Wednesday, November 4, 2009

Restoran Rasamas, Putrajaya

Dah lama aku tak update pasal makan2. so, semalam (03/11/09) sebab ada urusan di putrajaya,dan kebetulan urusan selesai jam 5.15pm, aku ambik keputusan tak mau balik dulu. jalan jammed beb! aku orang port klang, mane biasa jammed ni.

so, aku pergi makan jam kat alamanda putrajaya. hari senin dah makan kfc, so hari semalam tu aku cuba restoran rasamas. restoran ni seumur hayat aku tak pernah jejak. tapi since dia satu company dengan kfc/pizza hut/ayamas, aku rasa nak cuba.

since kali pertama, impression aku mmg hebat la pada rasamas ni. masuk je restorente tu, memang orang tak ramai. not a big deal, cuba je lah. korang taulah, orang malaysia punya stail. tengok restoran yang ramai orang baru tau restoren tu sedap. aku terus ke kaunter, tapi petugas tu suruh aku duduk bila aku cakap aku nak makan disitu. patut la orang tak ramai, servis memang tahap siput. aku cuba set chicken platter dengan tambah sup. pastu aku tambah mixed vege, nugget dan ais lemon tea.



persepsi positif aku pada restoran ini adalah hancus! sup dia oklah sebab sejibik sup pizza hut, cuma mangkuk sup dia lebih kecil. roti yang diberi bersama sup memang la besar, tapi tersangat la masin. sama ada ia memang dibuat masin atau guna marjerin cap ayam, aku pun tak pasti. nugget dia pada aku sangat keras, berganda kerasnya dari nugget mc d.

bila hidangan utama sampai, ayam goreng dia memang nampak tidak menyelerakan. dan ianya betul, memang agak masin dan lagi worst ianya tidak dimasak sempurna. patut la aku makan rasa manis semacam je, rupanya masih berdarah merah lagi ayam tu. lepas ni aku kena tengok betul2 gigi aku takut tumbuh gigi taring macam filem raja bersiong. ayam suku ekor masak black pepper tu setakat ok je la, nak rasa pepper.... memang tak de la. sayur campur pada aku not bad la... cuma, tauhu jepun yang dihidangkan dalam set tu cukup tak menarik. liat semacam dan rasa dia adalah sangat tak best.

takkan semua terukkot? bukan teruk, tapi boleh diperbaiki. yang aku betul2 rasa berbaloi bayar adalah ais lemon tea je. ikhlas, itulah sahaja yang aku dapat puji tentang restoran rasamas putrajaya ini. kalau tanya pendapat aku bolehkan restoran ini pergi jauh, pada aku biarlah impian itu dibawa jauh2. bandingan dia dan kfc/pizza hut adalah sama macam jauhnya bumi dengan planet of the apes. pengurusan restoran rasamas sepatutnya belajar dengan pengurusan kfc yang juga dibawah pengurusan kfch. ini bukan kutukan, ini adalah luahan rasa pelanggan yang membayar mahal untuk makan dan servis yang baik. i give u money, please give me a good food and good service. untuk aku, tiada lagi 2nd time untuk makan2 di rasamas untuk setahun dua ni. untuk just makan nasi dengan ayam, aku akan lebih suka pilih kfc, the chicken rice shop atau warung nasi ayam restoren wasifah. more value for money.

6 comments:

maiyah said...

baik masak sindri lagi puashati :)

izman said...

maiyah,
itulah pilihan yg terbaik kak. tapi wife masih dalam pnatang, tak leh mengada2 mintak lebih2 sgt.

Abang Long said...

Kalau begitu, puas hati makan di warung tepi jalan ...

hai said...

sejak kfc di francaiskan serata ceruk kampong...rasanya pon sgt hampeh!!pizza hut tu kalo compare ngan shakeys atau dominos...memang tercorot..cumanya dia berjaya menembusi satu malaya, tu org nampak dia cam best!!(penilaian berpandukan tekak sendiri)...

julietchun said...

geli aku kalo makan ayam tak masak ni.

DaNia said...

rasamas serdang pun hampehhh!! dh la serve lembab, meja tak lap, pinggan mangkuk kotor lambat angkat.. ok, still bole sabo lg..

ktorg pun order la set ayam percik, tunggu pnya tunggu dkt 1/2 jam baru sampai..tp ayam sejuk mak aii..huhu.. then konon nk try spageti, tunggu lama lg..sampai2 je tekezut ktorg tgok dihidang dlm piring kecik ala2 piring kek tuh! arghhh...geram btul..

garlic bread masin. sup cendawan je ok sket..tu pun suam2 kuku...

overall: rasamas HAMPEHHHH.. tak mau gi situ lg.. :KECIWA!: