Wednesday, September 30, 2009

Jamuan Untuk Kawan-kawan

malam semalam (29/09/09)aku telah mengadakan sedikit jamuan raya buat geng2 lelaki opis aku. nak buat open house tak boleh sebab wife baru bersalin. so, aku buat kecil2an. tak! aku tak suruh wife, aku buat sendiri. aku rebus nasi impit segera. aku buat kuah kacang. aku buat agar2. aku masak bihun. aku bancuh air anngur kordial. kuih2 tu biasalah, semua tempah atau beli kat kedai je. Alhamdulillah, yang aku jemput semua datang. mau tak datang, sape buat aku kecik hati, kang aku stop gaji. kuang.3x... menyalahguna kuasa betul (lawak la tu konon).

yg datang rumah aku termasuklah en rosli (jiran belakang rumah, kali kedua beraya), saiful, azmir, khairul, syahrizal dan hasmadi. semua yang rapat2 je. mereka nak datang hari sabtu atau ahad ni, tapi akak aku nak datang. so, aku buat malam je. majlis start jam 830pm dan berakhir jam 10pm. entah berapa jag air anggur, air botol dan air teh habis akupun tak tau. seronok berborak2 sambil bergossip. wife dan anak2 dah faham, mereka lepak2 dalam bilik je la. dan Alhamdulillah jugak hari ni datang kerja tak ada tetamu yg datang rumah aku cirit birit atau mati akibat keracunan makanan yang aku buat. ia bermakna, masakan aku tu tak le teruk sangat.

masa tetamu datang bergelak sakan sambil menjamu selera memang best, yang tak best ialah masa tetamu dah pulang. aku yang kena kemaskan ruang tamu. aku yang kena basuh pinggan mangkuk kuali dan sebagainya. kena sabu sampah lagi. arghhh!!! bagai nak patah pinggang aku. sebelum2 ni tak kisah sebab wife buat semua. apsal pompuan larat buat semua aku pun jadi kagum. dengan kerja rumah yang tak abis2, dengan nak melayan kebuasan anak2 yg membesar dan menyelerakkan rumah, dengan melayan suami (suami macam aku tak buas, cuma tangkas dan perkasa). kerja2 rumah semua isteri lakukan dengan sangat rileks (mulut tu membebel kira standard pompuan la...)hari2 pulak tu. sekalung penghargaan buat semua wanita bergelar isteri.

dah siap berkemas, abis lencun berpeluh. terpaksa mandi. mandi biasa je, mandi wajib tak boleh lagi sebab masih dalam mode berpuasa 100 hari. lagi 80 hari lagi woo.... air naik kepalalah nanti..... sabarlah!

melihat aku yang terkial2 mengemas dan sebagainya, luqman dan pika sabar menanti nak tidur dengan aku. sambil2 tu mereka layanlah kartun kegemaran mereka yang tak abis2 tu. siap mandi, solat. aku uruskan anak2 untuk tidur; kencing, gosok gigi, basuh kaki dan buatkan mereka susu. anak aku si luqman hakim even dah 5 tahun masih guna botol susu untuk milo dia. aku pun malas nak paksa dia stop guna botol. mengikut keluarga aku, aku sampai 6 tahunpun masih menyusu botol, selamba je masuk universiti. ye lah, ada orang kata anak2 yang dah umur 5 tahun atas masih menyusu botol tu perkembangan otak dia tak cergas. aku tak percaya segala karut marut tu.

yang aku suka gelagat luqman menyusu botol ialah masa nak ke tadika setiap hari. dah berpakaian lengkap dia akan mintak milo dalam botol susu. dia akan nyonot milo dia sesekali akan tanya dah sampai tadika atau belum. nak sampai je terus dia sorok botol susu dia tu celah pintu kereta. kekadang milo dia belum absi tapi dah sampai tadika (sebab dekat) aku suruh la luqman bawak je ke tadika, nanti letak dalam bag. dia cakap 'malu'. budak2 sekarang, reti malu pulak. tapi peliknya sekecik2 anak aku tu, dah ada 'makwe' kat sekolah, budak pompuan umur 6 tahun pulak tu. kebiasaan kalau aku lewat sikit datang ambik luqman, budak pompuan ni lah akan temankan anak aku. wife aku yang sebelum ni sesekali join aku jemput luqman disekolahpun perasan tentang budak pompuan ni, apatah lagi luqman selalu cerita mengenainya kat wife aku. anak lelaki ni memang suka cerita ngan emak dia la. abislah..... cepatlah nanti aku dapat menantu.

Tuesday, September 29, 2009

Secret Admirer

aku teringat yang adik ipar ku memberitahu bahawa dikejiranan aku itu ada rakan sekampung kami. aku cakap aku tak pernah jumpa, dan aku tak kenal. adik ipar aku beritahu orang tu selalu nampak aku, dan sering berselisih dengan aku. walaupun jantan, aku rasa tak syiok jugak sebab ada yang perhatikan aku.

bercerita pasal orang yang memerhati tapi kita tak tau ni aku ada beberapa kisah. aku cerita masa aku sekolah form 6 kat sekolah menengah jerantut dulu. sebagai penolong ketua pengawas, rata2 orang kenal aku. apatah lagi keaktifan aku dalam berpersatuan dan agak bijak present dalam kelas membuat aku menjadi idola gadis2 yang mengharapkan lelaki yang baik, beriman, penyayang, berbudi bahasa dan seangkatan dengannya (sila jangan muntah).

even aku sebagai penolong ketua pengawas sekolah, tapi tak bermakna aku takde steady makwe. ala... aku dari lepas mumayyis dulu dah subur nafsu. cuma tak serakah je. he.3x... dari sekolah dulu setiap tahun akan ada perbarisan tahunan, sukan tahunan la...

masa tu akan ada perbarisan pengawas, persatuan, rumah sukan, dan sebagainya. tahun tersebut aku mengetuai perbarisan pasukan pengawas sekolah. kenapa ketua pengawas tak mengetuainya akupun tak pasti, tapi bukan kerana aku rampas kuasa ye. tak kuasa aku nak memulakan perbarisan dalam padang yang lecak tu.

lepas perbarisan, aku salin pakaian sebab penuh lumpur. masa tu aku duduk hostel. upper six. lower six ulang alik dari rumah. masa lalu kaunter tu, ada petugas kaunter panggil, dia cakap ada orang hantar 'request' untuk aku. dapatlah beberapa biji buah apel, open, dan bunga ros. of course la ada kad. ringkas je kad tu, dari secret admirer yang mengkagumi. si dia mengakui suka memandang aku masa di hostel dan disekolah.

errr...! siapa ni? bagai nak pecah kepala aku memikirkan. nafsu rasa nak tau siapakah gerangan, tapi takut2 jugak makwe aku saje nak kenakan. tapi sebagai seorang pecinta setia, aku cakap ngan makwe, aku dapat hadiah request. makwe walaupun agak tegang, tapi mengkagumi ketelusan aku yg berterus terang. biarlah dia yang tegang, kalau aku yang tegang, lain pulak jadinya (budak2 diam!!)

dihostel dan disekolah selepas tu, perjalan aku macam2 dicontrol2. mana2 pergi seolah2 ada yang memerhati. aku ada jugak aim beberapa orang yang aku budget tulis kad tu. dan ada jugak orang tu yang akupun minat jugak kat dia. beberapa bulan rahsia itu tak terbongkar. sehinggalah aku abis stpm dan bercuti.

akhirnya satu kad tiba dirumah mendedahkan siapa pemilik secret admirer tersebut. orangnya memang aku kenal. aku tak sangka dialah orangnya. dari kad itu dia luahkan perasaan hatinya. dia berani dedahkan sebab tau lepas ini kami akan susah atau tak mungkin berjumpa lagi sebab masing2 akan bawa diri. dari berkawan, bersenda gurau, apatah lagi dia sering menjadi mangsa usikkanku, dia tertawan. hah!!!!

tapi apakan daya, cinta untuk dia tak terbit, just kawan sahaja. masa ambil result stpm kami bertembung. dia sangat gembira bagi kejayaanku (dia dapat cukup2 makan je). kami bersembang seketika dan berpisah tanpa khabar berita sehingga hari ini. apa2pun, aku setuju bahawa kamu gadis yang baik, dan aku berdoa agar kamu sudah semestikan sudah mendapat jodoh yang baik2 juga.


moral of the story : tak de moral, saje cerita sebab dah kering idea.

Monday, September 28, 2009

Telinga Ayah Dah Tak Dengar?

hari ni cam biasa kerja2 rutin perlu diberesin. ramai pekerja melayu dah start balik bekerja. gile aper nak cuti lama2, nak kena potong gaji? nak makan mee segera! aku senang je bab2 gaji ni, even payroll letter aku dah bagi bank untuk credited salary tapi aku pada bila2 masa sebelum tarikh gaji boleh batalkan payment gaji berkenaan dengan alasan mereka tidak hadir bekerja berterusan. sehari oklah, dua hari masih ok. hari ketiga, memang silap besarlah kalau masih tak datang dan tidak maklumkan kepada HR.

hari sabtu dah ahad even tak de rumah terbuka, tapi masih ada yang terjah. sabtu aku kena ke opis atas urusan rasmi seketika, tapi wife ada juga call balik sebab ada orang datang. dah orang datang tak kan nak halau oulak, even budak2 kecil. mereka yang sebenarnya memeriahkan raya. anak2 akupun happy sangat kalau ada budak2 datang rumah. semua dikatanya kawan dia, even ramai yang datang dah sekolah rendah atau menengah.

ahad penat melayan tetamu yg datang, majoriti rakan sekerja dan bekas rakan sekerja. rata2 yang datang dah pesan awal2 tak perlu masak apa2 sebab mereka faham wife aku dalam pantang. tapi sebagai tuan rumah yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa, aku tak boleh just biarkan tetamu datang makan kuih kering je. ada la buat agar2 dan bihun goreng. bukan aku paksa wife masak ye! aku yang buat. jangan tak caye. setakat agar2 merah dan bihun goreng tu memang kacang je aku buat. wife akupun siap terkagum aku masak nasi goreng tomyam, nasi goreng cina, mee bandung dan lain2 sepanjang dia berpantang ni. jangan pelik, semuakan ada perencah segera. paling sempoi aku dah terbiasa pakai perencah 'secukup rasa'.

sementara aku ada idea ni, aku cerita sedikit pasal telatah anak2 aku.

situasi : semasa menonton tivi, iklan petronas mengenai anak menantu yang perangai macam hantu.

masa si ayah yg sakit mencabut alat dari telinga, luqman dan pika yang memerhati penuh minat bertanya:

luqman : ayah, ayah dia pakai ape kat telinga dia tu?
ayah : itu alat pendengaran. ayah dia dah tak dengar, tu dia pakai alat tu.
luqman : ye ke? kalau pakai, ayah dia boleh dengar ye.
ayah : ye.

Situasi : hari jumaat lepas, balik kerja.

luqman : ayah balik yey!
pika : ye..ye... ayah balik.
ayah : mari sayang ayah (kedua2 anak mencium tangan dan pipi seperti kebiasaannya)
luqman : ayah! ayah dah tak dengar ke?
ayah : kenapa?
luqman : ayah pakai alat tu?
ayah : alat ape?
luqman : tu kat telinga ayah. ayah dah tak dengar ke?
pika : ayah dah tua ke?
ayah : oo... inikan telefon ayah. ayah pakai masa bawak kereta.
luqman : kenapa luqman tengok sama dengan orang tua dalam tivi je (merujuk iklan petronas, alat orang kurang pendengaran)
ayah : ayah malas nak pakai yang pakai wayar. pakai yang ini senang. ayah boleh cakap dalam telefon tak payah pegang2.
pika : ayah cuba cakap tak payah pegang telefon...
ayah : boleh! pika telefon ayah pakai telefon ummi.
luqman ; tak pe, pakai telefon luqman (sambil mendail nombor ayah dan bercakap)
ayah : (melayan anak2 menggunakan bluetooth headset)

Saturday, September 26, 2009

Kenangan Dengan Ahli Kumpulan Firdaus

dikesempatan keluangan ni aku just nak stori mori pasal sahabat aku yag bergelar artis. aku teringat nak bercerita pasal kawan aku ni sebab aku dua malam lepas kot ada lihat persembahannya di astro. kebetulan malam tu aku dah tak de menda nak buat, picit punya picit chanel, terkeluar kumpulan firdaus. mereka tengah menyanyi. since, aku tak de menda nak buat dan mereka2 ni dari kelahiran uum, aku layan dengan anak2.



sambil2 tu aku tunjukkan kat anak2 aku, ini kawan2 ayah masa kat universiti dulu. siap aku tunjuk kat skrin tivi aku yang masih old fesyen tu muka2 kawan2 yang aku kenal dan kenal aku. aku kenal semua, tapi ahli firdaus yang kenal aku cuma 2 orang je. sorang ahmad tarmidi mahli dan seorang lagi mohamad rasul. tarmidi ni satu batch ngan aku, petang2 selalu gak aku main bola tampar dengan dia dan kawan2 lain kalau aku tak gi jogging (cuci mata sebenarnya). mohd rasul pula junior aku, agak rapat sebab dia ambik kursus HRM jugak.

masa firdaus baru rakam album pertama tu, mereka masih student uum jugak, sama ngan aku. masa tu album2 nasyid tengah top, dan pihak uum banyak support firdaus ni. setiap kali ada function universiti, muka firdaus mesti ada menyanyi. kekadang menyampah pun ada! apa taknye, malam kebudayaan dia nyanyi, malam ko-k dia nyanyi, malam ghazalpun dia nyanyi, malam2 dalam kat bilik air blok kediaman pun dengar dia nyanyi jugak.

dari 6 atau 7 anggota dari album pertama dulu, kini mereka dah berempat. mohd rasul pun dah tak join mereka lagi. kali terakhir mohd rasul beritahu aku, dia tumpu pada kareer dia dan menetap di melaka. nombor phone diapun dah tukar, cuma ada email je. tarmidi adalah satu2nya ahli yang aku kenal, tahun lepas masa dia buat persembahan di eaon bukit tinggi klang (jusco) aku bawa keluarga pegi tengok, dari jauh je. segan nak ngaku ada kawan dah fofular jadi artis. lagi segan nak berebut2 minta autograf.

cuma satu kenangan manis aku dengan tarmidi (err... kami bukan gay yer) ialah masa dia dalam pembikinan album pertama dulu. masa dia baru balik dari KL, dia bawa balik demo tape (mastercopy?/ duplicate copy??)album pertama dia. since bilik dia masa tu tak de cassette player, dia pergi layan kat mini compo aku. kebetulan mini kompo aku tu baru beli. hari2 dengar lagu dari komputer mana tahan, berasap komputer nanti. masa dia nak guna tu, aku kebetulan nak pergi jogging. aku tak kisahlah dia nak guna bilik, sebab bilik aku memang tak pernah berkunci, kecuali masa balik kampung. midi (tarmidi)pelawa aku dengar sekali dan bagi pendapat ikhlas aku. ala korang tau la,aku ni dari dulu mulut memang jenis laser. kalau korang minta pendapat, dan aku bagi pendapat yang korang tak suka dengar: apa peduli apa!


Gambar : Ahli Kumpulan Firdaus bernama Tarmidi Mahli. Ehsan http://www.firdaus.net

so, aku layanlah dengar lagu2 nasyid. may be, selain ahli kumpulan firdaus, pihak studio rakaman dan kakitangan mereka, akulah orang awam pertama yang dengar lagu mereka (bangga giler dan perasannya!). masa tu lagu yang aku suka banget ialah lagu keampunanmu (kot??) dan lagi satu ialah lagu untuk kompilasi raya keluaran src berjudul miskin kaya. album pertama mereka dan kompilasi raya ni aku beli original sebagai support kawan2.

apa yang seronoknya kawan dengan artis ni?? aku tengok, mereka ni biasa2 je, tak sombong. pergi kelaspun takdelah orang nak berebut minta autograf, may be sebab mereka artis nasyid kot. midi aku lihat masih dengan perangai hu-ha-hu-ha dia. main bola tampar atau badminton petang2, malam layan bergebang dengan geng2 blok, bermain uno atau bermain games fifa di komputer dia. sesekali ada jugak aku tengok dia baca surat peminat dan membalasnya, tapi kami kawan2 tak nak kacau. itu dunia artis, kami tak campur.

apa moral cerita ni? tak de moral apa2pun. cuma sekadar nak isi kekosongan entry blog aku hari ni. tahun ni dah genap 10 tahun batch aku grad dari uum. dah dengar suara2 geng ropla untuk buat gathering lagi. tahun lepas kami buat kat bagan lalang beach resort. harap2 tahun ni atau awal tahun depan kamu dapat adakan gathering lagi. dari start kami buat dulu, gathering tersebut semakin ramai yang joint. ramai sebab ada geng2 kami yang nak jumpa kawan2 sambil sembang sepanjang malam macam kat uum dulu. dan jumlah itu bertambah ramai sebab ramai yang dah berkahwin dan setiap kali ada gathering, bilangan ahli ropla junior makin bertambah.

Friday, September 25, 2009

Interview OKU

hari ini aku didatangi oleh seorang insan istimewa atau ada juga menyebut orang kurang upaya (oku)yang ingin memohon pekerjaan. since ia kes khas, aku kena interview sendiri. secara jujur, aku tidak pernah menyisihkan mereka dalam pencarian pekerja, cuma wujud sesuatu kekangan yang menyebabkan proses pengambilan pekerja itu sukar.

dalam sejarah aku bekerja di 4 buat syarikat (banyak kali jugak ye aku berenti kerja rupenya), hanya satu syarikat je yang tidak menerima oku. tapi aku faham kenapa mereka tak terima... mereka jumud! even, orang perempuan Islam pakai tudung masa bekerja pun mereka tidak benarkan. harja betul!

berbalik kita ke pangkal jalan. proses interview kali ni tak le payah sebab aku dah biasa (hebat konon!). since calon tersebut oku pendengaran, kami main tulis-tulis atas kertas. aku tulis soalan, dia tulis jawapan. dia tulis soalan, aku tulis jawapan. since dia oku dan wife dia hadir sama, aku benarkan wife dia joint semangkuk dalam interview. no harm what! isteri beliau pun oku juga. sayu aku tengok ketabahan seorang isteri menemani suami mencari pekerjaan. dari pertulisan, beliau dulu normal, tapi lepas kemalangan jalan raya, beliau jadi bisu dan pekak. sadisnya! siapa yang dapat meramal ujian Allah pada kita. dan selepas 10 tahun berkhidmat dengan setia dengan satu syarikat, beliau kini menganggur.

since kami tak pernah ambik oku, aku perlu sedikit masa untuk yakinkan pengurusan tentang pengambilan oku disyarikat ini. since boss ni aku kenal dari syarikat lama, dia memang tak kisah. malah di apm dulu, cawangan kami sahaja ada 3 oku. malah mereka ini adalah golongan yang hampir tiada masalah baik masalah kerja mahupun disiplin. aku yakin keadaan ini didorang oleh keperluan kerja bagi mereka dan merekapun tak pandai mengumpat seperti pekerja lain(nak ngumpat amendenya, nak bercakappun mereka tak boleh).

aku masih ingat masa kerja disyarikat pertama dulu. sykt tu sejak kewujudannya mmg tak pernah ambik oku. tapi since aku masuk dan kebetulan ada beberapa oku mintak kerja, aku sanggup yakinkan boss aku untuk ambil mereka bekerja. tak silap aku dalam 5 orang. 4 perempuan dan satu lelaki dalam group mereka tu. since boss aku masa tu sayangkan aku yang sekulit dengannya, semua oku itu diambil bekerja. secara ikhlas, masa tu perasaan aku tentang adakah langkah aku mengambil mereka wajar, akupun was-was, maklumlah malam pertama, errr.... maksud aku pengambilan kali pertama.

yang membuat aku tekad membantu mereka ialah green light pada trafic light depan syarikat tu, err... maksud aku green light dari boss aku. apatah lagi aku tak sanggup melukakan, maksud aku menghampakan harapan oku tersebut. serius.... yang sorang tu memang comel. putih melepak, bertudung ayu, langsing, mata agak galak, dan yang paling tak tahan ialah bibir dia yang munggil itu. eee... geram betul! opsss.... aku salah tajukke??

lantaklah, yang penting aku ada membantu mereka. yang terfeeling tu biasalah sebab aku lelaki normal yang ada nafsu. masa tu pun aku masih bujang (makwe ada la...). terdetik jugak hati nakalku masa tu. kalaulah aku buat bini si ayu tu, tak delah susah2 aku nak dengar bebelan isteri2 (isteri-isteri??). kalau dia membebelpun mana aku faham, so buat derk je.... kuang3x....

ternyata langkah ambil mereka bekerja sangat betul. masa tu aku tempatkan mereka di kilang kotak di seksyen 15. tugas mereka cuma susun kotak atau gamkan kotak je. tak perlu bercakappun. dalam satu group perlu ada 4 orang, aku pecahkan mereka. rasional aku masa tu untuk pisahkan mereka ialah aku ada masa nak pergi tackle buadak kuit miut tu. ciss... mana ada la.... tu lawak je. rasionalnya aku mahu mereka bercampur masyarakat agar mereka sedar bahawa mereka tidak disisihkan. rasional kedua ialah aku tak nak kalau mereka dalam satu group, mereka akan buat kerja lambat, ye lah dah satu geng, mestilah nak berborak atau mengumpat. orang lain boleh mengumpat sambil bekerja, tapi mereka tak boleh. mereka terpaksa gunakan bahasa isyarat. kalau tangan digunakan untuk berkumunikasi, so siapa nak buat kerja? lagi satu rasionalnya ialah, mereka kerap berhubung pakai tulisan, kang habis kotak2 untuk eksport tu penuh tulisan komunikasi mereka. he.3x........

kepada geng2 HR, aku rekomenkan kalau korang nak cuba hire oku. mereka ni memang bagus. mereka memang perlukan kerja, dan kalau terpilih mereka selalunya akan kerja bersungguh2. cuma, kadang2 aku ralat juga sebab ada juga kes yang meminta gaji yang lebih tinggi yang tidak setimpal dengan kelayakan dan kemahiran mereka, hanya semata2 kerana mereka orang kurang upaya. mereka minta elaun itu dan ini kerana menurut mereka, mereka serba kekurangan, dan perlukan sedikit imbuhan bagi menampung beban persaingan dan kesusahan dalam pekerjaan.

Wednesday, September 23, 2009

Kenangan Raya

Alhamdulillah, sebulan berpuasa dah tertunai sudah. dan raya pun dah disambut dengan riang gumbire.

aku tidak dapat beraya terlalu sakan tahun ni kerana hari ni aku dah kembali bertugas. biasalah urusan kerja. belum masuk kerja, dah bertalu2 phone aku berbunyi. ada new joined 3 orang, ada reminder kena pergi HQ di kota damansara kerana urusan penting, ada document kena sign dan macam2 mak nenek lagi. dah mereka tau aku dah kerja, itulah mereka kacau aku. oklah, kerja!

urusan di hq kejab je. dalam jam 12 noon dah terpacak kat port klang dah. sementelah cafeteria masih tutup, aku balik makan nasi kat rumah.

cerita raye? ala biasa2 je. dari aku kecil belum mumayyis sampai sekarang, rutin raya tetap sama. bangun pagi mandi sunat idilfitri, solat raya, minta ampun maaf dengan keluarga, makan kuih raya, jalan2 raya dan sebagainya. yang berbeza lepas mumayyis dan bergelar orang dewasa ialah giliran aku kena bagi duit raya.

cuma yang boleh dikongsi cerita dipagi raya ialah perasaan gumbire anak2 memakai pakaian raya. tahun ni serba merah (kecuali aku). sambil makan kuih, aku ambik gambar anak2 dengan pakaian baru bersama pakcik mereka. pika kemudiannya mengambil henpon dan mula mengambil gambar. klik! klik!

ayah : pika ambik gambar ke?
pika : ye la!
ayah : pika ambik gambar sape?
pika : gambar ummi, gambar ayah, gambar baby, gambar pakcu esam.
ayah : gambar oman (abangnya, luqman hakim) tak ambik?
pika : tak nak!
ayah : tak baik. nanti ambik gambar oman ye...
pika : ayah, ayah diam. pika nak ambik gambar.
ayah : (menahan perut agar nampak slim dan mengontrol muka)
pika : dah.
ayah : ayah nak tengok
pika : nah!... (sambil suakan henpon)
ayah : mana gambar ayah. gelap je ni?
pika : itulah.
ayah : tak nampak ayahlah. semua gelap.
pika : ayah hitam, itulah gelap.
ayah : err..... (mentang2lah semua ikut ummi dia putih. dikatanya aku gelap)

Friday, September 18, 2009

Teringat Saat Dekat-dekat Raya di Kampus

aku masih kerja hari ni. blok bangunan aku agak lengang sebab ramai dah mula bercuti. mereka jauh, kena balik awal la. aku takat pahang, 2-3 jam dah sampai. lagipun aku kena hantar report ke HQ hari ni. tengoklah, kalau report siap cepat, aku kerja half day je la.

dalam kelapangan masa yang ada ni, aku teringat jaman aku kat uum dulu. bila dah nak raya, ramai penyarah dah batalkan kelas atau akan diganti dengan hari2 lain. so, happylah orang yg beria2 nak balik kampung.

aku masih ingat di kampus dulu, kalau tiba bulan puasa ramai ambil peluang berniaga atau cari pendapatan extra. ada yg jual kuih di bazar ramadhan (ambik komisen la, kat kolej kediaman mana ada kemudahan memasak), jual pakaian, jual kad raya, mercun, dan sebagainya.

bagi aku, sepanjang aku di uum, aku turut berniaga bila ada kelapangan dan bila bulan puasa. aku pernah buat kad hari raya special yang aku uruskan sendiri dari A - Z. aku cuma upah kawan buat satu design berlatarbelakangkan Dewan Mas. dalam 2000 ke 3000 keping. aku jual melalui kawan2, alhamdulillah sangat menggalakkan. memang untung besar aku tahun tu. yang aku belajar dari buat kad raya tu ialah, kos sangat murah, yang penting ada design yang bagus dan market yang besar. aku juga belajar bahawa orang yang nak bunuh perniagaan orang melayu ialah orang melayu sendiri. ada satu agen kad raya aku ni keep mintak stok lebih, dekat 200 keping dia pegang, tapi bila dah nak closing raya, dia pulangkan kad kata tak de orang minat. padahal dia ambil beberapa kali kad raya sejak awal puasa. aku masih ingat lagi nama dan wajah dia yang berhati busuk tu. dah la tak jual, siap mintak upah pulak tu. harja betul! apa2pun, aku tak putus harapan dengan kad raya. lubuk duit tu masa belajar dulu.

yang paling aku suka cara buat duit masa kat kampus jugak ialah jual tiket balik kampung. korang taulah, majoriti naik public transport. so, tahun pertama aku join2 senior promote tiket balik kampung. aku masa tu, persatuan anak negeri pahang, kelantan dan terengganu aku join (kami tak boleh daftar persatuan anak negeri di uum. ini illegal). so dengan kebolehan bertutur dialek pahang, kelate, dan teganu aku gunakan sebaiknya. satu tiket terjual, dapatlah antara rm5 - rm10 kot. lepaslah duit tambang aku. bila dah masuk tahun dua, aku pakat dengan kawan2 carter bas balik pahang, share modal. selain jadi share holder dpt untung, kalau aku juga turut jual tiket, aku juga dapat komisen. share holder juga ada 3 seat free utk kegunaan sendiri, bagi kawan2 atau jual.

argh.... semua tu adalah kenangan terindah masa di kampus dulu. belajar, cari duit extra, mencari jodoh (errr...), dan enjoy. samalah, bulan ramadhan cari duit banyak2, pastu pegi bukit kayu hitam beli baju siam. aku suka t'shirt jenis kain tidak bertulang. aku beli banyak2 yang rata2 antara harga rm6-15 sehelai dan jual kat kawan2 dikampung. lagi aku suka beli kat bukit kayu hitam ialah t'shirt kartun calvin n hobbes (tak kan aku nak pakai baju poooh pulak!). malah pemakaian t'shirt kartun ni aku teruskan even lepas aku grads dan bekerja (dan sampai sekarang, tapi terhad kepada spiderman, transformer, batman sahaja). tak kan aku nak pakai t'shirt upin & ipin pulak sekarang. itu watak kegemaran anak aku si luqman. dia pantang tengok baju upin dan ipin serta ben 10.

oh ya, aku baru teringat kat mana agaknya wife aku sorokkan aku punya patung spiderman. mahal woo.... ratusan ringgit. original marvel. akupun tak tau kenapa wife aku sorok, sebab aku tercakap spiderman tu makwe lama kasik hadiah kot! koleksi mashimaru mc donalds akupun kena sorok gak, itu sebab aku tercakap itu hasil sepencarian opss... koleksi bersama hasil makan2 bersama aweks kelate dulu. dengan wife aku hobi kumpul ape ye? kumpul anak je kot! he.3x...

Oklah, pada kawan2 yang dah nak balik kampung tu, aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Thursday, September 17, 2009

Follower ke 100

hah, dah ada 100 FOLLOWERS dah aku. syukurlah! aku sebenarnya tak x-pac (sebab aku maxis postpaid)ada orang followpun. tapi ada yang follow sampai 100 orang, syukur sangat2 aku. dah angka 100 macam best je, aku kena bagi sedikit saguginjal (asyik2 saguHATI je, aku bagi saguGINJAL lah pulak)kepada kawan2 yang sudi follow aku dan menjadi angka 100. orang yang bertuah itu ialah eiman@nurizan (http://nurizan.blogspot.com). aku tak tau nak bagi apa sebenarnya, dan aku tak pernah bagi apa2 pada kawan yang ada datang ke blog aku ni sebenarnya. may be aku bagi voucher kfc ke, duit raya ke, atau apa2 yang aku rasa sesuai (sesuai dengan kemampuan poket).

kepada yang lain jangan jeles pulak. ini bukan rancangan pilih kasih atau pilih kekasih, just suka suka je. hadiah pun koman je (biasa2 je). saje nak memeriahkan majlis. dengan si eiman@nurizan ni actually aku dah kenal dia lama. kenal di dunia nyata lagi. masa tu kami sama2 kerja kat apm shock absorbers sdn bhd di port klang. bezanya dia engineer di bahagian design & development, manakala aku kat HR department. kemudian dia berenti, then akupun berenti. tup2, jumpa balik secara tak sengaja di alam ghaib (blog) ini. ok lah tu! eiman@nurizan nanti ko email aku address ko yer. may be lepas raya aku hantar kurma lebihan puasa tu, errr... maksud aku voucher atau saguginjal ko tu.



belum cukup panjang. aku cerita pasal berbuka puasa petang semalam (16/9/09). even dalam pantang, wife akan sama2 makan masa aku berbuka puasa. anak2 pun sama. meriah la sikit aku makan. kalau aku makan sensorang, cam sunyi la dunia aku. korang tok sah tanya la siapa masak, dan sedap tak masakan tu. kena faham lah wife bersalin, dalam pantang, anak dara aku baru 3 tahun mana la nak reti masak lagi. so, makan jelah apa yang ada. masakan biasanya simple2 je. untuk wife, biasanya dia makan nasi dengan ikan kering + lada hitam tumbuk + hirisan halia muda. ada jugak dia makan ayam dan ikan, buah, sayur dan sebagainya. tapi semalam aku lihat dia makan sawi, so aku tegur :

suami : ayang makan sawi? orang pantang buleh makan sawi ke?
isteri : a'ah! boleh.
suami : boleh ke? ada orang kata ada sayur panas dan sayur sejuk.
isteri : sawi boleh. sawi ni tambah air susu ibu.
suami : oo... nak tambah air susu la ni. kalau nak lagi banyak ada lagi tumbuhan yang lagi banyakkan susu.
isteri : makan ape?
suami : makan rumput. abang tengok lembu2 makan rumput, banyak betul susu dia. bukan takat dua belah susu, empat-empat kantung susu dia penuh susu.
isteri : (menarik muka masam)nak suruh ayang makan rumput la ni?
suami : (hanya diam dan bercakap dalam hati "KENA TAMBAH BILANGAN HARI BERPUASA LAGILAH AKU")


izzi note :
nampak macam kasar sikit lawak ni, tapi biasalah lawak2 keluarga aku. lawak2 camni sesekali bolehlah untuk memeriahkan suasana, kalau selalu alamatnya makan kat kedai mamaklah!

Wednesday, September 16, 2009

Meeting Tak Ingat Dunia

Alhamdulillah, akhirnya meeting tamat selepas ia bermula jam 10am tadi. rehat cuma untuk bukan muslim makan tengahari dikantin syarikat. yang muslim dapatlah solat zohor dan rehat jab. aku tak sempat nak rehat sebab ada urusan gaji di bank, cuma sempat solat zohor sebelum sambung meeting.

5 jam meeting perkara biasa sebenarnya. setiap bulan. yang 3-4 jam tu tiap2 minggu. yang 1-2 jam tu hampir setiap hari. cam ner nak buat kerja? biasalah kena ada work deligation dan kena ada perancangan tugas. nak tak nak kena masuk meeting, even ada dateline yang dah nak terlepas.

hari ni adalah antara hari meeting yg agak ekstrem. sebab banyak sangat bunyi2an henpon, bog boss mintak semua henpon diserahkan pada personal assistant merangkat sexytari dia untuk disimpan diluar bilik meeting. semua henpon dikutip, termasuk henpon big boss, dan gm sekali. cis... tak dapat la aku berbalas sms atau lari2 keluar dan lambat masuk meeting bila ada talian masuk.

semua isu adalah berkisar isu2 dunia, isu akhirat tak disebut sebab hanya 2 orang je melayu. mengenai pencapaian bulan lepas. aku cam biasa present analisis gaji, disiplin, manpower, kos2 dan lain2 lagi. sebab dah pakai pakaian bulletproof termasuk spender kalis api, semua berjalan dengan lancar. ada 1-2 soalan je, dan kacang je menjawabnya. menda dah rutin, jawab je lah.

oh ya... trima kasih banyak2 pada yang hantar kad raya, kad raya elektronik, ucapan email, call, sms dan sebagainya. aku cukup menghargainya.

Tuesday, September 15, 2009

Cuti Tu Berpada-padalah

raya puasa dah nak tiba. pada aku persiapan biasa2 je. kuih2 raya dah beli tapi masih belum ambik. tak kisah sebab kakak aku yang uruskan. pakaian raya isteri dan anak2pun dah ready lama. ramai kawan2 dah tanya sama ada aku akan buat open house. jawapan aku ialah tak de. rumah aku sentiasa tutup pagar, siap bermangga lagi.

bila nak balik kampung, akupun tak pasti lagi. dengan kemudahan kereta sendiri, aku bila2 je boleh balik kampung. yang aku meluat cuma bab jalan jammed. dah la jammed, banyak pulak road block. lagi marah bila ada road block dan menyebabkan jalam sesak, tapi di tempat block tu, abang2 polisi tak tengok apa2, just suruh jalan. then, buat road block nak buat ape? menyusahkan rakyat je, dah la minyak dah naik harga.

borang cuti pekerja bertambun atas meja aku. hari ni saje dalam 70 keping lebih borang cuti kena proses. biasalah... HR kena verify sebelum big boss approve. so far aku tak cerewet, asalkan department head ada recommend, aku tenyeh sign je. siapalah aku tak bagi diorang cuti apabila department head mereka kata boleh. cuma, bila ada masalah short manpower nanti, mamposlah nak menjawab. so far aku akan tumpang boss aku tembak department head yang suka2 hati recommendkan cuti. he.3x. orang HR mana boleh disalahkan sebab kerja2 planning siapa kena kerja ni dibuat oleh department.

Alhamdulillah, rasanya majoriti pekerja tempat aku dapat bergumbira lebih sikit tahun ni. awal tahun ni sebab ekonomi gawat, kami tidak memberi kenaikan gaji dan imbuhan kepada pekerja, tapi bila ekonomi makin pulih, kami bayar balik tunggakan gaji kepada pekerja sejak januari 2009. kami dah bayar bulan lepas lagi. so, dapatlah mereka joli katak sikit raya ni, itupun kalau yang berjimat, yang boros tu, aku yakin dapat duit bulan lepas je, terus dijoli.

tempat aku ni tak tutup kilang masa raya ni. kami cuma cuti senin dan selasa je. selebihnya kena apply. keutamaan cuti tambahan ni untuk orang yang berasal luar selangor. yang bujang2 dan tinggal sebelah menyebelah kilang, tok sah harap aku nak bagi cuti panjang2. KERJA! lagi satu golongan yang aku tak bagi cuti panjang2 ialah golongan miskin cuti tahunan. cuti tahunan dah abis, tapi ada hati nak cuti panjang2. no way! cuti sehari dua dah la. kang kena potong gaji banyak, membebel pulak. dah la semua ambik advance raya, nanti korang nak makan apa!

Monday, September 14, 2009

Memashurkan Nama Anak Ketiga

hari ini seperti dijanjikan aku bawa anak pergi check anak kuning sekali lagi. dan Alhamdulillah, dah bebas kuning anak aku. trima kasih atas doa, nasihat, bimbingan dan petua dari semua sahabat alam nyata dan alam ghaib (alam maya). untuk melihat anak sihat, aku dah buat macam2 hari tu. dari cari susu kambing, mandi ubat cina, titiskan susu ibu kedalam mata anak, bagi susu ibu kepada anak tanpa minum susu formula hinggalah bagi anak sedikit perahan air anggur hitam. dan kerana usaha dan kerana kekuasan Allah, dah sembuh kuningnya anak aku.

namun, yang dapat aku simpulkan adalah susu ibu is the best. so far semua anak2 aku menyusu bada sampai umur 2 tahun, so takdelah isu besar. cuma nam menyusu badan ni ditempat awam yang payah, malaysia belum friendly lagi. kalau ibu2 menyusu ditempat awam, mata2 mula memandang. ibu2 inilah yang malu. tapi masa kami ke singapore dulu, breast feeding dikhalayak ramai biasa je. mereka tak segan silu lakukan di depan umum. aku yang kat situ pula malu (wooi... nak tengok bini orang punya breast buat ape!).

ujian makmal dan jumpa doktor just 45 minutes. then aku ke jabatan pendaftaran negara cawangan port klang. nak buat surat beranak baby ke 3 tu. malam tadi, dah sepakat setuju nama tersebut. sebenarnya aku ada banyak cadangan nama, tapi wife siap tanya, ini nama makwe lama ke? aku cakap "tak!". wife tanya lagi "Betul tak?". senang2 yang wife cadang tu aku setujulah. kang selidik banyak2, banyak pulak rahsia yang terbongkar. orang baru lepas bersalin ni tak leh bagi stress, naik angin meroyan dia nanti.

kat jpn tu, perkhidmatan sangat efisien. dari masuk daftar, tunjukkan bukti hingga keluar surat beranak, masa yang diambil tak sampai 35 minit. cepat! tapi sebelum pergi tu aku dah awal2 siapkan semua dokumen original dan copy yang dikehendaki.

nama anak? Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan ini aku ingin memashurkan nama anak ketiga aku telah ditetapkan dan telah didaftarkan sebagai NUR AMIRAH ZULAIKHA BINTI IZMAN

NUR AMIRAH ZULAIKHA
NNaif
UUntung
RRamah
AAmanah
MMesra
IIkhlas
RRealistik
AAlim
HHarum
ZZingy
UUlung
LLemah-lembut
AAbadi
IIdealistik
KKomited
HHarum
AAsli
Apa ada pada nama?


Saturday, September 12, 2009

Susu Kambing Ubati Sakit Kuning

hari ni, lepas sahur dan solat subuh aku melabuhkan semula diri beradu. sabtu dan ahad tak kerja, so buat taik mata la. sebelum tu, aku dah siap basuh semua pinggan mangkuk dan basuh pakaian. basuh pakaian bukan aku tunggupun, just masukkan pakaian dalam washing machine, on kan suis dan paip air, dan sambung titon la.

tiba2, wife kejutkan aku sebab nurse datang nak melawat baby. bagus betul misi jaman sekarang, hari2 datang melawat baby. tanya pasal kesihatan ibu dan anak. so, dengan malas tapi terpaksa cepat kerana misi dah jenuh menunggu depan pagar rumah. aku cepat2 basuh muka. pakai baju. nak salin kain ke tak nak? tak payahlah. bukan aku nak ngorat misi, sebab misipun tau aku dah kawin. camaner misi tau aku dah kawin? ala mengongnya..... dah dia datang nak check anak aku, secara automatiknya aku dah kawin la. tapi misi tu cuma tak tau aku ada berapa bini je? err... masih satu wife la.

aku malas nak campur urusan misi dan wife/anak aku. tapi dari dalam bilik aku dengar misi cakap "anak akak ni kuning la. akak mandikan dengan herba cina ke?"

wife aku iyekan. misi nasihatkan wife aku jangan mandikan dengan herba cina tu takut doktor tersalah anggap sakit kuning dah serius dan kena masukkan ke wad. masuk wad pasal kuning aku tak sanggup. so far 2 anak yg lepas tak kena wad, even ada kuning sikit. kesian betul tengok duduk bawah lampu biru tu. anak adik aku dulu kena, aku tengok pun kesian.

sepanjang minggu ni aku kerja half day petang je. itupun sebab tak leh nak elak sebab meeting dan urusan sign gaji untuk persiapan hari raya. itupun banyak ngelat, aku dah cakap dengan pengurusan, so banyak kelonggaran la.

isnin depan aku cuti lagi, nak bawa anak pergi test darah untuk sakit kuning tu. memang kuning sikit, tapi dah menurun lepas bagi minum susu kambing. melilau jugak aku cari susu kambing ni sekitar port klang. malam2 pulak tu. aku cari kat farmasi, kedai mamak, kedai tamil, pasaraya. jenuh aku berkereta. tapi dah rejeki, aku akhirnya jumpa jugak susu kambing tu. aku yang beria2 cari seluruh port klang, tapi tempat jual susu kambing tu cuma kurang 200 meter dari rumah aku. itupun aku tergerak hati nak tanya selepas kehampaan pergi ke lebih 30 buah tempat.

dah dapat aku masak sikit biar mengelegak, sejukkan, letak dalam picagari dan suapkan pada anak aku. Alhamdulillah, selepas minum sekali pada malamnya, keesokkannya ujian darah dah menurun. cuma perlu pergi sekali lagi hari senin untuk pastikan ia benar2 bebas sakit kuning. kena patuh la sebab tak mau apa2 sakit pada baby. ibubapa mana tega melihat anak2 mereka sakit. lainlah kalau ibubapa tu sendiri yang sakit.

Friday, September 11, 2009

Best Moments Of Ramadhan Contest By Jardness.com

hari ni hari paling longlai aku puasa, pasal apa? nanti sat, kebetulan ada kenangan shahdu bulan ramadhan ni, aku teringat anak dara keturunan bajau yang dikenali sebagai jard the great (http://ignorantbrat.blogspot.com)ada menganjurkan pertandingan BEST MOMENTS OF RAMADHAN CONTEST yang berakhir hari ni (11/9/09). so, datuk tiri aku cakap kalau masuk last2 minutes ada peluang memang besar.

kesah dia begini......

aku baru dapat anak ketiga 7/9/09 lepas. biasalah dapat baby baru, kenalah tahan ragam anak kecik yang kerap berjaga malam. anak aku menyusu badan, tapi tak bermakna aku tak membantu. bukan turut menyusukan baby ye adik2, sebab aku belum ada susu. lepas menyusu biasanya baby galak bermain, aku biarkan wife aku lena, sementara aku meriba baby. nyantuk tok sah cerita tapi demi tanggungjawab dan kesian pada wife.

pada hari kelmarin(10/9/09), dalam jam 3am, aku tersedar baby memangis, aku jenguk tengok wife aku lena, letih barangkali. aku kejutkan wife utk susukan baby, dan lepas tu aku tolong jaga. aku biarkan wife lena, tapi dalam jam 4am, wife dah jaga kembali sebab baby nak menyusu lagi. kuat menyusu betul anak aku ni.

since anak menyusu, tak kan aku nak tumpang semangkuk kot! akukan masih berpuasa dan akan sambung puasa lagi 100 hari, so aku buatlah kerja2 aku. aku pi dapur basuh pinggan mangkuk, periuk belanga dan sebagainya. aku basuh kain. aku lipat kain. nak masak awal lagi, so.. aku rasa nak rehat jab sebelum mula memasak nasi dan lauk.

aku lelapkan mata atas kerusi. zzzzzZZZZZZZZZZZZZ!

ZZZZZZZZZ!

tiba2, "Abang, bangun! Abang dah Sahur ke?" Tanya wife.

dah pukul brapa? Aku tanya. "pukul 515am" jawab isteri.

kelam kelibut aku ke dapur. cari periuk rice cooker. jumpa tapi aku belum basuh, tapi aku rendam sebab nak lembutkan kerak dia. aku cepat2 basuh periuk. tanak nasik. air liur masih di mulut aku tak peduli. aku kena sahur. kalau tak sahur aku akan jadi jellyfish tak kena air. mesti flat screen punya. dan mood aku tentu semacam punya, kalah rimau kumbang.

aku cari ayam dalam peti. jumpa. tapi keras sebab letak peti beku. nak defrostkan lambat. argh... nak masuk dalam microvawe ke tak? tak payah..... dah lambat. aku bancuh air teh yang wajib bagi setiap kali sahur sejak berbelas tahun dulu. masukkan serbuk teh, gula dan kacau..... kling, klang, klung! lahanat, mana penapis teh ni. tak jumpa. nak minta ngan wife, wife tengah susukan anak lagi sekali. arghh... minum dengan habuk teh je lahhh! kat pek serbuk teh tu tertulis halal, so telan ngan serbuk2 pun aku yakin halal.

aku pegi tanya wife, agak2 nasi masak berapa minit. wife cakap dalam 30 minit. arghh... tak sempat makan ni. aku cari mee maggi. ada. dalam peti ada telur. bagus. makan megi telur dulu. aku masak dengan api yang tahap maksima. dah tak perlu dua minit untuk masak, 40 saat je kot. ha..3x (Amaran : Stunt memasak ini dilakuakan oleh seorang stuntmn profesional. anda dilarang meniru adegan ini dirumah. kalau tiru jugak dan jadi ape2, korang tanggunglah sendiri).

sementara megi sejuk sikit nak makan, aku cari chopstik. then aku takut megi tidak mampu mengengangkan aku, aku bedal dulu roti dengan mayonis. roti sekali bubuh mayonis, sekali aku cicah air teh. sesekali memegang mee megi dah sejuk ke belum.

ok, dah sejuk sikit. jom kita makan 'main cource'. aku rasa aku makan gelojoh gile, kalah orang afrika baru jumpa roti pertubuhan bangsa-bangsa bersatu campak dari helikopter. aku tidak peduli, aku lapar.

sedang doq makan, wife jenguk dapur. bising sangat barangkali. itulah natijahnya orang jantan kena masuk dapur. ada je bunyi dentam dentum benda jatuh dan sebagainya.

isteri : abang tak makan nasi ke?
suami : tak. nasik belum masak.
isteri : kenapa tadi tak masak?
suami : tak terfikirpun tadi. ingat nak masak jam 430am.
isteri : makan slow-slow la ada masa lagi. imsak belum lagi, pastu sebelum subuh boleh makan lagi.
suami : tak pe. makan megi dan roti dah cukup. nasi baru mengelegak tu. lambat betul, elektrik rumah kita slow kot. ni mesti sebab abang belum bayar bill, tu elektrik dia bagi sikit je power dia.
isteri : mana ada, abang yang masak lambat
suami : tak pelah. dapat sahurpun dah syukur.
isteri : (menghampiri belakang suami dan memeluk) ayang mintak maaf ye sebab tak dapat sediakan sahur abang. kesian abang makan megi (air mata isteri mula bertitik)
suami : dah la buat drama tamil sini. abang nak makan ni. main2 peluk ni, kang belum puasa dan batal. dah la abang lepas ni kena puasa lagi 100 hari, dia main peluk2 pulak.
isteri : ye lah. halau isteri la tu.
suami : kalau ayang rajin, ambik henpon abang, ambik gambar sahur abang makan megi buat kenangan.
isteri : ye lah... isteri dalam pantang pun nak kena suruh jugak.
suami : aik... melawan. tak masuk syurga nanti tau.
isteri : memegang henpon dan klik!

dan inilah hasilnya. gambar untuk peraduan jardness.com

Wednesday, September 9, 2009

Ikrar Keselamatan Jalan Raya (www.090909.org.my)

hari ini adalah hari yang tarikhnya cukup cantik, sembilan september 2009 atau diringkaskan 09.09.09. kalau diikutkan hari mau jugak aku mintak wife bersalin tarikh ni, tapi apakan daya Allah yang menentukan segalanya.

aku yakin diseluruh dunia, ramai akan ambil kesempatan tarikh yang cukup2 special ini untuk bertunang, berkahwin, dan sebagainya. pada aku tak salah. tapi janganlah mengagungkan sangat hari tu, ia sebenarnya sama seperti hari2 lain, cuma nombornya tersusun cantik. ramai orang percaya tarikh memainkan peranan dalam perhubungan, may be! tapi pada aku... biasa2 je. aku tak pilih tarikh masa nak bertunang dan kahwin dulu (tak sempat2 barangkali). adik aku beria2 pilih tarikh hari kekasih untuk bertunang,tapi putus lepas beberapa bulan. kawan aku sorang tu kahwin tarikh yang cukup special macam tarikh hari ni, tapi sayang hubungan mereka tidak kekal, bercerai. so, jangan percaya sangat2 nombor2 tarikh ni keramat ke apa.

Allah jadikan semua hari istimewa. setiap hari pasti ada yang bergumbira dengan majlis perkahwinan, dapat boifren/girlfriend, anak baru, bini baru, rumah baru dan sebagainya. tapi pada hari itu juga pasti ada orang yang meratapi kehilangan ahli keluarga, ditimpa kecelakaan dan sebagainya.

walaubagaimanapun, kita mesti percaya bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, jika mereka tidak mengubahnya sendiri. dalam konsep keselamatan jalan raya, kita perlu memastikan kenderaan kita dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan. minyak itam yg dah 8 bulan tak tukar tu, pi la tukar. tayar korek jangan la doq guna even murah gile, tak selamat. dalam perjalanan tu biar jauh atau dekat, pastikan pakai tali pinggan keledar atau pakai topi keledar (motor). bawa ikut had yang dibenarkan. jangan gopoh nak jumpa keluarga sampai racing di jalan raya, kang tak pasai2 hangpa memang sampai ke kampung, tapi dalam bentuk jenazah.

masa layan tivi doq tengok dang suria zainudin tadi, diorang cerita bab ikrar keselamatan jalan raya pada hari ini sempena hari keselamatan jalan raya. macam2 video klip artis berikrar dan ucap supaya selamat dalam perjalanan, so akupun terpanggil nak berikrar sama. bukan nak gila publisiti dik oooi... tapi nak ingatkan diri bahawa kita ada tanggungjawab pada diri dan keluarga untuk sayangi nyawa. sape yang nak berikrar sama, korang pegilah portal ni http://www.090909.org.my


aku dah siap ikrar dah. ini ikrar aku tadi :

Tuesday, September 8, 2009

Kelahiran Anak Ke 3

Syukur Alhamdulillah, dengan taufiq dan khendakNya, wife aku selamat bersalin pada 07/09/09. anak perempuan. isteri dan anak tersebut dalam keadaan sihat. ini gambarnya pada hari pertama kelahiran.



aku saje tak nak war2kan, sebab paginya sebelum ke hospital, aku dah publish entry nuzul Quran. so, dalam masa tak sampai 12 jam selepas dilahirkan anak aku dah dibenarkan keluar.

nama? belum ada, sebab masa scan doktor kata boy sebab nampak bird, tapi keluar tak de bird. nama tak stand by. bagaimanapun beberapa nama dah dicadangkan oleh aku dan isteri cuma tengok mana berkenan je. ada 14 hari sebelum register nama, so tak kalut.

buat masa sekarang kami tidak menerima tetamu melawat disebabkan bulan puasa, dan keadaan wife dan anak yang masih lemah. takut jangkitan H1N1 pun antara sebabnya jugak. nak datang malampun menyusahkan aku jugak sebab aku kena pergi terawih, semalam dah ponteng. kalau lewat2 sangat, aku nak tengok tamil movie pulak, mengacau konsentrasi aku. so, korang tunggulah datang raya dengan duit raya untuk 3 orang anak aku, dan hamper untuk ibubapa yang menghasilkan anak2 itu (itupun kalau kami tak awal2 balik kampung beraya dan berpantang). sape nak ucap TAHNIAH ke apa? sms je aku di talian 012.2713260. aku sangat menghargainya. aku dalam cuti paternity dua hari yg diberi syarikat. cukuplah dua hari tu, kalau nak lebih kena apply cuti tahunan la...

sebab entry masih pendek, aku cerita sikit beberapa cerita sepanjang hari semalam berkaitan kelahiran anak ke3 aku tu :

1) cerita satu
aku sedang membasuh uri dibilik mandi, tiba2 anak aku luqman terjengul dipintu dan menegur:

luqman : ayah! kenapa ayah basuh daging dalam bilik air?
ayah : ini bukan daging. ini uri ummi bersalin. baby dulu duduk dalam ni lah (sambil menunjukkan uri itu kepada luqman)
luqman : o... abis, ayah basuh, ayah nak masak ke daging tu?
ayah : ada banyak darah, kena basuh. esok ayah nak tanam.
luqman : nak tanam kenapa ayah basuh?
ayah : kena basuh, buang darah. nanti baby tak sakit2.
luqman : ye ke?
ayah : ye. dah begi main dengan baby. ayah banyak kerja.
luqman : ok.

2) cerita dua
kepenatan membasuh uri, mengurus keperluan anak2 yang sebelum ini diuruskan oleh wife, aku kecapekan dan terlentang di depan tivi tanpa baju. anak aku, pika yang sedang bermain doktor2 bersama steteskop (ejaan mmg salah, pedulikan)yang sering digunakan untuk kesan denyutan pesakit bersuara :

pika : ayah sakitke?
ayah ; tak, ayah penat.
pika : pika, check perut ayah ye?
ayah : ye lah. pika nak jadi doktor ke?
pika : ye la... (sambil memeriksa perut aku)
ayah : perut ayah kembung. ada cacingke?
pika : bukan cacing la. ada ular.
ayah : ada ular dalam perut ayah? mari sini doktor pika, ayah geletek perut dia pulak(sambil mengejar anak perempuan pertama kesayangan aku itu)
pika : ayah! ayah (berlari ke dapur).


IZZI ADVERTIZING

Monday, September 7, 2009

Nuzul Al-Quran

Pada 07/09/2009, umum tau adalah hari cuti umum bagi negeri2 seperti selangor, kelantan, pahang, perlis, pulau pinang, perak dan terengganu. tapi berapa ramai tau atau masih ingat bahawa ia diishtiharkan cuti umum oleh negeri2 terbabit sebagai menghormati peristiwa Nuzul Al-Quran.

Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W., kita sebenarnya amat bertuah kerana dikurniakan dengan Al-Quran sebagai panduan hidup kita. Malah telah ditentukan bahawa jika kita mengikut segala ajaran Al-Quran, kita tak akan tersesat selama-lamanya.

secara peribadi akupun bukanlah reti mana bab2 Al-Quran ni, tapi sebagai budak kampung aku dah terdedah dari kecik kena mengaji Al-Quran. Aku belajar mengaji muqaddam (Quran kecil) dengan Tok Lebai Hussin. lepas tu bila aku berpindah ke batu balai, aku mengaji Quran (Quran besar) dengan Che Aji (emak ustaz ahmad dasuki)pada sebelah petang dan mengaji dengan tok mat (datuk aku la tu...) pada sebelah malam.

aku masih ingat ketika aku masih tinggal di kg damak, seawal jam 6.30 petang kami dah berjalan kaki beramai2 ke rumah tok guru. kami solat maghrib berjemaah dengan tuan guru lebai Hussin. dan kemudian mengaji. kami balik juga beramai2, masing2 menunggu kawan2 lain abis mengaji untuk pulang bersama. kalau papa aku tidak sibuk dikedai, papa menjemput aku dengan motor. kalau tidak, kena jalan kakilah. lagi sadis, dalam kegelapan malam, kami terpaksa melalui rumah cina yang ada bela anjing yang garang beberapa ekor. bila ramai, kami jadi beranilah. bila anjing menyalak dan mula menghampiri kami, kami ramai2 pakat baling batu atau kayu untuk menakutkan anjing2 itu. tapi kalau kami dalam 2-3 tiga orang, kami tiada keberanian. dengan seluar pendek yang memang tersedia pakai didalam kain sarung, kami selak kain dan berlari sekuat2 hati. biarpun takut, kami tak pernah serik.

Sukur Alhamdulillah, ramai kawan2 sepermainan aku dulu dah jadi ustaz atau ustazah sekarang. rata2 melanjutkan pelajaran ke mesir. yang paling dekat dengan rumah aku dan sekelas dengan aku dulu termasuklah ustaz ahmad dasuki, dan ustaz wan mohd rozaidi. seronok benar bila tiba hari raya, mereka2 inilah yang sesekali membacakan khutbah solat sunat aidilfitri atau aidil adha. kefasihan mereka membaca surah-surah Al Quran dan sejarah2 Nabi-nabi terutama oleh ustaz ahmad dasuki sering menewaskan air mata aku. terasa kerdil betul diri ini kalau nak dibandingkan dengan umat2 terdahulu. umat terdahulu sanggup berperang untuk menegakkan syiar Islam dan membenarkan kalimah Al-Quran, tapi kita sekarang??? orang nak pakai nama Allah untuk tuhan kafir, kita tak kisah. orang kartunkan nabi Muhammad S.A.W., kita boikot suam-suam kuku je. orang bakar Al-Quran, dan kita doq buat tak tau je.

Aku tak nak tulis banyak, nanti aku dikatakan cuba menyebarkan agama tanpa tauliah pulak. tak pasal2 masuk jel. Masa aku kecil2 dulu, aku yakin semua tok-tok guru aku tu sorang pun takde tauliah mengajar, tapi Alhamdulillah dengan berkat ajaran mereka ramai yang berjaya, malah ada yang mengajar orang lain pula. aku sangat2 menghormati mereka sebab mereka dulu mengajar Al-Quran tanpa mengenakan sebarang bayaran. untuk menampung hidup, mereka berkebun dan berniaga. paling seronok bagi tok-tok guru Quran di kampung aku ialah pada masa anak murid mereka habis mengaji muqaddam, dan khatam Quran. biasanya ibubapa akan sediakan sedikit nasi pulut bersama gulai ayam untuk santapan tok2 guru dan rakan2 mengaji yang lain. Seronok betul perasaan itu.

dah terlanjur aku cerita mengenai Al-Quran, ini ada sedikit fakta mengenai Al-Quran yang aku ceduk dari blog seorang sahabat (http://deiemanherbs.blogspot.com)
untuk renungan bersama :-

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.

Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)

Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.

Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran ?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).

Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.

Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.

Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.

Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.

Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.

Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.

Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.

Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.

Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.

Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.

Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.

Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.

Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.

Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.

Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.

Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.

Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)

Sunday, September 6, 2009

Don't Judge The Books By Its Cover

bulan september ni aku rasa duit benar2 mengalir macam air paip. kena bayar pelbagai jenis keperluan rumah, kena buat persiapan akhir utk sambut baby baru, kena servis kereta, kena beli juadah kuih raya, beli baju raya seisi keluarga. tup2 wife ingatkan aku kena renew keahlian cosway dan passport antarabangsa.

keahlian cosway takat rm30 tu kacang butir je. tapi renew passport kena rm300 tu! rasa kering je air liur. sebenarnya, reminder renew pasport dah dapat lama dah, tapi aku abaikan. ni dah peringkat telur dihujung tanduk, terpaksa kena buat kot. sesekali pikir macam malas renew sebab company aku mana nak anto aku ke luar negara dalam masa terdekat ni. dulu2 oklah sebab melibatkan recruitment di nepal, bangladesh dan india. sekarang kami just pakai outsource company untuk recruitment, senang sikit.

kali terakhir guna passport tahun lepas rasanya, pergi majlis kawin si razman (http://property-nadya.blogspot.com)di singapore, dan lepas tu pegi bercuti ke sentosa island bersama keluarga aku.
kena pikir lagi nak renew ke malas sebelum akhir bulan ni. banyak dah jasa passport tu bak kata iklan petronas yang diulang 234 kali tu "dah lama nak, dan dah jauh pakcik jalan". ingat2 hati tahun depan nak pegi jalan2 ke indonesia pulak. dulu pernah nak gi bali, tapi seminggu sebelum pergi, bali kena bom. so, kami ke thailand.

arghh... nak minta company bagi subsidi passport segan lak. kalau sesiapa kena pegi oversea, company akan bayar 2/3 harga passport.

pendek lagi entry ni, apa kata aku mengata si razman pulak. mengata si razman ni tak pe.

razman ni sebelum jadi best friend aku, dia antara orang yang aku dan geng cukup menyampah masa di kampus uum dulu. kami sama2 ambik course bachelor in human resource management (bhrm). dari first semester sampai 5th semester, setiap kali ada kelas sama, banyak la dia kena kutuk. bukan sebab dia ada kacau kami atau sesiapa, tapi saje aku dan geng menyampah dengan dia.

may be background berbeza sebab majority aku dan geng dari lepasan stpm, dan razman dari matrikulasi. so, dia dah ada pendedahan tentang subjek2 disitu sebab dah belajar asas masa matrix. masa kelas, dia suka masuk 10 minit sebelum kelas melalui pintu depan. aku masih ingat, setiap kali dia masuk kelas dari pintu depan, kami satu geng akan berhenti berborak bab2 lain dan mula mengata. subjek mengata pelbagai la... dari tahap keseriusan dia dalam kelas, suka duduk dibarisan paling hadapan, membawa banyak gile buku dalam beg sandangnya dan juga memegang beberapa buku ditangan, ia termasuk juga suka bertanya dan memberi pendapat dalam kelas. bila ada group presentation; group dia, biasa dia yg present. group aku, akulah. bila aku dan group lain2 present, ade je soalan dan pandangan dia nak bagi. macam bagus je. yang aku lagi marah tu dia selalunya akan buat homework tentang tajuk orang lain nak present dan dia mampu tanya soalan yang buat group lain terkedu nak jawab.

dari situ, kami istiharkan perang dalam diam untuk si razman. mana2 group yg dia masuk kami istihar sebagai musuh. masa tu group aku biasanya orang yg sama. aku, rashid, limbung, roslan, ganthy, samsuhaimi (shahidan), shahrunizam (karamjit), hardy rose (dayak), salehudin, dan beberapa ahli lain. kalau kami present dulu, dan razman ada tanya soalan, siaplah dia! sebelum dia present, kami akan pulun study subject dia nak present dan tanya soalan2 tahap dewa. bila dia jawab, aku akan kata tak tepat, dan kawan2 lain akan sokong dengan pelbagai fakta yg dah diperolehi lebih awal. untuk meyakinkan pensyarah dan lain2, kami siap bawa buku yg kami pinjam diperpustakaan. padan muka, dont' play-play!

namun, suatu masa group aku tiba2 plan nak buat kelab pengurusan sumber manusia (HRM Club). aku dan geng buat kertas kerja penubuhan kelab, mencari ajk penaja, memujuk penyarah menyokong penubuhan kelab tersebut, berbincang dengan pihak sekolah (school of management), berbincang dengan pihak jabatan hal ehwal pelajar termasuk berjumpa dengan tnc hep kolonel dato fauzy basri (kini allahyarham). namun, permohonan kami ada halangan kerana selepas permohonan kami itu ada juga permohonan penubuhan persatuan pengurusan sumber manusia dari group lain yang didominasi oleh group bukan melayu. pihak hep minta kami berkompromi. dalam kompromi, group masing2 tak mahu mengalah sebab nak group masing2 jadi presiden pertama. since, group aku lebih dominan kerana kami terdiri dari melayu, dayak, dan india, kami yang punyai suara lebih besar. masa itu, aku dan shahsuhaimi bersungguh2 berusaha meyakinkan group satu lagi agar menubuhkan kelab dulu dan menyerahkan hal perlantikan ajk termasuk presiden kepada ahli persatuan. mereka setuju. dan aku merombak ajk penaja dan memasukkan juga perwakilan puak satu lagi sebagai penaja bersama.

Alhamdulillah, selepas beberapa kali sesi interview yang aku, shamsuhaimi dan shahrunnizam wakili, kami berjaya mengasaskan kelab pengurusan sumber manusia secara rasmi. malah kami diberi satu bilik kelab yang besar oleh pihak sekolah pengurusan.

apa kena mengena dengan razman? woi... baca diam2 tak boleh ke? itu baru into la (dah 30 minit masih into ke?. ala korang kena fahamlah, aku ikut stail tamil movie, dah 30 minit baru ada pengenalan watak).

dalam kompromi itu, peluang untuk jadi presiden group aku hanyalah aku dan sham. dalam group satu lagi ada 2-3 orang. masing2 nak menguasai kelab. since aku nak menang dan tak nak bagi group satu lagi menang, aku buat suatu pakatan. aku cadangkan nama razman yang aku lihat lebih cool, lebih ke depan (sebab dia suka duduk depan), ada leadership, boleh bercakap (tidak bisu)dan mesra dengan group2 lain. dengan memilih razman, group aku akan dapat sokongan lebih kuat sebab group aku dilabel group bekas pelajar stpm dan diploma.

strategi kami menjadi. razman dipilih sebagai presiden, dan aku sebagai naib presiden. lain2 group aku menjadi ajk induk. kami mendominasi kelab. dari situ, kami bertungkus lumus bersama dan menaikan nama kelab. macam2 aktiviti kami buat, dari kumpul duit beli surat khabar di bilik kelab, lawatan osha di penang, sekolah angkat di yan (kedah), kumpul bahan bacaan di bilik kelab melalui sumbangan pensyarah dan ahli serta banyak lagi. syukurlah kami pilih presiden yang betul. dibawah kelolaan razman, aktiviti berjalan dengan rancak apatah lagi dia memang aktif bersatuan dan komited. aku syukur kami control persatuan sebab group satu lagi langsung tidak peduli apa xtvt dan enggan menyertai apa2 xtvt kami buat. kalau bagi depa, entahlah apa jadi. apa dah jadi dengan kelab ini sekarang agaknya???

dengan berpersatuan inilah aku kenal makwe kedah tu. kami sama2 joint sekolah angkat. nak tau? korang carilah entri terdahulu mengenai pasangan lebih tua.

persahabatan aku dengan razman semakin lama semakin erat. dari situ tanggapan aku dan group kepada razman dah berubah. dia baik, tapi bab bawa buku banyak tu still aku kutuk. yang bagus, kami bersaing dalam kelas. persahabatan itu berterusan hingga kami grad, bekerja dan berkahwin, beranak pinak, dan sampai kini. kami saling berkongsi rahsia hidup, dan masing2 tau batas masing2.

sekianlah dulu kisah tauladan untuk kali ini. kesimpulannya jangan kita menilai seseorang itu sebelum mengenali hati budinya.

Saturday, September 5, 2009

Warkah Untuk Isteri Tersayang Sempena Ulangtahun Perkahwinan


Sayang,
Hari ini (05/09/2009), genaplah 6 tahun usia ikatan pernikahan kita. Syukurlah! walaupun nilaian tempoh itu sebenarnya adalah masih terlalu baru, tapi abang bangga bahawa kita telah berusaha mempertahankan ikatan suci itu selama 6 tahun. Alhamdulillah, dalam tempoh itu kita telah dikurniakan dengan 2 orang cahayamata yang comel; luqman hakim (5 tahun)dan norsyafiqah izzati (3 tahun). dan Insyallah dalam masa terdekat ini, seorang lagi cahayamata akan lahir. itulah tanda kasih ikatan suci kita selama ini.

Sayang,
Abang bersyukur dikurnaian seorang isteri yang sangat2 memahami abang. maklumlah, abang dulu agak nakal dan banyak kisah lampau. tapi abang masih mempertahankan janji abang dulu bahawa abang tidak akan curang. sejak terlafaznya janji perkahwinan kita dulu, bermakna 6 tahun jugaklah abang masih setia dan tidak pernah sekalipun curang dalam perhubungan kita. tapi, takat jeling2 perempuan cantik dan seksi tu adalah, abang tak nafikan. ayangkan tau abang ni kan lelaki normal, ada nafsu pada perempuan cantik dan seksi. tapi abang juga nak ayang sedar bahawa tempat abang adalah dirumah kita, bersama ayang.


Ayang,
Dalam tempoh perkenalan kita sebelum kahwin dulu adalah terlalu singkat. apa taknya, dari saat abang mula memandang ayang masa di masjid selepas akad nikah abang cik dulu, tak sampai seminggu kemudiannya, kita dah ditunangkan. gelihati juga dengan kegelojohan itu. bukan abang yg gelojoh nak beristeri, tapi ketidak sabaran makdik, ma poksik dan mek cik limah yang terus melamar tanpa sempat abang berfikirpun. malah papa dan ma abang juga terpempan dengan kecepatan mereka itu. abang tak salahkan mereka sebab mereka mak saudara yang baik, mereka tau apa yang terbaik untuk abang. malah mereka cepat bertindak melamar ayang sebab mereka rasa bertanggungjawab mencari jodoh yang baik buat abang. mereka mengambil tanggungjawab sebagai emak abang sebab mami abang dah lama meninggal dunia. alah... sebab lain ialah mereka dah bosan tengok dan dengar abang berpeleseran sebenarnya tu.

Ayang,
Di awal perkahwinan kita, abang percaya ayang banyak memendam rasa. bukan senang nak jaga abang sebenarnya. kalau tak, tak kan dah bayak pilihan kena reject. mujurlah sikap ayang yang pendiam, tidak melawan, mendengar kata merendahkan ego abang dan makin membibitkan kasih tak berbelah bahagi kepada ayang. kepandaian ayang memasak sebenarnya banyak membantu abang lekat dirumah, dan membuatkan perut abang semakin bulat.

Ayang,
Kasih abang masih utuh seutuh hari pertama pernikahan kita dulu. tidak luntur sedikitpun. malah kasih ini bertambah setiap hari. abang sedar, kadang2 ayang rasakan abang lebih sayangkan anak2. sayangnya abang pada anak2 bermakna bertambah kasihlah abang kepada ayang kerana mereka adalah hasil cantuman cinta kita.

Sayang,
Abang berdoa agar perhubungan kita ini makin intim, dan berterusan hingga akhir hayat kita. tiada hadiah lebih lebih bernilai dalam perhubungan ini kecuali kita saling mencintai, saling memahami, saling bertoleransi dan saling mempercayai.

Yang ikhlas mencintaimu,

Abang.

Friday, September 4, 2009

Resepi Tauhu Telur Masak Tah Apa-apa Rasa

hari ni aku dah pandai buat masakan tauhu telur. aku suka makan tauhu telur ni. kalau sebelum bulan pose, setiap kali ada management meeting aku akan suruh pengusaha kantin kilang masakan tauhu telur ni. menu2 lain tu atas selera akulah sebab aku yang decide nak makan ape. ha.3x....

minggu lepas aku cuba masak tauhu telur ni tanpa belajar mana2 resepi. cuma buat apa yang aku ingat je. aku beli tauhu telur tu 3 bungkus. since wife memang mengaku awal2 tak reti dan tak pernah buat, aku offer diri buat. bahan2 aku cipta sendiri. yang penting ada tauhu telur, bawang putih, udang kering, sos tiram, air dan tepung ubi.

wife tengok je masa aku buat, aku potong tauhu telur, goreng kekuningan dan toskan. aku tumis bawang putih dan udang kering yang dah ditumbuk halus. dah kekuningan aku, campurkan dengan sos tiram. then aku masukkan air bancuhan tepung ubi. errg!!! berketul2 jadinya. ini mesti sebab tepung ubi terlalu banyak. aku bakulsampahkan hasil masakan aku itu.

aku tak putus asa. nak mencarut tak boleh sebab berdosa dan takut batal puasa. lagipun tak baik baby dalam kandungan dengar kata2 yang tidak baik. walaupun hati panas sepanas dapur yang masih menyala, aku masih senyum dan ulang semula proses. nasib baik tauhu telur yg digoreng tu belum dicampur lagi. so, aku buat ramuan sekali lagi, dan kali ini aku cairkan kuahnya dengan mencampurkan tepung ubi agak kurang. errghhh.... berketul jugak sikit2. tapi bolehlah.! aku biarkan hingga mengelegak. dan aku tuangkan atas gorengan tauhu telur. tara..... dah siap untuk dimakan. tapi kena tunggu dulu sebab masa tu ada 10 minit untuk berbuka.

masa berbuka je, aku terus gomol tauhu telur. errgh! pelik je rasanya. takpe aku bedal kuih2 dulu. then aku makan nasik dengan tomyam campur, ikan kering, ayam goreng dan tauhu telur masak entah apa rasa. memang pelik semacamlah rasa tauhu telur, jangankan aku, anak2 aku yang aku suruh rasapun cakap "macam tak sedap je".

sebab aku yang cipta resepi tu, dan sebelum ni aku pandai sangat komen masakan orang lain, aku terus makan nasi dan baham tauhu telur tah apa2 rasa tu. tauhu tu memang dah rasa tauhu, tapi kuah dia belum lengkap rasanya. abis makan, aku rasa dunia berpusing lain macam je. kepala berpinar. aku gagahkan diri solat maghrib. then, aku tersandar dikusyen kepeningan. dah ok sikit pening, aku cepat ke masjid utk solat tarawih. tapi aku akan cuba lagi resepi tauhu telur tu.

alhamdulillah, malam ni impian tu dah terlaksana. aku dah dapat resepi yang biasa aku makan tu. cara dia, aku just panggil caterers mengadap dan mintak resepi. kafeteria tu dibawah kuasa dan taklukan aku, tak bagi kalu, aku tak nak sign payment bulanan sebab pekerja makan guna coupon subsidy. ha.ha.ha..... apa korang ingat aku kejam sangat ke? aku tak delah ugut, cuma aku mintaklah elok2 resepinya. aku bukan nak meniagapun, just nak makan dirumah. kalau caterer tu ada nak dara sunti yang comel buleh jugak aku buat bini... err... maksud aku sebagai pembantu rumah. tapi anak dia jantan, satu umur dengan anak jantan aku di tadika.

apsal gelak aku masak? lelakipun kena tau masak ye. macam aku ni, jangan pandang hina, aku reti masak la. takat megi goreng 3 rasa, telur goreng masak ala mexico, masa nasi guna rice cooker, dan seangkatan dengannya tu, aku biasalah. lagipun aku dalam dalam dunia berpengakap. aku biasa jadi quatermaster masakan (sebab semua ahli kumpulan jantan). cakap betul2 kenapa aku mula masuk dapur memasak? err.... ala korang tau la wife aku dah tunggu masa nak melahirkan baby ke3 kami. so, siapa lagi nak masak untuk aku dan keluarga. takkan aku nak suruh luqman atau anak pompuan kesayangan aku si pika yang baru berumur 3 tahun tu masak. aku la kena masak. kalau dulu makan tengahari bolehlak aku balik rumah jab dan tapau makanan untuk wife, kini kena fikir ada 2 anak yang dah mula cerewet makan. kalau setiap kali beli kat kedai, mau muntah hijau kami. kena asah balik skill memasak aku tu. waa..... siapa buleh tolong jadi pembantu rumah aku secara percuma ni...... (er... calon mestilah wanita, umur 20 ke 25 tahun, cantik rupa paras, belum pernah berkahwin, boleh ajar anak2 aku mengaji, pandai memasak, bertudung, kulit cerah, tinggi dan langsing. sanggup bermadu)

izzi note :
ayang jangan marah pulak pasal ayat2 terakhir tu. abang gurau2 je. tapi kalau dah jodoh, apa nak buatkan! yang, nak pegi mana tu. tak kan nak biarkan abang tidur kat luar dan puasa awal sebelum puasa 100 hari nanti. yangg......!

Hatimu Masih Serapuh Dulu

cerita hari ni mungkin agak jiwang dan menghibakan. tapi aku cerita je lah.....

masa aku ke shah alam tempoh hari, nak tak nak aku sebenarnya saje menempah peluang terjumpa dengan bekas kekasih lama aku yg kami break off seminggu sebelum aku menikah (seminggu ke 2 hari, akupun lupa). apa nak buat bukan jodoh kami, lama aku asuh dia tapi takdir penentu segala.

aku masih ingat masa pegi shopping dengan keluarga aku tu, anak aku si pika tiba2 sakit perut. anak perempuan, asyik2 nak dengan ayah je. so aku bawa pika ke tandas, sementara wife dan luqman menunggu di depan sebuah kedai. siap urusan pika, aku call wife tanya lokasi, dan aku bergegas ke situ. sekonyang2, dalam jalan yang lurus, lengang, aku terpandang seraut wajah yang pernah aku sayang. engkaukah itu??

masa seakan terhenti, dengan anak dipimpinan, aku teruskan langkah walaupun masa seakan terhenti, kaki terasa berat. sebagai bekas pelakon terbaik peringkat sekolah masa aku darjah enam mengalahkan murid2 tahun satu dan dua, aku gagahkan langkah. aku setkan mukaku ke espresi tiada perasaan. untuk menahan debar, aku mengangkat pika ke dukungan. aku terus berjalan bak iklan petronas hari merdeka yang dah 387 kali diulang tayang itu "ingat, berjalan mesti kedepan, bukan ke belakang".

aku lihat sidia juga cuba menahan diri. saje buat natural. eleh.... macam aku tak kenal! walaupun engkau orang yang ke 432 yang aku sayang dulu, raut wajahmu, lengguk jalanmu masih ada didalam memori sebelah kanan otakku dalam sudut fail2 lama yang tercatat "untuk catatan rekod sahaja. fail ini telah lupus tarikh". si dia aku lihat terus berjalan menghala tepat kearahku dalam langkah yang semakin tak teratur, tiada segaris senyum diwajahnya. dilirikan matanya, aku lihat di cuba menjeling ke arah anakku, barangkali hati kecilnya mendesir "alangkah baiknya anak kecil itu anak aku dan abang izz" (perasannya!)

aku teruskan langkah dengan teratur dan sopan, seperti kebiasaannya (cisss!!). titik pertemuan semakin dekat, aku sengaja memandang kedepan dan secara tidak langsung tepat kearah si dia. bukan niat untuk menggatal, sekadar mencari sisa2 kenangan indah dimata bundar itu. dan, bila mata saling memandang, aku lihat sidia mula menunduk, barangkali hatinya tak mampu menahan hiba. dalam mata yang berkaca, air mata mula terlerai dan jatuh melalui lereng hidungnya yang mancung itu. argh... anak kacukan siam ini masih serapuh dulu hatinya.

walaupun aku keraskan hati, tapi hatiku bukanlah sekeras batu. terselit juga perasaan sedih. tapi aku percaya jodoh itu adalah ditentukan di Loh Mahfuz. aku juga percaya Allah telah mencipta suatu rencana lain buat dirinya. aku yakinkan hatiku bahawa air mata yang mengalir itu hanyalah sisa2 kenangan, bukannya cinta. pada aku secara peribadi, cintaku padanya sudah tiada. semuanya sudah terkubur sewaktu terlafaznya ikatan akad nikahku dulu. bukan hanya untuk sidia, untuk yang lainpun. saat untuk mencari cinta sudah berlalu. cinta sejati telah aku temui, dan sekarang adalah saat aku menyemai dan membajai cinta. malah, cinta aku itu makin hari makin bertambah sebagaimana bertambahnya anak2.

Thursday, September 3, 2009

Shopping Raya & Head Hunter

semalam (2/9/09) aku cuti sehari. tiada keuzuran apa2, cuma saje nak shopping sekali harung untuk keluarga aku. awal2 pagi kami dah terjengul kat the store kompleks alam sentral shah alam, the store baru nak bukak. terkenang sekejab saat aku kerja pasaraya dulu2. dulu akulah orangnya yang bekerja bukak pintu depan, tolak troli. aku cerita kat anak2 betapa perit jerihnya aku dulu cari rejeki, tapi anak2 terkebil2 je. tak faham lagi. mereka cuma tau kalau nak sesuatu, ayah akan beli. budak2 sekarang.

Alhamdulillah sebab kami antara pelanggan terawal masuk, pakaian melambak. dari yang longgok hingga new arrival, semua kami belek (wife aku belek, aku pegang anak2 je). untuk raya kali ni kami pilih kiki lala. untuk anak2 la, pakaian orang2 dewasa mana ada kiki lala, ada akai ka tanya soalan camtu?

abis beli pakaian di the store, kami ligan cari baju melayu luqman dan baju kurung pika. area plaza alam sentral amal mahal, dan kat kompleks pkns secara keseluruhannya agak mahal juge berbanding tahun lepas. baju melayu budak umuq 5 tahun berharga antara rm45 hingga rm75. nak tak nak lepas pusing2 dan tawar menawar dapatlah baju kurung untuk pika, dan set baju melayu bererta samping dan kopiah untuk luqman. aku cuma beli butang baju melayu baru je, cukuplah.

kami ke plaza masalam kemudiannya, wife suka beli pakaian disitu, murah katanya. murah amenda kalau sepasang lebuh rm100. bagi aku murah maksud dia bawah harga rm19.90. tahun ni wife dan anak2 sedondon pakaian raya merah. aku je tak. malas nak sedondon, tak nak jadi boria. ha.3x.... merajuk wife, aku tak layan dia mintak sedondong.

balik rumah dah jam 630pm, tu keluar jam 9am tu. syukurlah di malaysia ni semua shopping compleks ada surau, dan surau pun banyak dimana2. balik beli juadah berbuka diluar je. nak masakpun dah lewat dan dah kecapekan.

malam tadi wife dan luqman lelap awal. penat berangkali. hanya aku dan pika berjaya. pika seronok sakan, pika mana penat sebab aku dokong dia. kami layan csi:miami, then numbers. pastu layan pulak eli stone. minat aku pada dunia lawyer ni dah lama, dan ia adalah cita-cita aku masa sekolah dulu (termasuk nak jadi pilot, askar, polis, doktor, arkitek, guru, dan pernah jugak nak jadi perdana menteri).

masa tengok crita eli stone terawang juga pada perbualan telefon siang tadi, ada head hunter call aku masa aku kat plaza masalam. head hunter kat sini bukan bermaksud di pemenggal kepala seperti jaman dulu kat pedalaman sabah dan sarawak, tapi oleh profesional executives search oleh agensi. head hunter ni biasanya diupah oleh international firm atau syarikat2 besar untuk cari pekerja yang specialist dalam sesuatu bidang. mereka tak suka advertise sebab kalau advertise je macam2 candidate ada. dari orang yang paling layak hingga yang tak patut apply pun.

dalam kes aku, aku memang dah lama tak apply kerja lain. kerja sekarangpun aku tak apply, mereka panggil. sebab owner yang sama dengan company dulu, aku terima. akupun tak pernah on searchable resume atau daftar mana2 agensi mencari jodoh, err... maksud aku ajensi pekerjaan. head hunter ni cari berdasarkan recomendation dan reputation seseorang candidate. siapa recomend aku, malas nak tanya. trima kasihlah pada yang berkenaan sebab ingat aku. offer menarik dengan gaji yang lumayan, gelap mata sekejab dengar tawaran gaji jika terpilih. yang bagus head hunter ni tak kan pilih ramai macam interview biasa, jadi chances lebih tinggi. mereka pun dah siap hantar email ttg company profile, job scope, benefits, dan lain2 kepada aku pada hari yang sama.

oh ya... mereka offer di bidang Employee Relation / Industrial Relations (ER/IR). bidang yang agak kacang dhal buat aku, menda command. apatah lagi aku memang berpengalaman sedikit sebanyak dalam hal ni. apa ER/IR? he..3x. lupa lak bukannya ramai orang HR bukak blog aku ni. ER?IR ni secara ringkasnya ialah perhubungan majikan dan pekerja dan antara pekerja. ia meliputi aspek seperti disiplin, exit interview, benefits & welfare, sport & recreation, kesatuan sekerja, liason with govt departments, dan menghadiri kes buruh dan industri, dan lain2. semua tu aku dah lalui, dan dah banyak kali dah masuk court. biasalah, orang lain buang, HR kena defend.

keputusan aku? secara jujur, aku masih sayangkan company sekarang. gaji ciputpun masih boleh survive. aku secara pasti tidak yakin company yang offer tu sanggup bagi apa yang aku dapat sekarang seperti datang ikut suka hati aku, lunch dirumah (bukan bulan pose la...), hantar dan jemput anak ditadika, keluar ke bank atau hantar ahli keluarga ke klinik tanpa sekatan, pendapat aku diambil kira dalam sesuatu keputusan, malah membuat beberapa keputusan penting, belajar selok belok perniagaan, dan lain2 lagi. jika aku setuju dan terpilih juga, aku dah jadi specialist dalam ER/IR sahaja. sekarang aku generalist. aku bermula dengan generalist mas mula kerja, kemudian specialist dalam recruitment dan IR/ER, training, payroll. tak kan aku nak jadi ER/IR semula. may be tidak buat masa sekarang.

Tuesday, September 1, 2009

Pelaburan Emas

ada sahabat bertanya kat email aku kenapa aku sekarang ghairah promote banner jutawan emas? sorang tanya aku jawab, 2 orang tanya, aku jawab. dah banyak, malas betul aku nak jawab satu2, so aku tulis kat sini je. supaya orang yg bertanya lebih faham, dan yang terfikir nak tanya tu, tak payah nak tanya lagi. any how, kalau nak tanya details tu aku persilakanlah... aku tak kodokut ilmu yg orang lain turut share dengan aku.

begini.... aku selalu ke blog Tun Dr Mahathir (www.chedet.net), kat situ ada iklan mengenai dinar emas. aku baca, dan rasa minat. suatu hari tu aku ada banyak masa, aku bukak link2 yang menghubung dengan portal dinar emas tu. aku baca satu persatu. aku baca lagi. bukak, baca lagi.... dan aku terjumpa dengan blog www.jutawanemas.com yang diterajui oleh 3 orang admin, dan salah seorang ialah en. syukor hashim. jangan tak tau, en syukor ni antara orang yang sering memberi ceramah dan bengkel tentang pelaburan emas di seantero malaysia. yang terbaru beliau turut memberikan ceramah mengenai "BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS DI MALAYSIA" semasa ceramah di seminar antarabangsa penjanaan ekonomi melalui transaksi wang dinar (SEDINAR09)di UKM pada 27 Ogos 2009.

aku baca entry2 blog tu tanpa jemu. semuanya tentang pelaburan emas. duit syiling emas, jongkong emas, ketulan emas, pelaburan emas, senang cerita semuanya emaslah. yang tidak termasuk dalam cerita dia cuma pisang emas dan gigi emas je.

aku dah dapatkan ebook en syukor ni, dan kalau korang nak dapatkan, korang klik la banner kat entry ni. dalam 71 muka surat je. bahasa yang cukup santai dan senang untuk difahami oleh orang yang baru nak mula dalam pelaburan emas ni. yang aku suka, en syukor ni terangkan pelbagai kaedah secara terperinci, dan turut juga memberi cadangan peribadi beliau tantang nak melabur cara mana paling efektif.



konsep pelaburan emas ni sebenarnya gampang (senang)aje (kalau korang sebut gampang kat kampung aku, confirm korang kena penampar sebab ia bermaksud 'sial'). yang paling aku suka ialah cara membeli emas fizikal seperti duit emas, atau jongkong emas, dan gadaikan di mana2 kedai pajak gadai (seeloknya pajak gadai Islam). dapat duit hasil gadaian, gunakan duit itu untuk melabur lagi dalam emas. pulangannya amat tinggi. dalam minggu lepas, aku gila baban memerhatikan index turun naik harga emas. dalam seminggu je harga emas melonjar dari rm102.00 segram, hari ni genap seminggu dah berharga rm111.03 segram. seminggu je tu. aku ada cerita dengan wife, cepat2 dia sorok barang kemas dia. takut aku gadai la tu. aku joke je tu, wife akukan seorang yang taat, jangankan emas permata, diri diapun dia serah kat aku. kalau tak serah diri macam mana luqman dan pika nak dapat lagi adik baru kan??? budak2 diam!!

cakap pun tak guna, aku secara peribadi dah bercakap dengan en syukur melalui telefon tentang cara yang mudah dan tak pakai modal besar untuk start pelaburan emas ni. lagi tak sangka en syukor ni adalah seorang yang friendly, dan memang benar dunia ni kecik, beliau adalah junior aku masa kat UUM dulu. ambik course BHRM sama ngan aku jugak. aku salute abis kat hang, shukor. dah jutawan sekarang.



dari pembacaan, pencarian di internet dan berborak dengan kawan2 pelbagai bangsa, sebenarnya ramai orang cina berjaya dengan pelaburan emas. mereka hutang along, invest dalam emas. mereka letak emas dalam pajak gadai, dapat duit mereka terus langsaikan hutang. err... jangan la anggap aku suruh korang cari along pinjam duit. itu bunuh diri namanya.... kang ada yang masuk front page paper kena rantai macam anjing tu aku tak jamin. nak2 pulak orang sebangsa dengan aku, dapat duit mulalah lupa diri, kalau tak gi dangdut, pegi judi, atau modified kereta, atau pegi siam, atau yang terlebih gatal tu akan menikah lagi satu. korang invest lah sikit2, kalau nak pinjam along, pinjamlah dengan along korang sendiri. kalau along takde duit, pinjam dengan angah, atau acik, pak itam, akak de, nenek sepiah dan sebagainya. atau buat je loan bank rakyat.

sape yang berminat tu, korang belilah ebook en syukor ni. aku confirm korang tak menyesal punya. rahsia pelaburan emas ni korang tak kan jumpa dimana2 buku lain di dunia ni. setahu aku hanya 1000 unit buku ni akan dijual, dan ia dah terjual lebih 600 unit dalam sama kurang 2 minggu.

cabaran aku sekarang bukannya nak cekau duit nak beli emas, tapi dah beli emas dan nak masukkan ke pajak gadai. malu siott!! kalau masuk kedai pajak pakai mask H1N1 boleh tak? tapi jutawan macam en syukor pun buat, siapakah aku nak malu2. Thanks shukor atas advice2 masa berborak hari tu. Insyallah aku akan pulun buat cara ni dulu. bila ada modal besar, aku akan invest dalam jongkong emas pulak.