Sunday, August 23, 2009

Oblong & Emlet

dah hari kedua puasa. Syukur, semua berjalan seperti biasa. seperti yg aku bagitau semalam, kami tak beli apa2 untu berbuka. wife masak semuanya. dan kami berbuka dengan buah kurma, agar2 merah dan kuih lompat tikam. murtabak aku nak pegi peli tapi wife tak bagi sebab kuih dah banyak. untuk air, wife sediakan air laici je, aku nak sirap bandung laici, tapi wife kata anak2 nak air laici original. wife ikut cakap anak2. err... isteri patut dengar cakap asben ke cakap anak ye? apa2lah, anak2 gembira, akupun happy je. lagi syiok menunggu waktu berbuka anak2 yg tak sabar. aku suruh je mereka makan tapi semua nak tunggu makan bila azan maghrib, macam la si luqman dan pika tu puasa. lagi best luqman yg bacakan doa berbuka puasa.

lepas makan kuih, aku terus bedal nasi. then, ke masjid terawih. balik terawih singgah jab gerai burger area rumah aku tu. aku nak cari burger oblong. banyak kali aku tengok tapi tak pernah beli. dua kali aku nak beli sebelum ni tapi abis. semalam nak beli, abis jugak. aku tanya kawan2 yg biasa makan mereka kata rasa macam prosperity burger, tu aku nak try tu. prosperity burger memang aku suka. dah tak de oblong, aku just ambik burger daging special utk diri sendiri, ayam special utk wife, dan ayam kosong untuk anak2. balik pekena dengan teh'o panas. memang best la.

tivi takde cerita menarik, nak tengok cerita marine kat tv2 dah sekerat jalan. astero; cam biasa masa nak layan, cerita banyak ulangan. terbukak konsert Mj @ mikail, anak perempuan aku nak tenok. aku layan sekali. wife dan luqman dan undur diri, beradu. anak lelaki memang serasi dengan emak, dan anak perempuan memang dengan ayah.

since tadi aku dah cerita pasal oblong dan burger, nampak sangat aku ni jakun sikit pasal oblong. itu biasa sebab kat 'u' dulu pun ada kejakunan aku pada sejenis burger jugak iaitu 'emlet' atau 'hemlet' (ejaan abaikan). aku rasa pun masa tu masa puasa jugak. biasalah kat 'u' aku suka tidur lewat, apa lagi studi la... (jangan tipu ooi, batal puasa) err... tak leh tipu ke bulan puasa ni? aku ulang balik, aku biasa tidur lewat sebab bersembang, layan movie, main computer games, layan radio era dan kadang2 siapkan assigment atau studi.

masa tu dah lewat, aku tengah layan movie joe's apartment kot dengan kawan aku. tiba2 sayup2 terdengar suara "emlet, emlet! satu seringgit!". aku confusius.

aku : rul, ko dengar tak suara tu?
rul : dengar. orang jual emlet.
aku : gile ke apa jual emlet dah pukul 12 malam ni.
rul : biasalah. cari duit lebih.
aku : cari duit lebih aku faham. tapi jual anak tikus tengah2 malam ni, apa kejadahnya. sape nak beli?
rul : anak tikus apa pulak?
aku : emlet tu bukanke anak tikus kecik tu.
rul : tu, hemster la woi..., ini emlet. burger benjo la..
aku : oo.. ye ke? aku tak pernah rasa emlet ni, try satu. aku lapaq ni. hang lapaq?
rul : ok jugak. hang panggil dia sat, aku ambik duit.

aku : Emlet 2 bijik, tingkat 2! cepat!
brader emlet : ok bang!
aku : bagi aku 2 bijik. ni halal ke?
brader emlet : halal bang. saya buat sendiri.
aku : ko buat kat mana?
brader emlet : saya pakat ngan kawan yg ada gerai burger bang. baru ni, panas lagi.
aku : 2 bijik. ko doq kolej mane?
brader emlet : kolej mas, bang. cari duit sikit bang. terima kasih bang!
aku : sama2. kalau tak sedap siaplah ko aku jumpa lain kali.
brader emlet : gerenti sedap bang. ok bang, assalamualaikum.
aku : waalaikumsalam (sambil menonggeng kebawah melihat kelibat brader emlet tadi dari bawak kelangkang aku sendiri)
rul : woi.. hang buat apa tu may?
aku : aku tengok takut2 mamat tu hantu ke apa? kalau hantu dia takde kaki. tapi dia manusia. ada kaki. jom makan.
rul : banyak la hang ni.

6 comments:

Wanita Itu said...

kalu saya pun sama bang, tgk kaki jejak tanah ke dak ... ihiks .. dah malam buto tuh *_*

saya baru tau burger benjo turut dipanggil emlet heeee..

Jard The Great said...

wa.. tibe2 lapar omulette.. uwaaaaaaa...

KV said...

ahahaha...elmet ke emelet ke, aku ingat helmet dulu tau! Darat sungguh. Lagi satu roti john!

hai said...

Ni nak bagitau la kan...kalo bulan pose ni mak/bapak kena beralah dengan anak2..jadi biasanya menu berbuka anak2 yang tentukan...mak tukang masak..bapak jgn banyak citer...makan je la!!
jual banjo malam2 teringat cerita 'pau suri'....

ɯıssɐɥıuɐq nƃʞǝɥɔ said...

tu arr...
aku pon takut2 gak laa antu jual emlet tgh2 malam...
sib baik org...

hostel normal la jual ape pun laku..

mgg sume stok kebulur kan??

juk said...

Salam Iz,

Abg dah jadi follower blog Iz dan letakkan link ke blog Iz di blog abg. Harap Iz akan melakukan perkara yg sama. Sila taip URL ini di blog list: httP://feeds2.feedburner.com/zukirobust

Thanks a lot my bro.

Abang Zuki Kelate.