Friday, June 18, 2010

Kawin Mesti Masa Bulan Menurun

sekarang cuti sekolah dah nak abis, tapi majlis kawin masih menjadi2. sape tak nak kawin oi...! sama macam manusia normal lain, akupun dapat jugak undangan kawin. err.. maksud aku pergi kenduri orang lain kawin. tak kan aku nak berbini muda kot.

dalam memilih tarikh majlis kawin ni macam2 cara digunakan. kalau orang bukan Islam, biasalah... mereka akan menilik tarikh bersatu yg sesuai berdasarkan tarikh dan masa yg sesuai. biasanya mereka akan matchingkan tarikh lahir kedua2 pengantin. yang kelakarnya, kadang2 tarikh bersama yang pertama tu kadang2 kena masa tengahari, tetamu tengah ramai tu. kerana adat, pengantin kena bersama. kalau tetamu datang dan tanya pengantin, ibubapa akan cakap "ala, kamu makan je la dulu, pengantin tengah bercumbu dan menikmati nikmat bersama tu". he.he.he.... tak nyempat2 nye.

bagi yang melayu, ada gak ilmu2 gitu. guna tajul muluk, guna makrifat, guna kiraan tarikh lahir pun ada. yang aku baru dengar minggu lepas ialah tarikh ikut kiraan bulan penuh. aku pun tak ingat banyak, ala... dah umur makin lanjut ni, memori kepala otak pun dah agak sendat. kalau tak silap tarikh kawin yang baik mestilah masa bulan jatuh, err... lepas bulan mengambang penuh tu ia akan menurun le. kalau pulan penuh tak bagus sebab orang melayu yang percaya tahyul ni akan cakap bahawa banyak syaitan bergentayangan.

bila bulan tengah naik hingga bulan penuh tak sesuai. jodoh tak panjang, dan ada je halangan dalam rumahtangga. tapi sekarang aku rasa tak tak ramai yg ikut adat2 kuno tu. majlis kawin ikut tarikh cuti sekolah. rasionalnya ramai sedara mara dan kawan2 boleh datang. kalau kebetulan dapat musim hujan itu kira bonus, tak de la bunyi riuh sangat.

pada aku, tak kisahlah kalau sape2 nak buat majlis kawin masa bulan naik ke, bulan penuh ke, bulan menurun ke. sama je. tapi tolong, sekali lagi aku ulangi, tolong jangan buat masa pengantin pompuan datang bulan. kesian pengantin lelaki tu. peluk bantal golek je 2 minggu. kuang.kuang.kuang........

No comments: