Sunday, March 27, 2011

HR semua 'pa ka liau'

perut sendat, melayan online jab. lepas ni nak ke shah alam sekejab.

dah beberapa hari aku tak berblog, balik kerja dah malas nak on pc. biarkan anak2 main games je. anak2 dah bersungut kenapa netbook yang baru dibeli belum dimasukkan games. ye lah, laptop aku dah jadi macam laptop company. hari2 bawak ke opis. ye lah, software payroll dah diinstall ke laptop aku bila pc aku kat opis infected by virus. sesekali fikir bagus jugak sebab bila dalam laptop, in case ada urgent payroll, boleh bawa kerja balik umah.

sesekali pikir balik, bodoh jugak. laptop sendiri jadi lunyai. heh... inilah bahana jika terlalu baik dan terlalu lama disesuatu tempat. semuanya jadi macam harta sendiri. boss pun dah serahkan kita urus sendiri. yg penting result je. samalah halnya dengan perkembangan terkini. since syarikat kami dapat projek 'jatuh dari langit ke 7', semua pekerja pulun kerja separuh mati. overtime sampai limit. deadline cam haram jadah, dan orang tak berkaitan production macam akupun terbabit sama. since aku orang lama, dan mengikut boss lebih dipercayai, semua urusan aku kena handle. ada masalah even jam 12 tengahmalam, aku kena ada terpacak di kilang. ye lah, rumah aku ngan kilang cuma 5 minit, aku tak cerewet membantu tapi cam biasalah..... jariah! tapi syukurlah, sahabat aku si saiful nizam turut sama membantu even terpaksa datang tengah malam. thanks pul!

dalam memulun kerja yang mencanak2, ramai jugak pekerja bertanya tentang janji2 boss untuk memberi "B" bila projek selesai. apa yng aku mampu katakan kalau boss yang janji. pada aku "B" tak dapat itu aku tak kisah asalkan "G" dapat. boss pulak janganlah mungkir janji bila projek selesai. kang pekerja tanya "B" suruh pergi tanya HR. kang aku suka2 hati key in bonus 3-4 bulan gaji dalam sistem payroll, heart attact pulak dato'2 director.

kepada adik2 diluar sana yang masih tak tau pa kerja HR dan terfikir kenapa HR boleh handle semua kerja even yang tak berkaitan bidang mereka, jawapan aku senang. pada syarikat HR department ni selain bidang mereka, HR adalah penyelamat. HR juga multitasking atau semua sapu. tokey2 cina selalu anggap kami di HR ni 'Pa ka liau'. semua benda pun boleh, semua benda pun sapu. pada aku? since kerja itu diamanahkan oleh syarikat, selagi termampu aku buat. rasa tak sanggup, aku berhenti. tapi, takat2 kerja camni, kacang je. HR kan super department. aku sendiri pun perasan hebat. malas je menunjuk2 kekuatan. kalau aku tunjukkan kehebatan aku dengan pakai spender merah diluar pergi kerja,.... sendiri mau ingatlah (masuk wad gila nanti).

2 comments:

Rayz said...

mey... you can do it mey... cuma jgn pakai spender merah tu sudah... Aku x sanggup nak membayangkan ...

umi ameer said...

a ah.. bila dah lama baca blog hang, aku rasa mmg hang dalam kategori yg kuat keje, rajin dan sgt komited, bertuah boss hang dapat staff lagu hang ni..

tak berkira sgt.. hopefully bosspun tak berkira sgt bab membagi B nanti, kan?