Thursday, July 21, 2011

Happy Birthday Pika (21/07/2011)

Hari ini (21/7/2011) genaplah usia anak perempuan sulung aku 5 tahun. aku kata anak sulung perempuan, anak betul2 sulung ialah anak lelaki, luqman hakim. anak perempuan ni anak kedua. anak ketiga tu perempuan jugak. anak keempat? belum pasti lagi. tunggulah dah tak lama nak keluar.

pika, begitulah gelaran untuk anak perempuanku ini. keletahnya memang selalu menceriakan hidup aku. balik kerja je, bersusun report nak dikhabarkan. luqman main komputer ayah, luqman bergaduh, adik mira sepahkan barang, ummi marah, adik mira rebut channel tivi dan sebagainya. report pasal kesalahan orang lain je, kesalahan sendiri memang takde. setakat dengar dan layan je la.

memang seronok ada anak ramai. macam2 feel ada. berbanding anak lelaki yang lebih pendiam dan lebih rapat dengan umminya; pika sangat rapat dengan aku. kalau aku tidur lewat, dialah selalunya menemankan aku. teman sambil layan kartun dia la. aku biasanya melayan blog.

ini serba sedikit persiapan goodies untuk kawan2 pika sempena harijadinya. buat ala kadar je.





kepada puteri tersayang; Nursyafiqah Izzati, ayah harap pika dipanjangkan umur, dilimpahi kasih sayang, membesar dengan sihat dan sempurna dan bila dewasa nanti akan menjadi anak yang solehah yang akan menggembirakan hati ayah sekeluarga.

Ayah, Ummu, Abang Luqman dan Adik Mira mengucapkan Selamat Hari Jadi Ke 5 Tahun buat Pika. Kami semua sayangkan Pika.

4 comments:

AZANI said...

salam ulangtahun pika
semoga dimurahlan rezeki serta panjang umur dan dirahmati Allah

dan doa ini dipanjangkan buat keluarga tersayang..Amin.

Lovely Kitchen said...

Semoga menjadi anak yang solehah menggembirakan hati ayah dan umminya...

Nur a.k.a admansyah said...

selamat hari jadi to Pika sayang! moga jd anak yg terbaeekkkkk!!!
Bro, aku pun ngam nk anak no.2 even die selalu ckp "Aiman anak ayah!" sbb... die yg selalu tgk tv till 12 mlm mcm ibu die! hehehe

Err.. nk komen psl susu lembu hr tue! anak2 aku pun minum DL... and performance dieorg pun SO FAR SO GOOD. Kalo ada geng2 hang ckp susu murah buat anak depa X pandai... mmg dieorg yg otak mcm LEMB* hahaha

ku-cit said...

susu murah ker susu mahal ke kalo anak2 tak dididik dengan cara yang betul tak guna jugakkan...opss lari topik plak...

apa2 pon hepi befday to pika..jgn lupa mintak present dgn ayah pika ehh...ehehe..