Monday, April 18, 2011

Jangan Ganggu Keluarga Aku Syaitan !!!

sebab ramai yg suka tanya kenapa aku jarang2 update, kali ni aku buat beberapa schedule post. bukan cerita basi sebab majoriti cerita aku stori mori sini ramai yg tak tau. lagipun, kita semua suka cerita2 basi. tak? tok sah temberang, berita surat khabar, tivi tu semua cerita basi apa.

kebelakangan ini kita asyik sangat disogok dengan cerita2 hantu dan tahyul di semua channel tivi. cerita2 hantu ini dah hilang seramnya. dah dianggap cerita biasa dan lawak lagi. well, ada yg bersifat kisah benar dan ada juga yg terlampau fiksyen.

aku ada satu kisah saspen pasal hantu ni. kejadian pada 16 april 2011 (actually dah kira 17/4/11).

pada malam kejadian, kawan merangkap jiran belakang rumah aku ajak aku keluar agak lewat kerana urusan mengambik kereta yg direpairnya dari rumah pomen. dah alang2 keluar tu kami lepak2 dulu minum2. since malam minggu, dah tajuk sembang dengan beberapa rakan yg jumpa di restoran mamak agak hangat, sedar tak sedar dah jam 130 pagi. kami beransur balik.

sampai rumah, semua dah tidur. since mata sebenarnya dah tak mengantuk aku layan tivi sekejab. tak selesa berseluar, aku tukar sarung. tiba-tiba.....

anak ketiga aku yg tidur tersedar dan menangis. isteri bangun dan membuat susu. susu diambil, tapi tangisan makin kuat. risau anak kembung perut, isteri menyapukan minyak telon ke perut amira. tangis tidak mahu berhenti, malahan makin kuat. melihat amirah tak mahu berhenti menangis, aku mula menghampirinya, tangisan makin kuat. aku saje bertanya "amina.... kenapa nangis. nak apa?". amirah tak menjawab, sebaliknya tangan kanannya menunjuk2 ke arah dinding dimana aku berdiri.

tak puas hati, aku mengulang2 soalan sama, dan amirah masih menunjuk2 tangannya kearah sama sambil menangis kuat dan meronta2. argh.... aku merasa sesuatu tidak kena kerana tak pernah dia berkelakuan begini. aku mendokong amirah yang semakin kuat menangis dan membawanya ke dapur. tangisannya tak henti. aku ambil air sambil menyusap2 ubun2nya sambil membaca ayatul Qursi dan 3 kul. aku hembuskan ke dahinya. heh... serta merta tangisannya berhenti. amirah memusing2 kepalanya ke kiri dan kekanan seolah2 mencari sesuatu. aku terus mengusap2 kepalanya sambil terus membaca surah2 lazim. dia nampak tenang.

aku membawanya ke pangkuan umminya. dan..... amirah terus menangis seperti sebelumnya sambil tangan menunjuk2 dinding. argh.... memang sah ada yang mengikut aku balik ni. aku mendokong dan ayatul qursi sekali lagi. dan aku juga minta isteri memasang cd roqyah al syareah di ruang tamu. emmmm biasalah orang melayu, semua jenis audio visual letak kat ruang tamu, termasuk pinggan mangkuk, barang tembaga, buku2 dan sebagainya. biasalah nak menunjuk2 kat tetamu yg datang. since aku orang melayu, tivi dvd ppun kat ruang tamulah.

kami bentangkan toto di ruang tamu sambil cd memperdengarkan ayat2 roqyah. aku pasang biasa2 je sebab hormat jiran2 nak tidur. anak2 juga aku angkat bawa ke ruang tamu, nak berentap dengan setan ni biarlah ahli keluarga selamat depan mata.

dalam beberapa minit diperdengarkan ayat2 roqyah yang dibeli dari ustaz ahmad dasuki, amirah sambil menangis menjerit2 " an nak, an nak (tak nak, tak nak). kami teruskan je sambil perhatikan amirah. dah dalam kira2 15 minit, amirah berhenti menangis dan bertenang macam biasa. kami bagi susu, dia menyusu dan tidur dengan aman. cd ayat2 rogyah kami terus perdengarkan sampai habis cd pertama. alhamdulillah, tiada gangguan kepada ahli keluarga aku selain amira.

aku berjaga sampai jam 4 pagi untuk elak sesuatu yang buruk.

pagi esoknya untuk menambah misteri, isteri memberitahu ikan puyu kami yang dibela didapur mati dilantai (ruang tamu bela ikan emas). mati tu memang sah matilah ikan puyu tu, tapi orang tua2 kata, ikan puyu ni menjaga rumah. ikan puyu ni dikatakan akan menegur menda2 ghaib yg masuk ke rumah, dan natijahnya ikan2 puyu ini biasanya akan mati dibunuh.

berbalik kepada teori ada menda mengikut aku balik kerumah kerana balik lewat2 malam (pagi??). aku yakin ada benarnya. arwah datuk aku dulu, tok mat ada memberitahu aku mengenainya. malah aku disuruh jangan terus masuk ke rumah jika dari perjalanan jauh atau lewat malam. sebaiknya rehat sekejab di luar rumah, atau membasuk kaki atau muka. seeloknya kat tok mat, ambil mana2 ranting pokok berdaun, kibaskan atas kepala untuk menghalau menda2 yg menumpang balik. kalau takde ranting, tanggalkan baju dan kibas2kan atas kepala. kemudian barulah masuk rumah.

6 comments:

Insan Marhaen said...

akhmal selalu ternampak lembaga hitam di dalam biliknya.

huu...

AZANI said...

salam izman
bataskan dengan daun atau ranting yang dipatahkan tadi seperti paris laksamana atu force shield..makdudnya sampai had tu makhluk yang jahat, jin dan syatan
ngikut.nak lebih ampuh, taawuz,basmallah dan selawat dulu.

julietchun said...

budak kecik memang dapat tgk benda2 halus ni kan.

Rozami said...

seram bang

Rayz said...

Mey

Hafal ayat ini:-
At-Taariq ayat 4.

Surah ini kita baca bila sampai dirumah, setiap kali jika kita balik lewat malam atau balik ketika senja. Ayat ini adalah ayat pemisah untuk memisahkan diri dgn makhluk halus yang ingin mendampingi atau yg ikut kita balik.

Lovely Kitchen said...

Thanks for sharing...Rayz