Monday, August 31, 2009

MERDEKA!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana atas kurnianya, negara kesayangan kita MALAYSIA ini masih diberi peluang untuk terus merasa nikmat MERDEKA.

usia 52 tahun ini sebenarnya bukanlah suatu usia yang terlalu lama untuk didabik dadakan. sejarah kemerdekaan kita masih baru, masih banyak lagi agenda nasional yang perlu kita laksanakan. perlaksanaan ini janganlah kita serahkan sahaja pada ahli2 politik sahaja, mereka juga manusia, dan semestinya mereka juga ada agenda sendiri untuk poket mereka. jangan hipokrit, kita kena akui bahawa ahli politik terlalu ramai dan persaingan kuasa terlalu hebat sekarang. yang menang tu tentu terpaksa berusaha untuk mencapai sesuatu semasa berkuasa. cuba korang sebut satu ahli politik yang berkuasa tapi miskin hina?? memang takde!

dalam meneliti kemerdekaan ini, aku sangat risau tentang kerapuhan perpaduan dikalangan kaum sekarang. semuanya kerana ahli politik. semua nak besarkan cerita, semua nak perjuangankan kaum mereka. orang cina terus mengatakan mereka selalu ditindas oleh kerajaan yang dominannya dikuasai orang melayu. orang india selalu mengatakan mereka ditindas dari segi ekonomi dan sosial. orang melayu?? selalu jadi orang baik, menurut sahaja bak kerbau dicucuk hidungnya. ahli politik melayu aku tengok kurang bermaya nak membela orang melayu. apa bangsa lain minta, kita bagi je. kouta perumahan, kouta tanah, kouta biasiswa, kouta pecahan kuasa, kouta tempat ipta, kouta saham dan lain2 senang2 je kita bagi. semua atas dasar toleransi bangsa melayu. aku tak kisah, tapi yang memerlukan akan kisah.

cukuplah sentimen perkauman. kaum2 lain kena sedar diri bahawa mereka bertuah mendiami bumi malaysia ini kerana adanya toleransi orang melayu. dah dulu nama tanah melayu, kita bertolenrasi namakan malaysia. jangan lupa bahawa dalam ejaan malaysia itu ada elemen orang asal negara ini iaitu "MALAY" atau orang melayu.

dari kecil hingga besar, aku tidak diajar memusuhi bangsa asing. di kampung aku, kami bermasyarakat dengan semua bangsa; melayu, cina, india, asli dan sekarang bermasyarakat juga dengan orang bangladesh, vietnam, indonesia, myanmar, thailand, filipina, china, india, pakistan dan sebagainya. kami hidup aman. bila pergaduhan kecil tercetus, kami tak salahkan bangsa, ia salah individu. dulu masyarakat tanah melayu terima kaum cina, dan india sebagai pendatang yang datang ke sini untuk berdagang atau menjadi buruh; kini mereka adalah warganegara. tak mustahil suatu hari, bangsa bangla, indonesia, nepal, vietnam, dan sebagainya ini turut menjadi sebahagian bangsa malaysia juga. dah ramaipun yng jadi orang malaysia hasil perkahwinan dan menjadi penduduk tetap kerana lama tinggal di sini. so what!!

akhir kata, aku menyeru diri aku dan kawan2 yang lain agar sama2 memelihara kemerdekaan negara kita ini. nak gaduh2 buat apa, negara kitapun kecik aje. cukuplah dibezakan kita orang melayu, jawa, boyan, cina, india dan sebagainya. cukuplah dikelaskan diri kita sebagai orang semenanjung, sabah atau sarawak. cukuplah juga kenalkan kita sebagai orang kelantan, orang teganu, orang pahang, orang melaka, orang johor dan orang negeri itu dan ini. Sekarang adalah masa kita kenalkan diri kita sebagai ORANG MALAYSIA.


DAULAT TUANKU!

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 52.





IZZI ADVERTIZING--------------------------------------

11 comments:

sonata anak kancil said...

salam kemerdekaan ....kita orang Malaysia!

relevan said...

Salam Merdeka izman..

Abang Long said...

Saya anak manusia tapi digelar anak Malaysia.

joegrimjow said...

slamat merdeka jugak
lupekan persengkataan!

Shifu67 said...

salam merdeka...

merdekakan diri drp imej yg mengerikan

eiman@nurizan said...

betul tu cuma kekadang sikap orang asing tersbut yang membangkitkan kemarahan orang melayu.. diaorang buat tempat kita macam tempat diaorang.. kalau sedar diri pendatang tu rasanya kita boleh terima diaorang..

Monkey D Luffy said...

macam menteri buat perutusan ni...

endiem said...

Merdeka !!

Jard The Great said...

ahaha... perutusan yg hebat neh..

Mak Su said...

kita ni bagai cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.... masih menjadi amalan harian.. iya ler, marilah kita sama2 saling menjaga hari untuk kemaslahatan tanahair tercinta

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片