Sunday, August 2, 2009

Berapakah Nilai Ikhlas?

dalam hidup ini kita tak boleh lari dari membeli barang atau menggunakan perkhidmatan. dan tentulah kita perlu membayar suatu harga. biasalah menda yg diberi percuma, manakan kita tau nilainya. Allah beri kita udara percuma, langsung kita tak jaga. suatu hari tentu kita akan diminta membayar harga oksigen yg kita sedut (kalau masuk hospital terutamanya). dah guna perkhimatan atau barang, persoalan duit dan ikhlas timbul. ikhlaskah kita membayarnya. ada menda yg kita rasa tidak setimpal dengan nilainya, tapi kita terpaksa membayarnya. nak percuma? berapa kerat menda percuma didunia ini, nak kencingpun kena bayar woi...

persoalan ikhlas dalam urusniaga ini aku timbulkan kerana aku secara jujur tidak tau berapakah nilai ikhlas itu untuk ditafsirkan dalam nilai wang ringgit. bulan lepas, semasa menggunting rambut, aku saje2 berborak dengan tukang gunting rambut itu tentang berapakah bayaran untuk khidmatnya dalam mengurut, berbekam dan membuat rawatan gurah. aku bertanya atas faktor ia diiklankan di kedai guntingnya. tokey gunting tersebut, seorang haji menyatakan tiada harga ditetapkan. mengikut keihlasan orang yg dibantunya.

aku yang bermulut laser disk ini bertanya lagi "berapakah nilai yang diharapkan dari khidmatnya?. haji itu menjawab "terpulang. ada yang bagi rm5, rm10 dan ada bagi rm50". aku berterus terang menyatakan bahawa aku yakin khidmatnya kurang sambutan sebab anak2 muda seperti aku sebenarnya berminat untuk mendapat khidmatnya, tapi kami tidak tau nilai 'ikhlas'. kalau berurut satu badan selama 45 minit misalnya, berapakah kami harus bayar?. nak bagi rm5, kami rasa terlalu kecil, dan nak bagi rm50, ia terlalu mahal buat insan berpendapatan sederhana macam kami.". haji itu aku minta tukar cara businessnya kerana kami cenderung membayar atas perkhidmatan; letaklah suatu harga yg difikirkan patut atas khidmatnya.

dan.... kunjungan terbaru aku utk gunting rambut, aku tersenyum. dah ada senarai harga untuk rawatannya. urut badan 45 minit rm30, rawatan gurah rm20. bekam rm35 (harga sebenar aku dah lupa, ini contoh sahaja). jadi aku membuat kesimpalan suka hati aku bahawa, ikhlas itu sangat tinggi nilainya. ia bukan bernilai rm1, rm5 atau rm10, tapi lebih dari itu. kalau seikhlas hati bermaksud boleh memberi satu tin susu pekat seperti di kampung pada jaman dulu2, aku rasa semua orang tidak sanggup membantu orang lain (bukan semua) pada jaman sekarang. dan aku faham bahawa seikhlas hati itu bermaksud "kalau nak bagi duit tu, bagilah biar orang yang nak terima turut puas hati".

apa2pun hipotesis aku ini bukanlah suatu kesimpulan mutlak. ia lebih bersifat hipopotemus (badak air). aku juga yakin ada diluar sana orang2 yang memberi perkhidmatan yang sangat jujur dan memang bayaran kepada mereka juga memang seikhlas hati kita. malah ada yg akan memulangkan duit jika nilai ikhlas itu terlalu besar buat nilaian mereka.

oh ya... aku masih ingat, datuk aku (dah arwah) ada kebolehan mengubat, menjampi, dan mengurut. semuanya tidak diwarisi kepada sesiapapun. datuk aku specialist dalam mengurut orang angin pasang atau uluran. apa itu ururan? nama saintifik dia aku tak tau, tapi istilah kampung aku "uluran ialah satu keadaan bilamana kerandut telur (skrotum?)lelaki membesar, sama ada sebijik atau dua2 bijik, dan sakit".

datuk aku dapat merawat sakit itu dalam masa kurang 10 minit, dan Alhamdulillah pesakit akan sembuh dan boleh berjalan tanpa terkangkang2 macam gorila lagi dan boleh melakukan aktiviti mengawan seperti biasa. datuk aku seorang pesara polis, ada pencen dan ada pendapatan tetap dari kebun getah dan kebun buah2an. datuk lebih suka orang yang datang dapat khidmatnya sekadar membawa buah tangan seperti susu tin, biskut kering atau roti bai, berbanding menghulurkan duit. kalau bawa makanan tu, bolehlah makan bersama lepas mengurut sambil2 borak2. kalau bagi duit, tuan rumah pulak kena pegi beli roti di kedai, satu kerja pulak.

sebagai cucu lelaki hensem, err... maksud aku paling tua dikala itu (jangan la muntah woii... tak baik la korang ni), akulah yang kena panggil datuk dikebun, atau menunjuk arah kepada pesakit utk berjumpa datuk. datuk suka mengurut di pangkin rehat dia di kebun, dibelakang rumah. dah dapat rawatan, biasanya pesakit akan hulur sedit saguhati kepada datuk sebelum pulang. aku biasa tengok setakat rm5 dan rm10 ringgit datuk akan terima. kalau rm20 (dulu ada duit rm20), datuk akan pulangkan semula. kalau dah bawa susu atau lain2 makanan, datuk tak akan terima duit lagi dari orang tersebut. sape rajin baca blog aku, rasanya tau bahawa datuk aku sangat2 garang, even kepada cucu2 dia. mulut dia lagi laser. datuk ahli silat, silap2 gaya, kaki dan tangan ringan je sampai ke muka (tapi tak pernahlah dia tampar atau tendang. rotan tu biasalah).

pernah sekali tu, seorang pesakit yg dah selesai rawatan beri datuk rm20, datuk pulangkan.

tok mat : banyak sangat ni, tak payahlah..
pesakit : takpelah tok mat. anggap saje ini sedekah dari saye (sambil menghulur kembali duit)
tok mat : (mencampakkan duit itu ke tanah dan memarahi pesakit tadi) ambik balik duit mu ni. aku tak nak! aku bukan fakir miskin untuk terima sedekah. dah.. pergi balik, sebelum aku marah. (sebelum dia marah, memang dah marah la... cakaplah sebelum naik minyak)
pesakit : (terkebil2, mengambil duit dan beredar)
cucu tok mat : (menghampiri pesakit tadi dan berkata)pakcik jangan ambik hati, datuk saya memang macam tu, dia ada angin pendekar. dia biasa bagi sedekah, dia mana boleh terima sedekah sebab dia ada harta).
pesakit : mana pakcik tau. pakcik cuma nak bagi ikhlas je sebab sakit dah hilang. abis macam mana?
cucu tok mat : macam ni lah, pakcik pegi kedai cina depan tu, beli biskut dengan susu tin. nanti saya cakap kat datuk saya pakcik bagi.
pesakit : ok (berlalu, membeli barang yg aku cakap dan memberikan kepada aku. kalau bagi datuk aku, confirm dia kena baling dengan tin susu tu. datuk aku angin dia bukan senang surut)

korang yakin ke aku yg bagi kat datuk aku barang2 tu? akupun tak berani la. barang2 tu aku bagi kat nenek aku, dan mintak kakak aku yang cerita kat datuk. datuk aku sayang gile kat kakak aku. cucu2 lelaki sayang lebih sikit dari cucu tiri je.


IZZI ADVERTIZING---------------------------------------

www.bio-asli.com/?id=izzi



www.bio-asli.com/?id=izzi

15 comments:

Caare said...

Bertuah saudara dapat rasa 'kasih sayang datuk'. Mmmm.. Bese lah, org dulu2 tu garang.. Tp garang2 pun.. hatinya baik..kan. Tp kita hormat.. tak macam skrg.. anak2 tak hormat org tua..

ima shhs said...

aku ikhlas komen kat sini....

garang nyer datuk ko..kekeke...;p

julietchun said...

rawatan gurah tu camner? tak penah pulok aku dengar.

Nek Cun said...

Izman, orang tua-tua memang macam tuh! Dia akan rasa terhina bila keikhlasan dia membantu dinilai dengan wang ringgit. Macam tulah emak bapa kita, bukan wang ringgit kita yang mereka mahu, tetapi kehadiran kita di sisi mereka yang lebih bermakna untuk mereka...

Abang Long said...

Dengan ikhlasnya Abang long meninggalkan jejak disini. :)

SUZIE APAI said...

owh...orang dolu2 kala memang...darah pendekar tu mmg tak bleh blah....!!!

Megat Zainuddin said...

uihh garangnye datuk abe ye..takut den..tp time part dia campak duit tuh cam x best jek..kan rezeki tu.klau ye pun mrh...hehe kang kene gam lak lalala..

izman said...

caare,
biarpun atuk garang, memang kami semua sayangkan dia.

izman said...

ima shhs,
mmg garang. tapi kalau sape kacau cucu2 dia, memang cari nahas la..

izman said...

julietchun,
akupun tak pernah cuba, tapi dia kata gurah tu untuk buang punca penyakit dari hidung.

izman said...

nekcun,
setuju. bukan semua benda wang jadi ukuran.

izman said...

abang long,
trima kasih.

izman said...

suzie apai,
dah memang guru silat, apa nak buat.

izman said...

megat zainuddin,
setuju. tapi dalam kisah ni, itu terjadi, stori je lah. mujur cucu dia baik (puji diri)

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]buy microsoft software for, [url=http://firgonbares.net/]purchased software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] download office 2003 trial adobe acrobat pro 9 training
software buy now [url=http://firgonbares.net/]nero 9 - install dts serial number[/url] buy microsoft access 2003 software
[url=http://firgonbares.net/]nero lite[/url] discount software discount game
[url=http://firgonbares.net/]block for mechanical autocad[/url] software like adobe photoshop
purchase computer software [url=http://firgonbares.net/]software to sell[/b]