Tuesday, August 4, 2009

Suami Pelupa Tarikh-tarikh Penting

dengar radio sinar fm dalam jam 11am tadi aku rasa terkena batang hidung. ala, mengenai sorang isteri yang merungut tentang suaminya yang lupa tarikh ulangtahun perkahwinan. pengacara sinar sengaja mengundang komen dan idea pendengar. macam2 komen dan idea dilontarkan.

yang terkena batang hidung aku bukanlah isteri merungut, tapi sifat aku yg selalu lupa tarikh2 yang dianggap penting oleh kaum satu lagi. tarikh2 itu termasuklah tarikh lahir isteri, tarikh bertunang, tarikh berkahwin, tarikh beranak, tarikh lahir anak2, dan pelbagai tarikh lagi. kalau dibiarkan puak depa membebel, confirm kaum akulah yg selalu jadi mangsa penghafal tarikh dan nombor. dah la kita dipaksa ingat tarikh2 diatas, ada kes lagi teruk disuruh ingat tarikh kali pertama berkenalan, kali pertama dating, kali pertama pegang tangan, kali pertama jumpa ibubapa, kali pertama beraya bersama, kali pertama malam pertama, dan macam2 kali pertama lagilah.

aku pernah dulu masa bujangan, ada antara kekasih hati aku yg sangat sensitif kalau aku tak ingat menda2 penting seperti tarikh, nombor telefon dan lagi mengarut apakah pakaian dan tempat kali pertama berjumpa dulu. macam lahanat!mana lah aku dapat recall menda2 tu, kang aku suka2 sebut, merajuk sampai muncung boleh diikat. kalau aku ada dia sorang may be bolehlah ingat, tapi ........(he.3x)

bukan aku memperlekehkan sifat2 kaum mereka, tapi kenalah tengok keadaan. pada aku ingatan pada tarikh2 dan nombor2 itu tak penting. secara ikhlas, aku tak pernah hafal sebarang nombor selain nombor henphone aku sendiri. aku tak pernah ingat nombor phone kedua akupun, ic aku sendiripun aku ingat2 lupa. no phone rumah keluarga aku, henset papa aku, adik beradik aku, wife aku, semuanya aku tak pernah program dalam otak aku. tarikh2 tu banyak juga aku ingat, tapi bukan semua. tarikh lahir aku, aku ingatlah sebab selalu ada orang wish, walaupun aku dah tak ingat siapakah empunya diri yg wish tu.

orang pompuan ni satu, dia suruh kita selalu ingat tarikh, tapi bila kita ingat tarikh lahir anak2, mereka cakap kita lebih sayang anak pulak. jangan macam tu duhai kaum2 ibu, kalau kami sayang anak, bermakna kami jugak sayang kepada insan yg melahirkan anak2 tadi. bukankan anak2 itu lahir dari percampuran benih kedua ibu dan ayah. kalau sorang tak jadinyer!

konsep aku dengan keluarga aku mudah je. jangan suruh aku ingat sebarang tarikh, kalaudah sampai masa tarikh hari jadi ahli keluarga, cakap je. kalau ada duit, kita makan kek black forest, kalau takde duit, kita makan kek pisang je. apa nak heran, bukan menda wajib. aku secara peribadi memang tak suka sambut hari jadi, paling2 isteri paksa, aku ajak pegi makan sate atau pizza hut. untuk anak2, aku belikan hadiah, kek, dan bawa makan ke mana2 fast food restaurant (itupun sebab wife yang beria2 sangat). apalah guna kalau kita tunjukkan kasih sayang melimpah ruah sehari, sedangkan 364 hari selebihnya kita abaikan kasih sayang pada isteri dan anak2.

so, pentingke suami ingat tarikh2 tu?

20 comments:

megatz said...

hmmmi..tarikh penting mmg kene igt tu.pompuan mmg sensitif bab2 mcm nih..mau muncung mulut 4 depa klau x igt tarikh tuh..tul x akakkkk..

Abang Long said...

Lumrah biologi sudah begitu ...

kak Azzah8 said...

hurm...samalah species kaum Adam ni... akak tak kisah kalau tak ingat birthday, tapi wedding anniversary kalau lupa mmg lah tak patot... pada akak itukan hari bersejarah dalam hidup kita ....

hehehe...akak pun tak ingat bila kali pertama jumpa dan pakai baju apa dan kaler apa.......

Wanita Itu said...

**bak kata abang long..
lumrah biologi nya begitu..
tapi, tak semua sensitif ttg perkara nombor nie..
ihiks..dulu..masa saya ber'kople' ngn suami saya,mmg saya bising sebab dia tak sensitif dgn tarikh ulangtahun kami..tp kini tak lagi..sebab saya tahu..dia sentiasa sensitif pada saya..
alah bang..
perempuan nak kan perhatian..
wat2 tak paham pula hee**

eiman@nurizan said...

setuju dengan mu mang.. wife aku yang selalu ingatkan.. jadi tak perlu nak ingat banyak2.. ada orang tolong ingatkan.. haha

ima shhs said...

alah..zaman skrg nih kan ke canggih... aku mudah jerk...nak suh hubby aku ingat tarikh2 penting aku yg setkan seme2 tarikh penting tuh dlm handphone dia n wat alarm... dia ingat tarikh, kita tak kecik ati...;p

julietchun said...

aku ingat tarikh gaji je,kekekekee.

ILA said...

hmm..my hubby masih ok lagi!!
alhamdulilah...:)

rayz said...

Bab-bab ingat tarikh ni memang lelaki fail nyer... sayang nyer pasal kita layan kan aje...

- G O R O - said...

Salam bro;

Sebab tue byk orang xsuka subjek sejarah..

izman said...

megatz,
muncung 4 depa? ha.3x...

byk betul blog ko, yg mana yg utama?

izman said...

abang long,
dah biologi begitu, so kita redha je lah yer!

izman said...

kak azzah8,
he.3x... sebab selalu tak ingat, saya setkan semua tarikh dalam henpon. senang, ada reminder sehari sebelum.

izman said...

wanita itu,
bukan tak faham, saje tak mau faham. he.3x...

Alhamdulillah, wife memahami kekurangan daya memori asben dia ni.

izman said...

eiman,
sama la... ha.3x.. senangkan ada Personal assistant yg tolong ingatkan.

izman said...

ima shhs,
aku set sendiri je dalam phone.

izman said...

julietchun,
tarikh gaji aku mmg ingat sebab aku yg pikir nak letak tarikh gaji bile. ha.3x...

izman said...

ila,
syukurlah. ko garang, memang la asben ko kena ingat. kuang.3x...

izman said...

rayz,
betul, kerana sayang.

izman said...

-goro-,
tapi aku subject sejarah paling asku suka, dan aku memang score sejarah. tak tipu!