Friday, September 4, 2009

Resepi Tauhu Telur Masak Tah Apa-apa Rasa

hari ni aku dah pandai buat masakan tauhu telur. aku suka makan tauhu telur ni. kalau sebelum bulan pose, setiap kali ada management meeting aku akan suruh pengusaha kantin kilang masakan tauhu telur ni. menu2 lain tu atas selera akulah sebab aku yang decide nak makan ape. ha.3x....

minggu lepas aku cuba masak tauhu telur ni tanpa belajar mana2 resepi. cuma buat apa yang aku ingat je. aku beli tauhu telur tu 3 bungkus. since wife memang mengaku awal2 tak reti dan tak pernah buat, aku offer diri buat. bahan2 aku cipta sendiri. yang penting ada tauhu telur, bawang putih, udang kering, sos tiram, air dan tepung ubi.

wife tengok je masa aku buat, aku potong tauhu telur, goreng kekuningan dan toskan. aku tumis bawang putih dan udang kering yang dah ditumbuk halus. dah kekuningan aku, campurkan dengan sos tiram. then aku masukkan air bancuhan tepung ubi. errg!!! berketul2 jadinya. ini mesti sebab tepung ubi terlalu banyak. aku bakulsampahkan hasil masakan aku itu.

aku tak putus asa. nak mencarut tak boleh sebab berdosa dan takut batal puasa. lagipun tak baik baby dalam kandungan dengar kata2 yang tidak baik. walaupun hati panas sepanas dapur yang masih menyala, aku masih senyum dan ulang semula proses. nasib baik tauhu telur yg digoreng tu belum dicampur lagi. so, aku buat ramuan sekali lagi, dan kali ini aku cairkan kuahnya dengan mencampurkan tepung ubi agak kurang. errghhh.... berketul jugak sikit2. tapi bolehlah.! aku biarkan hingga mengelegak. dan aku tuangkan atas gorengan tauhu telur. tara..... dah siap untuk dimakan. tapi kena tunggu dulu sebab masa tu ada 10 minit untuk berbuka.

masa berbuka je, aku terus gomol tauhu telur. errgh! pelik je rasanya. takpe aku bedal kuih2 dulu. then aku makan nasik dengan tomyam campur, ikan kering, ayam goreng dan tauhu telur masak entah apa rasa. memang pelik semacamlah rasa tauhu telur, jangankan aku, anak2 aku yang aku suruh rasapun cakap "macam tak sedap je".

sebab aku yang cipta resepi tu, dan sebelum ni aku pandai sangat komen masakan orang lain, aku terus makan nasi dan baham tauhu telur tah apa2 rasa tu. tauhu tu memang dah rasa tauhu, tapi kuah dia belum lengkap rasanya. abis makan, aku rasa dunia berpusing lain macam je. kepala berpinar. aku gagahkan diri solat maghrib. then, aku tersandar dikusyen kepeningan. dah ok sikit pening, aku cepat ke masjid utk solat tarawih. tapi aku akan cuba lagi resepi tauhu telur tu.

alhamdulillah, malam ni impian tu dah terlaksana. aku dah dapat resepi yang biasa aku makan tu. cara dia, aku just panggil caterers mengadap dan mintak resepi. kafeteria tu dibawah kuasa dan taklukan aku, tak bagi kalu, aku tak nak sign payment bulanan sebab pekerja makan guna coupon subsidy. ha.ha.ha..... apa korang ingat aku kejam sangat ke? aku tak delah ugut, cuma aku mintaklah elok2 resepinya. aku bukan nak meniagapun, just nak makan dirumah. kalau caterer tu ada nak dara sunti yang comel buleh jugak aku buat bini... err... maksud aku sebagai pembantu rumah. tapi anak dia jantan, satu umur dengan anak jantan aku di tadika.

apsal gelak aku masak? lelakipun kena tau masak ye. macam aku ni, jangan pandang hina, aku reti masak la. takat megi goreng 3 rasa, telur goreng masak ala mexico, masa nasi guna rice cooker, dan seangkatan dengannya tu, aku biasalah. lagipun aku dalam dalam dunia berpengakap. aku biasa jadi quatermaster masakan (sebab semua ahli kumpulan jantan). cakap betul2 kenapa aku mula masuk dapur memasak? err.... ala korang tau la wife aku dah tunggu masa nak melahirkan baby ke3 kami. so, siapa lagi nak masak untuk aku dan keluarga. takkan aku nak suruh luqman atau anak pompuan kesayangan aku si pika yang baru berumur 3 tahun tu masak. aku la kena masak. kalau dulu makan tengahari bolehlak aku balik rumah jab dan tapau makanan untuk wife, kini kena fikir ada 2 anak yang dah mula cerewet makan. kalau setiap kali beli kat kedai, mau muntah hijau kami. kena asah balik skill memasak aku tu. waa..... siapa buleh tolong jadi pembantu rumah aku secara percuma ni...... (er... calon mestilah wanita, umur 20 ke 25 tahun, cantik rupa paras, belum pernah berkahwin, boleh ajar anak2 aku mengaji, pandai memasak, bertudung, kulit cerah, tinggi dan langsing. sanggup bermadu)

izzi note :
ayang jangan marah pulak pasal ayat2 terakhir tu. abang gurau2 je. tapi kalau dah jodoh, apa nak buatkan! yang, nak pegi mana tu. tak kan nak biarkan abang tidur kat luar dan puasa awal sebelum puasa 100 hari nanti. yangg......!

15 comments:

maiyah said...

ekekeke.. nanti bertelor lak kat dahi tu.. tahhu takpee.. :D

INTAN said...

share le resepi yg betoi2 tuh

eiman@nurizan said...

mana gambo tauhu masak tah apa2 rasa tuh? nak tengok gak.. haha

ezzati said...

gud2..rajin2la msk...suka gak bendalah tu..tp, siyes x penah la pulak buat sendiri...

p/s: ayat last tatahan tu..hehe

sonata anak kancil said...

yang gi letak tepung ubi tu kenapa? tu yg jadi berketul2....lain kali telak tepung jagung sikit...

aku pandai gak masak tauhu telur ni....sedap!!!

megatz said...

perghh..mmg real ni mr.mama hak3..biasala tu bro aku pun selalu gak masak xkan nk hrp wife je masak dia pun keje gak.kesian beb.senang je masak2 ni lama2 nnt bro xpert la..byk2 biasakan diri hehe..

megatz said...

bro..pesal skrg xde balas komen kitaorg ek..bro malas ke hehe..(adan uke)

izman said...

maiyah,
ha.3x... itu yg nak elakkan tu.

izman said...

intan,
ha.3x.. malu pulak rasanya orang jantan bagi resepi tah apa2 tu.

izman said...

eiman@nurizan,
la... lupa la nak ambik gambar (malu sebenarnya)

izman said...

ezzati,
eh.3x.... kamu orang pompuan kena belajar la. pikat suami satu caranya dari masakan.

izman said...

sonata anak kancil,
tu lah pasal bila resepi cipta sendiri.

cuba ko bagi resepi ko pulak. aku nak try. email aku damak_76@hotmail.com

izman said...

megatz,
setuju, suami isteri ni kena tolong menolong, termasuk bab2 memasak.

ko pandai masak ke????

izman said...

megatz,
trima kasih ingatkan. aku ni kekadang lupa diri.

dah komen dah. termasuk yg lepas2.he.3x.

relevan said...

Salam iz..kira ok lah tu menjadi resipi..kwn cuma pandai masak air jer..