Sunday, March 13, 2011

Kereta Tu Liabiliti

duduk saje2 teringat usikan kawan2 seopis suruh tukar kereta. heh... kata deme, ramai staff2 yg lebih junior pakat pakai kereta honda, tak kan setia ngan kereta korea lagi.

sesekali pikir tu mmg ada hajat nak pakai kereta lebih mewah dan bergaya. bukan sebab pangkat atau status, sekadar keselesaan. bila fikir kali kedua dan ketiga, rasanya kereta aku masih OK. even baru2 ni teruk aku kena belanja sebab kerosakan, heh... rm6 ribu jugak le. tapi, kereta dah nak abis bayar, biasalah.

ini kereta kedua aku. dua2 aku beli baru. kereta dalam plastik kata orang kampung aku. aku tak reti bab2 modified kereta ni, so beli baru lebih baik. akupun bukan jenis beli kereta nak melaram, sekadar nak senangkan urusan kerja dan harian je.

bercerita bab2 kereta ni, aku yakin orang2 melayu kita paling teror. beli kereta waja, ubah jadi evo. beli saga, ubah jadi subaru. beli kia, jadi bmw. heh... kadang2, geli tali pusat jugak aku perhatikannya. bab2 orang melayu berkereta ni pun suatu kegilaan. cuba perhatikan brand kereta, rata2 dari kita boleh agak kaum mana yang memilikinya.

proton = melayu
honda = melayu
kia = melayu
bmw = melayu
volvo = india
nissan = cina
tata = india
mahindra = india
merc = cina
perodua = cina
lexus = cina

itu sekadar pukul rata je. suka2. dalam melihat gelagat berkereta, orang melayu selalu berlebihan. kerja peon, tapi sanggup berikat perut nak pakai honda. bior pape asal bergaye, kate deme.

akupun sama. kalau diberi pilihan, aku nak juga merasa pakai kereta ferrari,cayenne, lexus dan sebagainya. koman2pun nak juga pakai fairlady untuk ke tempat kerja dan alphard untuk balik kampung. cuma mimpi la, semuanya masih diluar kemampuan.

bercakap pasal kemampuan, aku memang tak mampu. tapi bagi yang mampupun ada yang tak nak pakai kereta2 mewah dan mahal. bos aku sebagai contoh. setakat pakai kereta toyota fortuner. kalau nak ikut kemampuan, bos aku tu patut pakai kereta kebal datang opis. ye lah, dah la jadi pengarah eksekutif beberapa syarikat tersenarai di bursa malaysia dan puluhan syarikat tak tersenarai. ayah dia pengasas bersama tan chong motor yang menjadi pengedar kenderaan nissan di malaysia. dah bapak tauke edar nissan, secara logiknya tak kan dia tak boleh beli kereta nissan murah. kurang2 sambar la fairlady atau murano. tapi, dia jenis humble... argh... apsal la ayah dia tak ambik aku jadi anak angkat dia, kalau tidak tau le aku melanyak fairlady hari senin, murano hari selasa, selphy hari rabu, sentra hari khamis, latio hari jumaat, grand lavina hari sabtu. hari ahad, pakai nissan vannette, meniaga pasar malam untuk jadi duit minyak kereta la.....

aku pernah tanyakan boss aku pasal kenapa tak pakai kereta mewah ni masa kami makan kat restoran korea di pnb darby park suatu ketika dahulu. kebetulan kat area bawah tu ada ruang pameran dan julan kereta mewah, aku lupa porche ke ferrari. jawapan dia senang. buat apa pakai kereta mewah. kereta sekadar nak ke tempat kerja dan memudahkan urusan harian je. kereta adalah liabiliti, bukan aset. rumah, tanah dan business adalah aset. nilainya akan meningkat dan suatu hari jika dijual akan dapat pulangan besar. kereta bukan aset. semakin lama, semkin tinggi kos pengurusannya.

heh, itu kata2 orang banyak duit. gaji bulanan nya aje dah boleh bayar cash kereta aku. apa2pun, sebab aku orang melayu dan aku bukan bos aku, aku tetap berdoa suatu hari aku tetap dapat pakai kereta mewah. kereta sedan tu pakai jugak, senang orang rumah pergi hantar dan jemput anak ke sekolah.

4 comments:

Mr PenyuBiru said...

sebab tu lah bos bro makin kaya kut.

tapi kan,kalu duit banyak dan tak digunakan sepenuhnya,buat apa kumpul duit kan.

ZAD's said...

klu untuk keselesaan perjalanan terutamanya travelling xda masalah kot beli kete lbih bgs, jgn sampai sakit pinggang sudah, xpasal kluar duit jgak... duit jgak keluar...hehe

Dang Tari said...

Kalau saya ni sekaya bos En Izman, saya pun mungkin macam dia atau kurang lagi dari tu..sbb taste, saya pun suka humble macam dia gak..hehe

shashacatering.com said...

Satu cadangan yang bagus.

Thanks for visiting me;-)