Monday, September 14, 2009

Memashurkan Nama Anak Ketiga

hari ini seperti dijanjikan aku bawa anak pergi check anak kuning sekali lagi. dan Alhamdulillah, dah bebas kuning anak aku. trima kasih atas doa, nasihat, bimbingan dan petua dari semua sahabat alam nyata dan alam ghaib (alam maya). untuk melihat anak sihat, aku dah buat macam2 hari tu. dari cari susu kambing, mandi ubat cina, titiskan susu ibu kedalam mata anak, bagi susu ibu kepada anak tanpa minum susu formula hinggalah bagi anak sedikit perahan air anggur hitam. dan kerana usaha dan kerana kekuasan Allah, dah sembuh kuningnya anak aku.

namun, yang dapat aku simpulkan adalah susu ibu is the best. so far semua anak2 aku menyusu bada sampai umur 2 tahun, so takdelah isu besar. cuma nam menyusu badan ni ditempat awam yang payah, malaysia belum friendly lagi. kalau ibu2 menyusu ditempat awam, mata2 mula memandang. ibu2 inilah yang malu. tapi masa kami ke singapore dulu, breast feeding dikhalayak ramai biasa je. mereka tak segan silu lakukan di depan umum. aku yang kat situ pula malu (wooi... nak tengok bini orang punya breast buat ape!).

ujian makmal dan jumpa doktor just 45 minutes. then aku ke jabatan pendaftaran negara cawangan port klang. nak buat surat beranak baby ke 3 tu. malam tadi, dah sepakat setuju nama tersebut. sebenarnya aku ada banyak cadangan nama, tapi wife siap tanya, ini nama makwe lama ke? aku cakap "tak!". wife tanya lagi "Betul tak?". senang2 yang wife cadang tu aku setujulah. kang selidik banyak2, banyak pulak rahsia yang terbongkar. orang baru lepas bersalin ni tak leh bagi stress, naik angin meroyan dia nanti.

kat jpn tu, perkhidmatan sangat efisien. dari masuk daftar, tunjukkan bukti hingga keluar surat beranak, masa yang diambil tak sampai 35 minit. cepat! tapi sebelum pergi tu aku dah awal2 siapkan semua dokumen original dan copy yang dikehendaki.

nama anak? Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan ini aku ingin memashurkan nama anak ketiga aku telah ditetapkan dan telah didaftarkan sebagai NUR AMIRAH ZULAIKHA BINTI IZMAN

NUR AMIRAH ZULAIKHA
NNaif
UUntung
RRamah
AAmanah
MMesra
IIkhlas
RRealistik
AAlim
HHarum
ZZingy
UUlung
LLemah-lembut
AAbadi
IIdealistik
KKomited
HHarum
AAsli
Apa ada pada nama?


12 comments:

ezzati said...

hampir2 sme ngan nme ank buah yg bru lahir ( xdela bru 4 bln) ..nur imaan zulaikha....

p/s: neway..sedap name tu..( kompem ke tu bkn nme awek lme??haha :p)

pB said...

panjangnyerrr

sian kat dia

bungacahaya said...

Nak isi borang yg style ade kotak2 kecik kena kira dulu takut tak cukup kotaknyer...

Muhammad faiz mahayudin said...

Raye balik mane taun ni?

secangkir madu merah said...

nur amirah zulaikha, semoga nama secantik akhlaknya bila dewasa nanti..amin...

selamat menyambut lebaran maaf zahir dan batin..

eiman@nurizan said...

alhamdulillah man.. jaman skrg nama anak nak kena letak panjang2 walaupun nama ayahnya sekerat je.. hehe

Monkey D Luffy said...

kat kg selamba jer org susu badan ni

sonata anak kancil said...

cantik nama, secantik orangnya...tahniah...susu ibu mesti diberikan,walaupun setitik - tahu itu adalah ibunya!

sha said...

tahniah...be a good father...not goat..acehh

Nek Cun said...

Izman... panjang jugak nama anak tuh!... kesihan... nanti dalam periksa, orang lain dah mula tulis jawapan, dia masih dok tak habis tulis namanya!... hehehe...

Anyway, memang sedap nama tuh!... terkilan gak masa nekcun lahir dulu, emak bapa nekcun tak teringat ke nak beri nama camtu?... hehehe...

megatz said...

cantik nama..pasni cari nama anak lelaki plk ye..hehe

juliet4ever said...

Tahniah ..sedap nama tu ..alaf sekarang org kurang namakan anak dgn nama kemelayuan ..Tapi kn akak terkilan sebenarnya , di lahirkan tahun 60an tapi nama akak mcm nama 'org putih' rasa marah pd org tua pernah wujud dlm diri ini tapi nk buat mcm mana kn ...Bila dpt anak akak namakan yg lelaki dgn permulaan MUHAMMAD dan yg perempuan dgn permulaan NUR biar penuh kotak-kotak borang surat beranak ..heheh..puas ati akak ! Tahniah , jadi lah melayu yg sejati ...