Wednesday, September 30, 2009

Jamuan Untuk Kawan-kawan

malam semalam (29/09/09)aku telah mengadakan sedikit jamuan raya buat geng2 lelaki opis aku. nak buat open house tak boleh sebab wife baru bersalin. so, aku buat kecil2an. tak! aku tak suruh wife, aku buat sendiri. aku rebus nasi impit segera. aku buat kuah kacang. aku buat agar2. aku masak bihun. aku bancuh air anngur kordial. kuih2 tu biasalah, semua tempah atau beli kat kedai je. Alhamdulillah, yang aku jemput semua datang. mau tak datang, sape buat aku kecik hati, kang aku stop gaji. kuang.3x... menyalahguna kuasa betul (lawak la tu konon).

yg datang rumah aku termasuklah en rosli (jiran belakang rumah, kali kedua beraya), saiful, azmir, khairul, syahrizal dan hasmadi. semua yang rapat2 je. mereka nak datang hari sabtu atau ahad ni, tapi akak aku nak datang. so, aku buat malam je. majlis start jam 830pm dan berakhir jam 10pm. entah berapa jag air anggur, air botol dan air teh habis akupun tak tau. seronok berborak2 sambil bergossip. wife dan anak2 dah faham, mereka lepak2 dalam bilik je la. dan Alhamdulillah jugak hari ni datang kerja tak ada tetamu yg datang rumah aku cirit birit atau mati akibat keracunan makanan yang aku buat. ia bermakna, masakan aku tu tak le teruk sangat.

masa tetamu datang bergelak sakan sambil menjamu selera memang best, yang tak best ialah masa tetamu dah pulang. aku yang kena kemaskan ruang tamu. aku yang kena basuh pinggan mangkuk kuali dan sebagainya. kena sabu sampah lagi. arghhh!!! bagai nak patah pinggang aku. sebelum2 ni tak kisah sebab wife buat semua. apsal pompuan larat buat semua aku pun jadi kagum. dengan kerja rumah yang tak abis2, dengan nak melayan kebuasan anak2 yg membesar dan menyelerakkan rumah, dengan melayan suami (suami macam aku tak buas, cuma tangkas dan perkasa). kerja2 rumah semua isteri lakukan dengan sangat rileks (mulut tu membebel kira standard pompuan la...)hari2 pulak tu. sekalung penghargaan buat semua wanita bergelar isteri.

dah siap berkemas, abis lencun berpeluh. terpaksa mandi. mandi biasa je, mandi wajib tak boleh lagi sebab masih dalam mode berpuasa 100 hari. lagi 80 hari lagi woo.... air naik kepalalah nanti..... sabarlah!

melihat aku yang terkial2 mengemas dan sebagainya, luqman dan pika sabar menanti nak tidur dengan aku. sambil2 tu mereka layanlah kartun kegemaran mereka yang tak abis2 tu. siap mandi, solat. aku uruskan anak2 untuk tidur; kencing, gosok gigi, basuh kaki dan buatkan mereka susu. anak aku si luqman hakim even dah 5 tahun masih guna botol susu untuk milo dia. aku pun malas nak paksa dia stop guna botol. mengikut keluarga aku, aku sampai 6 tahunpun masih menyusu botol, selamba je masuk universiti. ye lah, ada orang kata anak2 yang dah umur 5 tahun atas masih menyusu botol tu perkembangan otak dia tak cergas. aku tak percaya segala karut marut tu.

yang aku suka gelagat luqman menyusu botol ialah masa nak ke tadika setiap hari. dah berpakaian lengkap dia akan mintak milo dalam botol susu. dia akan nyonot milo dia sesekali akan tanya dah sampai tadika atau belum. nak sampai je terus dia sorok botol susu dia tu celah pintu kereta. kekadang milo dia belum absi tapi dah sampai tadika (sebab dekat) aku suruh la luqman bawak je ke tadika, nanti letak dalam bag. dia cakap 'malu'. budak2 sekarang, reti malu pulak. tapi peliknya sekecik2 anak aku tu, dah ada 'makwe' kat sekolah, budak pompuan umur 6 tahun pulak tu. kebiasaan kalau aku lewat sikit datang ambik luqman, budak pompuan ni lah akan temankan anak aku. wife aku yang sebelum ni sesekali join aku jemput luqman disekolahpun perasan tentang budak pompuan ni, apatah lagi luqman selalu cerita mengenainya kat wife aku. anak lelaki ni memang suka cerita ngan emak dia la. abislah..... cepatlah nanti aku dapat menantu.

9 comments:

ILA said...

tu maknanya..bapak borek anak rintik..like father like son...
keskessss
larikkkkkkk

Mak Su said...

izman, sila belajar masak nasik minyak and ayam kurmak plaks ya ;)

relevan said...

Seronok ..kwn2 opis dtg beraya ni..
boleh sembang2..tp jgn duk sembang sebarangan izman..nanti banyak tembelang yg akn pecah..wakakaka..

Solehah said...

oo.syoknya acara mkn2..menarik tu untuk join..lain kali ajak la sekali..

secangkir madu merah said...

pandainya izman masak.. ingatkan tau masak air je..
susahkan jadi orang pempuan ni?
semua nak kena layan..

isk isk isk 33x
memang betul lah bapak borek anak rintek.. siapa lagi luqman tu nak ikut klu bukan ayah dia...

cepatlah nanti dapat gelaran DATUK

bungacahaya said...

Kalau wat makan2 geng isteri2...suami duk dlm bilik ngan anak2 plak ker?

Sajer tanya... nak gak tau kot2 penah jd.

hai said...

tahniah!!kerana berjaya menjayakan jamuan tu tanpa bantuan isteri....lain kali buat la jamuan untuk bloggers plak!!teringin nak rasa masakan izman.....

MohdHafizKamal said...

Baru nak follow blog ni.....bleh la buat jamuan utk follower2 blog ni En Izman

Hans.Words said...

Air Naik Kepala? Kurang paham le.
He! He! He!