Friday, June 4, 2010

Sudoku, Mari Belajar 1 - 9

malam2 ni just layan tivi ngan anak2. mula tu aku layan cerita tamil, tapi wife tak mau sebab tak de subtitle. aku? dah sebati dah tamil nadu ni. tak yah subtitle pun selamba badak air je. lagipun jothika yang berlakon. kalau tak fahampun takpe, tengok dia je. muah.muah.muah.....

dah tak dapat layan jothika, aku bagi je remote control kat wife. kejab dia layan imam muda, kejab dia tukar akademi al-quran. pening aku. aku layan hobi baru aku, sudoku.

ala, aku tau aku ulu, baru tau psal sukodu ni. selama ni aku banyak sangat hobi lain, hobi mengenal nombor ni aku maleh, math failed! tapi lepas satu peristiwa, aku rasa macam best pulak main sudoku ni. err... aku main yg beginner level la. baru belajo la katakan.

sedang asyik bersudoku, anak aku si luqman tegur.

luqman : ayah buat ape?
ayah : ayah main sudoku.
luqman : sudoku tu ape ayah?
ayah : ini main susun nombor 1 sampai 9 dalam kotak-kotak ni.
luqman : kenapa ayah belajar sampai nombor 9 je. luqman pun pandai, luqman pandai tulis nombor 1 sampai 9. nombor 20 pun luqman tau.
ayah : ye la. dah jangan kacau ayah.

oh ya... esok hari keputeraan SPB YDP Agong, Tuanku Mizan. sebagai hamba rakyat yang menjunjung pemerintahan beraja, aku turut menjunjung kasih atas pemerintahan baginda. Allah lanjutkanlah usia baginda tuanku. Daulat Tuanku!

3 comments:

SUZIE APAI said...

hmm...mmg bes main sudoku...bley menguatkan IQ disamping m'uji math kita....aku klu kelas relief, mmg angkut sudoku la bwk masuk kelas, biar bdk2 main...

Mak Su said...

saya tak reti main sudoku....melalut saya pandai ler ;p

Azriff91 said...

hahaha. kalu tgk n baca ni,

luqman : ayah buat ape?
ayah : ayah main sudoku.
luqman : sudoku tu ape ayah?
ayah : ini main susun nombor 1 sampai 9 dalam kotak-kotak ni.
luqman : kenapa ayah belajar sampai nombor 9 je. luqman pun pandai, luqman pandai tulis nombor 1 sampai 9. nombor 20 pun luqman tau.
ayah : ye la. dah jangan kacau ayah.

macam luqman tu perli ayahnya je tu. hihi