Friday, July 30, 2010

Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Munirah

hari ni (30/7/10) aku bercuti separuh hari. urusan perbankan. even gaji belum masuk tapi hutang2 kena bayar jugak. terlepas bulan kang kena bayar interest pulak. lepas selesai urusan bank di bandar klang yang aku rasa kesesakannya lebih teruk dari bandaraya bangkok atau singapura. siapalah arkitek yang buat plan laluan kenderaan kat klang ni, konon buat jambatan dan lorong sehala tu untuk jalan lebih lancar dan selesa, tapi cam haram. korang fikirlah mana satu bandar dalam dunia ni yang jalan utama melalui bandar tapi nak masuk bandar kena patah balik. jangan kata rakyat malaysia pelik dengan sistem jalanraya tu, pemandu kereta lembu dekat barat daya uganda selatan pun ketawa dengan jaringan jalan2 kat bandar klang tu. tapi lantaklah, aku rasa kalau diteruskan macam ni, jadi bandar berhantu bandar klang nanti. semua orang lebih suka bershopping dan berurusan di bandaraya shah alam atau pergi ke bandar bukit tinggi klang je.

since aku dah niat nak sampaikan sedikit wang zakat kepada Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, aku rushing balik ke johan setia. kalau ikut geografi dekat je dari rumah aku tapi aku tak perasan kewujudannya. ala, lalu area tu 3 tahun sekalipun payah, camane nak perasan. aku cuma perasan kewujudannya selepas melihat di rancangan 'sehiris peria secawan madu' yang dipengacarakan oleh ustazah comel tu. dalam episod tu dibawa penuntut rumah kebajikan tersebut bersama penasihatnya iaitu Al-fahdil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani. ustaz dasuki ni memang dah tersohor, dan aku tumpang bangga je sebab dia sekampung dengan aku. aku kecik2 dulu mengaji dengan mak ustaz dasuki la.

ape? aku hulurkan bantuan ke Al-Munirah sebab ustaz dasuki sekampung dengan aku? oh tidak! aku bukan arab jahiliah yang mementingkan kesukuan. lagipun siapalah aku nak banding dengan ustaz dasuki, aku ni banyak jahil lagi bab2 agama ni. aku sebelum ni lebih suka berzakat terus pada orang yang aku yakin susah. ala zakat kecil2an je. zakat gaji, campur sedikit2 duit hasil blog dan internet, campur duit2 berniaga kecilan yg lain.

berbalik kita ke pangkal jalan. kita cerita balik pasal Al-Munirah. aku sampai kat rumah tu sebelum jam 5pm. sebelum tu aku dah call tanya jam berapa tutup sebab aku tak mau menyusahkan orang. kedudukan rumah tu betul2 tepi jalan di kampung johan setia, klang.

aku menyusuri bangunan baru yang sedang dalam pembinaan sebelum sampai ke pejabat dan kawasan asrama al-munirah. sebaik keluar dari kereta, salah seorang penghuni disitu yang kebetulan berada disitu menghampiri aku, menyalami dan mencium tanganku. argh... sayu betul aku. aku kemudiannya ke pejabat al-munirah bersama seluruh keluarga aku. aku menyampaikan hasrat nak hulur sedikit zakat. sambil2 tu aku tanya keadaan rumah dan penghuni disitu. kalau tak silap aku terdapat lebih kurang 47 orang penghuni. penguni disitu rata2 aku lihat masih bersekolah rendah dan beberapa orang mungkin sudah di peringkat menengah. ada juga yang masih kecil dan membuat aku lebih tersentuh. budak2 sekecil itu sudah berjauhan dari kasih sayang ibu dan ayah lantaran kemiskinan atau ibubapa mereka sudah meninggal dunia.
meskipun zakat aku kecil, tapi itulah sahaja aku mampu. cuma disini aku nak mengajak mana2 sahabat yang singgah atau tersinggah disini agar sama2 membantu mereka. mana2 sahabat yang sering berzakat tu, elok juga kalau dizakatkan sahaja ke sini. mereka juga layak menerima zakat, malah setiap sumbangan tuan/puan dikecualikan dari cukai pendapatan. zakat yang diberi kepada mereka juga diiktiraf jabatan agama islam selangor. yang penting, kita membantu walaupun sedikit. Allah akan mengurniakan pahala yang besar, insyaallah.

apa? aku riak sebab bercerita aku bagi zakat? buleh jadi kot! argh... akupun tau bahawa lebih elok kalau tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui. tapi niat aku ialah kita sama2 membantu. kalau riak aku ini dapat membuka hati orang lain untuk berzakat atau bersedekah kepada al-munirah, aku tak kisahpun kalau amalan aku kali ini tidak diterima. aku yakin Allah itu maha mengetahui.




nak tau lanjut mengenai rumah kebajikan ini, layarilah http://anakyatim.com.my atau hubungilah di alamat berikut :

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN AL-MUNIRAH, KLANG SELANGOR
Lot 15772, Jalan Johan SetiaOff Jalan Langat
41200 Klang, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-3324 7758

Thursday, July 29, 2010

Simpan Duit Dalam Stokin

petang tadi (29/7/10), aku dan seorang lagi staff telah membawa seorang pekerja vietnam ke lcct. nak hantar dia balik vietnam. baru je masuk malaysia bekerja dengan kami 29/6/10, genap sebulan dah kena hantar balik.

biasalah 'unfit' untuk bekerja, kena hantar balik la. kalau nak diikutkan dalam kerjaya aku ni dah banyak aku buang atau aku nasihatkan berhenti, tak de kesan dihati aku kalau orang berhenti (ye la tu!!!). kali ni aku agak sayu. even mamat vietnam ni aku tak pernah berbual dengannya sebab dia memang tak faham sepatah haram cakap inggeris. cakap melayu lagilah tak faham. so, camne nak berbual.

yang aku sedih ialah even dia tak faham bahasa kita, dia faham bila kami suruh bekerja. tak suka curi tulang (atau curi isi), tekun dan takde karenah. kerana gagal alam pemeriksaan fomema, kami kena hantar dia balik. sakit ape tu, biarlah aku je tau. semalam semasa aku brief dia dengan perantaraan jurubahasa, nampak sangat dia kecewa, sedih, tertekan dan sebagainya. aku memerhati dia dengan teliti,takut jugak dia terjun dari tempat aku tu, ye lah tingkat atas. kalau tak mati, aku yakin mau patah riuk jugak.

tapi aku cakap kat dia teruskan kerja sampai habis hari semalam, dia kerja. cuma pagi ni masa aku panggil staff aku ambik punch card dia, takde! teruk jugak security guard aku hamun, punch card pun tak boleh jaga. terkebil2 guard tu, nak lawan aku, aku yakin dia takut aku hantar dia balik sama. so, mengaku salahlah yang terbaik. memang salahpun! aku panggil mamat vietnam tu dan jurubahasa tanya kemana perginya punch card dia. korang tau apa jawapan dia yang membuatkan darah aku mendidih. jawapan dia setelah dialihbahasa "saya sudah takde kerja sini, jadi saya sudah koyak itu punch card kecik-kecik, dan saya buang". woi samdol, aku nak kira gaji kau la.

nasib baikla keteroran aku menyusahkan pelbagai department dan orang berkaitan berjaya mendapat semula butiran hari bekerja dan jumlah overtime dia. banyak jugak mamat ni kerja, yang sedihnya duit tersebut digunakan untuk beli tiket kapal terbang dia balik. kalau nak diikutkan memang duit dia tak cukup sebab dia dah buat 2 kali advance gaji kat syarikat. tapi atas dasar perikemanusiaan aku beri jugak duit poket untuk dia balik. kang takde duit langsung, terpaksa la dia menapak dari airport saigon tu ke rumah dia. khabarnya kalau naik bas pun 2-3 hari baru sampai rumah dia, kalau aku tak bagi duit poket dan dia jalan kaki, aku yakin raya puasa ke 5 baru dia sampai rumah dia.

masa nak hantar dia ke airport tadi aku yg hantar. tengah tak banyak kerja, dan kalau aku biarkan staff yang sorang lagi buat, mau tak naik flight la mamat tu. dari percakapan aku dengan jurubahasa, dikhabarkan bahawa setiap pekerja yang nak datang malaysia terpaksa belanja wang yang banyak untuk membayar agen mereka. kurang2 rm6000. itu belum kira kena buat passport, kena medical check up dan beli tiket kapal terbang. ramai yang berhutang dengan ceti atau gadaikan tanah. yang sedih bila baru datang dah kena hantar balik, hutang menimbun kena bayar jugak. itulah sebab ramai pekerja asing tak mau balik dan ada yang sanggup bunuh diri bila kontrak kerja tak disambung.

berbalik pada pekerja tadi, awal pagi2 sebenarnya adaa beberapa kawan si vietnam beri aku duit minta tukar ke duit vietnam. dengan wang saku syarikat sebanyak rm100 dan duit derma kawan2 vietnam rm60, bila aku tukarkan dapatlah kira2 sejuta dong. kira jutawan la tu. aku serahkan pada dia dan salah seorang pekerja vietnam perempuan disitu telah mengambil duit tu, melipatnya dengan kertas surat khabar dan menyuruh mamat yang balik tadi meletakkan didalam stokinnya. untuk keselamatan kata si perempuan tu. ramai orang jahat divietnam, tambahan pulak mamat yg kena hantar balik tu jenis lurus bendul dan pendiam. lantak koranglah. ramai jugak yang menangis mengiringi kepemergiaan sahabat mereka tu.

sampai lcct, satu lagi masalah besar. macammana nak bawak mamat tu masuk kapal terbang. dia memang confirm ulu banat betul. baca signboard pun tak reti. aku tanya kaunter sini, ditolak ke kaunter sana, ditolak ke orang sinun. pergi kaunter mab nak ambik pass harian nak masuk sampai aircraft, tapi diorang tak bagi. kata mereka tak perlu sebab ada orang yang akan bawa dia masuk. ok, kita tengok siapa yang kena!

seperti diduga, pekerja airasia yang menjaga boarding pass kata memang takde service hantar ke pesawat tu. mamat tu kena naik escalator sendiri dan kemudian masuk flight sendiri. heh, bancau! tapi alhamdulillah brader airasia tu sedia membantu sehabis dayanya. dia meminta kami tunggu ditepi sementara dia dapat mana2 vietnamese yang baik untuk ditumpangkan ke dalam pesawat. dan alhamdulillah setelah beberapa ketika, adalah satu vietnamese yang nak naik pesawat yang sama telah diminta oleh kakitangan tadi agak membantu pekerja aku tu. dan sebab orang satu vietnam dan semangat "SATU VIETNAM" yang teguh, dia dengan relahati membantu mamat tadi. dengan senyum yang paling manis, aku mengucapkan "Thank you very2 much sir". pergh... selesai kerja aku.

apa moral cerita ni? moral kehape benda. O.... jangan tipu laporan perubatan. sekali mungkin lepas, tapi dua kali sangkut. kalau sape2 nak jadi jutawan, dengan rm200 tu tukarkan ke duit vietnam, kaya korang.

Wednesday, July 28, 2010

Dasar Pengemis

sekejab tadi, aku ke pasar malam berdekatan. pegi sorang je. aku bukan kaki pasar malam, nak beli lauk pauk dan sayur dari pasar malam memang jauh panggang dari ikan panggang buat aku. leceh! kalau membelipun setakat mencari sayur kampung seperti petai, jantung pisang dan pucuk paku. ala, akukan orang kampung, memang kena cari sayur mayur kampung jugak perut aku ni.

cam biasa, hari ni cakap kat wife tak perlu masak. aku pergi cari nasi kerabu, laksam, taufu fa, jagung dan seangkatan dengannya. ala beli sikit2 je, budget la katakan.

dah namapun orang HR, memang suka tengok perangai orang. sambil2 membeli tu aku tengok makin meriah pengemis di pasar malam ni. adakah sebab ekonomi semakin teruk sehingga ramai mengemis. atau sebab dah nak puasa. argh... lantaklah. yang aku tau, aku sangat jarang nak bersedekah pada pengemis ni, aku suka bagi kat orang yang sepatutnya. pengemis ni pada aku banyak yang ada sindikit, ada orang disebalik kegiatan mengemis itu.

kebetulan aku menunggu disebuah gerai membeli, aku perasan seorang pengemis lelaki sedang mengemis. dah pengemis mestilah mengemis, takkan menjual murtabuk pulak kot. dah adat orang melaysia, asal ada pengemis mesti ada yang berhati mulia menghulurkan sedekah. dan seperti kebiasaan, duit RM1.00 diberikan. err... aku bukan pertikaikan sedekah rm1.00, ala cam tak biasa majoriti sedekah di masjid hari jumaatpun rata2 rm1.00 jugak.

yang aku meruap ialah sikap pengemis yang tidak tahu diuntung itu bersyukur atas pengemisannya itu. sedekah rm1.00 yang diterima, diangkat, ditelek2 dan diihempaskan ke mangkuk pengemisannya. bukan takat menghempas, siap dibebelkan pulak "heh, seringgit". bukan sekali, berkali2. setiap kali orang bersedekah seringgit, itulah dibuatnya. kalau ikut hati aku, mau je aku terajang pengemis tak sedar diri tu. woi mangkuk, dah la mengemis duit oraang, orang bagi seringgit tu bersyukurlah. nak banyak2, ko pergi kerja kilang. kalau masih nak mengemis tapi nak duit rm1.00, pergilah mengemis di amerika. kat amerika diorang tak bagi rm1.00, diorang bagi paling cikaipun usd1.00. kalau nak duit lagi banyak, pergilah mengemis kat indonesia, sekali diorang bagi mau juta2 rupiah, jutawan ko nanti.

apa2pun, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. kalau ada duit tu sedekahkanlah atau berzakatkanlah. lebih baik kalau sedekah atau zakat tu diberi kepada yang layak, berbanding beri kepada pengemis yang anda tak pasti ia dapat pada pengemis atau sekadar memberi kepada sendikit.

Friday, July 23, 2010

Trilogi Peristiwa

20 JULAI 2010
hari ni agak sayu, sebabnya kawan yang selalu aku ajak keluar makan tengahari akhirnya sampai hari terakhir berkerja. dapat kerja di bangi. ye lah, tunang kerja bangi, mestilah dia nak kerja bangi jugak. tengah hangat, kesian jugak aku tengok dia 2 minggu sekali baru boleh dating. heh... aku jaman muda2 dulu, hari2 dating. kadang2 tu sehari dua orang aku dating. opss.... terlebih sudah!

cerita pasal si azmir ni, stori dia tak le panjang dengan syarikat ni, baru 2 tahun. aku masih ingat, masa aku pilih resume untuk engineer production dulu, tertarik dengan resume dia. ala resume fresh grads, apa sangat nak di perhatikan. production manager masa tu pun rasa dia boleh diberi peluang. kami panggil dia interview. aku masih ingat lagi, masa dia datang interview, mmg sangat innocent. lurus je. lepas dia interview, sebab masa tu dia datang naik komuter, akulah yang hantar dia ke komuter klang. heh... korang fikir sendirilah, ada ke syarikat yang HR dia baik cam aku (uweekkkk). dah rejeki dia, kerja tu dia dapat, dan dia bekerja dengan kami walaupun ada beberapa syarikat lain turut mengoffer kerja kat dia.

ok, aku nampak dia berkebolehan dalam kerjaya dia. tak de marah2 orang macam aku (tapi aku marah dibayar tau). dan hari ni dia dah last day. sedih. sedih sebab orang yang selalu aku buli dah nak berenti. so, sebelah malamnya kami adakan sedikit jamuan perpisahan. inisiatif kawan2 je. cam biasa kat bagan seafood tanjung harapan.

kepada azmir "selamat menempuh alam kerjaya baru, di tempat baru. even kamu sukar nak patah balik di syarikat kami sebab kami di port klang sedangkan tunang kamu di bangi, tapi kalau kamu terasa nak kembali, saya bila2 masa akan menyokong permohonan kamu". err.... dah kerja dekat ngan tunang tu, jangan la dating sampai lewat2 malam sangat. risau jugak dengan gejala buang bayi tu. ye lah, orang kata kalau asyik berdua tu, nanti ada pihak ketiga.

21 JULAI 2010
hari ni cam nak tercabut pangkreas aku. kerja menimbun. itu nak check, ini nak sign, sini nak jumpa, sinun nak appointment. emm.. kerja tu kerjalah, tapi hari ni harijadi anak kesayangan aku (semua anak adalah anak kesayangan aku). pika dari beberapa hari sebelum tu dah mintak itu dan ini untuk harijadi dia. since sibuk, aku tak tunaikan. nak beli hadiah awal2pun mana boleh, sebab dah tak jadi hadiah hari jadi.

dalam kesibukan, isteri beberapa kali menelefon dan bersms bertanya sambutan hari jadi anak. cam biasa, kami sambut anak beranak je. budget ciput. hari jadi biasanya kami makan kek pisang je. kalau nak ubah selera, kami makan kek lapis (tolonglah percaya).

dalam tak sedar, rupanya sampai malam aku kat pejabat. itupn isteri yang call bagitau anak dah merajuk. birthday girl siap bagitau "dah ayah sibuk biarlah. pika tak nak apa-apa pun. pika tak nak hadiah". heh... hati ayah mana yang tak tersentuh, aku tinggalkan kerja, dan call isteri minta semua bersiap. dengan pakaian kerja, kami ke kedai kek, kfc dan pasaraya mencari hadiah. sekarang ni semua senang, asal ada duit untuk membayar, semua boleh dapat.

setelah yang dikehendaki dibeli, kamipun pulang. sampai rumah aku minta isteri bukakan kek dan aku dengan segera mandi (mandi kambing). oklah, melihat si abang, luqman hakim ceria menyanyikan lagu happy birthday dan si adik tersenyum manis mendapat kek, aku dah cukup bahagia.

kepada Norsyafiqah Izzati ayah ucapkan "Selamat Hari Jadi Ke 4. Moga pika membesar menjadi anak yang solehah, mendengar cakap ayah dan ummi. Ayah dan Ummi mendoakan semuanya yang terbaik buat pika. ayah dan ummi sangat2 sayangkan pika".

22 JULAI 2010
aku bercuti hari ni. tadika luqman adakan sukaneka di wetworld shah alam. biarpun kerja diopis menambun, kerana luqman aku turutkan. apatah lagi aku terlibat sebagai ajk tadika dan secara matematiknya menjadi ajk sukaneka jugak. luqman beria2 nak naik bas, ye aku tau anak aku memang jakun bab2 bas ni. baru sekali naik bas rasanya, itupun masa ke singapura beberapa tahun lepas. tapi sebab dah ramai ibubapa dan dah penuh, aku naik kenderaan sendiri ajelah. luqman merajuk dengan muncung yang boleh diikat, aku buat tak tau aje.

sebagai ajk, biasalah kena membizikan diri dengan kerja2 persiapan. heh.. jaga pekerja dewasa aku biasalah, tapi nak jaga budak2 tadika ni memang payah. macam2 acara dipertandingkan untuk kanak2 dan juga ibubapa. kumpulan luqman masuk dua acara, dan kedua2 acara dapat tempat ketiga. ok lah tu. aku dan isteri juga masuk acara ibubapa, dan aku dapat tempat pertama acara baling gelung ke dalam kon.



dah sukaneka selesai, makan2 selepai, kami buat acara bebas. mandi manda. isteri just jaga anak kecil. aku je lah yang temankan anak2 berkubang dalam kolam. tapi serius, wetworld memang tak seronok langsung. gelongsur air dia ditutup sebab tak cukup korum orang sewa pelampung. memang rugi kalau pergi hari bekerja ni. even bayar sama, takat berendam je lah. siapa nak bersuka ria bersama keluarga sambil nak enjoy sama, baik korang pergi sunway lagoon, lagi puas hati even lebih mahal. takat nak main air kolam kecik, baik aku suruh anak aku mandi dalam besen atau baldi kat bilik mandi.

sepanjang di wetworld, henpon aku memang tak pernah sunyi berdering. kejab boss call, kejab boss sms, kejab kuli call, kejab kuli sms. dan lepas majlis bersurai jam 3pm, aku balik rumah jab dan akhirnya jam 5pm aku dah muncul kat opis. lama tak lama la kat opis, jam 7pm jugak le baru aku balik. isteri cam biasala la cakap "dah cuti tu cuti je lah, kenapa nak pergi kerja pulak". jawapan standard aku "apa nak buat, dah jadi kuli orang, boss panggil, kerja lah".

Tuesday, July 20, 2010

Musim Durian Jerantut

ahad lepas (18/7/2010) disebabkan urusan keluarga aku balik ke kampung di batu balai, jerantut pahang. balik dah agak tengahari, dan sampai kampung dah jam 2pm. since sepupu aku baru baik dari terkehel lutut, aku ajak dia dan adik aku ke kebun aku di damak untuk memetik rambutan dan mencari durian. durian kat kebun aku tak berapa menjadi, ye lah, kebun tak terjaga. bila musim durian baru nak jenguk. dah ramai yang nak beli kebun tu, tapi aku saje malas jual. duit boleh cari tapi tanah yang agak strategik cam tu susah nak dapat. even, jarang sangat aku dapat makan hasil kebun tu, aku biarkan je. kebun tu pulak bersempadan dengan tanah sedara mara jugak, yang ada jugak perangai macam yahudi. dah la menumpang kat tanah aku tu, sedikit demi sedikit dia buat rumah batu dalam rumah aku. ingat aku bodoh, suatu hari aku minta je court order, biar diruntuhkan rumah dia tu. ha.ha.ha.... atau aku jual je kat orang lain yang bukan sedara mara aku, biar mereka bergaduh pulak. aku pun suka gak bergaduh ni, tapi bila ada melibatkan saudara mara, dan mereka pulak minta perlindungan dari datuk nenek dan papa aku, tu tak best gaduh tu. takpe, suatu hari akan tiba.

apa cerita aku tadi. psal kebun tu. aku bawa sepupu, adik aku, anak2 aku dan anak akak aku datang sekali. dapatlah sedikit durian, durian cening pulak tu. rambutan banyak. malas nak kait atau panjat. aku suruh adik aku tutuh dahan je. ada pilih yang banyak2 je, dalam 2 pokok. dapatla dalam dua guni. kalau kereta api aku bawak, may be setengah gerabak keretapi boleh dapat, tapi kereta kecik, dua guni dah penuh la.

keesokkan harinya, hari senin, giliran aku mengutip durian kat kebun isteri aku pulak. ala, aku dan isteri kan tinggal berjiran kampung, so dekat je lah. cam biasa, orang cam aku kalau tak bawa askar2 untuk bekerja tak sah. aku bawak jugak sepupu aku tukang kutip durian. penat woo... dah la tempat dia berbukit. kalau nak dikira memang banyak buah, tapi aku memang tak larat kutip. aku kutip mana sempat je. dah la luas. itulah aku kagum dengan orang2 kampung cam bapa mertua aku. anak ada 11 orang, bila dia meninggal dunia, semua anak2 dia dapat tanah. isteri aku dapat tanah kebun dan dapat tapak rumah. so, kalau dah pencen nanti kalau tak duduk tanah aku, dapatlah buat rumah kat lot tanah isteri aku.

durian, rambutan, buah manggis, lempuk durian penuh satu bonet kereta. sampai ketak dalam kereta lagi. isteri aku pening bau durian, tapi aku suka. dah balik kampung, kena la bawa sedikit ole-ole untuk jiran tetangga dan sahabat baik. ada la bawak sikit untuk adik2 aku dan sedaraa mara yang duduk diperantauan.





kepada2 kawan2 yang duduk oversea tu, meh la tengok gambar durian jerantut. sedap!!!

Saturday, July 17, 2010

Pergilah, Tapi Tinggalkan Nama Baik

hari ni (16/7/2010)hari agak sedih jugak bagi aku. ia kerana hari ni 2 orang ketua jabatan berpangkat manager menamatkan kerja hari ni. seorang berhenti kerana telah beberapa tahun berkhidmat secara kontrak setelah mencapai usia bersara beberapa tahun lepas. khabarnya nak berehat bersama keluarga dan melancung.

sorang lagi manager, berhenti setelah dapat offer kerja lebih baik. ye lah, mana2 orangpun termasuk aku kalau dapat offer lebih baik, confirm pergi punya.

dalam kerjaya aku sebagai orang HR, orang masuk dan berhenti tu perkara rutin. ada orang masuk hari ni, lepas 2 jam terus berhenti; tak tahan. ada orang kerja setakat nak tau dan ada sedikit pengalaman sebelum cari kerja lain yg gaji lebih besar. dan ada jugak jenis manusia berdarah jepun yang setia dengan bekerja di satu syarikat sahaja sehingga pencen (atau mati).

bila ada orang baru masuk, aku terima mereka dengan senyuman, dan berharap mereka akan melanksanakan kerja mereka dengan baik. bila mereka berhenti kerja, aku masih mampu melambai mereka keluar kilang dengan senyuman. tiada dendam, even dalam pekerjaan kami banyak yang tidak sependapat dengan HR. tok sah bohong lah, cuba sebut nama 3 orang dalam satu syarikat yang suka dengan HR? kalau suka orang2 HR yang hensem dan comel-lote tu tak kira lah yer.

bagi kami, patah tumbuh hilang berganti. bila ada yang resigned, kami hired orang baru. try and error. kadang2 pengganti tu jauh lebih baik, tapi kadang2 boleh jugak dikategorikan sebagai tahap cipan venezuela bangangnya.

ya, aku tak nafikan, even aku gantikan orang yg berhenti, tak bermakna mereka tidak meninggalkan bekas dihati. aku juga manusia biasa, ada hati dan perasaan. kalau awek2 muda dan comel berhenti, terasa sayu jugak hati aku ni, dah tiada tempat untuk menumpang kasih. opss..... maksud aku ialah pasti ada antara yang pergi itu adalah kawan2 yang sedikit sebanyak membantu dalam kerjaya dan hidup aku. ada yang banyak memberi nasihat, panduan, dan tak lokek bercerita pengalaman hidup mereka sebagai tauladan. bukan semua benda kita boleh belajar dari buku, berkawan menambah pengetahuan.

berbalik pada hari perpisahan 2 orang manager tadi, mereka telah sudi membelanjai kami dengan hidangan kfc. majlis secara kecil2lan dibuat sebelum rehat solat jumaat. hanya staff manager berkenaan dan kawan2 rapat yg diundang. HR kena undang la, nak mampos ke hape nak pinggirkan orang HR. tak ajak aku kalu, aku charge mereka sengaja sabotaj waaktu kerja, sengaja ponteng kerja, berkumpul tanpa kebenaran dengan niat untuk mensabotaj output, membuat perhimpunan haram dengan niat menumbangkan pentadbiran syarikat dan sebagainya.

kenapa mereka yang berhenti kena belanja? oo.... itu traadisi baru. aku sengaja laksanakan disitu. sebelum ini bila ada yang berhenti, pihak syarikat keluarkan budget dan belanja mereka (kalau pangkat besar la). kalau kawan2 atau pangkat kecik, kami kawan2 kumpul duit dan belanja orang yg nak berhenti tu makan seafood. tradisi jahiliah itu telah aku mansuhkan. kenapa pulak kami yang ditingkalkan kena belanja mereka yang nak pergi meninggalkan kami dengan sengaja. kalau mereka meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya tu, memang patut la kami kutip derma untuk mereka. ini mereka memilih hidup yang lebih baik, gaji dan pangkat lebih lumayan di syarikat lain, kenapa perlu belanja mereka. siapa berhenti, dia la kena belanja kami. belanja tu pun bukan satu kilang yang beratus orang, cukuplah department masing2, kawan2 rapat dan off course, orang HR.

dalam 'exit interview' rata2 orang biasanya tidak akan menyatakan sebab sebenar mereka berhenti. rata2 lebih suka memberi alasan offer lebih baik, dekat dengan kampung halaman, dekat dengan kilang tunang dan boleh saving dan kawin lebih cepat (ini alasan ahmad azmir), benefit campany baru lebih baik dan beribu alasan lagi. jarang benar orang tulis alasan yang agak kejam seperti syarikat ni cam nak bangkrap je, boss sini tak bagus, HR sini tak buat kerja, dan lain2 lagi. kalau ada yang cakapp pun, itu dah lepas sesi, semuanya daah off record. kami orang2 HR bersikap terbuka (kalau kutuk lebih2, ada yang kena tendang keluar dari tingkap yang terbuka nanti), dah tugas, kami cuma collect data untuk dimaklumkan kenapa orang berhenti.

kesimpulannya, berhenti kerja disesebuah syarikat adalah isu biasa. pasti ada faktor penarik dari syarikat yang hendak dituju, dan ada faktor penolak dari syarikat sedia ada.

kepada semua kawan2,jika masih setia dengan syarikat ada sekarang, kerjalah betul2. kalau memilih untuk berhenti, tinggalkanlah kerja dan nama baik anda disyarikat lama. nama baik kekal selamanya.

kepada mr lai mun cheng dan mr loh kee yoeng, selamat tinggal. moga tuan berdua beroleh kebahagiaan, keselamatan dan, kejayaan lebih baik dimasa hadapan.

Wednesday, July 14, 2010

Demam Dah Kebah

semalam dan hari ni (14/7/10) aku bercuti sakit (mc). ia gara2 aku demam dan sakit otot. tak de rasa pening, cuba badan rasa sangat lenguh dan buat ape pun rasa tak selesa. dalam jam 9am aku ke klinik panel, sebab aku dah masuk kerja. sebab tak larat nak drive dan kebetulan kawan baik aku si saiful nak ke klinik, aku tumpang dia.

kat klinik, doktor kata aku demam, dan doktor suruh aku rehat. cam biasa, aku menolak nak cuma nak ubat legakan muscle pains. since doktor berkeras suruh ambik mc, aku terima je. even dapat mc, aku still kerja sampai 2 petang. balik rumah ingat nak rehat, tapi kejab staff call, kejab boss sms. berterusan. wife dah bising, suruh tutup telefon dan tidur. apa nak buat, dah nama kuli, kena sentiasa berkhidmat.

even hari ni, aku memang bercuti. tapi telefon berdering dari pagi. sms tak berenti. dan akhirnya memaksa aku ke opis sekejab. alasan biasa buat isteri, "abang gi opis kejab je, nak sign dokumen". bila sampai opis je, pelbagai benda datang dan ada la sejam dua aku duduk opis. since aku dah janji dengan anak2 nak makan pizza, aku terpaksa balik jugak.

kami pekena pizza kat pizza hut port klang. pergh... hanya kami sekeluarga je ada situ. may be hari bekerja kot. lepas makan, singgah jab bershoping sikit2 kat econsave. opss... lupa nak cakap, terima kasih sahabatku noreza @ eija atas voucher pizza hut tu. terima kasih daun keladi, kalau boleh bagilah lagi.

lepas balik shopping, bersolat dan berehat, aku memang rasa macam lenguh je duduk rumah tak buat kerja ni. aku pergi kedai cat, beli 2 tin cat 5 liter, nak cat bilik sikit. dah nak raya kan? bulan puasa takut tak larat.

Sunday, July 11, 2010

Buffet Korea @ Seoul Garden (ioi Puchong)

lama tak update pasal makan, kali ni aku nak cerita sket pasal trip makan2 tak hengat donia aku pada 08 julai 2010. lokasinya ialah di area ioi puchong. dah jemu makanana melayu, siam, cina dan india, kami pilih makanan korea pulak. ye lah, kawan dengan si saiful dan si azmir ni, boleh kata hari2 kari, naik cemuih aku. nasib baik si azmir recomen makanan korea, kalau tidak boleh jadi putus sahabat aku dengan diorang ni (kuang.3x).

lepas kerja hari terbabit, kami berempat iaitu azmir, saiful dan sharizal pun ke sana. kenapa 3 orang je disebut? woi ariyon, aku termasuk sekali la tu. lepas berjemaah di surau ioi, kami pun mula ke kedai korea tersebut; SEOUL GARDEN.

secara jujurnya, ini kali kedua aku makan makanan korea. kali pertama beberapa tahun lepas di pnb darby park, kuala lumpur. secara jujur juga waktu itu betul2 saat memalukan dan kebuluran bagi aku. ye lah kali pertama, kimchi rasa cam siout je. ginseng chicken buat aku rasa nak terjun dari tingkat teratas je. dah, itu aku cerita kemudian (kalau aku ingat).

di seoul garden, kami pilih buffet style. bayar dalam lebih kurang rm40 sorang termasuk air dan makan sampai pecah perot. ok, pilihan sangat banyak. selain makanan korea ada jugaklah makanan malaysia dan lain2 termasuk kuih, nasi goreng, mee, air batu campur, cendul, ais krim, steamboat dan macam2 lagi.

setelah bayar dan air dapur dinyalakan, kami mula warm up perut dengan sedikit salad, ayam bakar, kimchi soup dan sebagainya. bila dah teralas perut, kami start bedal kambing je. pergh, perapan kambing dia memang best la. setelah hampir 2 jam makan tanpa henti, akhirnya perut dah santak hinga meja, nak bergerak pun payah. untuk tidak menghampakan perrrut yang nak rasa cendul air tangan korea, aku bedal semangkuk. dan penutup aku bedal lagi ais krim 3 scoop. cukuplah tu. kami berenti, tapi cam biasa spesis bela hantu raya macam saiful terus makan tanpa mempedulikan kami yang dah berenti. sebagai menghormati semangat setiakawan, kami sabar menunggu dia yang terus-menerus mengambil kambing dan memanggang. gila betul mamat ni, perut leper, tapi makan cam cipan afrika kuatnya.




bila si saiful dah berenti makan, err sebenarnya sebab restoran tu dah nak tutup baru saiful berenti, kami pun beransur balik. dalam kereta, aku hanya bersandar macam ular sawa kenyang. sampai opis, ambik kereta dan drive dengan perut yang mencecah stering. sampai rumah, terpaksa minta isteri tersayang sapukan minyak angin di badan, tak selesa sebab perut penuh sangat. inilah bahana makanan korea dan kambing panggang. heh! dah la diet aku hancus, malam jumaat pun terlepas.

Thursday, July 8, 2010

Queen Control Versi Vietnam

kebelakangan ni blog dan fb jarang berupdate, alasan biasa.... buzy. kerja menimbun di pejabat, apatah lagi ada 20 orang pekerja asing warga vietnam yang baru kami ambil dan mula kerjaa 01 julai 2010. komunikasi tahap ayam dan cipan afrika selatan. dari ramai2 tu hanya sorang je reti cakap yang kami boleh faham. itupun dulu dia pernah 3 tahun duduk malaysia.

lagi stress dan menyebabkan pernah sekali aku marah kat diorang ni ialah mereka terlalu manja. sakit dan nak pergi klinik tu aku boleh uruskan dengan beberapa staff lain. tapi kalau takat pening kepala, demam sikit2 nak asyik nak call aku mintak hantar klinik di tengah malam atau awal pagi, melampau tu. mentang2 la aku yang menjamin mereka disini, bukan bermakna demam rindu kat makayah di vietnam memaksa mereka call aku minta hantar ke klinik. demam rindu tu, call la. even baru sampai, masing2 dah pakai henset,dan dah pakai sim card malaysia. err... kalau amoi comel tu aku bagi pengecualian la. tapi masalah besarnya, hanya 2 orang je pompuan, dan bawa laki sekali tu.

paling kelakar, lepas briefing masa masuk kerja hari tu, syarikat memberi wang advance untuk setiap pekerja. sorang2 pekerja dipanggil dan mengambil duit mereka. bila sampai giliran pekerja lelaki yang dikatakan suami kepada pekerja perempuan vietnam tu, pekerja lelaki tu sign penerimaan wang, dan hanya tengok je wang tersebut diambil oleh 'bini' mereka.

aku menegur, sebab wang mesti diambil oleh pekerja terbabit secara langsung, tapi pekerja lelaki itu dalam bahasa isyarat menyatakan dia setuju menyerahkan wang tu kepada pekerja perempuan itu. lantak kamulah labu...... dengan sketsa ni kurang2nya aku tau bukan kat malaysia je kes2 queen control berlaku, vietnam pun ada. so, kawan aku si saiful tu tak le teruk sangat. lepas ni, sorang lagi kawan yang baru bertunang akan masuk kelab sama dengan saiful tu jugak. kata mereka "bukan aku takut bini,, tapi bini tak takut aku". heh! lantak kamulah labi, kena controlpun, anak bersusun jugak.

Saturday, July 3, 2010

Pesta Buku Selangor

semalam (01/07/2010), aku ambik separuh hari kerana ada urusan. dah siap urusan, aku terus bawa keluarga aku ke pesta buku selangor yg bertempat di kompleks pkns shah alam. ok la... actually aku tak tau pun ada pesta buku. nasib baik rakan blogger yang juga novelis terkenal iaitu hajjah kamsiah abu @ nekcun (http://nekcun.blogspot.com) tinggalkan mesej kat mesej box aku tanya dah beli novel terbaru beliau. tak meriah mana pun sebenarnya, kalau ikut kategori sesuka hati aku, aku lebih suka memanggil ia sebagai pesta buku-buku Islam. ye lah, majoriti penerbit dan pekedai buku menjual buku2 Islamik. buku2 lain sangat2 terhad. penerbit bukan Islamic, novel2 cina.... memang tak nampakpun. atau sorang dua hingga akupun tak perasan.

lama jugak kami merayau2 dan memilih buku. kalau ikut hati banyak aku nak borong, tapi masa tu aku belum ambik gaji lagi. so, beli ala kadar je la. anak2 la paling seronok, ini antara buku yg mereka pilih... ala yang murah2 je.


sambil pusing2 tu tertarik dengan tulisan kaligrafi jawi, aku saje buat penanda buku tulisan nama jawi untuk aku, luqman dan pika. err... menarik jugak.


untuk koleksi novel2 aku, since budget ciput, aku beli 4 novel je. beli kat gerai karangkraf. ye lah, selain novel2 creative enterprise, novel kumpulan karangkraf adalah yang seronok dibaca. edaran karangkraf seperti alaf 21 dan buku prima pada aku tidak mengecewakan. antara novvel yang aku beli termasuklah buat tangan terbaru oleh hajjah kamsiah abu iaitu "seandainya kau ada". aku masih belum boleh komen sebab aku belum baca. dengarnya dapat rating 4 bintang dari ulasan pengkritik tersohor. nanti aku ulas (nekcun, kalau ulasan saya tak favour kepada nekcun, mintak maaf in advance. saya jenis hentam je, tiada belas ehsan).



untuk makanan rohani, aku beli sedikit buah kismis. untuk elak lekat biji kismis, aku beli juga sebotol air zam-zam yang telah dibacakan ayat2 suci Al-Quran. dan sambil2 santai dalam kereta dan menghalau syaitan dan jin yang bersaarang dihati aku, aku beli cd ayat2 Ruqyah. dan di kelapangan waktu dirumah, aku juga beli buku biodata Nabi Muhammad S.A.W. dengan harapan aku datang menceduk sedikit peribadi Baginda untuk digunakan dlm mentadbiir keluarga dan mengurus kehidupan aku. buku petua mendidik anak2 juga turut aku beli sebagai panduan menjadi ibubapa yang lebih bertanggungjawab.




dah beberapa jam di pesta buku ini banyak jugak duit aku habis. tapi berhabis untuk buku aku tak de kisah sangat. berapa sangat yg abis, budget kecik je. tapi melihat anak2 gembira, dan aku ada menda nak dibaca dikelapangan waktu, ok lah.