Tuesday, June 8, 2010

Bini Yang Sama Bertahun-tahun;Tak Kisahpun!

dalam sesebuah perhubungan, kita kena menerima kelebihan dan kekurangan pasangan kita. lebih2 lagi kalau sebuah perkahwinan. ya... tiada yg sempurna, dan kita kena akui kekurangan diri, dan kena perbaikinya.

ye... akupun sama. dalam perhubungan aku juga ada kalangan terlalu berlebih2, dan ada kalanya terlalu berlembut. dulu masa bercinta bolehlah undur diri atau melarikan diri (opss!!)

emmm.... just nak kongsi satu kelemahan aku (tabiat??) yg sering ditegur wife.

isteri : abang... cuba la pakai baju lain. asyik pakai baju tu je.
suami : la.. apa salahnya.
isteri : tak salah, tapi warna dia dah luntur. baru basuh, belum lipat lagi dah pakai balik.
suami : dah basuhkan? dah bersih, pakai je lah.
isteri : memang bersih, tapi baju lain kan banyak lagi.
suami : dah baju tu selesa, abang suka. abang pakai je la.
isteri : ye la, tapi pakai la baju lain jugak. tak malu ke nanti orang cakap asyik pakai baju sama je
suami : apa nak malu pulak. abang hari2 dengan bini yang sama dah 6-7 tahun ok je. tak de fikir pun nak tukar bini baru.
isteri : Ee.... susahlah nak cakap. orang cakap lain, abang cakap lain.
suami : kalau susah, diam. pegi dapur buat cucuk kodok ke hape, kacau la abang nak layan cerita 'house' ni.

6 comments:

hai said...

akak ada 2 org anak spesis camni...kadang baju dia dah berlubang2,dia tetap nak pakai lagi...jadi untuk mengelakkan dia guna baju koyak tu...siatkan je...
satu kebaikan org camni,bila time raya...biasanya baju dia x perlu beli byk..sebab baju dia masih banyak yang baru....
anak2 yg spesis gini,biasanya diorang ni jenis yang cermat menggunakan duit dan agak kedekut juga....

nurazzah8 said...

Salam...
hahaha...macam sama je ceritanya kat rumah ni..baik anak2 dan juga bapak anak!

tspi mmg betul macam komen kat atas tu... jimat tak payah beli banyak baju... lagi senang..anak2 ni suka pakai t-shirt sukan sekolah yang dah lusuh dan lunyai tu...akak cakap, lain kali tak payah beli baju mahal2 kat shopping kompleks...borong aje t-shirt sekolah banyak2!!!!

Ms.Lilies said...

hoh..
sib baik laki aku xjwb cemtu...
samla tu suka pakai bj yg sama je

Mak Su said...

romantisnya... :D, moga bahagia dunia akhirat

saya ngan hubby dah 18 tahun kawin ni... doakan kebahagiaan saya, ek :)

izman kena tag, http://ceritakosong.blogspot.com/2010/06/menjawab-tag-happy-dari-tihara.html

chunk (◕‿◕✿) said...

samala macam bantal busuk..satu je menjadi pujaan di hati :p

rayz said...

Haiyah... just tell her .. "Its a man thing !" laaaa....