Tuesday, August 11, 2009

Rokok & Surah Yassin

Just entry pendek je.

ROKOK? sape tak kenal rokok kan? dari budak kecil belum mumayyis sampai orang dah menopous atau dah tua ganyut, orang yang dikategorikan perokok ni memang dah payah nak diselamatkan. ketagihan!

aku bukan perokok, may be nampak sangat aku benci orang merokok. ye, aku tak benci mereka secara peribadi tapi benci tabiat mereka. awal2 pagi, dah bakar jantung, paru2, buah dada, jantung masing2. malah lagi teruk mereka turuk sama menyeret kita menikmati dunia khayalan mereka sendiri, dan secara tak langsung kita yg disekitarnya turut merasa nyawa kita turut dipendekkan bersama2 mereka. ye lah, mereka hisap dan hembus asap, kita pulak yg kena hidu.

dalam mimbar jumaat masjid di area aku minggu lepas, khatib beria2 berkhutbah pasal bahaya rokok. rokok ada nikotin, ada tar dan macam2 racun lagi yg mengancam nyawa diri dan orang sekitar perokok termasuk zuriat mereka; tapi ada mereka peduli? perokok2 yang aku kenal buat muka tak bersalah semuanya; siap tidur adalah! khatib siap bagitau bahawa kenapa kerajaan selangor ubah dari fatwa 'makruh' kepada 'haram', tapi semua ambil sambil lewa.

kerajaan kita cuba mengurangkan pergantungan kepada rokok kononnya dengan menaikan cukai rokok, zon larangan merokok, denda merokok di tempam awam, dan terbaru meletakkan gambar2 yg dianggap ngeri seperti baby pramatang, kanser dan sebagainya dikotak rokok. ada mereka kisah? pada aku perokok ni adalah manusia yang istimewa, otak mereka bergeliga macam batu cincin. ye lah, kalau korang ada kawan2 dari sekolah may be korang boleh sahkan kenyataan bahawa mereka bijak. dari jaman sekolah, mereka kreatif berusaha kumpul duit nak beli rokok, mereka bijak cari peluang nak seluk kocek ayah nak cari sedikit duit tanpa diketahui, mereka pandai mencampurkan beberapa tembakau, cengkih dan sebagainya untuk buat rokok sendiri. itu belum kira mereka pandai sorok rokok masa ke sekolah, curi2 hisap rokok dalam tandas atau dipadang masa xtvt pendidikan jasmani. dah hisap rokok, nak hilangkan mulut berbau candu, mereka makan gula2 hacks, atau cheewing gum.

aku pernah hisap rokok? mestilah pernah. aku tak mau jadi munafik menipu korang aku tak pernah merokok. aku juga masa kecik2 jaman sekolah dah ada keinginan untuk merokok, keinginan ini datang tanpa aku minta. perasaan ini samalah dengan keinginan untuk mengorat perempuan sebaik saje bersunat. apatah lagi papa aku dulunya seorang pekedai, rokok adalah biasa bagi aku. aku masih ingat masa aku kecik2 dulu, syarikat2 rokok berlumba2 anjurkan peraduan gores dan menang. beli rokok, didalam kotak ada kad gores. kalau bernasib baik, dapat hadiah rokok lagi atau hadiah2 wang. berlumba2 manusia beli dan berusaha memendekkan nyawa mereka dengan tawaran itu.

aku mula belajar hisap rokok masa aku dah sekolah menengah. suka2 dan pengaruh persekitaran. pegi kedai kopi, semua minum kopi secawan dan merokok berjam2 sambil layan wresling. belam malam, selepas solat sementara tunggu isyak, rata2 akan bersidang hisap rokok berjemaah termasuk pak2 lebai. so, yang muda2 termasuk yg masih bocah pun hisap samalah. tapi kami kena hisap sorok, kang diketahui keluarga berbirat bontot kena rotan. tapi aku bukan selalu hisap, time ada rokok je hisap. tapi suatu hari, papa aku dapat mengesan xtvt aku tu. papa yg kerja berpindah randah, dan aku yg duduk dengan datuk nenek masa tu mula tersedar bahawa rokok tidak beri aku apa2 selain keseronokan untuk diterima dalam group lebih dewasa. papa nasihatkan aku agar jangan merokok dimasa persekolahan, dah kerja nanti terpulanglah pada aku. aku akur. tambahan pula di masa yang sama, buah hati pengarang jantung aku masa sekolah pujuk aku agar tak merokok. biasalah, sebagai manusia normal yang ingin hidup dengan belaian wanita, aku akur. dan hingga kini aku dah tak jadi perokok, cuma kesan rokok dari manusia2 sekitar aku masih ada.

dalam kes2 merokok ni nyata aku failed untuk meyakin sesiapa untuk tidak merokok. papa aku dari dulu adalah perokok tegar. malah beberapa tahun lepas, papa sudah menjalani operation di pantai medical centre bangsar untuk pembedahan jantung. jantung papa ada 4 saluran yg tersumbat akibat kesan rokok. terpaksa dua kali peembedahan dilakukan. urat kaki terpaksa digunakan sebagai saluran untuk 'by pass' dan ia menelan belanja dalam rm87,000. nasib baik papa ada insurans. tapi biasalah perokok tegar, papa cuma berhenti merokok kurang dari 2 tahun, dan sekarang papa merokok seperti biasa. may be lagi selesa merokok sebab saluran jantung papa adalah 'brand new', kalau nak tersumbatpun akan mengambil masa 10-20 tahun lagi.

aku saje nak kongsi video klip dari negara jiran kita mengenai perokok yang sebenarnya berusa membawa diri ke arah maut lebih cepat. sangat kreatif. kita saksikan. kalau ada kawan2 atau keluarga yg merokok tu, elok jugak korang forwardkan video ni. nak insaf memang tak mungkinnya, tapi at least biar mereka tau bahawa kita akan membaca yassin untuk jenazah mereka kelak.

video

18 comments:

Mak Su said...

sedekahkan yasin jer...

izman... sori ek, maksu rasa mcm seriously nak berenti blogging...entahler, mungkin pusingan angin monsun tak sekata kot. tapi, kalau ada rezeki, kita ketemu lagi, nanti bolehlah ko tunjuk mana nak pi makan kat port klang, ek

Jard The Great said...

entri pendek?? wakakak.. tak sinonim dgn blog mu.. ;p

megatz said...

klakar gak video tu hak3..iyolah btul tu merugikan idup je merokok ni.alhamdulillah dh setahun lebih dh aku berjaya hilangkan ketagihan merokok.kini aku bebas dr belenggu asap yg merobek jantungku cuma kdg2 je terhidu asap dr perokok2 luar sna.saranan aku ramadan hampir menjelang tiba itulah masa paling sesuai utk perokok2 sekalian mengurangkan sdikit kes2 kematian kronik ini.x susah sebenarnya nk berhenti cuma kita sj yg xnk.kita yg kawal dia bukan dia yg kawal kita.renung2kan...

julietchun said...

orang pompuan skang ni selambe je dok merokok kat restoran,kedai mamak,cafe, heran aku, dah macam jadi trend pulak.

cendawanintim said...

aku rasa lebih baik gantung puting kat leher cam baby tu ganti ketagihan merokok!!!

- j o h a r i - said...

sy mmg x terjebak dlm ketagihan merokok ni..tp masa study dlu jadi tokan rokok mmg kaya..1 kotak bleh mencecah rm8 dlm pasaran gelap..tp kalo kantol, gelap la masa depan..

rayz said...

bila tang posa ajer..ramai pasang angan2 nak berhenti rokok... masalahnya baru hari pertama puasa time buka dah start balik...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

merokok...

hmm....

xska dgn org yg hisap rokok lebih2 lg org yg merokok dpn org lain pastu hembus asap rokok tu kt org lain...

megatz said...

nape xde isu debat pasal rokok ye.sepatutnya perkara ni dh boleh dibahaskan di parlimen.xde faedah langsung dan 100% satu pembaziran.adalah lebih baik jika duit itu di dermakan atau buat simpanan utk anak2.xkan jd gila klau xleh merokok.aku benci rokok.haramkan je terus...akan aku perjuangkan di parlimen..yela tu..

izman said...

mak su,
saya sedih maksu dah nak berenti blogging, apa2pun saya respek keputusan tu. bila aktif balik, just inform.

kalau free tu tinggallah email kat saya.

izman said...

jard the great,
he.3x.. ingat nak karang pendek je, tapi terlebih sudah!

izman said...

megatz,
betul! kita yg kawal bukan rokok. tapi ramai perokok dah dikawal akibat ketagihan nikotin

izman said...

julietchun,
dah pemandangan biasa perempuan merokok sekarang ni, dah tak ada segan silu lagi.

izman said...

cendawanintim,
gantung puting? ko ni, kalau tua bangka nak gantung jugak ke?

izman said...

-johari-
tokan besar ni... ha.3x...

cuba ko risik2 ko punya customer lepas2, ada sakit jantung tak?

izman said...

rayz,
angan2 je tu. sebab tengahari tak buleh isap rokok..

izman said...

gadis kampung separa bandar,
mmg itu sifat yg tidak baik, nak sakit, sakit sendiri lo... hembus kat orang lain buat ape

relevan said...

insyaAllah kwn dah hampir 19 tahun berenti merokok..