan pinjaman jpa yang aku simpan. sambil makan berduaan, aku perasan ada orang2 yang menjeling ke arah kami. apalah diorang ni, tak pernah tengok balak hensem dengan makwe buruk ke? tak belajar tatarakyat ke diorang, kan dah tersurat dari dulu bahawa kalau lelaki hensem, pasti couple nya tak cantik. itu fakta.

sambil2 berborak, aku menjeling jam ditangan. apsal la jam ni lambat sangat bergerak. nak blah, aku tak reti nak jalan2 sendiri. aku dah janji dengan razman nak jumpa jam 2.00 petang. tapi, aku masih mampu bermanis mulut dan muka. kami berbuat tentang banyak perkara, dan aku yakin si dia terhibur dan tidak mampu menghidu ketidak selesaan aku.

akhirnya, saat perpisahan tiba, dan kami berpisah dengan berat langkah. meskipun aku nampak aku tak mungkin bersama sebagai kekasih, tapi kami banyak berkongsi interest yg sama. kami enjoy saat bersama dan itulah saat pertama dan terakhir pertemuan kami. jangan tanya kenapa, aku tampar kang.

Thursday, November 12, 2009

VCD Haram Jadah

aku terbaca dalam akhbar online mengenai ahli politik yang ingin menguatkuasakan larangan penjualan dan pemilikan cakera padat (vcd/vd/dvd) haram. aku rasa nak tergolek baca berita tu, macam aku baca majalah gila-gila pulak. lawak!.

aku bukan nak perlekehkan sesiapa, tapi aku dah dapat bayangkan betapa tak seriusnya kita dalam membendung gejala ini. suatu masa dulu, penjualan menda alah ini begitu menjadi2, tapi kerana penguatkuasaan yang jitu, ia berjaya dibendung (kecuali tempat2 yang sangat kebal??).

setahun kebelakangan ini, ia menjadi2 balik. penjualan haram ni ada dimana2, bukan sekadar di lorong2 sunyi, tapi menjangkau ke pasar2 malam, pasar tani kelolaan gomen, hingga ke dalam pasaraya. apa kejadahnya semua ini? mana pihak berkuasa? adakah mereka dok nganga aje? (baca gaya wan kamaruddin).

semalam, aku pergi ke pasar malam. seorang diri aje. aku tak selesa bawa anak2 yang menyebabkan aku asyik berlanggar bahu. kalau sorang, aku boleh langgar bahu orang terutama wanita cantik sesuka hati aku. kuang.3x.... aku bukan peminat pasar malam, jauh langit dari kerak bumi kalau aku nak beli sayur mayur atau ikan dari pasar malam. aku pergi untuk beli kuih putu buluh, keropok lekor, dan buah durian. sesekali beli la buah2 lain.

sampai satu selekoh tu, aku tengok ramainya manusia berkerumun, aku ingat ada orang jual ubat. biasalah standard orang malaysia, dah tau banyak penjual ubat tu kelentong, tapi suka sangat pergi dengar dan natijahnya ramai yang tertipu. biasalah, orang melayu terutamanya, kalau dicanangkan hal kekebalan, kekuatan di ranjang, sanggup habiskan duit, walaupun itulah saje duit yang berbaki dipoket. tapi, bukan penjual ubat. ia penjual vcd haram.

aku pun samalah dengan watak2 orang melayu kat perenggan atas, tumpang semangkuk la mencelah. majoriti perempuan warga indonesia, tu lagi la aku nak tau kenapa. aku usha2, dan rupanya mereka tengah gelak2 tengok vcd lucah yang dipamerkan secara terang-terangan atas meja. berani mati betul mereka ni. aku pulak yang kemaluan, abis... kalau cover vcd tu depan2 dah tunjuk kemaluan didalam mulut, siapa tak segan. apatah lagi aku ni masih ada sifat kemanusiaan dan keimanan yang teguh. pompuan2 tu tak malu pulak berdiri situ sambil pilih dan gelak2 sesama mereka. walaupun sifat syaitaniah dalam diri aku suruh aku tengok, sifat malaikah aku menghalang. dengan Istirafar pendek, aku melangkah mencari durian.

bukan itu hiburan yang aku cari.......

Wednesday, November 11, 2009

Beriringan Menuju Maut

aku yakin kebanyakkan dari kita adalah pengguna jalan raya. tak kiralah sama ada anda pemandu, pembonceng, penumpang atau pelanggan kenderaan awam. aku yakin korang biasa saksikan pelbagai kes kemalangan jalan raya, dan sesetengah kes melibatkan kehilangan nyawa.

hari inipun sama, nak pergi jemput anak aku di tadika tadi, ada kes kemalangan jalan raya. aku tak berhentipun sebab dah berpuluh2 orang membanjiri kawasan tersebut. aku cuma perlahankan kereta dan menurunkan cermin. ada yang benar2 membantu, dan ramai yang sekadar memerhati, dan ada jugak yang jenis 'ahli neraka' yang berhenti sekadar nak salin nombor plat orang yang accident. tau lah, hari ni kan "hari nombor". kat kilang aku kerja dari dulu, memang ada je manusia mengaku melayu Islam tapi memang tahi nombor ekor. time rehat, sanggup pecut beli nombor, siap terima kiriman nombor kawan2 lagi. pastu lepak ramai2 bincang dan tunjukkan kertas nombor2 masing, nampak aku je terus sorok kertas. aku jenis mulut tak de insurans, aku sound terus je 'bakal ahli neraka' tu.

berbalik pada kes di jalan raya, ramai dari kita sebenarnya masih tak sedar-sedar diri, terutama yang bermotosikal. suka-suka hati mak tiri nenek mereka je nak bermain sms masa menunggang motor. bahaya woi.... lagi barua dan menyakitkan hati bila jalan sempit tapi ada mat-mat motor yang menunggang beiringan atas jalan bersembang. bawak motor perlahan pulak tu, orang kat belakang pulak risau tak langgar mereka. orang macam ni kalau aku nampak memang sengaja cari maut dan kena langgar, rasanya aku memang tak tolong punya (walaupun aku sebenarnya seorang ahli pengakap yang baik hati dan menolong orang pada setiap masa). saje cari bala, rasalah sendiri.

pada aku bertanya khabar dan bertegur sapa tu bagus, tapi jangan masa bawak motor, itu beringan menuju maut namanya. kalau terserempak kawan masa membonceng tu, ajak le member tu berhenti tepi jalan tu. kalau ada budget lebih sikit, ajak le minum teh tarik. padah jangan dicari, mana tau tiba2 ada kenderaan lain tengah laju dan tak sempat brek, tak ke aruah kamu. jangan jadi macam bidalan orang2 cina kat beijing "bila keranda diusung ke kuburan, barulah mengalir air mata". itu kalau kawan lain yang kena, kalau sendiri yang kena? nak mengalir air mata ke hape, korang lah yang duduk dalam keranda tu. yang menangis barangkali ibu bapa, suami/isteri, adik beradik atau anak2. makwe2 ni mengarut je, menangis sampai bengkak2 mata, lepas seminggu pakwe mati nanti berganti le pakwe baru. buat pengubat rindu pada aruah katanya, cam haram!!

Monday, November 9, 2009

Tandatangan Buku Penilaian Luqman

hari ini (09/11/09) adalah hari menandatangani report card untuk anak aku di tadika. so, aku pergi laa... masa aku pergi, dah tengahari, ibubapa lain dah datang awal. aku nak jugak datang awal, tapi kerja menimbun.

duduk je depan cikgu tadika, cikgu tersebut senyum dan membelek buku laporan kemajuan anak aku disekolah. sebelum cikgu sempat buka mulut, aku mula bercakap dulu..

"cikgu, sebelum cikgu cerita tentang perkembangan anak saya ditadika, biar saya cerita dulu apa expectation dan pandangan saya sebagai bapa luqman. sebenarnya saya memasukkan luqman ke tadika sekadar untuk memberi dia peluang berkawan. apalah saya boleh harapkan pada anak yang belumpun cukup 5 tahun. cikgu dulu tentu masih ingat masa saya masukkan luqman ke sekolah tiap2 pagi, 2-3 minggu pertama luqman bersekolah, hari2 dia akan nangis. dan memaksa saya untuk kadang2 turut menemani luqman ditadika sehingga habis kelas.

sebelum mula bersekolah, luqman tak suka bermain dan berkongsi apa-apapun even dengan adik dia. kalau saya nak belikan sesuatu, saya belikan mereka keduanya. mereka tak akan kongsi punya. tapi dengan bersekolah, saya lihat dia dah mula belajar berkongsi mainan. pada saya, itu perkembangan yang cukup baik. melihat luqman bermain, bergurau dan belajar bersama kawan2, saya cukup puas hati, sebelum ini luqman tak akan mungkin selesa bermain dengan orang lain diluar keluarga kami.

saya sedar, luqman masih belum boleh menguasai 3M; menulis, mambaca dan mengira. saya tak pernah paksapun dia belajar semua tu. masa terluang, saya ada ajar, tapi saya tak push dia lebih. luqman mengenal benda, bentuk, binatang, warna dan sebagainya saya dah cukup puas hati. ada anak kawan2 yang dihantar ke tusyen, tapi saya tak mahu hantar. saya mampu, tapi saya rasa selesa anak saya enjoy masa kecilnya. saya setuju ilmu itu penting, tapi menikmati keseronokan hidup dizaman kanak-kanak juga penting. saya percaya, kita boleh cari ilmu bila-bila, tapi kita tak dapat kembalikan zaman kanak-kanak kita dulu.

saya puas hati saya hantar luqman belajar tadika sebab luqman boleh belajar dan bermain. dah saya tak pernah harap anak saya terus jadi cemerlang di kelas. biarlah dia ambik masa belajar. tapi saya tau, luqman sangat berbakat dalam mewarna dan melukis. hampir setiap bulan saya akan membelikan pensil warna dan buku mewarna, dan saya yakin cikgu juga perasan bahawa buku-buku latihan dia lebih diwarnakan dari ditulis. itu je pandangan saya, dan saya bangga dengan anak saya luqman hakim "

"apa pandangan cikgu pula?"

"saya rasa gembira sebab tau apa yang encik izman harapkan dan perkembangan anak en. izman. ada ibubapa hanya membiarkan anak mereka dan harap 100% pada cikgu. saya juga rasa luqman dah banyak berubah sejak dia masuk. dulu asyik nangis je, sekarang dah banyak berkawan. dulu, dia pendiam sangat, sekarang dah riuh jugak, cuma sesekali tu nampak la dia pendiam. daya fokus dia tinggi cuma dia banyak berfikir bila disuruh buat sesuatu. kemahiran 3M tu boleh dipelajari, lagipun dia masih kat tadika lagi tahun depan. tahun ini dia agak sedikit ketinggalan sebab dia di kelas umur 6 tahun. ok lah saje, moga ada perubahan lebih baik pada sesi akan datang" kata cikgu.

terima kasih cikgu.

Saturday, November 7, 2009

DUIT MUDAH, USD1.00 SETIAP DOWNLOAD

buat sesiapa yang suka mencari duit tanpa modal, kali ini seorang jutawan internet, RUSSELL BRUNSEN membuat tawaran luar biasa. dia sanggup bagi USD1.00 bagi setiap orang yang kita perkenalkan dan download report dia. bayaran melalui paypal. ini link untuk diterjah kalau berminat :-

"6 FIGURE - 8 FIGURE VIDEO"
http://www.12monthinternetmillionaire.com/reg/11134

"IM-MYTH REPORT"
http://www.12monthinternetmillionaire.com/reg/11135

bagi aku secara peribadi, ini kali kedua aku buat duit dari Russell. dulupun dia buat Im-myth report jugak. tapi tawaran kali ini datang bersama link video bagaimana nak meraih pendapatan dari internet.

Syarat-syarat nak menyertai :
1) PERCUMA. tidak perlu beli apa-apa langsung.

2) ada email. jangan la kata takde email, orang asli kampung akupun dah ada email. semua pengesahan password dan link untuk dipromotekan dihantar melalui email.

3) masa TERHAD. terbuka dari 05/11/09 hingga 10/11/09 (itu masa orang puteh la).

4) Kena PROMOTE LINK tersebut dan BERJAYA dapatkan sekurang-kurangnya 20 ORANG yang download. kalau dapat takat 19 orang, tak de payment la.... promote boleh melalu website, email, blog, twitter, fb dan segala pengiklanan yang anda suka. pastikan link anda, jangan promote link orang lain pulak. tapi kalau anda tak nak buat, korang promote la link aku. aku akan doakan korang agar murah rejeki.

5) JANGAN TIPU dengan buat email sendiri banyak2 dan download. komisen anda akan dibatalkan jika berjaya dikesan menipu. kalau boleh jangan takat promote dalam company sendiri, takut anda akan dianggap menipu kerana nombor ID internet adalah sama.


dah ada MINAT??? tunggu apa lagi, korang klik je mana-mana link dibawah ini.
"6 FIGURE - 8 FIGURE VIDEO"
http://www.12monthinternetmillionaire.com/reg/11134

"IM-MYTH REPORT"
http://www.12monthinternetmillionaire.com/reg/11135

Opsss..... satu lagi aku belum crita, masuk link tu nanti anda akan dibawa ke suatu alam iaitu alam ghaib, maksud aku alam siber. korang akan nampak menda ni....



so, jangan berlengah, isikan NAMA, EMAIL dan NOMBOR TELEFON anda. untuk elakan spam, korang dikehendaki jawab soalan matematik tahap kelas tiga anggur. untuk pastikan anda dapat komisen, klik kotak untuk AFFILIATE. last sekali tekan "GET INSTANT ACCESS NOW"

then, mereka akan masukkan anda ke web page baru. download la report yang mereka tawarkan iaitu "IM-MYTH REPORT". report ni sebenarnya sangat bagus untuk anda baca walaupun anda tak mahu duit yang ditawarkan. report sepanjang 70 muka surat menerangkan pengalaman mereka dalam dunia MARKETING. bagus untuk pelajar marketing dan usahawan internet dan dunia nyata. korang klik bahagian yang ada gambar ni....




yang minat tu, tapi takde akaun PAYPAL jangan risau. paypal juga PERCUMA, daftar je on the spot. paypal sekarang dah advance, dah boleh transfer terus ke akaun bank di Malaysia. tak perlu daftar kad kredit atau kad debit lagi untuk keluarkan. klik je kat bawah ni kalau nak daftar paypal.


Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

akhir kata, jangan fikir lama-lama, daftar je la.... orang nak bagi duit free pun nak kena fikir sebulan dua jugak ke. klik je mana-mana link dibawah ni:-

"6 FIGURE - 8 FIGURE VIDEO"
http://www.12monthinternetmillionaire.com/reg/11134

"IM-MYTH REPORT"
http://www.12monthinternetmillionaire.com/reg/11135


SELAMAT MENCUBA!!

Friday, November 6, 2009

Go To Hell

dalam pekerjaan aku dari dulu hingga kini, aki tak buleh lari dengan foreign workers. bangladesh, india, jepun, korea, vietnam, nepal, myanmar. tu je! dan seringkali juga bahasa menjadi masalah dalam perhubungan. ini terjadi sepanjang masa, dan kadang2 sangat menghiburkan. aku cakap kadang2 menghiburkan, maksud dia selalunya memang boleh membuat aku rasa nak tampar je pankreas kiri mereka.

pekerja asing yang baru datang? pergh! bahasa mereka memang jenis cap itik punya. ada yang boleh cakap inggeris, tapi ramai pula yang cakap inggeris tapi slang dan bahasa inggeris pasar kampung nenek mereka. haram tak faham. pekerja2 tempatanlah yang selalu membantu mereka belajar bahasa melayu, atau bahasa inggeris slang jawa (kilang aku ramai orang jawa). dan tak kurang juga orang tempatan yang merosakkan vocabulary orang2 asing ini.

pernah suatu masa, sorang bangla datang jumpa aku atas suatu urusan. dah pekerja datang jumpa, tak kan aku nak halau pulak. aku layanlah. komunikasi memang tahap ayam belanda cakap dengan itik rusia. sambil2 aku nak cuba faham tu, masa tu lah ada orang nak jumpa jugak, ada call masuk, ada sms masuk, ada dokumen kena sign urgently. kesian abangla (bangladesh) tu asyik tersekat2 percakapkannya. aku tak kisahpun cakap dia terpotong separuh jalan, kalau dia cakap ayat penuhpun, lagi panjang ketidakfahaman aku. kuang.kuang.kuang.....

agaknya bosan menunggu aku dengan perbagai urusan yang tidak pernah selesai, abangla tu mengundur diri. tak mahu kacau aku barangkali, atau nak cari masa lain yang lebih sesuai. aku nampak dia beredar, aku panggil.... (AMARAN : perbualan ini mengandungi ayat2 inggeris pasar bangladesh, tidak sesuai digunakan oleh pelajar universiti, dan bakal cikgu inggeris di Malaysia).

HR : Anuar, come back here?
abangla : yes boss.
HR : where are you going?
abangla : i, i going to hell, boss.
HR : what? say again
abangla : i going to HELL boss.
HR : why you going to hell?
abangla : working la boss.
HR : where you working?
abangla : I working in hell, boss.
HR : you work in workshop right!
abangla : ya la boss. workshop and hell same-same meaning la boss.
HR : who say same-same meaning?
abangla : khairul boss say. workshop like hell, very-very hot.
HR : okla, you can go to Hell now.

Thursday, November 5, 2009

Wanita Mulut Lancang

dalam berkawan, maksud aku betul2 KAWAN, macam2 kawan kita kenal. tapi persepsi masyarakat ialah kalau lelaki kawan dengan perempuan itu BERCINTA, pada aku konsep itu salah. dalam berkawan, aku juga ada ramai kawan perempuan. pelbagai bangsa, warna kulit, rupa bentuk dan sebagainya. tiada halangan atau syarat untuk berkawan. cuma, bagi yang dah ada anak tiga macam aku ni, kena fokus dalam berkawan. takut ada salah makna. biasalah dalam berdua, mesti setan ada membakar nafsu. aku ni pun bukan boleh percaya, kalau jumpa perempuan comel dengan lesung pipit, rasa geram nak gigit pipi je.

dalam persepsi lelaki dah berkahwin macam aku, aku memandang perempuan dalam pandangan lebih sopan. maksud aku, kalau yang bujang tu kalau tengok pompuan cantik (dan seksi)je mesti tengok muka, pastu longkang besar pastu bomtot. then, sengih gaya lelaki gile seks. kami yang berkahwin pula lebih selesa memandang dan melayan wanita2 sebagai suatu harta. pandangan mata kami pula lebih menampakkan cahaya kasih sayang berbanding lelaki bujang yang tergambar rupa buaya tembaga. eleh... jangan buat2 tak tahu, ramai sebenarnya wanita bujang yang terpikat dengan lelaki yang dah berkahwin. itu fakta. tapi, jangan silap faham yang aku nak berbini muda pulak. aku selesa dengan seorang isteri, cuma kalau nak tambah nanti, aku tambah anak je. tapi kalau dah tertulis aku kena kahwin ramai, aku redha (ish.3x... tak sayang mulut).

dari perspektif lelaki dah kahwin, aku dapat saksikan bahawa ramai lelaki dah kahwin suka wanita muda yang genit, lincah dan ceria. ye lah, isteri kat rumah tentunya lebih bersifat keibuan, tak kan nak terkinja-kinja macam anak dara. kalau bawa berjalanpun, tak kan nak huha2 lagi. aku secara peribadi suka layan cerita awan dania (musim 1 dan 2). sikap dania yang sesekali macam badut tu menambat hati. jarang kita jumpa perempuan yang lurus langgar dinding macam tu, cakap lepas je....

aku ada suatu cerita perempuan mulut lepas ni. kisah ni agak baru lagi. sebagai orang minyak, memang kerja aku cari anak2 dara. errr... maksud aku, sebagai orang HR, memang aku selalu dicari oleh orang2 yang terlibat dalam marketing untuk dibawa berbincang. ye lah... jumpa aku nak hantar qoutation security guard, manpower, safety equipment, training dan sebagainya. syarikat2 ni pun pandai, pilih perempuan muda yang comel2 untuk jadi marketing executive bagi melayan lelaki hidung belang macam aku (maksud aku bertemu pegawai alim macam aku. sori, aku tak tergoda. kalau pakai seksi aku tak pernah jeling kali kedua punya, aku terus tengok tanpa berkelip). suatu hari ada suatu marketing executive wanita melayu bertemu aku untuk suatu urusan rasmi. sebab meeting dengan pompuan, masa yang diambil biasanya lebih meleret2. kalau lelaki, cepat je aku suruh balik (he.3x). bukan pilih kasih ye kawan2, itu namanya pilih kekasih. marketing executive ni menerangkan panjang lebar profile syarikat dia, dan segala macam benefit produk dia, aku dengan penuh minat.

dan, sebab aku ni masa sangat terhad, kerana aku membuat part time driver (hantar dan jemput anak boss HR kilang aku), aku kena selalu tepati masa. dan... sms berbunyi dan ianya dari isteri boss HR kilang aku berbunyi "dah jam 11.25am, dah jemput anak?". ish... bini aku ni cam tau je aku nak menggatal. so, aku terpaksa hentikan perbincangan walaupun masih banyak yang ingin aku tau pasal wanita cantik itu (maksud aku apakah after sales service yang mampu ditawarkan. contoh, talian peribadi untuk dihubungi, perbincangan peribadi jika ada masalah dan sebagainya). so, aku terus cut short perbincangan :

en. HR : oklah cik ida. saya rasa kita dah kehabisan masa bersama. saya akan semak profile dan list produk yang cik ida tawarkan. bagi saya sedikit masa dan saya akan buat keputusan.
marketing exec : oo... terasa sekejab je masa berlalu. dah sejam lebih rupanya. encik izman ada appointment lain ke lepas ni?
nampak tergesa2 je.
en. HR : bukan appointment, saya nak kena jemput anak di tadika. (lelaki budiman macam aku memang suka berterus terang).
marketing exec : anak en. izman ke? anak ke berapa?
en HR : yup, anak saya. yang pertama. luqman hakim nama dia.
marketing exec : nice name. en. izman ada berapa orang anak?
en. HR : tiga orang.
marketing exec : TIGA! ish.ish.ish.. kuat jugak en. izman ni yer?
en HR : kuat? (sambil memandang wanita itu dengan eksresi muka yang kononnya tak faham dengan maksud perkataan dia dan minta penjelasan)
marketing exec : (hanya tertunduk malu kerana kelancangan mulut dan mula beransur keluar dari meeting room). nice meeting you en. izman. harap kita jumpa lagi.
en. HR : nice meeting you to (nasib baik aku belum bersedia tambah bini, kalau tidak.......)



IZZI ADVERTIZING---------------------------------------------

script language="JavaScript" src="http://ilovemalaysia.exabytes.com.my/merdeka.js" type="text/javascript">