Showing posts with label Romeo Pencen. Show all posts
Showing posts with label Romeo Pencen. Show all posts

Friday, June 3, 2011

Romeo Pencen : Benci Jadi Rindu

melalui sekolah menengah sultan abu bakar, termerloh (pahang)hati tersenyum. ada kenangan lama pernah bertapak disitu. bukan! itu bukan sekolahku, dan bukan sekolah sidia. tapi, kami berdua pernah menjadi tetamu disitu untuk satu kursus kaunseling dan pembimbing rakan sebaya.

masa tu aku form 5 di sekolah menengah padang saujana (jerantut), manakala sidia aku namakan Amy (bukan nama sebenar) adalah junior aku, ala budak tingkatan 4 sains. dari sekolah aku, 10 orang pelajar terpilih ke kursus tersebut. kami berkursus selama 3 hari 2 malam di ABS (abu bakar school). secara jujur, budak Amy ni hidup dalam dunianya yang tersendiri, budak pendiam. aku pun tak pasti ia muncul dari lembah mana didunia ini sebab kewujudan diapun aku tak perasan. may be sebab dia bukan antara 10 orang tercantik di sekolah kami dan bukan juga 10 orang terpandai, dan sudah semestinya bukan 10 orang paling dibenci.

aku dipilih menjadi ketua rombongan sebab aku pengerusi kelab bimbingan dan kerjaya. bila di ABS, kami dipecahkan kepada lain2 kumpulan, campur sekolah2 lain sekitar jerantut, temerloh, triang dan maran. ramailah jumpa kawan2 baru yang kebanyakannya anak2 peneroka felda. nak dijadikan cerita, si Amy ni terpilih satu group dengan aku. bancau, ada 2 orang dari satu sekolah dalam satu kumpulan. aku membantah, tapi guru fasilitator kumpulan kami menyatakan bahawa tiada masa untuk tukar kumpulan. well, terimalah seadanya.

masa aktiviti kumpulan, aku cam biasa antara yang tak reti duduk diam. sesekali Amy memberikan pandangan dan aku yang tak berapa suka kepadanya asyik memangkas hujah2nya. dia tetap bersahaja, spesis tak berperasaan barangkali. lepas aktiviti yang biasanya sebelah malam, kami kemudiannya menikmati makan malam dan supper. lepas supper aktiviti bebas dan masuk tidur. kerana jarak bilik darjah sekolah dan dewan asrama jauh, biasanya aku yang budiman ini merasa bertanggungjawab menghantarnya ke depan pintu asrama perempuan dengan selama. even, Amy tak suka aku tak peduli. aku terus mengiringnya balik keasrama.

malam kedua, aku menemankan Amy balik asrama, tapi kami singgah sekejab berborak dengan rakan2 lain yang melepak sekitar dewan makan asrama. dalam berborak, sempat jugak aku merenung budak muka bulat bernama Amy itu. agak cantik! sayang terlalu naif. lepas kursus, tiada cikgu yang jemput kami pulang. kami hanya diberikan sedikit wang saku dan diminta balik sendiri dengan bas ke jerantut. dari ABS, kami berjalan beramai2 melalui belakang sekolah dan stesen minyak petronas menuju ke bandar temerloh. jauh jugak, sempat la berpeluh ketiak. Amy dah nampak lebik jinak dengan aku (woiii, ingat burung ke cakap jinak). naik bas di stesen bas temerloh, Amy mintak duduk sebelah aku, bukan bas bapak aku, aku benarkan. sebenarnya aku harap ada makwe lain yang tersesat naik bas dan duduk sebelah aku.

lepas taman kursus, dah balik hostel, aku ingat dah tamat. tapi si Amy ni kerap datang jumpa aku terutama masa aku bertugas menjaga bilik kaunseling. macam2 dia minta nasihat, termasuk nak tukar subjek untuk spm. what! sebab hari2 dia datang jumpa aku even aku benci, lama kelamaan bila ada hari yang dia tak datang, terasa rindu pulak. padahal makwe tua (gelaran semaksud dengan isteri tua)ada menemani aku. takde buat ape2, kami study group. heh, nampak sangat menipu, aku kelas ekonomi, awek aku tu kelas pertanian mana nak study group. tapi boleh, kami boleh bincang bagaimana pokok2 yang ditanam disektor pertanian boleh dibangunkan untuk meningkatkan ekonomi rumahtangga aku. rumahtangga? chit.... yuran pun makayah bayar, gatal nak berumahtangga konon.

secaraterang2an makwe aku tak suka Amy berjumpa dengan aku. barangkali dia perasan bahawa aku nampak macam lembu terlebih hormon testoran bila nampak si Amy. so, kisah Amy aku full stopkan. aku tumpukan perhatian pada riena dan wati sahaja. dua dah cukup. lagipun aku dah nak periksa spm.

lepas spm, kemudian stpm, hubungan aku dengan Amy memang tiada. hubungan aku dengan Riena dan Wati juga dah terputus. aku tak peduli, aku dah ada Ena. namun semasa menunggu tawaran kerja selepas tamat pengajian di uum, Amy kembali mencari aku. dia yang gatal telefon aku dulu. dari bertelefon, kami beremail, bertemu janji, bertengok wayang dan bercumbuan... opss... maksud aku berkasihan. dia masa aku jumpa selepas sekolah bukan lagi Amy yang naif, Amy budak lagi berimej persatuan puteri Islam. dengan free hair, pakaian sendat mengikut susuk tubuh. pergh... akupun terpikat padanya even Ima kekasih hatiku masih belajar di sintok. sempat dalam setahun juga kami berpacaran sehingga akhirnya aku diceraikan tak bertali.

memang ada hikmahnya kami tak bersama. kami sama2 outspoken. Amy sebelum kami berpisah menjadi terlalu rebel, dia cakap betudung merimaskan. pilu hati bila tau dia bertudung untuk menarik hati aku sedangkan dia rasa terkongkong. dia suarakan ketidakpuasan hati bila aku minta dia tidak berpakaian menayang susuk tubuh. ye, aku sayang dia, sangat2 sayang. malah aku pernah berbincang untuk bertunang. tapi rencana Allah lagi hebat. ye, aku frust menonggeng bila hubungan diputuskan. tapi aku bangkit dan katakan pada diri bahawa aku mampu terus hidup dan mencari pasangan yang terbaik untuk diri aku. dan aku telah temui, dan kami berbahagia sekarang.

untuk Amy; kau tak pelu muncul lagi disekitar hidup aku. jangan kata menatap wajah kamu, disinggahi bayang kamupun aku tak mahu. aku yakin kamu biasa lihat aku di FB, malah aku yakin kau juga terbiasa membaca blog aku ini. tengoklah, bacalah; tapi jangan ganggu hidup aku sekeluarga. kami dah beroleh bahagia, kau carilah bahagia kamu pula.

izzi note :
aku tak pasti ini kisah romantik, sedih, sadis atau kelakar; suka hati koranglah nak nilaikan apa. watak2 tak semestinya benar, kalau ada kebetulan, adalah diluar pemikiran. kisah ini sekadar memori lama dan ditambah pelbagai perisa untuk menampakkan kehebatan penulis sebagai lelaki baik dan hebat (tapi hampeh). watak wanita segaja ditambah banyak sebab watak ekstra tidak memerlukan bayaran tambahan.

Thursday, December 24, 2009

Romeo Pencen : Kekasih Lari

awal2 pagi ni aku cuba mencari idea untuk blog. ye lah, ada yg dah mula bertanya kenapa aku dah menulis tak sekerap dulu. aku masih menulis, tapi mengikut kelapangan waktu. biarlah menulis blog sebagai suatu alat untuk berkongsi cerita dan rasa, bukannya kita yg menjadi alat yg terpaksa menulis.

ada yg bertanya kemana hilangnya ruangan bersama tokmat dan romeo pencen. belum kekeringan idea sebenarnya, banyak yg nak dimerapukan sebenarnya. yang membacanya pula janganlah ambik serius, anggap saje sebagai seloka dan karangan suka2. jika ada watak dan jalan cerita yang terkena kepada sesiapa atau anda rasa pernah tau tentangnya, just shut up and ignore!

aku barangkali sebelum ini byk menceritakan kehebatan aku dengan perempuan, tak kan dengan lelaki pulak. nak lawan pedang! aku lelaki normal, dan kadang2 ada juga ketidak normalan yang wanita tidak suka. aku akui semasa bujanganku aku amat tidak gemar bila si gadis bercerita tentang masa depan bersama, berjumpa ibubapa dan seangkatan dengannya. aku rasa sesak nafas, aku lemas!

tidak! bukan aku suka mempermainkan hati dan perasaan sesiapa, tapi mungkin aku belum bersedia lagi dikala itu. pernah, sikap acuh tak acuh dan rambang mata aku terhadap ramai wanita membuat orang yang paling aku sayang dikala itu berubah hati. camila (bukan nama sebenar) antara mereka. takkala aku masih hanyut dengan gelodak mula berkerjaya dan mabuk wanita, dia hadir. membantu aku mengenali dunia kuala lumpur, mengenali cinta, dan aku akui walaupun dikala itu aku ada wanita2 lain yg jauh lebih hebat dari camila dari segi rupa, warna kulit, keseksian, kewarakan, kebanyak hartaan, taraf pendidikan dan sebagainya, camila adalah antara yg paling aku sayang. even aku ada date di shah alam pada hari sabtu dan ahad, aku akan tetap mencari peluang berjumpa dengan camila. dia tau aku ada kekasih lain, dan dalam diam dia mengajar aku untuk setia. dengan hanya seorang wanita.

kelembutan hatinya, kasih sayangnya dan kesanggupannya untuk bertudung membuat aku lebih menyayanginya. dan dikala hati sudah mula jinak untuk menerima ikatan yg lebih kukuh, hatinya berubah. entahlah apa yg difikirkan masa itu, mungkin baginya hati aku sudah sekeras batu hingga tergamak dia mengguna2kan aku. aku tidak terkena sepenuhnya dan aku pulih. aku masih menerima dia seadanya. tapi sikapnya yg kian berubah dan mula mencampakkan tudung dan kembali seperti sebelumnya membuat aku agak tawar hati. kami berpisah. harta sepencarian seperti koleksi cd, novel, majalah, komik dan sebagainya tak sempat kami bahagikan kerana camila benar2 membawa diri dan membawa lari semua harta2 itu ke tempat lain. biarlah! bukan jodohku. biarpun banyak komik kesukaankupun dibawa lari, aku redha.

dalam pasrah aku menerima ketentuan itu. 9 ekor ikan lily yang kami pilih bersama aku janji akan menjaganya dengan baik. setiap minggu, aku tak lupa ke kedai ikan di central market untuk membeli pokok akuatik yang menjadi tempat ikan2 itu mengasah giginya. memandangkan dikala itu, saban minggu kami antar pengunjung tetap pets shop itu walau sekadar membeli 3 batang pokok berharga seringgit satu, kami dah mesra dengan pekerja disitu. apatah lagi, camila memang ramah tamah orangnya.

setelah berpisah, terpaksalah aku kesana seorang diri. jarak antara shah alam yg menjadi tempat tinggalku dan KL utk sekadar membeli pokok akuatik tu memang tak berbaloi. aku tau, kat shah alam pun bersepah pokok tu, tapi aku tak mau ikan2 aku turut bersedih sebab aku yakin ikan2 itu akan perasan bahawa aku dan camila sudah berpisah jika aku membeli pokok dari kedai lain. biarlah aku saje yg terluka, ikan2 itu tidak bersalah.

satu peristiwa dikedai ikan di CM yg tak dapat aku lupakan ialah bilamana salah seorang pekerja melayu disitu menegurku :

pelayan : bang, asyik sorang je beli pokok. akak mana?
pembeli : oo... dia dah meninggal.
pelayan : Innalillah! bila tu bang (dengan wajah sedih)
pembeli : dah sebulan dah (muka sedih, tapi dalam perut nak ketawa)
pelayan : meninggal kenapa bang?
pembeli : kena langgar lori masa lintas jalan kat area ofis dia.
pelayan : kesiannya. sabarlah bang. Allah lebih sayangkan dia bang.
pembeli : ye lah. dah tak de jodoh kami. oklah, saya balik dulu.
pelayan : ok bang. bersabar banyak2 lah bang
pembeli : iyelah...


izzi note :
itulah kisah dongengnya. masa bujang dulu aku dah nikmati dengan gembira. dan sekarang aku sangat menikmati dan bergembira bersama isteri dan anak2. masa lepas dah lepas, sekadar ingatan dan kenangan manis dan pahit. mana2 insan yg pernah hadir dan pergi dalam hidup aku dulu, aku ucapkan terima kasih. sedikit sebanyak kehidupan bersama kalian dulu ada membentuk sahsiah aku kini. aku tidak akan menggangu hidup kalian sama ada kalian gembira atau menderita. dan janganlah ganggu hidup aku dan keluargaku.

Wednesday, December 2, 2009

Romeo Pencen : Kisah Dalam Hujan

Huh... musim2 hujan begini, sambil2 pekena kopi panas tu kekadang terfeeling jugak kenangan2 lepas. takat kenangan je, bukan rasa nak alami balik peristiwa tu. aku dah bahagia sekarang dengan isteri dan 3 anak. nak bercinta macam budak2 muda, malu beb! tapi tak taulah, orang kata orang lelaki ni bila dah capai umuq 40 tahun akan start mula menggatal balik. aku? tak berani kat komen, aku manusia biasa.

aku masih ingat, cinta pertama aku masa di universiti bagi semester 5 jadi masa aku dan si dia sama2 menjadi fasilitator kursus membantu pelajar di yan, kedah. carilah, aku dah cerita dulu.

aku masih ingat, kali pertama date dengan ima (bukan nama sebenar)di luar kampus ialah di aloq star. masa itu aku terlalu miskin untuk memiliki kenderaan, jadi kenderaan rasmi untuk ke bandar aloq setaq ialah dengan bas hbr. awal2 pagi lagi aku dah tercegat di cafe kolej pernas, menanti ima. ima tak suka kalau tak tepati masa, dan sebagai lelaki budiman, aku kena menepati masa untuk memilik hati gadis itu.

then, kami sama2 menunggu bas. manusia punyalah ramai, semua ingin keluar dari ceruk itu sesekali untuk melepas tekanan. apalah yg ada di hutan sintok selain untuk belajar? untuk belajar bercinta pun boleh, ramai yg lawa2 woo....

bas sampai, aku dan lain2 berebut. berebut bukan untuk dapat tempat dudukpun, tapi untuk dapat naik bas je. nak dapat tempat duduk memang agak mustahil, entah berapa ribu orang student sengkek macam aku yg nak guna bas, tapi bas buruk tu hanya datang sejam sekali, malah kadang2 2 jam sekalipun ada. sebagai hero, bila dapat je peluang untuk naik bas, cepat2 hero beri laluan kepada tuan puteri untuk naik dahulu. arh.... beruntung isteri aku dapat suami budiman macam aku (apsal aku sendiri rasa nak muntah ye..). dalam bas, kami sama2 berdiri, sebab bas buruk itu terhuyung hayang melalui daerah sintok yang berbukit dan berselekoh, aku terpaksa menambah kemachoan dengan memberi perlindungan kepada ima. aku benarkan diri aku bergayut macam monyet dan memberi ketahanan kepada yg tersayang. dia tak de la peluk atau pegang2 aku, haram!

di aloq, kami jalan2 sekitar city point. window shopping je, duit jpa dah abis. masuk waktu solat zohor, kami ke masjid zahir. si dia awal2 dah pesan suruh aku bawa beg dan bawa kain sarung untuk solat, seluar yg dipakai tentu terdedah kepada pelbagai kotoran katanya, mana patut dipakai untuk mengadap Tuhan. aku akur, aku siap bawa kain sarung, dan baju spare dalam beg. spender extra lupa pulak ada bawa ke tak.

pastu kami jalan2 lagi. kami pergi pekan rabu. maklumlah kali pertama date diluar, aku biarkan si dia menunjuk jalan, diakan orang kedah. aku pura2 kali pertama datang di hampir kesemua tempat yg dia tunjukkan. aku buat2 dungu dan kagum, padahal dah berkali2 aku pergi dengan roomate dan kawan aku si fairuz. bukan aku tipu, tapi aku seronok melihat wajahnya yg berseri2 menunjuk situ dan sini. sedang si dai asyik berserita itu dan ini, aku ambik kesempatan menatap wajah mulusnya. kulitnya yg putih kemerahan itu akan lebih merah bila perasan aku menatap wajahnya. eleh... malu le tu! pura2 marah konon, tapi aku yakin dalam hatinya berbunga kasih.

bila nak makan tengahari, kami ke gerai berhampiran. area pekan rabu. dah la umat punya la ramai, bila makanan sampai, dia macam biasa minta aku baca doa makan. argh... kat kolej bolehlah, ini kat public wo... aku enggan, tapi dia mengungut nak cakap dengan ayah dia. geramnya aku ngan anak tok imam ni. nak tak nak terpaksarela la aku baca doa makan kuat2. aku buat muka tebal bila perasan ramai jiran2 sebelah meja menjeling dan ketawa. woi... pasangan kekasih muslim sejati cam tu makanpun pelik.

yg aku ingat pasal dia ialah, masa kami keluar dari city point nak ke stesen bas, hari hujan. sebab permit kebenaran bawa anak dara orang hanya sampai jam 5pm, aku kena balik cepat. kami kena menapak ke stesen bas. hujan pulak, tapi di dia ada payung. tapi kecik, untuk seorang. sebagai lelaki budiman, aku suruh si dia berpayung dan aku meredah hujan. argh.. adakah tega seorang gadis melihat buah hatinya berhujan kesorangan. kata nak renangi lautan api bersama, tak kan nak buarkan hero meredah hujan keseorangan. kami berpayung bersama, dengan payung cinonet itu. aku sengaja biarkan diri aku memegang payung dan membiarkan badan aku lebih terdedah pada hujan, tak sanggup aku melihat susuk tubuhnya jika ianya dibasahi hujan, risau lekukan indah itu menaikkan shahwat pulak. ahirnya kami sampai distesen bas dan dapat tempat duduk dalam bas. syukurlah. kebetulan bas itu jenis berhawa dingin, aku benar2 kesejukan. nak keluarkan kain sarung dan berselimut, malu pulak kat org ramai. nak tukar baju, tak sempat nak lakukan sebab dah nak jalan masa kami sampai. nak buka baju depan si dia? tak sanggup aku nak tayangkan buah dada aku aku depan si dia, masa tu aku berkira2 biarlah aku kesejukan dalam sejam perjalanan ke sintok. aku tekad nak pastikan hanya isteri aku yg sah sahaja jadi orang pertama yang melihat, memerhati, memegang dan menikmati tubuh badan aku itu, khas untuk malam pertama kami.



IZZI ADVERTIZING-------------------------------------

Wednesday, November 18, 2009

Romeo Pencen : Rajuk Sang Kekasih?

merajuk? menda ni adalah elemen penting dalam sesuatu hubungan. dan terlebih2 bagi yang bercinta. aku percaya semua manusia normal, yang bercinta dan berkahwin akan menghadapi dugaan pasangan merajuk, atau lebih teruk anda yang kuat merajuk dan memeningkan pasangan anda.

aku malas nak cerita sangat bab2 merajuk lepas kahwin ni. aku ceritalah sikit sedikit pengalaman aku masa bercinta dulu. ala anak2 gadis kalau bercinta ni korang faham2lah, anggap kita ni macam kepunyaan dia 100 percent. semua kena report, semua kena bagitau, kalau tak beritahu.... alamat muncung dia memang boleh ikat lah. dalam kes aku, ia lagi teruk sebab masa tu aku berkawan dengan bini orang. mak datuk.... lagi teruk cemburu dan merajuknya. pantang aku tak jawab telefon, mesti keesokkan harinya mukanya yang comel tu dan jadi macam tapir afrika. eleh.... ko ada laki, merajukle dengan laki ko. aku sesekali nak juga merajuk dan memujuk anak dara, asyik2 kena pujuk bini orang. kena tukar taste jugak.

tapi, manakan sama penangan bini orang dengan penangan anak dara. bini orang ni lain sikit (aku bercerita dalam konteks aku dalam keimanan yang teguh. sila percaya). kalau merajuk anak2 dara ni, memang senang gile nak pujuk. kadang2 tu sekadar senyum depan si dia atau buat2 bercakap dengan kucing kat sebelah dia, si dia dah mula tersenyum. tapi mereka masih rapuh. tapi bini orang jangan ko buat main.... hatinya sekeras batu. rajuknya juga panjang dan biasanya dalam keadaan tidak normal. onak2 dara ni jarang kita dengar nak lari2 sampai2 tak nak jumpa, makhluk sepuak lagi tu dia tak kisah. rajuk mau berhari2 punya. dia bukan kisah, kat rumah dia ada laki dan anak2. yang rugi dan menanggung rindu? tentulah pencinta setia macam aku ni. sehari tak jumpa, tak keruan jadinya. tak dapat tengok empunya diri, tengok kain sarung dia dijemuran pun jadilah.

tapi sebagai manusia pencinta sejati, aku selalunya tak putus asa. call tak jawab, tak pe. pergi opis dia larikan diri menyorok dalam tandas, tak pe. sehari tak jumpa, takpe. dua hari tak bertentang mata, tak heran. masuk tiga hari,.... argh! aku dah jadi angau. tengok kiri, nampak dia. tengok atas, nampak dia. tengok meja mc d, teringat dia. tengok aci cleanerpun ternampak2 dia. sadis sungguh!

takpelah bukan jodoh aku. aku tetapkan hati dan tekad. aku perlu berubah. aku ambik kunci kereta, terus memandu ke kedai bunga. aku cari bunya ros putih yang menjadi kegemarannya. dan bunga ros itu juga tanda aku memohon maaf. lepas tu aku pergi kedai kaset. aku masih ingat, dia pernah tercari2 kaset 'son by four'. ala masa tu lagu sepanyol (atau latin?) menjadi kegilaan dia. aku beli satu, ori punya! then aku ke kedai kad, beli kad minta maaf. tulis kata2 minta maaf "sayang, abang tau hati sayang terguris dengan kata2 abang tempohari. tapi percayalah, hati abang sebenarnya hancur luluh bila tidak dapat bertemu sayang. maafkan abang, dan abang berjanji akan kembalikan kegembiraan kita dulu".

aku tau aku tak mungkin dapat memberikan kad, bunga dan kaset itu secara peribadi. orang dah merajuk la katakan. aku sisipkan kad, bunga ros putih pada windscreen depan kereta dia. kaset pun aku letak sekali. tak tak risau menda2 tu hilang atau dicuri sebab ia dalam kawasan kilang, dan aku dah upah guard tu rm10.00 untuk tengok2kan menda2 tu.

dan.... seperti dirancang, malam itu sidia telah terpacul dimuka pintu rumah bujang ku. tak masukpun sebab kami tinggal 10 orang dengan hanya ada 2 bilik. lagipun akukan orang baik2. si dia cepat menyalam tanganku dan menciumnya, meminta maaf. aku hanya tersenyum manis. aku dah kena jackpot!!

Friday, November 13, 2009

Romeo Pencen : Peristiwa Dan Lagu

aku masih ingat suatu masa dulu, masa kat 'u' dulu, aku sangat addicted kepada 'chatting'. cakap aje chanel mane yang hebat masa tu semua aku nak mencelah seperti chanel mamak, melayu dan pelbagai lagi. internet memang tak de kat bilik masa tu, tapi aku dan kawan2 yang kemaruk chat ni sanggup lepak kat computer lab pada waktu siang sebab free. bila malam, lepak pulak kat cybercafe kat kolej eon.

yang bestnya ialah berkawan dengan kawan alam maya. memang syiok abis. even memang tau macam orang yg di chat tu menipu identiti, aku tak kisah. kadang2 aku menipu jugak. kuang.3x.... opss! tapi selalunya aku ikhlas. cuma tak pakai la nama penuh, nick name aku masa tu 'jinggo'. dari mana datangnya nama ni akupun tak pasti, tapi ia selepas kawan aku beritahu jangan masukkan nama sebenar masa chatting.

apa aku dapat dengan chatting? banyak dapat ilmu. apa! ingat chatting ni sia2 je ke. sori sikit yer. menda yang paling penting aku belajar dengan berchatting ialah dapat menaip dengan laju. kalau sebelumnya aku menaip macam ayam patuk jagung, dengan berchatting kemahiran menaip aku berkembang dengan cepat. mau tak cepat, sejam dah rm4.00 masa tu. rugi woo... dengan chatting, time management aku makin baik, aku dapat siapkan kerja2 penting dengan cepat sebab nak gi chatting.

yang paling best ialah dapat kemahiran berkomunikasi.
ala korang tau lah, sebelum tu aku ni budak kampung (masih lagi budak kampung), sifat pemalu aku memang tebal, apatah lagi nak berkomunikasi dengan wanita. masa tu aku belum ada makwe kat 'u', aku belum pandai tackle awek u.

dengan berchatting, keyakinan diri dan kegatalan mula memuncak. aku dah berani2 buat blind date. pernah suatu masa tu, awek yang selalu chat dengan aku tu ajak jumpa. aku memang bernafsu nak jumpa (err... maksud aku sanggup berjumpa untuk berkawan). since dia jauh di kuala lumpur dan aku di pedalaman sintok, kami set jumpa masa cuti. sebab cuti pendek aku ikut si razman balik rumah dia di shah alam. dan razman tolong hantarkan aku ke puduraya. he.h.he... kami janji bertemu di puduraya. masa tu teknologi henpon mms belum ada, so kami hanya saling menceritakan bagaimana nak mengecam antara satu sama lain.

dia memperkenalkan dirinya sebagai gadis melayu yang ayu, agak tinggi, kulit kuning langsat, free hair, tidak bercermin mata. manakala aku yang lebih tulus dan ikhlas memperkenalkan diri aku sebagai lelaki melayu yang berkulit sawo matang (hitam), bercermin mata, kurus (jangan gelak, masa tu aku memang kurus), berlesung pipit satu.

hari yang dijanjikan pun sampai, aku sampai dulu sebab razman drop kan aku disitu sebelum dia pergi dengan urusan dia. si dia awal2 dah bagitau dia akan pakai baju pink dan berseluar hitam. rambutnya akan ditocang dengan riben merah. aku? memakai baju hitam dan jeans biru. kami janji jumpa di pintu masuk puduraya jam 10.00 pagi.

toksah ceritalah betapa berdebarnya hati aku. orang yang sering melafas rindu di alam chatting dan email akan muncul didepan mata. bagaimanakah gerangan rupanya? saiz badannya? saiz lain2nya? kalau dia benar2 cantik, adakah dia akan menerima aku seadanya? arghh... risau aku dibuatnya. tapi dalam risau tu, aku paling risau kalau dia sebenarnya tidak seperti aku impikan iaitu 34D, opss... maksud aku digambarkan sendiri oleh empunya badan sebagai cantik dan montok tetapi........ aku ambil langkah menyorokkan diri. kita tengok dulu cantik ke tidak!

'alamak!'..... itulah kata yg terpacul dari muluk aku bila aku lihat seorang perempuan dengan pakaian yg dijanjikan muncul dan mundar mandir seperti mencari sesuatu. mampos aku....

dia cakap dia kulit kuning langsat, tapi sebenarnya warna langsat kena matahari.
dia cakap dia ayu, tapi sebenarnya layu.
dia kata dia tinggi, tapi sebenarnya seperti pokok tak cukup baja, siap debab lagi tu.

errr... tapi dia tak menipu bila cakap dia free hair dan tidak bercermin mata. itu betul. hati aku berbelah bagi nak jumpa atau tidak. akhirnya aku ambil keputusan undur diri. aku melangkah pergi membiarkan sidia menanti.


tapi 3 langkah berlalu, aku patah balik. aku masih ada harga diri sebagai seorang lelaki. lelaki yang baik ialah lelaki yang berpegang pada janji. aku tak janji nak kawin dengan dia kan? so, nak takut apa. tak kan dia nak perkosa aku depan khalayak ramai? akupun dengan langkah yang yakin dan ikhlas dengan muka yang manis menghala ke aras gadis itu.

lelaki budiman : assalamualaikum, ini min ke?
wanita : waalaikum salam. ye, saya min. ini izman ke?
lelaki budiman : ye, saya izman. dah lama tunggu?
wanita : lama jugak. ingat tak datang.
lelaki budiman : datang. saya kalau janji mesti dikotakan. saya sesat tadi, meklumlah saya dari kampung, mana biasa datang sini. inipun kawan yang dropkan kat sini. terkial2 saya cari pintu puduraya ni tadi, tu yang lewat datang sini.
wanita : oh ye ke?.. kita nak kemana ni?
lelaki budiman : kan saya dah pernah cakap dulu, saya mana biasa area KL ni. takat zoo negara, muzium negara, tugu peringatan negara tu pernahlah saya sampai, itupun masa rombongan sekolah dulu2.
wanita : siannya.... kita pergi central market je lah. kat area situ ada kfc dan mc donalds. boleh kita borak kat situ.
lelaki budiman : boleh. jom...

aku kemudiannya membontoti si gadis tadi. membontoti bermaksud membiarkan wanita berjalan dahulu dan aku melihat bontot wanita itu. salah anggapan anda itu, aku membiarkan wanita itu jalan dahulu sebab memang aku failed jalan nak ke central market. kan aku dah cakap dia bukan citarasa aku, so... daya nafsu serakah aku memang takde rasa apa2pun.

kami lepak kat kfc. sebagai lelaki budiman, aku tolong bayarkan makanan dengan duit lebihan pinjaman jpa yang aku simpan. sambil makan berduaan, aku perasan ada orang2 yang menjeling ke arah kami. apalah diorang ni, tak pernah tengok balak hensem dengan makwe buruk ke? tak belajar tatarakyat ke diorang, kan dah tersurat dari dulu bahawa kalau lelaki hensem, pasti couple nya tak cantik. itu fakta.

sambil2 berborak, aku menjeling jam ditangan. apsal la jam ni lambat sangat bergerak. nak blah, aku tak reti nak jalan2 sendiri. aku dah janji dengan razman nak jumpa jam 2.00 petang. tapi, aku masih mampu bermanis mulut dan muka. kami berbuat tentang banyak perkara, dan aku yakin si dia terhibur dan tidak mampu menghidu ketidak selesaan aku.

akhirnya, saat perpisahan tiba, dan kami berpisah dengan berat langkah. meskipun aku nampak aku tak mungkin bersama sebagai kekasih, tapi kami banyak berkongsi interest yg sama. kami enjoy saat bersama dan itulah saat pertama dan terakhir pertemuan kami. jangan tanya kenapa, aku tampar kang.

Thursday, November 5, 2009

Wanita Mulut Lancang

dalam berkawan, maksud aku betul2 KAWAN, macam2 kawan kita kenal. tapi persepsi masyarakat ialah kalau lelaki kawan dengan perempuan itu BERCINTA, pada aku konsep itu salah. dalam berkawan, aku juga ada ramai kawan perempuan. pelbagai bangsa, warna kulit, rupa bentuk dan sebagainya. tiada halangan atau syarat untuk berkawan. cuma, bagi yang dah ada anak tiga macam aku ni, kena fokus dalam berkawan. takut ada salah makna. biasalah dalam berdua, mesti setan ada membakar nafsu. aku ni pun bukan boleh percaya, kalau jumpa perempuan comel dengan lesung pipit, rasa geram nak gigit pipi je.

dalam persepsi lelaki dah berkahwin macam aku, aku memandang perempuan dalam pandangan lebih sopan. maksud aku, kalau yang bujang tu kalau tengok pompuan cantik (dan seksi)je mesti tengok muka, pastu longkang besar pastu bomtot. then, sengih gaya lelaki gile seks. kami yang berkahwin pula lebih selesa memandang dan melayan wanita2 sebagai suatu harta. pandangan mata kami pula lebih menampakkan cahaya kasih sayang berbanding lelaki bujang yang tergambar rupa buaya tembaga. eleh... jangan buat2 tak tahu, ramai sebenarnya wanita bujang yang terpikat dengan lelaki yang dah berkahwin. itu fakta. tapi, jangan silap faham yang aku nak berbini muda pulak. aku selesa dengan seorang isteri, cuma kalau nak tambah nanti, aku tambah anak je. tapi kalau dah tertulis aku kena kahwin ramai, aku redha (ish.3x... tak sayang mulut).

dari perspektif lelaki dah kahwin, aku dapat saksikan bahawa ramai lelaki dah kahwin suka wanita muda yang genit, lincah dan ceria. ye lah, isteri kat rumah tentunya lebih bersifat keibuan, tak kan nak terkinja-kinja macam anak dara. kalau bawa berjalanpun, tak kan nak huha2 lagi. aku secara peribadi suka layan cerita awan dania (musim 1 dan 2). sikap dania yang sesekali macam badut tu menambat hati. jarang kita jumpa perempuan yang lurus langgar dinding macam tu, cakap lepas je....

aku ada suatu cerita perempuan mulut lepas ni. kisah ni agak baru lagi. sebagai orang minyak, memang kerja aku cari anak2 dara. errr... maksud aku, sebagai orang HR, memang aku selalu dicari oleh orang2 yang terlibat dalam marketing untuk dibawa berbincang. ye lah... jumpa aku nak hantar qoutation security guard, manpower, safety equipment, training dan sebagainya. syarikat2 ni pun pandai, pilih perempuan muda yang comel2 untuk jadi marketing executive bagi melayan lelaki hidung belang macam aku (maksud aku bertemu pegawai alim macam aku. sori, aku tak tergoda. kalau pakai seksi aku tak pernah jeling kali kedua punya, aku terus tengok tanpa berkelip). suatu hari ada suatu marketing executive wanita melayu bertemu aku untuk suatu urusan rasmi. sebab meeting dengan pompuan, masa yang diambil biasanya lebih meleret2. kalau lelaki, cepat je aku suruh balik (he.3x). bukan pilih kasih ye kawan2, itu namanya pilih kekasih. marketing executive ni menerangkan panjang lebar profile syarikat dia, dan segala macam benefit produk dia, aku dengan penuh minat.

dan, sebab aku ni masa sangat terhad, kerana aku membuat part time driver (hantar dan jemput anak boss HR kilang aku), aku kena selalu tepati masa. dan... sms berbunyi dan ianya dari isteri boss HR kilang aku berbunyi "dah jam 11.25am, dah jemput anak?". ish... bini aku ni cam tau je aku nak menggatal. so, aku terpaksa hentikan perbincangan walaupun masih banyak yang ingin aku tau pasal wanita cantik itu (maksud aku apakah after sales service yang mampu ditawarkan. contoh, talian peribadi untuk dihubungi, perbincangan peribadi jika ada masalah dan sebagainya). so, aku terus cut short perbincangan :

en. HR : oklah cik ida. saya rasa kita dah kehabisan masa bersama. saya akan semak profile dan list produk yang cik ida tawarkan. bagi saya sedikit masa dan saya akan buat keputusan.
marketing exec : oo... terasa sekejab je masa berlalu. dah sejam lebih rupanya. encik izman ada appointment lain ke lepas ni?
nampak tergesa2 je.
en. HR : bukan appointment, saya nak kena jemput anak di tadika. (lelaki budiman macam aku memang suka berterus terang).
marketing exec : anak en. izman ke? anak ke berapa?
en HR : yup, anak saya. yang pertama. luqman hakim nama dia.
marketing exec : nice name. en. izman ada berapa orang anak?
en. HR : tiga orang.
marketing exec : TIGA! ish.ish.ish.. kuat jugak en. izman ni yer?
en HR : kuat? (sambil memandang wanita itu dengan eksresi muka yang kononnya tak faham dengan maksud perkataan dia dan minta penjelasan)
marketing exec : (hanya tertunduk malu kerana kelancangan mulut dan mula beransur keluar dari meeting room). nice meeting you en. izman. harap kita jumpa lagi.
en. HR : nice meeting you to (nasib baik aku belum bersedia tambah bini, kalau tidak.......)



IZZI ADVERTIZING---------------------------------------------

Saturday, October 31, 2009

Romeo Pencen : Kawan Atau Kekasih?

Dalam berkawan dengan seseorang, kadang2 kita tak tau apakah status perhubungan itu. sekadar kawan atau sebagai kekasih?

aku tak nafikan, bila kita suka seseorang, memang kita nak jadikan dia kekasih hati. tak kisahlah sebagai kekasih pertama dan terakhir, atau sekadar salah seorang kekasih.

sebagai lelaki normal, aku juga ada dilema ini. menyukai seorang wanita cantik, tapi si dia hanya mohon berkawan sebagai seorang kawan sahaja. hatinya belum terbuka untuk bercinta (atau sudah ada steady boifren??). tapi bila hati dah suka, dapat merapati si dia sudah cukup baik, walaupun hati rasa dihiris sembilu. siapa mahu hasrat hati ditolak mentah?. pada aku salam bersahabatan itu sebenarnya sudah cukup bagus berbanding direject terus. dengan bersahabat, kami boleh saling mengenali. mana tau suatu hari cinta akan terputik jua.

aku mengenai wan, seorang gadis kacukan kelantan siam yang masa itu terlalu muda usianya. masih belasan tahun. ia terjadi tanpa aku rancang. suatu hari, aku balik kerja agak awal, sesampai dirumah sewa di shah alam, kawan2 serumah sedang asyik menonton tivi. aku langsung tiada rancangan untuk hari itu. buah hati akupun agak sibuk dan tidak memungkinkan untuk makan malam bersama. argh..... bosannya hidup!!

aku duduk dimuka pintu, menghadap jalan raya 'laksana cina kalah judi'. pelawaan rakan serumah untuk menyertai minum petang langsung tidak berbekas dihatiku. mie, rakan serumah dan rakan sekolahku masa di jerantut dulu dah masak benar perangaiku. mereka terus menjamah minum petang tanpa memperdulikanku. pandanganku kosong, sekosong hati aku.

tiba-tiba aku lihat seorang gadis berjalan ayu mencuri tumpuanku. dengan berbaju t'shirt hijau dan berjeans biru, sopan sungguh ayunan kakinya. aku yakin si dia dapat merasakan tenunan mata mengikuti setiap hayunan langkahnya. heh! cuak kau, desis hati kecil aku. aku yakin si dia tak selesa diperhatikan sebegitu, apatah lagi dari lelaki yang berkampung dirumah bujang itu. hayunan langkahnya menjadi semakin tidak selesa, aku dapat lihat dari ayunan punggung dan kaki yang tidak sekata. ha.ha.ha....

aku cepat-cepat memanggil rakan serumah untuk mengecam siapakah gadis manis tersebut. bob, rakan serumah yang paling muda dapat mengecamnya dengan cepat. "itu sepupu saiful" kata bob. saiful adalah jiran kami yang tinggal tak jauh dari rumah kami. "heh... you can run, but you can't hide", getus hati kecil aku.

niat baik tidak boleh dilengahkan, saiful yang memang setiap petang bertandang ke rumah bujang kami, datang seperti biasa petang itu. aku menyapanya seperti biasa dan menariknya ke dalam rumah.

aku : pul,budok tino hok duduk sekali nge mu tu sapo?
saiful : hok mano?
aku : berapo rama' ore' tino dale rumoh mu?
saiful : rama' la. bini aku, adik aku, sepupu aku, anok aku. hok mano so?
aku : mano aku tau. tapi buke bini denge' anok mu la. dio aku nok wat gapo?
saiful : kalu hok mudo, adik aku denge sepupu aku la... hok mano so?
aku : aku mano kena' adik denge sepupu mu. tapi hok aku kene' tu kuruh, ite' manih.
saiful : kalu kuruh tu sepupu aku. we' (wan) namo dio. mu jange' main2, mok dio suruh aku jago dio sini.
aku : aku buke nok main, aku nok ko dio sngoti la.
saiful : makwo mu budok jawo tu mo nok letok mano?
aku : ala mu tau ke' dio doh nikoh, doh ado laki. aku nok tunggu dio berapo lamo pun aku tok tau.
saiful : kalu gitu bereh! aku buleh tulung, tapi mu ejas sediri la... tapi, male ni keno belanjo la..
aku : itu bereh! male ni aku belanjo semuo sekali make luar. mu wi nombor telefon dio kak aku deh...
saiful : dio tok paka henpon, tapi dio sokmo nge adik aku, adik aku ado henpon. mu telefon adik aku la. panda-panda mu la nok ejah dio. ni nombor adik aku tu (sambil memberi nombornya)
aku : bereh!

dapat je nombor telefon, aku terus ke bilik. orang kata, menda baik jangan dilengahkan. aku mendail nombor diberi dan memulakan bicara. dalam kurang 5 minit, kami dah mula berbual, tapi si dia kedengaran agak gugup. aku ajak si dia berjumpa di plaza alam sentral kerana disitu berdekatan tempat kerjanya dan sepupunya. si dia barangkali belum selesa untuk berjumpa dengan aku berduaan, dan menyatakan bahawa dia akan membawa rakan bersama. agak-agaknya muka aku ni ada rupa perogol bersirike?.

keesokkan harinya, usai kerja dan menyalin pakaian aku segera ke plaza alam sentral. kami berjanji berjumpa depan pintu masuk jam 630 petang. aku dah maklumkan yang aku datang dengan memakai baju hitam dan jeans biru. si dia akan memakai t'shirt kuning dengan jeans biru. ala... kalau dia tak cakap pakai apapun aku akan cam.

seperti dijanjikan, dan sebagai seorang lelaki budiman, akan menunggu lebih awal dari dijanjikan. janji jam 630 petang, tapi dalam jam 628 petang aku dah tercatuk disitu. menunggu dalam resah. macam2 perasaan wujud, apakah penerimaannya nanti. huh! sampai jam 730pm, si dia tak nampak bayang, nak aku call, dia takde henpon. aku hubungi sepupunya, tapi sepupunya itu sedang bekerja. apa nak buat, tunggu je la...

jam 745 pm, masih tiada kelibatnya. aku ambil keputusan angkat kaki. sah aku kena main, kata hati kecil aku. dalam kesedihan, aku menapak ke kereta dan menefelon awek sorang lagi untuk ajak makan malam. Alhamdulillah, line clear.

meskipun dipermainkan, aku masih positif dengan hubunganku dengan budak siam tu. aku terfikir nak jumpa sepupu budak siam tu. setelah menelefon, dan bertanya lebih kurang sebab akupun tak kenal dia,aku ke tempat kerjanya. aku melilau mencari, dan.... binggo! jumpa. muka cam pernah kenal pompuan ni. ceh... memang aku kenal. dia makwe kawan aku. senang urusan cam ni. dia sanggup tolong aku.

si dia tu sebenarnya dah tau sedikit sebanyak tentang aku, tu saje jauhkan diri. rakan sekerjanya yang dibawa untuk first date dengan aku adalah kawan adik aku dah pecahkan tembelang. so, itulah pasal tak jadi jumpa. dia terus balik.

sebab sepupunya dah mainkan jarum, keadaan dapat diperbetulkan. janji manis baru ditaburkan melalui telefon. si dia minta aku tunggu dia balik kerja depan mc donalds kompleks pkns. yahoo......! ya beda beduu...!

cam biasa, aku tunggu dia awal 3 minit. awal sangatpun buat ape, duduk sorang2 jugak. si dia muncul dan duduk disebelah. mak aii... manisnya senyuman. eee... rasa macam nak gigit je pipi dia.

dia : dah lame tunggu?
aku : baru je. dah abis kerjake?
dia : a' ah! kenapa awak nak jumpa saye?
aku : entah. hati dah terpaut rasanya.
dia : awak ni betul ke?
aku : iye. sejak tengok awak hari tu. saya rasa sasau semacam je. asyik teringat awak je.
dia : eleh, lelaki. pandai je bermain kata.
aku : lelaki lain saya tak nak komen. tapi saya memang suka kat awak.
dia : suka? tapi awak tak kenal saya?
aku : sekarang kita dah kenalkan?
dia : maksud saya, awak belum kenal hatibudi saya. baik ke saya.... sesuai ke saya...
aku : ala, kita masih muda, masih ada masa nak kenal hati budi masing-masing.
dia : saya pun belum kenal awak?
aku : oo... belum kenal saya? saya izman (sambil bangun dan menghulurkan tangan)
dia : (tersenyum manja dan bangun menyambut salaman) saya wan.
aku : (eee.... aku gigit jugakkan pipi budak ni, manis betul)jom, kita pergi mana-mana. duduk sini keraslah bontot saya. kita masuk mc d?
dia : ok. minum aje.
aku : apa2 aje yang tuan puteri titahkan, saya ikut.
dia : ee... awak ni gatallah.

dua sejoli (merpati dan gagak?) beriringan masuk ke mc d. hanya air sebagai umpan berbicara lanjut. si dia memohon agar kami berkawan dulu. ikatan sebagai 'kekasih' baginya cukup keramat. aku faham, mungkin dia ada kisah sedih ditinggalkan kekasih atau dia masih curiga dengan diriku. biarkanlah. sekurang-kurangkan aku masih ada peluang merapatinya.

hubungan kami makin akrab. tapi si dia sering mengingatkan bahawa kami sekadar kawan. aku tak kisah. cuma aku harus lebih panjang akal. setelah beberapa bulan bersama, suatu hari si dia bersuara dalam nada agak serius. masa itu kami makan malam bersama di foodcourt yasmin di shah alam. dalam suara yang agak gugup, dia bersuara...

dia : awak serius ke dengan saya?
aku : kenapa? awak kata kita kawan je. so kawan je lah.
dia : awak dah ada makwe lain ke? saya tengok setiap kali keluar, ade je perempuan call awak.
aku : ala, kawan. awakpun kata kita kawan, so... tak de masalahkan? sayapun tak pernah tanya awak kawan dengan siapa selain saya.
dia : ye la... itu saya nak tanya awak ni. awak seriuske dengan saya?
aku : memanglah saya serius. kan saya dah cakap masa pertemuan pertama kali kita dulu yang saya sukakan awak. kalau tak, tak kanlah saya setiap malam sanggup jemput awak balik kerja, temankan awak ke mana-mana. cuma, awak je yang langsung tak de perasaan kasih pada saya.
dia : bukan macam tu. saya ragu-ragu dengan awak sebelum ni. awakkan keluar 'u', ada kerja bagus. tak kan awak sudi dengan saya. saya ni kan takat spm je.
aku : ala, dah mula la tu. saya ikhlas berkawan dengan awak. saya tak pandang kelulusan awak tu. dah hati saya terpikat pada awak, apa boleh saya buat.
dia : betul ni?
aku : betul. dah, jangan dok mengarut lagi. makan cepat, dah sejuk dah nasi goreng pattaya awak tu. saya tak akan paksa awak, awak pun tau kan.
dia : sebab tau la saya tanya. kalau saya cakap awak jangan gelakkan saya ye?
aku : ok. cakaplah...
dia : sebenarnya........
aku : (hanya senyum....)
dia : ..... saya sebenarnya dah lama jatuh hati kat awak (sambil tunduk malu)
aku : (mengangkat dagunya dengan tangan)awak serius ke dengan apa yang awak sebutkan ini? jangan paksa diri kalau hati masih ragu.
dia : betul.. saya dah fikir masak-masak. saya memang sukakan abang.
aku : ape? abang? (sambil ketawa)
dia : (mencubit manja)janganlah gelak. mulai hari ni, wan akan panggil 'abang'.
aku : oklah, sebab awak dah bahasakan diri awak 'wan' dan saya sebagai 'abang'.... abang...pun gembira sangat. harap hubungan ini berkekalan.
dia : wan pun harap begitu. wan betul2 sayangkan abang (sambil mengambil tangan kanan abang dan menciumnya).
aku : dah la tu. makan cepat. lama2 macam ni, abang pun takut tak boleh kawan diri. kang ada yang campak anak dalam longkang nanti.
dia : eee.... gatal betul abang ni (sambil mencubit manja)
aku : aduii... sedapnya.....ha.ha..ha....




izzi note :
untuk bacaan dan hiburan sahaja, tak semestinya betul (ayat cover line).

Saturday, October 24, 2009

Romeo Pencen : Kekasih Berkulit Gelap

Aku bukan romeo. romeo pencen tu saje aku nak jadikan tajuk besar supaya nampak cerita ni lagi hebat.

aku secara peribadi adalah seorang yang pemalu. yang kenal aku dah sahkannya. cuma sebagai lelaki yang bernafsu dan masa tu masih bujang, memang dah jadi tanggungjawab aku untuk mencari pasangan hidup yang secocok dengan aku. bukan memilih, tapi kena pilih. tak pilih kalau........ sendiri mau ingatlah (kes aku yang kahwin matching family ni kira dah pilih jugak la. family pilih. sebagai anak yang tidak durhaka dan pemalu, aku ikut je).

sebelum aku cerita panjang lebar dan berepisod2, aku nak tegaskan sekali lagi bahawa janganlah ambik kisah sangat cerita2 aku ni, sekadar berkongsi cerita & rasa. ianya bersifat hiburan, pengajaran dan buat renungan. kalau watak aku ditonjolkan sangat hebat tu, ala korang buat2 setuju je. ini blog aku, sudah tentu aku akan sembang macam aku hebaaat sangat. pokok pangkalnya korang kena baca balik perenggan kedua (aku pemalu).

dalam berkenalan dengan pelbagai wanita (yang tulen saje tau), aku tidak memilih sangat. aku berkawan dengan kerani, polis, pekerja kilang, pekerja tol, student u, rakan sekelas, rakan sebelah kelas, dan sebagainya. tak salah kenal hati budi masing2kan? dan tak salah jugak rasanya, dalam satu2 masa aku ada 'kawan' beberapa orangkan? dah nak kenal, kena la kenal ramai2 sikit.

secara biologinya, aku sukakan perempuan yang berkulit putih. tapi dalam kebanyakkan kes aku dapat yang berkulit sawo matang, kuning telur, dan ada juga warna hitam (err.. sensitif ke sebut warna kulit hitam?). ada jugak kes aku jumpa yang berwajah putih, tapi yang lainnya gelap. aku yakin ini kes terlebih pakai krim pencerah fair & lovely kat muka je. err... part lain kat badan buleh letak krim tu ke??

cerita pasal 'kawan' berkulit gelap ni. aku ada suatu cerita. aku dah lupa nama dia, tapi biarlah aku namakan dia izlin. dia junior aku masa ko-k kelanasiswa (pengakap). kami berkenalan semasa perkhemahan bersepadu. senior dan junior berkhemah sekali. sebagai senior dan berpengalaman luas dalam ilmu berpengakap, biasalah aku tentunya tidak melepaskan peluang menunjukkan kehebatan ilmu berpengakap, lebih2 lagi didepan siswi2 junior. masa tu ada satu awek yang aku dah aim. tapi sayang dah ada balak la....

tapi izlin ni muka berbaik2 dengan aku. bertanya itu dan ini. biasalah, lelaki baik dalam dunia ni dah kurang. kalau dah terjumpa mesti kena tackle punya (apsal aku sendiri nak muntah bila tulis ayat ni?). akupun dah tau, kalau dah ngendeng2 cam gitu, sah ayat nak menggoda punya. akupun biarkan diri aku digoda, cuma aku berusaha agar aku tidak dinoda. akukan masih teruna.

dari perkhemahan, kami makin baik. kawan2 cakap "man, ko layan je budak tu. budak tu loaded tu." err... jangan la cakap aku species 'jinggolo' pulak. aku ikhlas nak berkawan dengan dia, kalau dia nak belanja makan, nak bagi pinjam harta dia, nak beli hadiah tu, kira rejeki la....

sebab aku dah ada special girlfriend, dan majoriti kawan baik aku tau aku ni suka yang 'putih2', aku cakap dengan mereka aku tak ada apa2 ngan budak tu. bila nak jumpa, aku elakkan jumpa di tempat yang kawan2 aku lepak. mampos aku ke kutuk nanti. actually, budak tu takde lah hitam sangat. hitam2 manis je. tapi dia jenis lasak, asyik camping, ulang-alik pakai motor, bertambah metalik la kulit dia. aku dah banyak kali masa tu suruh dia pakai krim fair & lovely, tapi dia cakap 'abang izz, kasih sayang tu lahir dari hati, bukannya warna kulit'. aku mengangguk lemah sambil menyuap nasi goreng pattaya yang izlin belanja sambil berkata dalam hati 'ye lah, tapi semua orang tengok colour dulu cik adik sayang oi...'.

pernah sekali, tah apa kenasibnya, port aku makan berdua tu biasanya safe dari kawan2 aku yang juga kuat mengutuk terutama bond, bote dan fairuz. tapi suatu malam tu.....

aku macam biasa memesan nasi goreng pattaya. si dia on sekadar minum. on diet katanya. sedang asyik aku menyuap nasi kemulut. aku terpandang kelibat seorang kawan yang berbadan besar, dan tentunya bermulut besar juga. arrghhh! bancau! aku cuma membaca doa tolak bala dan berharap member tu tak nampak kami. alamak... dia ada group discussion kat cafe ni ke???. nak lari dah tak boleh, so aku cuma menundukkan muka. rambut aku yang agak panjang tu aku saje lurutkan ke dahi agar melindungi muka aku. lepas beberapa minit aku toleh, perghhh.... lega. member tu dah ilang. "discussion tempat lain kot" getus hati kecil aku.

"hey, may. macam berdua je. jauh datang makan?" tiba2 suara bond dari belakang. aku dah tak buleh lari lagi. aku cuma tersenyih macam kerang busuk. bond berkata lagi "hi, ni makwe izman kan?. saya rezal, kawan sebelah bilik dia. panggil saya bond. b.o.n.d. bond". aku lihat izlin tersenyum sampai ke telinga bila dinamakan sebagai makwe aku. arggh.... sebelum si setan ni cakap lagi banyak dan membocorkan lebih banyak rahsia, aku kena bertindak. "bond, ada group discussion sini ke?" aku bertanya. 'yup' kata bond. 'jom aku belanja ko makan'aku mempelawa bond sambil menarik badannya ke arah kaunter tempahan. sebab ia agak jauh, aku mula berkata "woi.. bond, ko jangan cakap bukan2. itu budak ko-k aku tu. junior. jangan pulak ko sebut pasal awek aku depan dia. mampos aku kena langgar dengan motor dia kang". 'ok' jawab bond ringkas. 'aku nak nasi paprik dengan air tembikai ais. ko bayar, aku tutup mulut" kata bond lagi. ciss... belum jadi ahli korporat lagi dah minta rasuah, teruk betul mamat ni.

alhamdulillah, rahsia aku ada awek kulit gelap selamat. cuma ia terbongkar bila dihidu oleh si razman masa kat ceramah di insitut pembangunan usahawan. tapi, rahsia ditangan razman aku percaya selamat. berani pecah rahsia aku, aku pecah jugak rahsia ko. ha.HA.HAAAAA.HAAAA!!!