Monday, April 25, 2011

Hidup Mesti Terus

ada kawan bertanya kenapa aku tetap membuat entry baru hampir setiap hari even takde orang komen. kata deme, blog orang lain ada puluh2 malah ratusan komen baru buat entry baru. dan biasanya jarak masa setiap entry adalah beberapa hari.

heh... betul aku setuju. tengoklah apa tujuan dan kepopularan mereka. kalau blog aku nak tunggu orang komen beratus baru nak tukar entry baru, memang tunggu musang berjanggut la. nak dapat komen 2 orang pun susah. berblog ni suatu hobi je pada aku, dulu2 ada juga terlalu excited nak cari sedikit duit saku dengan segala makdatuk punya iklan. itu dulu, malas dah. memang dapat sebab akan ada orang yg akan click atau beli benda yang diiklankan, tapi ia kadang2 membuat aku stress. hari2, asyik nak tengok ada orang masukke, orang belike, dan sebagainya. dan akhirnya, aku buang semua itu dan jadi blogger untuk kepuasan diri je. kalau ada iklan terselit tu, sekadar suka2. ada orang klik atau ada duit, adalah. kalau takde, takdelah.

berbalik kepada pertanyaan kawan aku tadi, aku cuma nak jawab begini. hidup kita, kita tentukan. hidup kita tetap akan berjalan, even jika kita tak mau ia berjalan. hidup kita akan tetap kita teruskan selagi nyawa dikandung badan, even tak ada orang peduli akan kewujudan kita. sesaat yang berlalu dalam hidup kita tak akan dapat diputar ganti. dan yang paling penting, usah peduli apa orang nak kata dalam meneruskan kehidupan.

orang boleh mengata kita jahat atau baik, kita yang lebih tau diri kita. jahat atau baik cuma pandangan dan persepsi mereka. err... tapi kalau ada yang melacur sukarela dan kata untuk mencari yang halal bagi membesarkan anak2, memang pada aku orang tu celaka besar. pun begitu, pelacur itu tetap melacur even aku mengatanya. hidup mesti terus.

berbalik kepada hidup mesti terus, aku ada satu cerita. entah ada kaitan atau tidak, aku tidak peduli. begini kisahnya.

pak hadi seorang melayu, duduk di pinggir laut. ada seorang isteri dan 2 orang anak. hidup mereka tenang dan damai kerana pak hadi menjadi nelayan untuk diri sendiri sahaja. dia ke laut memancing ikan. kalau ada rejeki, dapatlah bawa balik banyak ikan. pak hadi cukup selesa, dia cuma memancing ikan mengikut keperluannya. jika dapat ikan besar seperti ikan jerung, merlin, paus biru, salmon kutub utara dan sebagainya, pak hadi akan melepaskannya semula ke laut.

bukan pak hadi tak makan sup sirip ikan jerung atau ikan yang besar2, tapi kuali dan periuk dirumahnya kecil. kalau tangkap ikan besar, tak muat kuali dan periuk. kalau nak simpan bahagian yang yang dipotong, pada zaman dulu belum ada peti sejuk. itulah rutin pak hadi.

tak faham maksud cerita aku ni?

heh... inipun tak faham, sama macam aku jugak. meh aku ceritakan.

pak hadi hanya gambaran watak orang melayu dari dulu sampai sekarang. hidup dalam zon yang sangat selesa. dapat rejeki untuk kelangsungan hidup, sudah cukup baik. tak perlu menabung, tak perlu melabur atau berniaga. gambarannya jika dapat ikan besar akan dilepaskan, padahal ia cuma perlu beli kuali atau periuk lebih besar jika dapat ikan besar. peluang selalu ada depan mata, tapi dilepaskan. ikan lebihan boleh dijual, tapi dilepaskan semula ke laut.

dari tahun ke tahun, orang melayu sama je watak diatas. hidup dalam zon selesa. hidup je dalam zon selesa, tapi ramai yang melarat. kemudian mengata kenapa orang cina dari tongsan (china) boleh jadi tauke di negara kita. dah dia tau dia melarat, diorang kuat bekerja. ada peluang, diorang sapu. kita orang melayu ada kontrak, kita sub kat dia. dia makan kari ayam, kita makan kari kaki ayam. pun dah bersyukur sangat. kita orang melayu kerja sampai universiti, akhirnya jadi kuli mereka yang sekolah pun tak pernah pergi. heh.... thats life.

apapun, hidup kena teruskan. dalam perjalanan, kutiplah ilmu agar dipenghujung nyawa nanti kita mampu megucap dua kalimah syahadah.

2 comments:

AZANI said...

hear...hear...izman...persepsi yang amat mengupas realiti melayu...

Cik Kamoo said...

kadang2 orang tak faham kita menulis sebab minat ... saya pun jarang ada orang komen. tp tulis je selagi line internet tu ok