Monday, June 21, 2010

Kemalangan Kereta

hari ni (21/6/10) mood aku agak down. ini gara2 cik KIAh aku terlibat dalam kemalangan. siapa cik kiaH? kereta aku daa....

camaner boleh kemalangan?

begini. kang sorang pekerja bangla aku kena stroke dan dimasukkan ke wad hospital klang hari ahad (rujuk entry lepas). so hari ni, aku nak pi melawat. dalam jam 230 petang, aku kesana. kebetulan ada sorang pekerja nak ikut aku sebab dia nak uruskan pekerja yang sakit tu mintak balik bangla berubat. bising benar pesakit tu, katanya duduk spital malaysia tak bagus. ubat langsung tak diberi. malas aku nak layan kerenah dia, dah duduk spital, tak kan aku nak pandai2 tanya doktor kenapa tak bagi pesakit makan ubat. gile ke hape.

baru je gerak dalam 5 minit, tiba dipersimpangan simpang 4 menghala ke kesas, lampu merah. so semua kenderaan berhenti la. kereta depan berhenti, kereta didepan kereta depan berenti, tak kan aku nak jalan pulak. akupun berenti sama la. sambil tunggu lampu hijau, aku borak2 la dengan bangla yg ikut aku tu. tiba-tiba....

dummm! kereta aku dilanggar dari belakang. terkejut aku. aku toleh belakang melalui cermin, dan mak aikkk... lagi terkejut bila kenderaan dibelakang aku menghentam kereta aku lagi sekali. dan kali ini membuat kereta aku melanggar kereta didepan aku. aku keluar dengan perasaan agak marah, nak bunuh aku ke hapa sebab dua kali langgar. lori pulak tu. aku bukan ahli politik palestin yang sesuka hati boleh dilanggar atau dibom oleh tentera yahudi.

pemandu lori turun, aku pun memang keluar kereta aku menghala ke lori. pemandu lori, lelaki melayu dalam umur 30an segera menyapa aku "sori bang, saya salah".

aku : "kamu langgar memang la kamu salah, tapi kenapa sampai langgar 2 kali?"
orang belakang :"saya tak sempat brek bang. oklah bang, abang cakaplah kalau nak reeport saya report. kalau nak kena bayar, saya bayar".
aku : "kalau nak bayar kamu mampu bayar ke?. lampu depan sebiji dah harga rm2000. yang lain2. kamu jangan cakap pakai sedap mulut je?"
orang belakang : "mahal tu, tak mampu saya bang"
aku : "saya tak nak gaduh, menda dah jadi. kita report je lah. (sambil ke depan ke arah kereta depan yg aku langgar)
orang belakang : ok bang, saya report.

aku : sori boss langgar you, lori belakang hantam saya dua kali, itu pasal langgar you.
orang depan : ok. saya tau, saya nampak.
aku : boss, kita report saje lah. apa you mau details saya kasi.
orang depan : tak payahlah, saya tak mau report. saya punya kereta saya sendiri repair. you punya depan, you claim kereta belakang lo.. ok, saya jalan dulu.
aku : ups... ok (sambil melihat kereta harrier lelaki cina yang aku langgar tu agak teruk pecah bumpernya.

setelah mengambil detail pemandu lori, aku membiarkan dia pergi. akupun tak sanggup tengok anak perempuan dia yang berada dalam lori menangis ketakutan dan kesakitan. aku yakin anak dia tu terpelanting langgar dashboard sebab kuat dia hentam kereta aku, dua kali pulak tu.

aku kemudian meneruskan perjalanan ke depan sedikit dan kemudiannya berhenti mengambil gambar kereta aku yang tercedera. oh ya, Syukur banyak2 kepada Allah sebab aku, pekerja aku, orang yg langgar aku, dan orang yg dilanggar aku tiada yang cedera. anak pemandu lori may be sakit kot, tapi ayah dia kata tak de apa2.

sambil2 tu aku call beberapa kawan polis dan awam tanya apa patut dibuat. kena report dalam 24 jam. malas nak fikir, aku terus report di balai trafik klang. kebetulan memang laluan aku ke hospital klang. aku just dropkan pekerja aku dihospital dan aku terus ke trafik. proses agak cepat dikaunter dan sesi soal jawab bersama pegawai penyiasat. cakap yg betullah, nak tipu buat apa.

kereta aku rosak apa? tak teruk sangat sebab tak remuk. lampu depan kena tukar sebijik, lampu belakang kena tukar, bumper kena tukar, bonet depan kena tarik sikit. yang pecah kena tukar ialah nombor plat depan belakang. aku saje tak nak publishkan gambar kereta aku disini, malas nak tunjuk plat aku. nanti ada je mamat beli nombor. dosa. apa yang aku bangga dengan cik kiaH ialah ketahanan dia. dengan hentaman depan dan belakang, cuba nombor plat je yang pecah, yang lain cuma terperesok ke dalam sedikit atau patah tempat pemegang skru. bumber depan dan belakang kukuh, aku yakin kalau kereta malaysia, heh.... expecially proton, memang bumber londeh punya, bonet depan mesti jadi huruf V, bonet belakang mesti terangkat dan tak boleh tutup, lampu memang bersepai. yang lagi syukur, orang turut terselamat.

No, No, No..... aku tak kata kereta luar hebat, atau kereta malaysia teruk, atau brand luar lain terbaik. cuba sendiri mau ingat le. kalau kereta hebat, bersepah pekerja proton dan perodua, even boss2 depa pun pakai kereta oversea. kenapa? akupun kalau ada duit, aku tak pakai kia, aku pakai VOLVO. Volvo for life.

3 comments:

Nur a.k.a admansyah said...

kesimpulan-nyaaa.... ko pakai keter aper bro???

Syukur takde apeX2! Alhamdulillah..

Noreza Bin Razak said...

Man gemuk....dah sampai masanya ko tukar kete tu..dah macam2 aku dengar kisah kete ko tu..aircond la, tu la, ni la..latest, eksiden lak...kete tu tak serasi dengan ko..mungkin tukar kete FORTE ker...mmmph...

alex said...

bulan lepas, kereta i kena langgar dari belakang, bumber terus pecah separuh, minta dia kalau boleh bayar saja tak perlu report, tapi ni tak ada wang pula, oklar, macamtu report polis tapi indian ini terus lari kan diri. terpaksa la but report sendirian, malah officer cakap dengan saya, i kena buat panggilan minta dia buat report kalau tak, i kena claim balik insurance sendirian, tapi apa tindakan akan diambil sebalikya yg langgar kereta i ? sama ada saman ? sama ada black list? atau tidak apa-apa ? seminggu sudah jalan dengan bumber yg tergantung di jalan raya. i tanya insurance dia cakap kalau dia tak buat report, i tak boleh claim dia pula, kena claim balik sendirian, malah NCB semua hancur lar...baru telephone kat polis station tanya, report belum siap sebab indian tu tak buat report, officer pergi cuti, kena tunggu lagi, sampai tahap ini memang susah hati tentang kemalangan macam tu, kalau macam ini semua langgar and jalan terus...adakah peraturan peraturan and undang undang masih diambil kepentingan and tanpa tindakan dari segi kesalahan yg telah laku. sesiapa yg boleh tolong i apa yg patut buat sebenar ya....