Wednesday, April 6, 2011

Adakah Adil Bermakna Sama Rata?

lama tak hapdate blog, bersarang sikit. kepada member2 yg bertanya khabar, terima kasih atas keprihatinan kalian. well... aku ok. cuma minggu lepas cuti panjang sebab papa aku masuk wad di hosptal jerantut. dah keluar wad dah hari ahad, dan the same day kami sekeluarga balik klang. 3 hari jugak aku tak bekerja dan anak2 tidak bersekolah.

sepanjang minggu lepas, makan minum kurang terurus. banyak makan kat kedai sebab kebanyakkan masa on the road. makan kat kedai je.

bercakap makan kat kedai, jangan cakap pasal sedap. masa bujang dulu semua boleh telan. dah kawin ni dah terbiasa makan masakan isteri yg sedap2 hingga badan cam apam kembang. so, makan kat kedai rasa semacam je. dan ada yg terasa cam makan makanan yg dimasak guna kaki (ish.... kasarnya bahasa).

oo... itu bukan subjek yg nak aku cerita. aku nak cerita pasal masa makan bersama keluarga ni anak2 tak menang nak order sama. anak 3, so masing2 nak makanan yg berlainan. opss... anak ketiga masih bulum reti order, so makan ngan ummi dia. anak sulung, luqman hakim cam biasa dengan mee goreng dan carrot susu. anak kedua, pika dengan nasi goreng dan sirap bandung. isteri terpaksa mengalah makan nasi goreng tak pedas untuk dimakan dengan anak ketiga, mira. aku? kebiasaannya akan pilih nasi goreng pattaya dan air suam.

aku memang order nasi goreng pattaya dan air suam, tapi kesudahan ceritanya, akan akan makan mee goreng & carrot susu luqman, nasi goreng & sirap bandung pika, nasi goreng ummi, dan termasuk makanan yg aku order.

kadang2 aku marah jugak anak2 sebab masing2 tak nak mengalah masa order, tapi makan? heh... tak luakpun. bila ditegur, mulalah sorang2 muncung. masing2 kata "abis, abang luqman boleh order, kenapa pika tak boleh?. ayah tak adil".

adil? yup, may be pada anak2 bermaksud kalau si abang boleh order sendiri makanan, si adik boleh order makanan sendiri jugak. aku lebih suka mereka kongsi makanan sebab mereka bukan makan banyakpun. tapi mengenangkan tak suka tengok muka anak2 yg merajuk dan muncung, ikut je la.

sesekali oklah, tapi kalau selalu sangat, membazir duit dan makanan je. perut aku pun bukan sepanjang masa boleh melantak semua. dah bulat sangat dah.

heh... since aku tak pandai nak suruh anak2 berkongsi, payah jugak kalau aku nak kahwin lebih dari satu ni (ayang.... abang cakap je. abang setia pada yg satu. percayalah....)

3 comments:

AZANI said...

salam man
biasalah, ayah juga jadi pengabisnya...aku faham sendat no entrypun terpaksa tujah ..ha ha..

Nur a.k.a admansyah said...

ko kalo bab penutup citer... mmg lari tajuk!!! ishh... mengucap byk2... :)

I pn suke anak berkongsi tp nmpk gaye yg bongsu mmg susah nk share! seganas2 abg.. masih nk mengalah! adat-lah awk.. bkn sumer sama even kou dr perut yg sama!

Rayz said...

Biasa lar Mey... kita senasib... AKu skrg kalau bawak anak-anak & isteri makan kedai, aku biar diaorang aje yg order.... nnt finishing mesti aku jugak ...