Wednesday, March 30, 2011

Jiwa Antik

bila usia dah makin meningkat ni, secara automatik hobi dan kegemaran juga dah berubah. muda belia dulu kalau tengok kereta remote control berair2 mulut, tapi sekadang semua tu beli untuk anak2 je. minat dah semakin oldies. kumpul syiling lama dan yang terbaru minat2 antik pulak.

aku kata minat, bukan beli. banyak barang antik ni harga dia mak aii.... mahal siot! antara yang aku berangan nak miliki ialah jam dinding yang pakai kunci, dan gramaphone (peti nyanyi piring hitam). jam dinding takat yg aku usha2, rege dia tak le mahal sangat, antara rm250-600. tu kira yang murah2 la. yang ribu riban pun banyak tapi semua tu tak terjangkau akal dan duit ku lah.

peti nyanyi tu aku minat sebab klasik. mana tau dapat duit dari langit ke 7 (B) suatu hati nanti boleh le sambar. harga dia pun bukan murah beb. cuma aku rajin2kan diri ke jualan borong di pasar lambak dan internet.

oh ya, baru ni kebetulan adik aku nak duplicate kunci kereta dia masa dia datang rumah aku lepas balik dari cameron highlands, aku bawa dia ke kedai kunci di pekan port klang. kedai ni di recomend oleh sahabat baik merangkap jiran belakang rumah. memang oldies la apek ni. bukan setakat dia yang antik, barang2 dalam kedai diapun hampir 95% antik.

cash register ni antara yg aku suka tengok. tengok je la.... borak2 dengan apek ni, khabarnya harga tertinggi yang pernah dia dapat offer untuk membelinya ialah rm3000 hengget. pada aku memang logik. keadaan dan functionality masih memuaskan. moden lama ni beb. cuma akalu suruh aku beli tu.... payah la. aku nak buat ape (tak mampu beb)



jam dinding ni aku berkenan. menitik air liur beb. khabarnya jam ni adalah hadiah bapak apek tadi kepada emaknya masa perkahwinan makayah dia di China dulu. usia jam? apek tu sendiri umur dah 80 tahun lebih, bayangkan usia jam tu. jam masih berfungsi, dan keadaan elok. kalau ikut penilaian aku yang tahap amatur ni berdasarkan risik2 di pasar lambak dan carian internet, harga patut adalah antara rm450 ke rm600. sedikit pengubahsuaian pada coil dibuat dan aku rasa ia telah di cat semula. cara jam digantung juga mencacatkan body jam. kalau aku nak beli, dalam rm150 aku sanggup.



apa barang antik aku ada? heh... belum berkemampuan beli barang antik la. sekadar tengok2 je. kalau seterika arang aruah mami (mak) aku boleh dikategorikan antik, itulah saje yg paling bernilai aku ada. itupun aku ambik lepas papa aku biarkan tepi rumah. masa aku jumpa penuh kesan cat. err... akupun belum bersihkan cat tu lagi, belum berkesempatan pergi beli minyak tanah untuk bersihkan (alasan).

8 comments:

AZANI said...

salam Man
kadang kadang bila melihat benda antik terngatkan yang kita pernah ada...contoh , jam penduulum tu, masa dulu rasanya tak sampai 100,sekarang ..melambung...kalau kita tak ganas pasti barang tu boleh simpan untuk jenerasi akan datang,sterika arang batu,acuan baula ikan tembaga,kita perenah ada benda tu masa kecil..tapi yel;ah///masa tu.mana tahukan.?

Yunus Badawi said...

Salam izman,

Baguslah minat barang2 antik. Barang2 lama kat rumah awak tu satu hari nanti boleh dijual sebagai barang antik. Masyuk jugak tu. hehehe

izman said...

azani :
betul tu bang, makin tua usianya, makin mahal pulak harganya. kalau tak simpan, generasi anak2 nanti, may be diorang hanya jumpa kat muzium je.

izman said...

yunus badawi :
setuju dgn abang. selain memelihara warisan, jual pun masyuk jugak. mahal tu....

nurazzah8 said...

Salam..apa khabar sekarang? lorrr...dah minat antik pulak dah.... jom join group kami...akak dah masuk tahun ke-3 terrrrrrminat barang antik/lama ni.... ingat tak dulu pernah tanya Izman kat mana Amcorp Mall? kat situ mmg tempat cari barang lama..setiap hari Ahad ...level bawah sekali....

tapi akak lebih kepada pinggan mangkuk lama/antik ... actually akak ada blog lain selain dari blog personal akak tu...blog tu khas untuk hobi baru akak...asalnya dapat warisi pinggan mangkuk lama dari mak... nostalgia betul...teringat masa kecik2 dulu makan dalan pinggan mangku tu... skrg dah melarat...

akak pun tahun lepas ada dapat beli Gram tu...dapat lah below seribu...kalau idak rege ribu raban....

gi lah visit blog akak tu:
http://www.nostalgialama.blogspot.com

kak Azzah8

Mr PenyuBiru said...

simpan barangan antik ni pun kira cam satu investment jugak tu. mana tau akan dtg harganya melambung tinggi.

arsaili said...

salam bro..sori lama tak menjenguk and even update my blog...so busy....hope u r doin ok...bole tak email ur hp no. to arsaili76@gmail.com

Rayz said...

Salam Mey...

Coin-coin yg ko kumpul itu ada gak antiknya mey....