Monday, December 22, 2008

Kebizian melampau & Perlukan Cuti

hari2 mendatang ni amat sibuk dan memeningkan. maklumlah dah hujungtahun dan macam biasa HR dept akan bizi gilos dengan performance appraisal, summary gaji, overtime, medical cost, budget, costing, training dan mak datuk punya urusan lagi. kerja2 rutin hujung tahun mcm distribute uniform, kasut, calendar dan diary, stock take, renewal dan sebagainya juga amat memeningkan. hari ni dah 22/12/2008; cuma ada 6 hari bekerja lagi nak tamatkan tahun 2008 ni. stock take besar2 akn dibuat 30-31 dec.

sabtu ahad aku sibuk dengan kerja2 yg tak sudah. sampaikan adik aku nak datang bercuti sejak minggu lepas pun aku minta dia tangguhkan. bukan masalah tak sudi, tapi takut tak terlayan. pelawaan ila utk ke majlis berkhatan anak dia pun aku tak sempat pergi gara2 urusan sykt yg tak mampu aku tolak. padahal jarak ke rumah dia cuma 15 minit berkereta. maafkan aku ila. inilah nasib jadi seorang cleaner.

utk family adik aku dari kuantan, pahang yg nk dtg bercuti, aku mintak dia datang minggu ni. so, aku free sikit dan bolehlah nak gi jalan jauh sikit. rancangan asal diorang cuma nak ke zoo negara. aku upgrade sikit ajak ke zoo melaka. thn lepas aku dah pegi, tapi agak rushing sebab byk tempat nak pergi. so, kali ni ingat nak bermalam.

cuma tempahan hotel/chalet/apartment di sekitar bandar melaka adalah penuh bila aku cuba buat reservation jumaat lepas. kalau yg ada pun tak dapat utk dua keluarga. tak kan satu bilik nak share, walaupun adik beradik namun kena hormati privacy masing2. cadangan seorang kawan utk carik kat pengkalan balak, melaka pun aku dah cuba. majoriti chalet seperti chalet hjh mahawa, seraya pantai chalet dan beberapa chalet lain adalah hampa. tiada kekosongan pd tarikh2 yg diminta. nak buat cam ne tak de rejeki, apa2pun kalau pergi melaka nanti kami akan bawa keperluan bermalam, then redah je la chalet/hotel mane2 yg ada kekosongan. kalau tak de, balik rumah aku la. bukan jauh pun 2-3 jam perjalanan je.

cakap nak gi zoo melaka, wife aku nak mengeluh. bukan tak nak tapi penat berjalan. anak2 memang seronok tengok binatang. yg tak tahan ialah kami yg terpaksa dokong kalau diorang penat. cuma untuk wife aku dah cakap kalau pergi, kami naik train zoo je. ni gambar gi zoo melaka dan sekitar bandar melaka masa kunjungan kami pada 29/04/2007. masa tu kami gi konvoi dengan beberapa ahli keluarga dan kawan2 rapat. kaka dan sepupu aku pun turut serta, adik aku imran tak join masa tu.













cuma yg tak syoik bila ingatkan nak pergi melaka hujung minggu ni ialah aku belum gaji. cama biasa gaji kat sykt ni biasanya hujung2 bulan. kalau ada 30hb, itulah tarikh gajinya. kalau dah gaji, besaulah sikit budgetnya. lagipun kalau sampai melaka, tentu aku akan gi muzium setem untuk beli setem untuk koleksi dan jualan. silap2 gaya mau habis banyak jugak tu. tu belum crita nak chalet, tiket zoo, taman buaya, muzium samudera, beli belacan melaka, sedikit cenderahati dan sebagainya. cencaluk aku tak makan, dan aku haramkan bawa dalam kereta aku.

anak2 dah diberitahu tentang rancangan ke melaka, happy sakan mereka terutama luqman hakim. dia siap bagitau dulu dia nangis naik horse. kalaulah adik aku tak jadi datang, mengamuklah anak2 aku psl janji tak ditepati.

8 comments:

ILA said...

Larr..aiii...nak gi Zoo Melaka ke??
3 tahun lepas cantik sikit, tapi pghujung 2007 aku jenguk kat sna..la aiii..byak pula binatang yg kiokkk..yg kat safari pun dah tak byak binatang nya..
cuma aku masih tak leh lupa..kat spesis monyet yg bukan dlm sangkar tu..cuma di letakkan kat darat seperti pulau.Tang tu mmg aku tak leh lupa...sedap2 tgah videokan keletahnya..bley pulak dia tunjukan 'hartanya'..ciiss tak senonoh..kalau kau smpai sana, smpaikan salam maut kat dia..huhukk

satu lagi..this is just my advise..
ermm..bukan ke lebih baik kau gi A Famosa Resort.Kat sna..safari zoonya sangat mnarik. kiranya tak myesal bayar lebih.binatang kat sna pun bersih wangi2 belaka.Malah dlm tu,ada monkey island juga.di sna ada monyet brazil yg comei & jinak belaka..kita bley sentuh & kejarr2 mereka.Malah ada burung merak dan beberapa binatang peliharaan lain di biarkan lepas bgitu saja.tapi tlong jgn kidnap they all.cos utk sepasang monyet tu pun arganya dah 20K USD.

smpai skrang aku pasang niat utk kesana lagi...JOMMMMM!!

izman said...

ila,
aku belum gaji ko dah cadang yg mahal2, mane nak cekau duit.

nanti aku check ngan adik aku, a farmosa resort ye! kena google ni..

masa monyet tu tjk 'harta' dia tu apsal ko tak lastik? suka-suki tjk kat org. dasar binatang.

kalau ko suka kejar merak, aku cadangkan ko gi ostrich park kt kg. jawa. msk cage dia tu, ko boleh kejak merak dan merak pun bolh kejor kau. aku dah kena. kuang.3x.

Mak Su said...

ko dah cuba area kuala linggi? ko cuba gugel linggi chalet... best... pantainyer shady gaks ler... terai ler, tapi tu tahun late 90's, sekarang pun masih ok kot (aku mash ingat KM Chalet)

izman said...

mak su,
aku aku google sekarang. thanks for info.

Tie said...

Oh...orang kerja memang sentiasa bizi..makcik ni pun bizi gak, dok rumah tak abis2 buat kerja....cuma kekadang boleh ngulor kejap dpn pc..hihi.

Tie dah lama tak ke melaka.. sejak dok ganu ni macam dok bawah tempurung...bosan gak!

izman said...

tie,
sesekali kena gi jenjalan gak, walaupun dekat. itu terapi hilangkan stress.

teganu byk tempat menarik apa.

@LiYaNNuaR said...

syoknya bcuti... Melaka mmg best...
rasa nak pegi lagikkk... Ganu pon best lah...

arsaili said...

salam...bestnya..nape tak bawa stroller utk budak2 tuh....best tak zoo melaka tu? zoo kl ker zoo melaka lagi bes? Tak pernah gi zoo ni..ahahaha..bebudak suka la kan...educational for them.