Sunday, February 28, 2016

Penghargaan TERIMA KASIH untuk Klik 1Malaysia Bentong.

Perhargaan TERIMA KASIH untuk Klinik 1Malaysia Ketari Bentong.
Melihat anak bongsuku Arif Fahmi yng cergas bermain, teringat kisah 13/2/2016 lepas ketika dia sakit. Jadi saya mengambil sedikit masa untuk membeli kad ucapan bagi merakamkan ucapan terima kasih kami kepada petugas Klinik 1Malaysia Bentong atas rawatan kepada anak kami.
Begini kisahnya.
Semasa cuti sempena Tahun Baharu Cina baru ini, saya sekeluarga pulng ke kampung meraikan majlis pernikahan adik bongsu saya di Kg Batu Balai, Jerantut.
Sejak malam 12/2/16 lagi Fahmi mengadu sakit perut. Menganggap ia cuma kembung perut, isteri sekadar mengusap minyak angin ke perut Fahmi. Ia hilang, namun datang kembali pada awal pagi 13/2/16 (sabtu).
Disebabkan sibuk kerja kenduri pada hari itu, isteri mengurus anak. Usai kenduri lewat petang, kami bergegas pulang ke Klang, Selangor kerana saya ingin mengikuti Perkampungan Penulis 2016 keesokkan paginya.
Fahmi mengadu semakin sakit perut, saya berfikir untuk mendapat rawatan di Pekan Benta kerana itulah pekan terdekat dan mempunyai klinik. Malangnya klinik tutup. Inilah sukarnya hidup di pekan/bandar kecil yang rata-rata klinik cuma dibuka hari bekerja dan tutup jam 6pm, dan sabtu ahad juga tutup. Tambahan pula ia perayaan tahun baharu cina.
Saya sekadar membeli minyak angin Yu Yee cap Limau ( nota : ada logo halal Jakim). Setelah disapu, redalah sakitnya seketika. Fahmi tidur dan bunyi mengaduh senyap seketika.
Bila tersedar dia menangis lagi. Saya terus memandu namun sering berhenti untuk menggosok perutnya dan memujuknya bersabar sementara berjumpa klinik.
Di bandar Bentong saya melilau mencari klinik namun semuanya tutup. Rata-rata klinik disini milik bangsa tionghua dan mereka sedang bergembira berhari raya. Saya mengelak ke hospital bentong kerana tau rutinnya yang cerewet dan lama.
Ekoran fahmi nampak agak tenang dan tidak mengadu lagi, saya merancang teruskan perjalanan. Namun saya berhenti seketika untuk solat dan makan malam. Baru menyuap nasi dan sup ekor, fahmi mengaduh lagi. Saya mendukongnya dan meminta ahli keluaga lain cepat menghabiskan makanan. Jika tiada pilihan... ke hospital sahajalah!
Semasa membayar saya bertanya tentang mana-mana klinik. pekedai siam kata ada klinik 1Malaysia tapi tak pasti di mana. Saya google dan menelefon untuk panduan arah. Ketika itu jam 815pm. Jururawat bertugas membantu saya dengan arah melalui telefon.
"Ayah, sakit!", itulah ayat yang terus diulang-ulang sepanjang jalan mencari klinik. Saya memandu dengan pantas namun cermat.
Tiba di klinik, jururawat tadi menunggu saya di depan pintu. Saya yakin dia mendengar suara anak saya yang kesakitan.
Saya terus membawa fahmi ke bilik rawatan. Penolong pegawai perubatan bernama Bazlan (nota : lebih dikenali sebagai MA) berusaha mengdiagnos jenis sakit berdasarkan simptom. Biarpun saya agak geram dia mengambil masa memeriksa dan mengubat, saya faham dia tidak boleh sewenangnya memberi ubat tanpa kesahihan penyakit. Dia kerap bertanya soalan kepada saya dan fahmi. Adui! Lembabnya klinik kerajaan ni, getus hati saya. Jika ada klinik swasta, saya lebih rela membayar.
Setelah berpuas hati yang fahmi sakit akibat angin dengan perut memulas dan 2 hari tidak membuang air besar. Dia mencadang ubat cucuk bontot untuk sembelit.
MA tersebut membawa kami ke tandas dan mencucuk ubat sembelit. Dia turut bersama saya menunggu didalam tandas sehingga saya memintanya pergi kerana anak saya tidak selesa. Fahmi terus membuang angin (nota : kentut) bertalu-talu. Walau saya ayahnya, kentut pendam tahi dua hari anak tetap busuk dan membuatkan saya termuntah. Si MA kerap keluar masuk bertanya khabar dan meminta saya tidak mengepam najis untuk melihatnya. Akhirnya selepas lebih 20 minit, fahmipun membuang najis besar. Setelah selesai dan dilihat MA, ia dilupus untuk selamanya dan hanya Indah Water sahaja tahu tempat ia bersemadi selamanya.
Kami kembali ke bilik rawatan dan diperiksa. MA meminta kami berehat dalam 10 minit lagi untuk melihat perkembangan fahmi. Kami menurut. Diantara rawatan fahmi, klinik itu sentiada ada pesakit. Namun MA itu tetap cakna dengan kes kami biarpun kami bukan kariah disitu.
Kami dipanggil lagi dan diperiksa. Dia berpuashati dengan tahap kesihatan fahmi dan mengizinkan kami meneruskan perjalanan tanpa rujukan ke hospital. Di akhir proses saya membayar khidmat dan dedikasi mereka bertiga iaitu 1 MA dan 2 jururawat dengan harga RM1.00.
Mereka cuma petugas klinik kerajaan yang merawat tanpa tahu siapa saya; pegawai kilang dan penulis buku 'Jangan sentap, okey!'. Jika tahupun, saya yakin ia tidak mengubah dedikasi rawatan dan layananpun terhadap saya sekeluarga.
Alhamdulillah, fahmi sihat-sihat sahaja tanpa sakit perut lagi. Biarpun ada fb yang menyatakan MA adalah golongan kelas kedua yang diberi peluang untuk duduk di klinik pedalaman, saya tetap menyanjungi mereka kerana mereka telah diberi latihan secukupnya dalam melindungi nyawa orang-orang seperti saya dan anda semua.
Kepada MA BAZLAN dan 2 jururawat Klinik 1Malaysia Ketari Bentong yang bertugas pada malam 13/2/16, saya sekeluarga mengucapkan JUTAAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH atas dedikasi anda. Semoga tugasan ikhlas anda akan sentiasa dirahmati Allah.

Jangan Sentap, Okey! : Cetakan 2 (vi)

Jangan sentap, okey! : cetakan 2 (vi).
Semasa di karnival karangkraf semalam, saya turut membeli buku saya sendiri yang diminta oleh rakan. Sejujurnya sebagai penulis, saya memang boleh membeli terus daripada penerbit dengan diskaun istimewa sepanjang tahun. Namun melihat dikaun disini juga tak kurang menariknya, saya beli sahaja disini. Kesian rakan yang berharap dan menunggu.
Apabila ingin menandatangani buku itu, saya dapati ia tertulis 'CETAKAN 1,2 (vi) - 2015' yang saya sendiri kurang jelas. Buku saya telah diterbit dan dijual mulai 01 JULAI 2015. diulang cetak kali kedua lebih kurang 2 bulan selepas itu.
Mungkin buku ini dicetak berperingkat kerana penerbit mempunyai ratusan judul menunggu cetakan.
Sebagai penulis, saya sangat gembira ada penerbit sudi menerbitkan karya saya kerana niat asal saya adalah berkongsi cerita mengenai pekerjaan saya sebagai ORANG HR tercapai.
Melepasi cetakan pertama sangat mengujakan dan saya BERTERIMA KASIH kepada sahabat yang menyokong karya saya.
Jika mendapat permintaan dan melepasi CETAKAN KETIGA, ia ibarat bulan jatuh ke riba.

Saturday, February 27, 2016

Jangan Sentap, Okey!

Jangan sentap, okey!
Segan pula bergambar dengan buku sendiri.

Jumpa Idola @ Karnival Karangkraf 2016.

Jumpa idola @ karnival karangkraf 2016.
Baru nak buka sila untuk makan kacang pool belian dari MK foodtruck yang dicadang oleh abang long, ternampak kelibat 2 artis ternama sedang menuju kereta masing-masing; Elizabeth Tan 'knok-knok' dan tuan Ramlee Awang Murshid (RAM) 'laksamana sunan'.
Tanpa ragu saya pilih tuan RAM kerana saya peminat dan pengumpul mahakaryanya yang tidak pernah menghampakan.
Nota : jika saya kejar elizabeth tan selepas itu, saya yakin saya akan bermandi kacang pool. Tapi jika neelofa, mandi kacang dhal pun saya sanggup. Huhu.