Wednesday, November 18, 2009

Romeo Pencen : Rajuk Sang Kekasih?

merajuk? menda ni adalah elemen penting dalam sesuatu hubungan. dan terlebih2 bagi yang bercinta. aku percaya semua manusia normal, yang bercinta dan berkahwin akan menghadapi dugaan pasangan merajuk, atau lebih teruk anda yang kuat merajuk dan memeningkan pasangan anda.

aku malas nak cerita sangat bab2 merajuk lepas kahwin ni. aku ceritalah sikit sedikit pengalaman aku masa bercinta dulu. ala anak2 gadis kalau bercinta ni korang faham2lah, anggap kita ni macam kepunyaan dia 100 percent. semua kena report, semua kena bagitau, kalau tak beritahu.... alamat muncung dia memang boleh ikat lah. dalam kes aku, ia lagi teruk sebab masa tu aku berkawan dengan bini orang. mak datuk.... lagi teruk cemburu dan merajuknya. pantang aku tak jawab telefon, mesti keesokkan harinya mukanya yang comel tu dan jadi macam tapir afrika. eleh.... ko ada laki, merajukle dengan laki ko. aku sesekali nak juga merajuk dan memujuk anak dara, asyik2 kena pujuk bini orang. kena tukar taste jugak.

tapi, manakan sama penangan bini orang dengan penangan anak dara. bini orang ni lain sikit (aku bercerita dalam konteks aku dalam keimanan yang teguh. sila percaya). kalau merajuk anak2 dara ni, memang senang gile nak pujuk. kadang2 tu sekadar senyum depan si dia atau buat2 bercakap dengan kucing kat sebelah dia, si dia dah mula tersenyum. tapi mereka masih rapuh. tapi bini orang jangan ko buat main.... hatinya sekeras batu. rajuknya juga panjang dan biasanya dalam keadaan tidak normal. onak2 dara ni jarang kita dengar nak lari2 sampai2 tak nak jumpa, makhluk sepuak lagi tu dia tak kisah. rajuk mau berhari2 punya. dia bukan kisah, kat rumah dia ada laki dan anak2. yang rugi dan menanggung rindu? tentulah pencinta setia macam aku ni. sehari tak jumpa, tak keruan jadinya. tak dapat tengok empunya diri, tengok kain sarung dia dijemuran pun jadilah.

tapi sebagai manusia pencinta sejati, aku selalunya tak putus asa. call tak jawab, tak pe. pergi opis dia larikan diri menyorok dalam tandas, tak pe. sehari tak jumpa, takpe. dua hari tak bertentang mata, tak heran. masuk tiga hari,.... argh! aku dah jadi angau. tengok kiri, nampak dia. tengok atas, nampak dia. tengok meja mc d, teringat dia. tengok aci cleanerpun ternampak2 dia. sadis sungguh!

takpelah bukan jodoh aku. aku tetapkan hati dan tekad. aku perlu berubah. aku ambik kunci kereta, terus memandu ke kedai bunga. aku cari bunya ros putih yang menjadi kegemarannya. dan bunga ros itu juga tanda aku memohon maaf. lepas tu aku pergi kedai kaset. aku masih ingat, dia pernah tercari2 kaset 'son by four'. ala masa tu lagu sepanyol (atau latin?) menjadi kegilaan dia. aku beli satu, ori punya! then aku ke kedai kad, beli kad minta maaf. tulis kata2 minta maaf "sayang, abang tau hati sayang terguris dengan kata2 abang tempohari. tapi percayalah, hati abang sebenarnya hancur luluh bila tidak dapat bertemu sayang. maafkan abang, dan abang berjanji akan kembalikan kegembiraan kita dulu".

aku tau aku tak mungkin dapat memberikan kad, bunga dan kaset itu secara peribadi. orang dah merajuk la katakan. aku sisipkan kad, bunga ros putih pada windscreen depan kereta dia. kaset pun aku letak sekali. tak tak risau menda2 tu hilang atau dicuri sebab ia dalam kawasan kilang, dan aku dah upah guard tu rm10.00 untuk tengok2kan menda2 tu.

dan.... seperti dirancang, malam itu sidia telah terpacul dimuka pintu rumah bujang ku. tak masukpun sebab kami tinggal 10 orang dengan hanya ada 2 bilik. lagipun akukan orang baik2. si dia cepat menyalam tanganku dan menciumnya, meminta maaf. aku hanya tersenyum manis. aku dah kena jackpot!!

14 comments:

maiyah said...

majuk eratkan lagi kasih syg :)

Webmaster@Echam said...

Majuk tu tanda sayang beb... Kalau takde pujuk2 tak bestlah...

ILA said...

Kau citer pasal ape niiii??Adoiiii!!!??? (gatal kepala aku pikir)..
kau bukan citer pasal bini kau kannn???
kau citer pasai bini orang kannnn???
cakap!cakapppppp!!!
Amboiiiiii~~

relevan said...

Merajuk pada yang kasih..berkasih pada yang sayang..hehe izman nanti ko tau lah pula bila orang tua yang merajuk..

pB said...

ini cerita fiction ker cerita betulll

izman said...

maiyah,
betul. merajuk tanda sayang.

izman said...

webmaster@echam,
eh.eh... kalau pompuan dah merajuk, kita wajib pujuk.

izman said...

ila,
aku cerita cerpen rekaan je. bukan berkaitan wife aku.

izman said...

relevan,
tu yg tak gemor kalau orang2 tua merajuk.

izman said...

pB,
anggaplah kisah dongeng rekaan semata.

Iliana said...

puhyoooo...adeh..romantika de amor tu..ptt la cair~ heh3

sha said...

ingatkan saja cari nahas..rupa2nya

Fatt Chin Choy said...

haha
memang romeo sejati

Mak Su said...

maksu ni ha, merajuk ler cemana pun... takkannya dapat bunga.... bopren aku tu paksu chot, langsung tak romantik..huhhuhu