Monday, September 7, 2009

Nuzul Al-Quran

Pada 07/09/2009, umum tau adalah hari cuti umum bagi negeri2 seperti selangor, kelantan, pahang, perlis, pulau pinang, perak dan terengganu. tapi berapa ramai tau atau masih ingat bahawa ia diishtiharkan cuti umum oleh negeri2 terbabit sebagai menghormati peristiwa Nuzul Al-Quran.

Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W., kita sebenarnya amat bertuah kerana dikurniakan dengan Al-Quran sebagai panduan hidup kita. Malah telah ditentukan bahawa jika kita mengikut segala ajaran Al-Quran, kita tak akan tersesat selama-lamanya.

secara peribadi akupun bukanlah reti mana bab2 Al-Quran ni, tapi sebagai budak kampung aku dah terdedah dari kecik kena mengaji Al-Quran. Aku belajar mengaji muqaddam (Quran kecil) dengan Tok Lebai Hussin. lepas tu bila aku berpindah ke batu balai, aku mengaji Quran (Quran besar) dengan Che Aji (emak ustaz ahmad dasuki)pada sebelah petang dan mengaji dengan tok mat (datuk aku la tu...) pada sebelah malam.

aku masih ingat ketika aku masih tinggal di kg damak, seawal jam 6.30 petang kami dah berjalan kaki beramai2 ke rumah tok guru. kami solat maghrib berjemaah dengan tuan guru lebai Hussin. dan kemudian mengaji. kami balik juga beramai2, masing2 menunggu kawan2 lain abis mengaji untuk pulang bersama. kalau papa aku tidak sibuk dikedai, papa menjemput aku dengan motor. kalau tidak, kena jalan kakilah. lagi sadis, dalam kegelapan malam, kami terpaksa melalui rumah cina yang ada bela anjing yang garang beberapa ekor. bila ramai, kami jadi beranilah. bila anjing menyalak dan mula menghampiri kami, kami ramai2 pakat baling batu atau kayu untuk menakutkan anjing2 itu. tapi kalau kami dalam 2-3 tiga orang, kami tiada keberanian. dengan seluar pendek yang memang tersedia pakai didalam kain sarung, kami selak kain dan berlari sekuat2 hati. biarpun takut, kami tak pernah serik.

Sukur Alhamdulillah, ramai kawan2 sepermainan aku dulu dah jadi ustaz atau ustazah sekarang. rata2 melanjutkan pelajaran ke mesir. yang paling dekat dengan rumah aku dan sekelas dengan aku dulu termasuklah ustaz ahmad dasuki, dan ustaz wan mohd rozaidi. seronok benar bila tiba hari raya, mereka2 inilah yang sesekali membacakan khutbah solat sunat aidilfitri atau aidil adha. kefasihan mereka membaca surah-surah Al Quran dan sejarah2 Nabi-nabi terutama oleh ustaz ahmad dasuki sering menewaskan air mata aku. terasa kerdil betul diri ini kalau nak dibandingkan dengan umat2 terdahulu. umat terdahulu sanggup berperang untuk menegakkan syiar Islam dan membenarkan kalimah Al-Quran, tapi kita sekarang??? orang nak pakai nama Allah untuk tuhan kafir, kita tak kisah. orang kartunkan nabi Muhammad S.A.W., kita boikot suam-suam kuku je. orang bakar Al-Quran, dan kita doq buat tak tau je.

Aku tak nak tulis banyak, nanti aku dikatakan cuba menyebarkan agama tanpa tauliah pulak. tak pasal2 masuk jel. Masa aku kecil2 dulu, aku yakin semua tok-tok guru aku tu sorang pun takde tauliah mengajar, tapi Alhamdulillah dengan berkat ajaran mereka ramai yang berjaya, malah ada yang mengajar orang lain pula. aku sangat2 menghormati mereka sebab mereka dulu mengajar Al-Quran tanpa mengenakan sebarang bayaran. untuk menampung hidup, mereka berkebun dan berniaga. paling seronok bagi tok-tok guru Quran di kampung aku ialah pada masa anak murid mereka habis mengaji muqaddam, dan khatam Quran. biasanya ibubapa akan sediakan sedikit nasi pulut bersama gulai ayam untuk santapan tok2 guru dan rakan2 mengaji yang lain. Seronok betul perasaan itu.

dah terlanjur aku cerita mengenai Al-Quran, ini ada sedikit fakta mengenai Al-Quran yang aku ceduk dari blog seorang sahabat (http://deiemanherbs.blogspot.com)
untuk renungan bersama :-

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.

Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)

Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.

Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran ?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).

Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.

Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.

Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.

Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.

Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.

Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.

Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.

Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.

Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.

Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.

Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.

Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.

Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.

Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.

Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.

Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.

Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)

11 comments:

ILA said...

Izman,kau ngaji tak pagi tadiii???
ada tak kau tadarus dgn isteri kau??

ermm..tanya jerrrr....

;)

megatz said...

Betapa mulianya ramadhan.bulan diturunkan ayat2 suci al-quran.

ProRide said...
This comment has been removed by the author.
eiman@nurizan said...

aku kene keje ari nih.. cuti di bawa ke hari jumaat sebelum cuti raya.. huhu

bungacahaya said...

Info baguzzzz...........

relevan said...

Salam nuzul Quran izman..

julietchun said...

Sekarang ni mengaji Quran kena bayar RM30-40 sebulan, di tempat aku lah, tempat lain tak pasti pulak.

cendawanintim said...

info yang bagus...teruskan..

Monkey D Luffy said...

mari beramal

endiem said...

bagus dan berguna..

Mak Su said...

tq dgn maklumat ttg al-quran tu, besar maknanya buat kaum muslimin