Tuesday, August 25, 2009

Berpuasa Di Zaman Sekolah Dulu

Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada aku untuk berpuasa penuh dan berterawih. macam biasa, aku akan ke masjid agak lewat, aku sebenarnya lebih suka solat berjemaah dirumah dan anak2 ikut dibelakang. kadang2 tu aku pegi awal sikit dan aku hanya memerhati kanak2 dan remaja bersolat dibelakang. secara peribadi aku perhatikan kebanyakan mereka tidak serius beribadat, sebelum solat kalau nak main cuit2 masih boleh diterima, ini tidak, dah rakaat ketiga masih boleh lagi main geletek kawan sebelah, menarik kain dan ada juga mencabut songkok kawan. kalau bocah2 baru belajar aku masih boleh terima, tapi dah remaja sekolah menengah tu.... entahlah!!

cerita pasal main2 dibulan puasa sebenarnya akupun kecik2 dulupun bukan baik mana. ada main2 jugak. tapi bila dah mula sembahyang kami tak main2 lagi. papa, datuk aku dan ustaz disekolah memang pantang kalau kami main2 masa solat dan mengaji, rotanlah natijahnya jika engkar. aku pernah cerita diblog ini lama dahulu tentang group aku yg main2 dengan niat puasa, dan terus je dapat balasan di dunia lagi. nak tau? carilah entry lama2. oklah... aku cerita sikit. aku dah lupa kisah penuh dia sebab lapar ni. kalau tulis sambil minum teh dan pekena cakui baru segar sikit ingatan aku ni.

kisah berlaku jaman aku sekolah rendah, darjah 5-6 aku tak ingat. ustaz mengajar niat puasa kerana puasa kian menjelang. dah abis kelas, kawan2 baik aku norliman badrul, abidin, zamiri dan lain2 berlawak pasal niat puasa dan tarawih.

kawan 1 : niat puasa begini "Nawaitu sambogo, ambik timbo wat gi telago, nok basoh pok dogo, baru lepah belago"

kawan 2 : niat terawih pulak macam ni "nawaitu sonnatan tupat tigo bucu, cicoh nise, Allah sedaknyo"

sekonyang2, dengan takdir Allah, ustaz berpatah balik kerana ada barang tertinggal dan mendengar niat mengarut tersebut. dan mereka2 berkenaan telah dirotan oleh ustaz kami tu (kena rotan ke penampar jepun akupun dah lupa). cam biasalah, aku mana kena sebab aku tak buat. aku cuma berdosa sikit la sebab tukang gelak. tak baik betul.


lagi satu, bila belajar dibulan puasa ni, nak2 pulak lepas waktu rehat, mata punyalah stim mengantuk. dapat pulak cikgu2 yang langsung mengajar skema sangat, mau lelap seminit dua. kelas agamapun biasa lepas tengahari. dah ngantuk, fokus semua lari. badan dalam kelas, tapi roh dah merawang di gerai abang man tebu. kehijauan air tebu yang manis tu, pergh!!! menggoda jiwa. cit... akupulak terliur air tebu sekarang ni.

pernah suatu hari masa kelas agama, masa ni dah sekolah menengah kot. ustaz ajar mengenai rukun haji. aku dan lain2nya dah hilang konsentrasi. baju raya dah beli masa tu, tak sabar nak gi raya rumah makwe tersayang hari raya nanti. terbayang si dia hidangkan sirap ros biji selasih, makan ketupat dengan rendang kerbau, sesekali bergurau senda sambil baling membaling kuih gunting. dan ..... argh! bayangan wajah sidia bertukar jadi wajah ustaz, siap ada misai lagi. kacau betullah ustaz ni... ustaz nak tanya soalan.

ustaz : bidin, rukun haji ada berapa?
bidin : rukun haji ada .......... (menerangkan panjang lebar)
ustaz : bagus bidin, duduk. rizan, jemaah haji wukuf dekat mana?
rizan : er... dekat padang mahsyar ustaz.
ustaz : datang depan.... bagi tangan. (dan PAP!!! dapat libasan rotan sedas)
rizan : aduii!! salah ke ustaz.
ustaz : memang salah, wukuf di padang arafah. padang masyar tu tempat perhimpunan bila hari kiamat nanti.



IZZI NOTE :
Ini adalah berdasarkan kisah benar, tapi niat puasa dan niat tarawih adalah salah. jangan dok gatal nak ikut, berdosa besar.

9 comments:

joegrimjow said...

kalau selawat masa terawih camne lak?
hehe

endiem said...

nasib baik tak jawab kat padang midin..he he

hai said...

memang masa budak2 dulu ada gak yang sembahyang pisang..boleh bisik tgh sembahyang "pasni ambik pisang ya"!!

Abang Long said...

Biarkan kanak - kanak bermain. Kita kena bertegur sapa.

Anonymous said...

padang masyar & padang arafah adalah dekat2 hal agama..buatnya padang matsirat, padang tembak ke...lagi celaru..

KV said...

hihi, niat puasa dan terawih tu slalu di buat gurauan masak kecik2 dulu. Lbh krg gitu ler ayatnya.

nurizan said...

ari tu gi kuantan makan gak rendang daging kerbau.. sedap gak.. tak penah rasa..

YanDarwisy said...

Teringin nak berterawih...tapi anak kecik ni sapa plak nak tlg jenguk2 kan. Insyallah, kalau berpeluang nak juga berterawih.

wanita mutalib said...

bang man ~

nasib baik ado izzi note bawah tu, kalu tak selamat dah diikut hee..kelakau la...

tapi betui la..pasai semayang terawikh jemaah tu, kat tmpt saya sekarang ni, bebudak suka sambut Fatihah sambil gelak2 dan jerit2...

sabau aje la huhu..