Sunday, April 17, 2011

Jom Samba Dengan Rio

kebelakangan ni memang agak bizi. banyak menda kena buat. kerja di opis menimbun, kewajipan dirumah juga kena buat. sepanjang minggu lepas anak2 assyik menuntut janji kfc dan menonton wayang rio.

kfc tu biasa sangat, tapi bila seminggu dua tak buat, mulalah mereka bertanya. wayang tu bukan selalu, kalau ada cerita yang mereka nak tengok, aku bawaklah.

so, hari ni, 17 april 2011, aku bawak anak2 menonton wayang cerita rio. bawa 2 anak je: luqman dan pika. anak ketiga, mira tak bawak. kecik sangat lagi. cam biasa, mira dan ummi doq rumah la. wife pun memang bukan minat sangat tengok wayang. asal anak2 happy, ummi dah cukup happy. lebih2 lagi kalau 2 orang tu dibawa berjalan, dapatlah isteri rehat sikit dirumah.

malas nak book online, aku just redah je. panggung dengan rumah aku cuma 5 minit perjalanan. ada tayangan jam 4.45 petang, so jam 415pm aku gerak ke sana. parking cam biasa memang jauh menapak. sampai tgv, di screen tunjukkan rio jam 445pm dah 'full'. argh... redah je ke kaunter. yg belakang2 dah penuh, tapi 4 baris ke depan masih kosong, aku ambik je.

lepas beli tiket, dan jajan kami mula menonton. emmm... cerita dia menarik. puas hatilah tengok.

even habislah lebih rm50 untuk tiket dan jajan, melihat senyum di muka anak2 dan janji tertunai. aku cukup puas hati.

2 comments:

Insan Marhaen said...

IM tak pernah bawa anak-anak tengok wayang..

umi ameer said...

ayah yg rajin melayan anak2 hang ni, kan?... syabas!!

http://see-if-i-really-care.blogspot.com/