Monday, September 28, 2009

Telinga Ayah Dah Tak Dengar?

hari ni cam biasa kerja2 rutin perlu diberesin. ramai pekerja melayu dah start balik bekerja. gile aper nak cuti lama2, nak kena potong gaji? nak makan mee segera! aku senang je bab2 gaji ni, even payroll letter aku dah bagi bank untuk credited salary tapi aku pada bila2 masa sebelum tarikh gaji boleh batalkan payment gaji berkenaan dengan alasan mereka tidak hadir bekerja berterusan. sehari oklah, dua hari masih ok. hari ketiga, memang silap besarlah kalau masih tak datang dan tidak maklumkan kepada HR.

hari sabtu dah ahad even tak de rumah terbuka, tapi masih ada yang terjah. sabtu aku kena ke opis atas urusan rasmi seketika, tapi wife ada juga call balik sebab ada orang datang. dah orang datang tak kan nak halau oulak, even budak2 kecil. mereka yang sebenarnya memeriahkan raya. anak2 akupun happy sangat kalau ada budak2 datang rumah. semua dikatanya kawan dia, even ramai yang datang dah sekolah rendah atau menengah.

ahad penat melayan tetamu yg datang, majoriti rakan sekerja dan bekas rakan sekerja. rata2 yang datang dah pesan awal2 tak perlu masak apa2 sebab mereka faham wife aku dalam pantang. tapi sebagai tuan rumah yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa, aku tak boleh just biarkan tetamu datang makan kuih kering je. ada la buat agar2 dan bihun goreng. bukan aku paksa wife masak ye! aku yang buat. jangan tak caye. setakat agar2 merah dan bihun goreng tu memang kacang je aku buat. wife akupun siap terkagum aku masak nasi goreng tomyam, nasi goreng cina, mee bandung dan lain2 sepanjang dia berpantang ni. jangan pelik, semuakan ada perencah segera. paling sempoi aku dah terbiasa pakai perencah 'secukup rasa'.

sementara aku ada idea ni, aku cerita sedikit pasal telatah anak2 aku.

situasi : semasa menonton tivi, iklan petronas mengenai anak menantu yang perangai macam hantu.

masa si ayah yg sakit mencabut alat dari telinga, luqman dan pika yang memerhati penuh minat bertanya:

luqman : ayah, ayah dia pakai ape kat telinga dia tu?
ayah : itu alat pendengaran. ayah dia dah tak dengar, tu dia pakai alat tu.
luqman : ye ke? kalau pakai, ayah dia boleh dengar ye.
ayah : ye.

Situasi : hari jumaat lepas, balik kerja.

luqman : ayah balik yey!
pika : ye..ye... ayah balik.
ayah : mari sayang ayah (kedua2 anak mencium tangan dan pipi seperti kebiasaannya)
luqman : ayah! ayah dah tak dengar ke?
ayah : kenapa?
luqman : ayah pakai alat tu?
ayah : alat ape?
luqman : tu kat telinga ayah. ayah dah tak dengar ke?
pika : ayah dah tua ke?
ayah : oo... inikan telefon ayah. ayah pakai masa bawak kereta.
luqman : kenapa luqman tengok sama dengan orang tua dalam tivi je (merujuk iklan petronas, alat orang kurang pendengaran)
ayah : ayah malas nak pakai yang pakai wayar. pakai yang ini senang. ayah boleh cakap dalam telefon tak payah pegang2.
pika : ayah cuba cakap tak payah pegang telefon...
ayah : boleh! pika telefon ayah pakai telefon ummi.
luqman ; tak pe, pakai telefon luqman (sambil mendail nombor ayah dan bercakap)
ayah : (melayan anak2 menggunakan bluetooth headset)

14 comments:

sha said...

bayangkelah kalu dah tingal bedua..tekoteng-koteng..kena pulak dua2 pekak..xdek mendelahhh..hii

pB said...

salam

cuti lama lama pun , boleh buat sakit badan

Abang Long said...

Burung apa ? Ahahahahaha ... ketawa, sedih, hiba ...


Tolong jawab soalan ini. APAKAH KUIH ATAU JUADAH YANG PALING DISUKAI SETIAP LEBARAN ?

TERIMA KASIH :)

endiem said...

iklan petronas .. burung murai tu ..ayah dia tak dengar kot..

relevan said...

Jawapan teka teki abg Long..

KUIH BATANG BURUK..

Nek Cun said...

Salam Izman, selamat hari raya... tak sangka Izman pandai masak!... kalau nekcun pi rumah Izman, agak-agak apalah yang Izman nak masak untuk nekcun?... nekcun nak bihun kungfu, boleh?... hehehe...

julietchun said...

kat pasaran dah mcm2 perencah ada, tinggal rajin ngan mls nak masak je.

izman said...

sha,
kalau dah tua, itulah.... serba kurang.

izman said...

pB,
so.... jom kerja!

izman said...

abang long,
mmg sedih dan sayu layan iklan tu.

kuih semperit.

izman said...

endiem,
kalau ikut iklan tu mmg ayah dia tak dengar la kalau tak guna alat bantuan pendengaran tu.

izman said...

releven,
betul ke jawapan dia kuih batang buruk? dah buruk tak kan orang suka? rayakan kita suka yg baru2.

izman said...

nekcun,
selamat hari raya utk nekcun juga.

takat bihun kungfu tu apalah sangat (err... ada tak perencah segera bihun kungfu kat kedai??)

izman said...

julietchun,
mmg kat pasaran byk perencah segera, tapi jangan amalkan kalau ko bersuami nanti.