Thursday, June 3, 2010

HR Memang Tak De Kerja

entahlah, kebelakangan ni badan agak capek. kepenatan. may be kerana kerja menimbun nak disiapkan. 5 syarikat nak diuruskan bahagian HR nya, sangat penat! ye, pekerja tak le ramai mana, tapi bila dipecahkan kepada 5 syarikat, bebannya agak besar.

ye, aku setuju yang kerja HR tak banyak. setuju sangat, sampai rasa nak tampar jer orang yg kata HR tak de kerja nak buat sampai cari kesalahan orang je. mencari kesalahan tu adalah kerja HR yg penting, jadi KPI.

aku pernah pergi satu kursus, dalam kursus tu penceramah tu buat joke mengenai cara nak letakkan orang dengan kerja yg sesuai. tak pernah dengar? ish.ish.ish... ulu betul la kalau cerita tu pun tak tau. ala,.... kisah letakkan calon2 pekerja di dalam bilik dengan batu bata. kalau calon tu jual batu bata tu, letakkan mereka di bahagian sales. kalau dipecahkan bata tu, letak je kat bahagian maintenance, dan banyak lagi lah. ada kat top mgmt, purchasing, production dan sebagainya. itu kalau calon2 tu ada ubah batu bata tu. kalau ada calon yang ditinggalkan bersama2 bata tu tapi langsung tak usik bata tu malah hanya merenung sahaja, letakkan calon tu kat bahagian HR (sumber manusia). nampak sangat orang yg cipta joke tu memang benci orang HR. may be pernah kena buang kerja kot.

ye, may be aku sekarang agak kepenatan dengan kerja rasmi dan kerja2 aku buat sendiri. ye lah, nak hidup kenalah buat kerja2 sambilan. nak jual burger tepi jalan, tak de masa, ada la business kecik2. ala cukuplah buat beli jajan anak2.

kadang2 melihat kawan2 yang dah melompat ke kerja gomen atau syarikat2 lebih besar; ada terfikir nak melompat sama. entahlah, inilah bahananya jika dah rasa terlalu selesa di tempat sekarang, rasa malas nak cuba cabaran baru.

dengki sikit2 kat kawan yg dah beralih angin tu memang ada. tengok kawan dah tukar kereta besar, rasa nak kereta besar juga. tengok kawan dah bergaji besar, rasa nak gaji besar juga. tengok kawan dah pangkat besar, nak pangkat besar jugak. tengok kawan bini dah makin besar, err.. aku nak bini kurus. tak sampai tangan nak peluk kalau gemuk sangat.

sampai bila aku mampu bertahan di syarikat sekarang akupun tak tau. may be bertahan sampai aku pencen. may be bertahan sampai mereka masih sayang kat aku (kena ada imbuhan lebih baik la..). atau sampai tahap aku dah tak larat menanggung kepenatan ini.

4 comments:

Mak Su said...

izman.... w/pun maksu bukan hr, tapi maksu tak tahu samada masih mampu bertahan atau tak.... rasa nak early retirement sangat2, bosan sangat dah.... :(

ko ada kerja kosong utk maksu?

umi ameer said...

aku ikhlaskan hati jer,mcm ko gak, aku cari lain2 sambilan jugak.. hihi..

apa yg senang dlm dunia ni? nak senang tu, mmg kena susah sketlah, ye tak?

jejakalkindi said...

xde HR...xde la gaji, kenaikan pangkat, claims etc..hehe

Sally said...

Uhukkss..kompom diri ini ulu..first time dgr hikayat batu bata tu..ye laaaa kita cikgu, kalau major Bio, ngajar Bio, kalau major English, ngajar English..hehe