Thursday, August 27, 2009

Berbuka Puasa Di rumah vs Di Hotel

sehingga hari ini, kesemua waktu berbuka aku masih lagi bersama keluarga dirumah. tapi mulai esok, nampak gayanya dah banyak undangan dan paksaan untuk berbuka puasa di luar. apa nak buat dah tanggungjawab kerja. kalau nak dibandingkan, berbuka diluar termasuk direstoran dan hotel lebih selesa dan pelbagai. apatah lagi menu2 yang disediakan sangat2 mahal dan kita dilayan bagai raja. biasalah kita dilayan sebab kita membayar harga yang tinggi untuk berbuka. rata2 hotel menyediakan hidangan berbuka dengan kadar yang agak tinggi. paling cikaipun aku tengok rm45++ per person.

secara peribadi, aku lebih suka berbuka dirumah bersama keluarga. melihat isteri dan anak2 bersama2 menghadap hidangan walaupun setakat kurma keras, agar-agar merah kosong dan air sirap; bagi aku itu dah cukup bermakna. apalah nak aku banggakan bila aku diluar makan yang enak2 bersama jemaah lain sedangkan anak2 dirumah makan sendirian. lagi sayu kalau anak2 bertanya dimanakah ayah mereka.

Alhamdulillah, setiap tahun, aku tidak lupa membawa keluarga aku makan diluar. biasanya kami akan ke bagan seafood restaurant di port klang. pelbagai aneka juadah disitu dan harga yang sangat berpatutan. dengan menempah menu yang disediakan, mereka turut menyediakan pelbagai makanan berbuka seperti kuih muih, buah-buahan dan bubur secara percuma. ambik dan makanlah setakat mana korang larat, cuma beringatlah pada orang2 lain. jangan tamak haloba ambik semua kuih tanpa meninggalkan pada pelnggan terkemudian, tapi akhirnya semuanya dibuang. bukankah puasa itu turut menekankan amalan berjimat cermat dan bersaudara. sedarlah juga bahawa orang yang membazir itu adalah saudara syaitan. korang nak jadik saudara syaitan tak?? kalau tak nak, berjimat cermat sikit. lagi satu yang aku suka pergi masa bulan puasa untuk berbuka ialah pizza hut. anak2 suka sebenarnya. tiap2 tahun mesti pergi, dah jadi tradisi pulak. tahun ni???

tahun lepas rasanya banyak jugak aku makan diluar kerana tugas dan juga bersama keluarga, antaranya klang executive club (kec), concorde hotel, crystal crown hotel, pizza hut, bagan seafood, muara ikan bakar, nelayan, dan ada la restoran2 lain yg tidak terkenal. cukuplah. orng nak belanja makan dah cukup syukur.





IZZI ADVERTIZING----------------------------------

24 comments:

sonata anak kancil said...

Takat tahun lepas tak ade lagi berbuka di hotel, tetapi majlis berbuka di sekolah ade la...Hubby tak minat berbuka di hotel TETAPI demi tugas terpaksa pegi jua..

TETAPI tahun ini, sudah pecah tradisi pada 4.9 ni saya TERPAKSA berbuka di sebuah hotel kerana mesyuarat jam 5 petang....

ezzati said...

stakat ni..mkn kt umh je...biasalaa..laast2 msti byk mkn luar...tp, kengkadang bkk pose bkn mkn byk pn..kalo mkn buffet, mmg x b'baloi..lainla kalo org byrkan..hehe

Ms.Lilies said...

mmg buka kat umah je..tak umah mak umah sendiri :D thn lps xbuka kat luar..thn ni xtaula..tp rasa x kot...

ILA said...

slain bagan seafood, apa lagi restoran yg best kat belah port sna beb???
aku notice kat B.S...ermm..ikannya mcm tak cukup besttt.. tang environmentnya mmg cantik..tapi bila mlihat ke anak sungaiii..aduhaiii..tikus sebesar kucing sdang myelam..:(

- j o h a r i - said...

rezeki jgn ditolak bro..kalo org yg payung gi je la bawa prut yg kosong..kalo nk hrp duit sendiri, mmg la x merasa nk mkn kt hutil

eiman@nurizan said...

biasanya minggu ketiga puasa tu yang bz nak berbuka ngan customer la.. supplier ajak buka puasa la.. kalau minggu ke empat dah bz nak balik kampung dah.. bagus2 makan free nih.. dulu lum kawin ok je.. dah kawin + anak ni rasa tak sampai ati plak nak tinggalkan rumah buka puasa kat luar dengan orang lain

hang nadim said...

Seronok makan kat Hotel ni yer...macam semua nak Makan, tapi berapa banyak sangatlah lalu makan..

endiem said...

orang kuantan.. ramai berbuka kat padang depan masjid

julietchun said...

sesekali berbuka di luar apa salahnya, buleh isteri rehat2 sikit kan :D

Nek Cun said...

"Puan dijemput untuk berbuka puasa dengan xxxx di hotel xxxx pada tarikh xxxx. Harap dapat beri pengesahan"... e-mail dan jemputan sedemikian memang semakin kerap mendatangi e-mail nekcun... Hendak ditolak, takut dikatakan 'anti sosial' pulak, dan lebih memeningkan kalau jemputan di c.c. kepada 'big boss' yang tak secara langsung big bosslah yang suruh tuh!... Dalam keberatan terpaksalah memohon kebenaran suami... nasib baiklah dia pun lebih kurang tu juga sebuknya... so, bolehlah kita berkira-kira... mungkin itulah salah satu rezeki bulan Ramadhan... banyak makan free... tapi berapa banyaklah yang mampu nekcun makan?... paling sepinggan nasi, dah menyenak perut dibuatnya!...

megatz said...

hmmm..setiap tahun boss sy mesti bwk staff buka puasa kt hotel.tp tahun ni mcm segan jek nk pi sbb dh ada baby kesian plk kt mama dia berbuka dgn baby je.x sedap la plk rasanya..maybe x pegi kut..huhu..family first.

relevan said...

Masih tunggu kompeni ngajak berbuka posa kat hotel..tp mcm tak besh jer..berbuka kat Bazar Ramadan lagi menarik..

izman said...

sonata anak kancil,
terpaksa ye? terpaksa pun, dah pegi kita kena makannnnnn!

izman said...

ezzati,
carik la sesaper tolong BAYARKAN! kalau ada extra, saya pun sanggup MAKAN.

izman said...

ms lilies,
makan kat rumah lagi best pada aku.

izman said...

ila,
cuba la kat chandayu pulak. port klang banyak la tempat makan best2, pilih je.

izman said...

-johari-
betul tu bro. kalau ada payung memang patut pegi je. then makan puas2.

izman said...

nurizan,
samalah kita. memang tak sampai hati sebenarnya nak tinggalkan keluarga kat rumah. tapi dah tugas....

izman said...

hang nadim,
betul tu bro. nafsu memang nak bedal semua, tapi berapalah sangat mulut dan perut buleh terima.

izman said...

endiem,
tak pernah pulak saye berbuka kat padang sebelah masjid tu. ada orang sponsor ke atau di gerai ramadhan kat masjid?

izman said...

julietchun,
betul jugak! tapi ikhlas, memang sayu kalau berbuka diluar tanpa kehadiran isteri dan anak2.

izman said...

nekcun,
saya setuju. dengan pangkat kecil cam saya ni pun terpaksa pergi macam2 majlis buka puasa syarikat, apatah lagi yg pangkat besau.

nekcun makan sikit, atau jaga body?

izman said...

megatz,
pada aku anjuran company tu pegi la... sebagai pekerja, kena tonjol diri juga sesekali biar pengurusan nampak muka kita.

isteri akan memahami, percayalah.

izman said...

relevan,
kah setuju tu. kat paso ramadhan lagi best, macam2 ade! sebut pasal paso ramadhan, teringin cari sayur maman pulak, seronok makan berbuka ngan nasik.