Thursday, July 21, 2011

Happy Birthday Pika (21/07/2011)

Hari ini (21/7/2011) genaplah usia anak perempuan sulung aku 5 tahun. aku kata anak sulung perempuan, anak betul2 sulung ialah anak lelaki, luqman hakim. anak perempuan ni anak kedua. anak ketiga tu perempuan jugak. anak keempat? belum pasti lagi. tunggulah dah tak lama nak keluar.

pika, begitulah gelaran untuk anak perempuanku ini. keletahnya memang selalu menceriakan hidup aku. balik kerja je, bersusun report nak dikhabarkan. luqman main komputer ayah, luqman bergaduh, adik mira sepahkan barang, ummi marah, adik mira rebut channel tivi dan sebagainya. report pasal kesalahan orang lain je, kesalahan sendiri memang takde. setakat dengar dan layan je la.

memang seronok ada anak ramai. macam2 feel ada. berbanding anak lelaki yang lebih pendiam dan lebih rapat dengan umminya; pika sangat rapat dengan aku. kalau aku tidur lewat, dialah selalunya menemankan aku. teman sambil layan kartun dia la. aku biasanya melayan blog.

ini serba sedikit persiapan goodies untuk kawan2 pika sempena harijadinya. buat ala kadar je.





kepada puteri tersayang; Nursyafiqah Izzati, ayah harap pika dipanjangkan umur, dilimpahi kasih sayang, membesar dengan sihat dan sempurna dan bila dewasa nanti akan menjadi anak yang solehah yang akan menggembirakan hati ayah sekeluarga.

Ayah, Ummu, Abang Luqman dan Adik Mira mengucapkan Selamat Hari Jadi Ke 5 Tahun buat Pika. Kami semua sayangkan Pika.

Saturday, July 16, 2011

Tiada Kedal Lagi

dalam minggu lepas membawa ke minggu ni, rata2 blog bercerita tentang bersih 2.0. aku tak tau nak cerita apa pasal bersih sebab aku bukan terlibat dan malas nak melibatkan diri. even aku rasa apa yang dituntut adalah patut, tapi perhimpunan begitu bukan apa yang akan aku pergi.

dalam objecktif bersih, mereka menuntut mengenai pilihanraya yg lebih adil dan telus, ye... aku sokong. penggunaan dakwat kekal aku sokong, bersihkan pengundi hantu aku sokong. habis kenapa tak berhimpun? heh... berhimpun aku tak sokong. aku dah tau sape pergi memang akan kena. sama ada kena sembuk air atau kena gas pemedih mata dari fru. lagi jahanam kalau kena lokap. aku ketua keluarga yg menyara keluarga, kenapalah aku nak menyebabkan isteri dan anak2 merana jika kena lokap.

apa2pun, bagi mereka yang merasakan berhimpun secara aman dan beramai2 perlu untuk menyuarakan pandangan, terpulanglah. berani buat, berani tanggung.

cuma aku tertarik dengan perbahasan beberapa blogger mengenai apakah natijah jika menyertai perhimpunan selepa YDP Agong menasihati agar tidak menimbulkan kekecohan. blogger pro kerajaan akan kata mereka menderhaka, blogger pro bersih kata YDP Agong memberi nasihat kepada kerajaan sebenarnya agar tangani hal ini dengan bijak. entahlah.... pada aku YDP Agong sebagai ketua negara tidak terlibat dalam politik, baginda menasihati secara umum agar kedua2 pihak fikir dan bertindak dengan betul dan mengikut lunas undang2. kita orang melayu, memang kena sanjung institusi raja. dengan berdemonstrasi, kita lihat polis/fru yg majoriti melayu menembak gas pemedih mata, memancut air berasid, menggari tangan pendemonstrasi yg rata2nya memang melayu.

heh... melayu! dalam cerita bersih ni kita dapat tengok macam2 watak melayu lama. ada orang macam mat jenin, yg mengimpi kerusi di putrajaya. ada lebai malang yg dicari tak dapat, yg dikendong berciciran. ada juga pak pandir yang bodoh tak habis2. semua ada. opsss.... jangan kata aku mengata puak bersih, aku tak kata. aku mengata bersih dan patriot sekali, termasuk perkasa.

tapi dalam mengikuti perkembangan bersih melalui internet, macam2 dapat lihat. teknologi dah maju. semua benda sekejab je dah online. surat khabar ni banyak pembohongannya. surat khabar melayu kata 5000 org je join, suratkhabar inggeris kata lebih 30,000 orang join. heh... mana betul? anak aku baru sekolah tadika pun tau dengan melihat gambar je memang lebih dari 5000 org terlibat. surat khabar melayu memang banyak penipuannya. patutlah kawan aku kata, dalam suratkhabar ni dia percaya 2 perkara je yang benar2 betul dan sahih. pertama waktu sembahyang. kedua keputusan nombor ekor.

bercakap pasal kesetiaan kepada raja yang menjadi tonggak perjuangan perkasa dan patriot. heh... setia kehapa kalau mereka juga berhimpun, berarak dan nak berlawan dengan dengan bersih. aku teringat sejarah melayu dan rajanya yang aku belajar masa di sekolah dulu. kisah sang sapurba dan malim lebar daun kalau tak silap.

arakian diceritakan bahawa raja2 dan golongan rakyat jelata itu adalah dari golongan yang berbeza kastanya. tidaklah boleh raja berkahwin dengan rakyat bawahannya. tapi dinegeri itu, teramatlah sedih si raja kerana mana2 gadis kebanyakkan yang mengahwini putera raja tersebut, keesokkan harinya, kedallah gadis itu. banyak lah gadis yang mencuba nasib, tapi semua nasib yg sama, menjadi kedal.

melihat keadaan itu, sang sapurba dan malim lebar daun telah membuat pengistiharan dan bersumpah bahawa hamba rakyat akan taat setia kepada raja mereka. manakala raja pula wajib membela dan melindungi rakyat baginda. selepas pengihtiharan itu, dikahwinkan seorang gadis dengan putera raja itu. semua orang menunggu apakah yang bakal terjadi. berlakukan malam pertama. dan adakan gadis itu akan kedal seperti gadis2 sebelumnya. keesokkan harinya, didapati gadis tersebut masih hidup dan tiada kedal lagi.

cikgu : izman, apakah maksud 'gadis itu tiada kedal lagi'?
izman : err.... sudah tiada dara lagi cikgu.
cikgu : (tersentak)emm..... hehh.... salah tu izman. maksud tiada kedal lagi ialah perempuan itu tidak ditimpa musibah dan kecacatan lagi.
izman : oo... ye ke. he.he.he....

aku memang tak suka sastera.

Wednesday, July 13, 2011

Manfaat Dari Musibah

beberapa minggu lepas, kawasan perumahan aku menjadi sangat tidak aman. sebelah rumah aku pun kena, habis laptop dan beberapa barangan kecik hilang. err... seluar kecik takde la pulak hilang, may be bukan saiz diorang.

pecah rumah ni bukan setakat malam atau awal pagi dalam jam 3-4 pagi, tapi siang2 pun ada jugak. malam ada penduduk yang laki bini bekerja siang, rumahnya dipecah masuk tengahari. memang hati batu, even jiran sebelah rumah yang dipecah ada orang, mereka pecahkan jugak. cukup cepat, semuanya kurang 10 minit dah siap ambik barang. pertama, mereka buat homework. usha2 line, tengok siapa kerja, siapa jiran2. kedua, mereka memang pro. bayangkan semua rumah yang dipecah masuk ada macam2 kunci. selamba badak air je diorang pecahkan.

dari percakapan aku dengan mangsa, persatuan penduduk dan pasukan keselamatan, beberapa geng terlibat. yang yang tak terlibat hanyalah geng bas sekolah. yang pecah masuk dari pintu belakang dan ambik laptop dan duit, even syiling dipercayai geng mat pet (penagih dadah). melayu. mereka pecah masuk malam bila tuan rumah tiada dirumah seperti balik kampung atau bekerja malam.

geng kedua adalah geng indon. ini paling banyak. belah malam mereka gunakan pukau untuk masuk rumah. hampir 15 buah rumah terlibat dalam hal ini. tuan rumah dlm keadaan mamai2 bila mereka masuk. mereka ambik duit dan laptop serta hendphone. namun mereka tidak mengapa2kan tuan rumah. macam2 cara dilakukan untuk elakkan pukau, tapi tuan imam muda masjid kampung aku pun turut dipukau dan dipecah masuk, so camno!

geng ketiga ialah geng indon bervan (guna van la...). mereka aktif siang. mereka tau mana rumah yang suami kerja, bini tak kerja. rumah mangsa biasanya jiran2 rapatnya bekerja. so tiada siapa sedar. mereka akan bagi salam, buat2 tanya jalan dan jika rumah tak berantai, mereka akan terus masuk dan ambik barang2 berharga seperti tivi, hi-fi, microvawe dan lain2. kes ni banyak kantoi sebab kebanyakan suri rumah dah bijak, mereka pasang rantai pintu pagar dan bercakap dari jauh sahaja.

geng keempat ialah geng india. ini paling ganas. siang2 pun mereka pecah rumah. biasanya bermotosikal dan beberapa buah motor. 2 orang akan pecah rumah sementara kawan2 tunggu diluar. biasanya mereka cari laptop dan barang2 kecik. tabung syiling pun mereka sebat kalau tiada pilihan.

lantaran kejadian tersebut, penduduk ketakutan. kami syak ia mungkin disebabkan kebelakangan ini syarikat keselamatan yang diupah mengawal taman sejak 8 tahun lepas telah melarikan diri. syarikat mengutip duit dari kami tapi pengawal tidak dapat upah.

tapi ada juga yang positif. penduduk mula bertegur sapa dan berkenal2. dulu2, payah la. senyum pun malas. ye lah, ramai yang kaya2. orang kaya, sombong cara kayanya. yang miskin pun sombong dengan gaya miskinnya jugak. sekarang, dah ada ramai penduduk yang sukarela meronda malam2. siap buat pondok pengawal. masing2 bila berjumpa saling senyum dan berborak tanya khabar. dulu kalau depan taman ada orang lepak sampai pagi, sekarang lepas jam 12 malam, dah kena halau balik rumah. rondaan sukarela dibuat dan ramai join. tapi standard je lah, melayu. minggu lepas, mereka ada menyatakan bahawa kemungkinan besar akan ambik syarikat pengawal baru untuk berkawal 24 jam balik macam dulu. kawasan besar, payah nak jaga kalau harapkan rondaan sukarela.

apapun, aku berharap kawasan perumahan aku kembali aman. dan berharap agar semua perampok terbabit ditangkap polis.