Tuesday, September 1, 2009

Pelaburan Emas

ada sahabat bertanya kat email aku kenapa aku sekarang ghairah promote banner jutawan emas? sorang tanya aku jawab, 2 orang tanya, aku jawab. dah banyak, malas betul aku nak jawab satu2, so aku tulis kat sini je. supaya orang yg bertanya lebih faham, dan yang terfikir nak tanya tu, tak payah nak tanya lagi. any how, kalau nak tanya details tu aku persilakanlah... aku tak kodokut ilmu yg orang lain turut share dengan aku.

begini.... aku selalu ke blog Tun Dr Mahathir (www.chedet.net), kat situ ada iklan mengenai dinar emas. aku baca, dan rasa minat. suatu hari tu aku ada banyak masa, aku bukak link2 yang menghubung dengan portal dinar emas tu. aku baca satu persatu. aku baca lagi. bukak, baca lagi.... dan aku terjumpa dengan blog www.jutawanemas.com yang diterajui oleh 3 orang admin, dan salah seorang ialah en. syukor hashim. jangan tak tau, en syukor ni antara orang yang sering memberi ceramah dan bengkel tentang pelaburan emas di seantero malaysia. yang terbaru beliau turut memberikan ceramah mengenai "BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS DI MALAYSIA" semasa ceramah di seminar antarabangsa penjanaan ekonomi melalui transaksi wang dinar (SEDINAR09)di UKM pada 27 Ogos 2009.

aku baca entry2 blog tu tanpa jemu. semuanya tentang pelaburan emas. duit syiling emas, jongkong emas, ketulan emas, pelaburan emas, senang cerita semuanya emaslah. yang tidak termasuk dalam cerita dia cuma pisang emas dan gigi emas je.

aku dah dapatkan ebook en syukor ni, dan kalau korang nak dapatkan, korang klik la banner kat entry ni. dalam 71 muka surat je. bahasa yang cukup santai dan senang untuk difahami oleh orang yang baru nak mula dalam pelaburan emas ni. yang aku suka, en syukor ni terangkan pelbagai kaedah secara terperinci, dan turut juga memberi cadangan peribadi beliau tantang nak melabur cara mana paling efektif.



konsep pelaburan emas ni sebenarnya gampang (senang)aje (kalau korang sebut gampang kat kampung aku, confirm korang kena penampar sebab ia bermaksud 'sial'). yang paling aku suka ialah cara membeli emas fizikal seperti duit emas, atau jongkong emas, dan gadaikan di mana2 kedai pajak gadai (seeloknya pajak gadai Islam). dapat duit hasil gadaian, gunakan duit itu untuk melabur lagi dalam emas. pulangannya amat tinggi. dalam minggu lepas, aku gila baban memerhatikan index turun naik harga emas. dalam seminggu je harga emas melonjar dari rm102.00 segram, hari ni genap seminggu dah berharga rm111.03 segram. seminggu je tu. aku ada cerita dengan wife, cepat2 dia sorok barang kemas dia. takut aku gadai la tu. aku joke je tu, wife akukan seorang yang taat, jangankan emas permata, diri diapun dia serah kat aku. kalau tak serah diri macam mana luqman dan pika nak dapat lagi adik baru kan??? budak2 diam!!

cakap pun tak guna, aku secara peribadi dah bercakap dengan en syukur melalui telefon tentang cara yang mudah dan tak pakai modal besar untuk start pelaburan emas ni. lagi tak sangka en syukor ni adalah seorang yang friendly, dan memang benar dunia ni kecik, beliau adalah junior aku masa kat UUM dulu. ambik course BHRM sama ngan aku jugak. aku salute abis kat hang, shukor. dah jutawan sekarang.



dari pembacaan, pencarian di internet dan berborak dengan kawan2 pelbagai bangsa, sebenarnya ramai orang cina berjaya dengan pelaburan emas. mereka hutang along, invest dalam emas. mereka letak emas dalam pajak gadai, dapat duit mereka terus langsaikan hutang. err... jangan la anggap aku suruh korang cari along pinjam duit. itu bunuh diri namanya.... kang ada yang masuk front page paper kena rantai macam anjing tu aku tak jamin. nak2 pulak orang sebangsa dengan aku, dapat duit mulalah lupa diri, kalau tak gi dangdut, pegi judi, atau modified kereta, atau pegi siam, atau yang terlebih gatal tu akan menikah lagi satu. korang invest lah sikit2, kalau nak pinjam along, pinjamlah dengan along korang sendiri. kalau along takde duit, pinjam dengan angah, atau acik, pak itam, akak de, nenek sepiah dan sebagainya. atau buat je loan bank rakyat.

sape yang berminat tu, korang belilah ebook en syukor ni. aku confirm korang tak menyesal punya. rahsia pelaburan emas ni korang tak kan jumpa dimana2 buku lain di dunia ni. setahu aku hanya 1000 unit buku ni akan dijual, dan ia dah terjual lebih 600 unit dalam sama kurang 2 minggu.

cabaran aku sekarang bukannya nak cekau duit nak beli emas, tapi dah beli emas dan nak masukkan ke pajak gadai. malu siott!! kalau masuk kedai pajak pakai mask H1N1 boleh tak? tapi jutawan macam en syukor pun buat, siapakah aku nak malu2. Thanks shukor atas advice2 masa berborak hari tu. Insyallah aku akan pulun buat cara ni dulu. bila ada modal besar, aku akan invest dalam jongkong emas pulak.

19 comments:

Jard The Great said...

tak pandai men labur2.. ehehe

julietchun said...

pelaburan gitu pun ada yer,hebat betul dorang ni.

Abang Long said...

Bijak, bijak ... nak belajar boleh tak ?

rayz said...

aku bab labur melabur ni dah serik sikit... tapi pelaburan yg senang buat aku sekarang ni ialah melaburkan apa yg ada kt dlm perut ni jer..:P

relevan said...

Kaya beb kaya..

endiem said...

nak cuba jugak

secangkir madu merah said...

tak pandai nak melabur..
melabur dlm ASB jer..

ILA said...

kau dah beli jongkong emas kerrr??bagi aku tengok bleyy??
alaaa...bataknya daku:p

megatz said...

gigi emas kira melabur x?hehe..

izman said...

jard the great,
tak pandai kena belajar. tapi kena hati2 jugak.

izman said...

julietchun,
macam2 cara cari duit kalau kita nak buat. penting, usaha.

izman said...

abang long,
masih baru nak try n error. nak pandai sikit, saya kongsi lagi.

izman said...

rayz,
aku faham. akupun pernah terkena jugak.

melabur tu aku buat hari2.

izman said...

relevan,
kata2 tu doa, moga2 jadi kenyataan.

izman said...

endiem,
dipersilakan. sama2lah kita mencuba.

izman said...

secangkir madu merah,
asb tu sgt bagus untuk melabur. risiko hampir tiada, pulangan juga bagus. saya pun buat jugak pelaburan tu.

izman said...

ila,
jongkong emas mahal woo... aku beli barang kemas je.

izman said...

megatz,
gigi emas tu mmg pelaburan, tapi kalau nak gadai, tokey kedai nak pegang pun geli. ha.3x..

Alif said...

Assalamualaikum wbt
Salam perkenalan. Saya Mohd Alif Nordin dari KL. Nak tumpang promote emas boleh? Kalau tak boleh, terus delete je ye. Terima kasih.

Terus terang saya cakap, saya sangat galakkan anda semua untuk libatkan diri dengan jual-beli emas ni sebanyak dan secepat mungkin! Semasa trend harga emas tengah naik ni, adalah lebih baik sekiranya sebahagian duit yang ada dalam ASB atau KWSP tu anda keluarkan dan jual-beli/melabur dalam emas.

Buat masa ni, serious...fokus lah pada EMAS! In the long run pun, melaburlah dalam emas.

Sekarang saya ada READY STOCK untuk:
1) emas 1 dinar
2) emas jongkong 20g
3) emas jongkong 50g
4) emas jongkong 100g

Harga adalah mengikut harga semasa yang dipaparkan di www.publicgold.com.my

Sila hubungi saya di 019-2624 250 untuk urusan jual-beli (utk lock harga dan set time dan tempat untuk urus niaga). Serah-terima emas dan duit mestilah pada hari yang sama anda lock price dengan saya.

NOTA: Anda tidak akan dikenakan 'Delivery Charge' yang mungkin menjangkau RM30 per unit seperti yg di charge oleh Public Gold, tetapi tawaran ini hanya terhad kepada pembeli di kawasan KL dan Selangor sahaja.

Terima kasih again tuan rumah! :)