Monday, December 15, 2008

Siapa Hantar Surat???

Malas nak crita pasal kerja yg tak habis2.

balik kerja tadi,masuk je pintu rumah je anak sulungku, luqman hakim mula memulakan dialog :

Luqman : Ayah, ada surat
Ayah : Surat untuk siapa?
Luqman : Surat untuk ayahlah..
Ayah : Siapa hantar?
Luqman : Posmen hantar (sambil berlari menghulurkan surat tersebut)
Ayah : .........

Sambil menggaru kepala melihat kepetahan anak aku menjawab. aku bersyukur mengenangkan anak aku ni makin bijak. betullah jawapan luqman, posmen lah yg hantar surat tu ke rumah kami. Aku lihat isteri aku mengekek ketawa, diikuti oleh kedua2 anak kami yg turut ketawa. aku sekadar senyum sinis, mengambil surat dan membukanya. macam biasa surat credit card.

8 comments:

keghorl said...

slm kwn.......kalo ada masa jgk2 la kebaikan financial planing di blog aku.......mana tau ko berminat..ni lah masa untuk merubah dan beba dr utang kad hantu....kad kredit.....MASA UNTUK BERUBAH KAWAN...OD ASB MENJAMIN MASA DEPAN

cendawanintim said...

itulah kanak2...sentiasa jujur dan ceria...

ILA said...

Larrr..aiii..suspen jerkk..anak kau niii!!!
bebenorrr..aku baca smpai k bawah..hehekkk..

wahh..dah pndai kau edit gamborrr ekkk:p

izman said...

keghorl,
aku selalu gak gi blog ko, tapi aku tak tau nak komen apa.

financial planning ni aku percaya sgt penting terutama bab mengurus kewangan dan bebaskkaniri dari hutang.

may be suatu hari aku jumpa ko utk dengar leebh lanjut at aku plan masa utk sertai seminar korang.

sape tak nak bebas hutang beb!

izman said...

cendawanintim,
itulah aku harapkan, sentiasa jujur, ceria dan sayang mengayangi.

tu yg terpikir nak lagi ramai anak utk tambah keceriaan keluarga (ramai anak??)

izman said...

ila,
itu yg seronoknya setiap kali balik ada je bahan dengan anak2 yg buat kami sentiasa ceria.

anak2 kan permata keluarga.

pandai edit gambar? actually software dari digital camera dan henpon ada utk edit2 gambar, aku je malass nak explore.

Mummy Cool said...

alahai jawapan yang sungguh tulus dan ikhlas kan... tentu cute masa dia jawab tu kan....

izman said...

mummy cool,
biasalah budak2, jawapan mereka tulus.