Monday, November 9, 2009

Tandatangan Buku Penilaian Luqman

hari ini (09/11/09) adalah hari menandatangani report card untuk anak aku di tadika. so, aku pergi laa... masa aku pergi, dah tengahari, ibubapa lain dah datang awal. aku nak jugak datang awal, tapi kerja menimbun.

duduk je depan cikgu tadika, cikgu tersebut senyum dan membelek buku laporan kemajuan anak aku disekolah. sebelum cikgu sempat buka mulut, aku mula bercakap dulu..

"cikgu, sebelum cikgu cerita tentang perkembangan anak saya ditadika, biar saya cerita dulu apa expectation dan pandangan saya sebagai bapa luqman. sebenarnya saya memasukkan luqman ke tadika sekadar untuk memberi dia peluang berkawan. apalah saya boleh harapkan pada anak yang belumpun cukup 5 tahun. cikgu dulu tentu masih ingat masa saya masukkan luqman ke sekolah tiap2 pagi, 2-3 minggu pertama luqman bersekolah, hari2 dia akan nangis. dan memaksa saya untuk kadang2 turut menemani luqman ditadika sehingga habis kelas.

sebelum mula bersekolah, luqman tak suka bermain dan berkongsi apa-apapun even dengan adik dia. kalau saya nak belikan sesuatu, saya belikan mereka keduanya. mereka tak akan kongsi punya. tapi dengan bersekolah, saya lihat dia dah mula belajar berkongsi mainan. pada saya, itu perkembangan yang cukup baik. melihat luqman bermain, bergurau dan belajar bersama kawan2, saya cukup puas hati, sebelum ini luqman tak akan mungkin selesa bermain dengan orang lain diluar keluarga kami.

saya sedar, luqman masih belum boleh menguasai 3M; menulis, mambaca dan mengira. saya tak pernah paksapun dia belajar semua tu. masa terluang, saya ada ajar, tapi saya tak push dia lebih. luqman mengenal benda, bentuk, binatang, warna dan sebagainya saya dah cukup puas hati. ada anak kawan2 yang dihantar ke tusyen, tapi saya tak mahu hantar. saya mampu, tapi saya rasa selesa anak saya enjoy masa kecilnya. saya setuju ilmu itu penting, tapi menikmati keseronokan hidup dizaman kanak-kanak juga penting. saya percaya, kita boleh cari ilmu bila-bila, tapi kita tak dapat kembalikan zaman kanak-kanak kita dulu.

saya puas hati saya hantar luqman belajar tadika sebab luqman boleh belajar dan bermain. dah saya tak pernah harap anak saya terus jadi cemerlang di kelas. biarlah dia ambik masa belajar. tapi saya tau, luqman sangat berbakat dalam mewarna dan melukis. hampir setiap bulan saya akan membelikan pensil warna dan buku mewarna, dan saya yakin cikgu juga perasan bahawa buku-buku latihan dia lebih diwarnakan dari ditulis. itu je pandangan saya, dan saya bangga dengan anak saya luqman hakim "

"apa pandangan cikgu pula?"

"saya rasa gembira sebab tau apa yang encik izman harapkan dan perkembangan anak en. izman. ada ibubapa hanya membiarkan anak mereka dan harap 100% pada cikgu. saya juga rasa luqman dah banyak berubah sejak dia masuk. dulu asyik nangis je, sekarang dah banyak berkawan. dulu, dia pendiam sangat, sekarang dah riuh jugak, cuma sesekali tu nampak la dia pendiam. daya fokus dia tinggi cuma dia banyak berfikir bila disuruh buat sesuatu. kemahiran 3M tu boleh dipelajari, lagipun dia masih kat tadika lagi tahun depan. tahun ini dia agak sedikit ketinggalan sebab dia di kelas umur 6 tahun. ok lah saje, moga ada perubahan lebih baik pada sesi akan datang" kata cikgu.

terima kasih cikgu.

18 comments:

maiyah said...

bukak cite dlu.. alhamdulillah dia smakin pandai :)

arsaili said...

salam..moga lukman menjadi anak yang cemerlang di masa depan...ada good potential tuh

secangkir madu merah said...

alhamdulillah.. biar luqman enjoy life kanak2 dia disamping belajar mengikut peringkat umurnya. Budak2 bukan boleh dipaksa tapi sampai waktunya memang kena paksa klu tidak dia ikutkan kehendak dia je.. bermain lebih dari belajar, semakin dewasa anak2 ni kena lebih pantauan. semoga Luqman membesar menjadi manusia yg berjaya.

Anonymous said...

takde sign buku penilaian pun? haha.. dah ko cakap dulu cikgu tu la kena sign .. keh keh keh

julietchun said...

zaman kanak2 perlu dilalui sebaiknya, bkn dgn belajar saja.

Anonymous said...

Man,...
Cam bunyi meng'ayat' (usher) cikgu je...
Almaklum cikgu tadika le ni Cun-Cun ..
Kuang 3x

Hans.Words said...

Ye le ..Anonymous
Ayat Power nampak . Kuang 3X

Mak Su said...

bapa yang prihatin :)

tak per, mengenai pembelajaran, masa cuti ni boleh buat rujukan sekali-sekala moga budak tak terlupa ngan apa yg dah dipelajari

ezzati said...

bpe yg pjg lebar drp cikgu...hehe..gud2

izman said...

maiyah,
moga kata akak jadi kenyataan. saya macam ibubapa lain mmg mengharap yg terbaik untuk anak2.

izman said...

arsaili,
insyallah.

izman said...

secangkir madu merah,
betul tu kak. main saje pun tak boleh. cuma saya belum ada rentak yg sesuai untuk cara pengajaran luqman yg terbaik.

izman said...

anonaymous,
banyak la ko cikgu tu kena sign. aku sign la... ha.3x...

izman said...

julietchun,
aku setuju, kanak2 perlu bermain, tapi tak terlebih2 la....

izman said...

anonymous,
mengayat? mane ade. cikgu tu pangkat makcik2 la. kot ye pun carik la cikgu yg muda belia lagi.

izman said...

hans.world,
tak de maknenya mengayat cikgu. itu ayat cover anak sendiri tu.

izman said...

maksu,
nasihat2 dari org yg dah ada anak2 besar ni saya akan ikut.

izman said...

ezzati,
semestinya. ibubapa yg habiskan masa lebih banyak dengan anak2 berdanding guru. kami tau siapa anak2 kami.