Wednesday, September 23, 2009

Kenangan Raya

Alhamdulillah, sebulan berpuasa dah tertunai sudah. dan raya pun dah disambut dengan riang gumbire.

aku tidak dapat beraya terlalu sakan tahun ni kerana hari ni aku dah kembali bertugas. biasalah urusan kerja. belum masuk kerja, dah bertalu2 phone aku berbunyi. ada new joined 3 orang, ada reminder kena pergi HQ di kota damansara kerana urusan penting, ada document kena sign dan macam2 mak nenek lagi. dah mereka tau aku dah kerja, itulah mereka kacau aku. oklah, kerja!

urusan di hq kejab je. dalam jam 12 noon dah terpacak kat port klang dah. sementelah cafeteria masih tutup, aku balik makan nasi kat rumah.

cerita raye? ala biasa2 je. dari aku kecil belum mumayyis sampai sekarang, rutin raya tetap sama. bangun pagi mandi sunat idilfitri, solat raya, minta ampun maaf dengan keluarga, makan kuih raya, jalan2 raya dan sebagainya. yang berbeza lepas mumayyis dan bergelar orang dewasa ialah giliran aku kena bagi duit raya.

cuma yang boleh dikongsi cerita dipagi raya ialah perasaan gumbire anak2 memakai pakaian raya. tahun ni serba merah (kecuali aku). sambil makan kuih, aku ambik gambar anak2 dengan pakaian baru bersama pakcik mereka. pika kemudiannya mengambil henpon dan mula mengambil gambar. klik! klik!

ayah : pika ambik gambar ke?
pika : ye la!
ayah : pika ambik gambar sape?
pika : gambar ummi, gambar ayah, gambar baby, gambar pakcu esam.
ayah : gambar oman (abangnya, luqman hakim) tak ambik?
pika : tak nak!
ayah : tak baik. nanti ambik gambar oman ye...
pika : ayah, ayah diam. pika nak ambik gambar.
ayah : (menahan perut agar nampak slim dan mengontrol muka)
pika : dah.
ayah : ayah nak tengok
pika : nah!... (sambil suakan henpon)
ayah : mana gambar ayah. gelap je ni?
pika : itulah.
ayah : tak nampak ayahlah. semua gelap.
pika : ayah hitam, itulah gelap.
ayah : err..... (mentang2lah semua ikut ummi dia putih. dikatanya aku gelap)

10 comments:

sonata anak kancil said...

tahun lebih meriah beraya dengan kehadiran baby baru nak raya....

luluchen said...

wah..dia pn ada baby baru jgk la..congrate2!selamat ari raya!

Wanita Itu said...

comey pika ngusik ayahnya hee..

AZANI said...

salam aidilfitri izman...salm kembali bertugas...

rayz said...

Mey..kalau Pika pun dah berkata gitu, aku ingat lepas ni ko kena pakai Fair & lovely ler... Kasik putih skt.

izman said...

sonata anak kancil,
betul! kalau tiap2 kali raya ada baby lagi meriah kot... ha.3x.

izman said...

luluchen,
mekacih..... selamat hari aya buat kamu juge.

izman said...

wanita itu,
ayah pika yang terusik.... aku gelap.... waaa....

izman said...

azani,
terima kasih bang.

selamat hari raya untuk abang sekeluarga.

izman said...

rayz,
banyak la ko punya fair & lovely.
aku jenis hitam menawan ye....