Sunday, June 20, 2010

Kerana cerita House

sekarang dah nak 7.00 pagi ahad (20/6/10), mata aku masih cerah. tidak! tak de masalah apepun. tak de pertengkaran, tak de masalah kesihatan, dan takde masalah dengan keluarga aku. ini gara2 pekena kopi arabica dan set sarapan mcdonalds jam 5.00 pagi tadi.

actually, aku dah tidur. tiba2 wife kejutkan sebab henset aku berbunyi banyak kali. aku saje letakkan phone luar bilik, faktor gangguan dan radiasi. tapi dah banyak kali bunyi, wife kejutkan aku risau ada apa2 kecemasan. heh! pekerja bangladesh aku yg call. dalam muka masih mood tidur, rambut tomahawk, dan suara masih tone donald duck, aku menjawab.

ada kecemasan di asrama pekerja bangladesh. salah sorang pekerja sakit. tangan kanan dan kaki kanan tiba2 tidak bergerak. masa tu baru jam 2.00 pagi. even mamai, dengan sedikit ilmu yang ada hasil melayan dengan tekun cerita house, scrub dan ER; aku bertanya beberapa soalan berbentuk objektif kepada pekerja yang menelefon aku. antara :

1) adakah tangan kiri dan kaki kanan pesakit serentak lumpuh?
a) ya
b) tidak

2) suruh pesakit gengam salah satu jari anda, ada rasa kekuatan tak?
a) ada
b) tiaada

3) adakah mulut atau bibir dia senget?
a) ya
b) tidak

4) suruh pesakit sebut nama penuh dia, jelas tak pertuturan dia?
a) jelas / faham
b) tidak jelas / tak faham

dan, seperti dijangka jawapan yg diberi menjurus kepada tanda2 strok. aku suruh dia bersiap dan berpakaian sesuai. ala korang tau la bangla ni selalunya ngan sarung dan singlet je. dalam jam 2.15 aku dah ada di asrama mereka. korang tau la rumah aku ngan tempat kerjapun dekat je. aku bawa dua pekerja bangla lain untuk papah pesakit. aku dah jadi driver, biarlah orang lain papah pulak. sebab kecemasan dan nak kepastian; (err.. sebab tau kalau pergi hospital tentu lambat) aku bawa ke klinik 24 jam di bandar port klang. dan setelah pemeriksaan, confirm dia ada simtom2 strok. aku minta doktor buat surat refer ke hosptal klang. apa lagi, kita ke klang!

ne.no.ne.no..... opss! aku bawak kereta sendiri, bukan ambulan. he.he.he... aku daftarkan di kecemasan. serta merta dibawa ke unit rawatan separa kritikal. dan cam biasa, dah tu dibiarkan menunggu. biasalah, orang2 dalam unit kecemasan ni dah lali dengan cemas. tak kisahlah, diorang tau apa dia nak buat, aku menunggu disebelah pesakit. akhirnya ada la doktor datang dan buat beberapa ujian, nasib baik sebenarnya ada surat refer, so diorang dah tau apa nak buat.

since lama menunggu, aku bawa 2 lagi bangla yg mengikut aku ke kantin hospital utk minum. makanan takde. kelaparan, aku ke mcdonalds andalas. since kedua2 bangla tu tak lapar sebab risaukan kawan dia, aku makan sorang. set sausage egg muffin dan black coffee memang sedap. since pihak hospital masih nak buat scan otak dia, dan masa diambil tidak pasti, aku hantar 2 bangla tu balik, dan aku balik jugak la. lepas solat subuh, aku stay di channel axn layan movie 'stranger than fiction'. so, entry kali ni lama sikit la nak abis sebab aku tulis masa iklan je. nak pulak anak perempuan aku pika yang baru sedar lepas aku balik tadi enak tidur diribaan aku. biasalah, anak pompuan.

kejab lagi dalam jam 9am, aku akan ke hospital lagi. uruskan kemasukan ke wad pulak. sebelum tu nak ke opis ambik dokumen dia dulu sperti passport dan juga sedikit pakaian dia.

apa2pun kerja HR ni cam nilah. buleh mengelak kalau aku nak, sebab aku dah beritahu pekerja kalau ada kecemasan tak perlu tunggu aku, call je polis atau ambulans atau bomba. since aku dah tau, aku lebih suka ambil tanggungjawab itu. aku yakin kalau kita buat ikhlas, Allah akan membalasnya dengan kebaikan juga disuatu hari nanti.

pengajaran yg aku dapat simpulkan disini ialah:-

1) semua orang perlu tau sedikit sebanyak tentang simtom penyakit dan rawatan awal. kebanyakkan risiko maut dapat dielakkan kalau kita tau apa jenis sakit dan cara menanganinya.

2) sakit tidak kira bila datangnya, even kita sihat. pesakit bangla ni baru lepas tonton bola masa kena strok. jadi, lebih baik kita menabung untuk masa sakit, membeli insurans dan medical card jika berkemampuan.

3) mononton tivi tidak salah. jadi tivi addict juga tak salah, tapi kalau dapat tengok cerita yang beri ilmu sekali sekala apa salahnya.

oklah, cerita stranger than fiction juga dah abis, anak akupun masih lena diribaan. aku nak masuk rehatkan badan kejab.

2 comments:

Noreza Bin Razak (019-2557073) said...

so, moralnya cari la agen2 insuran yang anda kenal atau korang semua boleh contact aku (019-3100282 | nbrazak@yahoo.com | norezarazak@prupartner.com.my)kalo berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan solution insuran yang ditawarkan oleh Prudential atau PruBSN..

p/s: Ingat la orang yang tersayang, bila anda meninggalkan mereka.

Mak Su said...

saya dpt byk info, pengetahuan melalui tv, nak beli ensiklopedia, kirim salamlah