Saturday, September 12, 2009

Susu Kambing Ubati Sakit Kuning

hari ni, lepas sahur dan solat subuh aku melabuhkan semula diri beradu. sabtu dan ahad tak kerja, so buat taik mata la. sebelum tu, aku dah siap basuh semua pinggan mangkuk dan basuh pakaian. basuh pakaian bukan aku tunggupun, just masukkan pakaian dalam washing machine, on kan suis dan paip air, dan sambung titon la.

tiba2, wife kejutkan aku sebab nurse datang nak melawat baby. bagus betul misi jaman sekarang, hari2 datang melawat baby. tanya pasal kesihatan ibu dan anak. so, dengan malas tapi terpaksa cepat kerana misi dah jenuh menunggu depan pagar rumah. aku cepat2 basuh muka. pakai baju. nak salin kain ke tak nak? tak payahlah. bukan aku nak ngorat misi, sebab misipun tau aku dah kawin. camaner misi tau aku dah kawin? ala mengongnya..... dah dia datang nak check anak aku, secara automatiknya aku dah kawin la. tapi misi tu cuma tak tau aku ada berapa bini je? err... masih satu wife la.

aku malas nak campur urusan misi dan wife/anak aku. tapi dari dalam bilik aku dengar misi cakap "anak akak ni kuning la. akak mandikan dengan herba cina ke?"

wife aku iyekan. misi nasihatkan wife aku jangan mandikan dengan herba cina tu takut doktor tersalah anggap sakit kuning dah serius dan kena masukkan ke wad. masuk wad pasal kuning aku tak sanggup. so far 2 anak yg lepas tak kena wad, even ada kuning sikit. kesian betul tengok duduk bawah lampu biru tu. anak adik aku dulu kena, aku tengok pun kesian.

sepanjang minggu ni aku kerja half day petang je. itupun sebab tak leh nak elak sebab meeting dan urusan sign gaji untuk persiapan hari raya. itupun banyak ngelat, aku dah cakap dengan pengurusan, so banyak kelonggaran la.

isnin depan aku cuti lagi, nak bawa anak pergi test darah untuk sakit kuning tu. memang kuning sikit, tapi dah menurun lepas bagi minum susu kambing. melilau jugak aku cari susu kambing ni sekitar port klang. malam2 pulak tu. aku cari kat farmasi, kedai mamak, kedai tamil, pasaraya. jenuh aku berkereta. tapi dah rejeki, aku akhirnya jumpa jugak susu kambing tu. aku yang beria2 cari seluruh port klang, tapi tempat jual susu kambing tu cuma kurang 200 meter dari rumah aku. itupun aku tergerak hati nak tanya selepas kehampaan pergi ke lebih 30 buah tempat.

dah dapat aku masak sikit biar mengelegak, sejukkan, letak dalam picagari dan suapkan pada anak aku. Alhamdulillah, selepas minum sekali pada malamnya, keesokkannya ujian darah dah menurun. cuma perlu pergi sekali lagi hari senin untuk pastikan ia benar2 bebas sakit kuning. kena patuh la sebab tak mau apa2 sakit pada baby. ibubapa mana tega melihat anak2 mereka sakit. lainlah kalau ibubapa tu sendiri yang sakit.

11 comments:

sha said...

senyum kambing aku baca gelagat ko izman

Shifu67 said...

Panjang lagi laaaa ko pose eiii.... hahaha

relevan said...

Menyokong kata kata Shifu67..selamat berpuasa lagi kau Izman..he2

ezzati said...

200m je??hehe...sian g jauh2...

p/s: smuga anak cepat sembuh :)...mak ayh ckp, kena jemur kat matahari sket baby tu xmao kuning..yeke? ( sy tatau x penah ada ank..hehe)

HEMY said...

tak sabar aku mahu punya cerita begini...ooo.susu kambing yg dh jadi sabun byk le ye dak

sllnya yg kena lampu tu abeh gelap kulit. smoga anak incit sihat walafiat

Nur a.k.a admansyah said...

Tahniah yea Bro... diatas kelahiran anak ke-3 ko.

Sorry ler... gue sbnr-nya dh lama X msk manaX2 blog sbb dh lebih 2 minggu gue tak on laptop! buat ibadat sket larr... di bln pose nih kan? he..he..

Takde nama lagi? meh aku bg ide... kakak die Syafikah ekk? hmm... Shahirah ke,(pencuci muke gue la nie..), Syadira... ok tak? heh..

eiman@nurizan said...

bapaknya sakit takpe.. jgn anaknya sakit.. kalau bapaknya sakit tu sorang2 je rasa.. kalau anaknya sakit sama bapak sama emaknya sakit sama (amik mc la tuh) haha

higoat said...

Salam Ramadhan ya Tuan....
(Dah di ujung dah pun...),

Tumpang lalu, nak kongsi iklan sikit nih...

HALALAN THOIYYIBAN
Tanpa syak dan ragu-ragu lagi HiGOAT - Susu Kambing Segera keluaran HR MARKETING SDN. BHD. - Syarikat Bumiputera sepenuhnya adalah produk halal lagi suci dan bermutu tinggi. Buatan Malaysia yang semakin mendapat tempat di hati pengguna dan penggemar susu kambing seluruh negara!
Ayuh sertai kami hari ini juga!
Tel / SMS : 019 - 674 3272 - Abu Luqman

Mak Su said...

baby w pun kena kuning masa lahir, sebabnya maksu amalkan makan asam masa mengnadungkan dia, sebab tak tahan, asik muntah2 jer.

susu kambing, herba cina, masuk sepital tido bwh lampu sampai jemu... last2 maksu balik kat umah, memberontak kat sepital, maksu jemur baby w dari pukul 7.15am sampailah ke pukul 7.45am lebihkurang, balik-balikkanlah badan dia, kejap tidur meniarap, kejap telentangkan... gitu ler, kasik pusing2kan sikit. so, dalam seminggu lebihkurang, berulang-alik ke klinik check kadar kuning badan dia tu, sampailah finally, masalah selesai, leganya aku. alhamdulillah.

jgn risau banget, tapi kena risau gaks, takut ada effect. baby w sekarang lasak giler, mulut bercakap like non-stop, sihat alhamdulillah, baru tambah lagi 2 parut sbb main bunga api asap. orang ingat dia dah umur 5 tahun, dari segi tinggi dan tuturkata. padahal baru jer masuk 3 tahun.

insyallah... moga Allah permudahkan urusan ko

is@r said...

Hi Izman,
Dulu my iman pun kena jaundice, i try mcm2...name it! (susu kambeng/ serbuk mutiara/ kundur/ etc) but kuning xturun. Paling mujarab utk turunkan kuning is breasfeed them. Ask your wife to breasfeed ur daugther 2 jam sekali. Diaorg memang weak tapi u kena paksa then u can see the result. I pengalaman xbyk ler mcm u dah anak 3. But experience anak kena jaundice ni...boleh la dikongsi. I breastfeed iman 2 days non stop than kuning dia reduce byk n on the 3rd dah hilang.

Regards,
Is

is@r said...

Maksu, I masa mengandungkan my son xde plak i mkn benda masam...padahal i ni pengemar asam. Masa mengandungkan dia xde sentuh asam langsung. Xlalu... tapi kuning gak si iman tu. doc kata pasai food kita ada byk preservative, thats the cause anak kena jaundice.

Cheers..
Is