Friday, December 5, 2008

Jumpa Blogger, Arsaili

Aku yakin ramai kawan2 dah banyak kali jumpa kawan2 bloggers. bagi aku sejujurnya baru dua kali. kali pertama jumpa si ila kat port klang untuk bagi tiket A1 GP. then pada 04/12/08, aku jumpa ngan arsaili. arsaili ni orang sarawak, tapi doq kat ostrolia.

memang kami plan nak jumpa sebab kebetulan arsaili ada urusan conference kat thailand. dia plan singgah kat KL dari 01/12/08 sehingga 7/12/08. tapi bila nak jumpa belum decide sebab tgk kebisian masa masing2.

tup2 lbh krh 7.30am (04/12/08) ada sms ajak jumpa. aku just reply kerja, sebab tak plan cuti. since arsaili baik hati nak turun ke port klang untuk lunch, aku amat berbesar hati dan setuju. plan lunch jam 12.30 tgh hari kt port klang.

sian arsaili terpaksa tunggu aku kat stesen komuter p.klang sebab dia awal sampai, dan aku tak leh awal sgt keluar sbb ada komitmen kerja. tapi... aku jumpa dia awal dari dijanjikan jugak. sblm jam 12.30 aku dah jumpa dia. since tak de plan, aku just fetch dia dan gi jusco (aeon) bkt tinggi, klang. since tak de pilihan nak makan apa, kami rayau2 dan ...... ternampak restoran windmill (nampak sangat tipu ternampak, sebab aku ada niat nak gi situ tapi takut org ostrolia tak suka). lepas ditinjau2 menu dari luar, dia setuju. Alhamdulillah!

kat restoran windmill aeon bkt tinggi ni, aku penah pergi bln lepas kot. since makanan dia nice, why not makan kat sini lagi ngan arsaili. suasana dalamannyapun tenang sebab tak ramai orang.

sambil2 makan/minum tu sempat lah kami bergambar



p/s : sori yer gambar arsaili dihilangkan atas permintaan beliau. memula tu aku nak hitamkan muka dia, tapi nampak macam penjenayah pulak, so aku hilangkan wajah dia je. kalau korang nak kenal dia, korang jumpalah. mengikut arsaili, dah banyak kali dia jumpa kawan2 blogger sebelum ni. he.3x, nampak sangat aku ketinggalan.

untuk pilihan makanan kali ni, arsaili pilih mixed grill sementara aku pilih chicken chambertin. errr... ape benda aku makan tu pun aku tak tau. yg aku tau ayam la. sambil2 tunggu menu utama kami bedal la mushroom soup dulu. dapat pulak dengan jus tembikai, pergh! sedap tuu... sebab aku tak tau nak describe apa yg aku makan tu, korang tgk la sendiri gambar dia. sedap! daging ayam tanpa tulang dan sos tu boleh tahan sedapnya.



dari dlm kereta, kat restoran dan on the balik; kami bersembang tak putus2, macam dah bertahun kenal. lagi menarik sebab kami same age. bezanya dia sekarang mengaji tahap tertinggi di ostrolia. sekali lagi ayat yg terpacul dari mulut aku ialah "what a small world". kebetulan kawan2 baik aku budak2 serawak adalah kawan2 dia masa di kolej di sarawak dulu.

namun masa tak mengizinkan kami lama2 sebab aku masih bekerja. dalam jam 230 ptg, aku hantar dia kat stesen komuter.

terima kasih arsaili atas cenderahati. jangan dengki! aku dapat selai baju dan satu topi ostrolia. warna kegemaran aku pulak tu (aku suka biru, hitam). may be dia tau aku suka makan, arsaili turut bagi aku ikan terubuk 2 ekor, besar2 pulak tu. terima kasih.




meskipun aku masih terlalu baru dlm dunia blog ni, kehadiran kawan2 yg menjengok blog aku dan kunjungan aku ke blog kawan2 adalah sesuatu yg aku hargai, terutama nasihat, petua, jokes, usikan, resepi, makanan, dunia anak2 dan sebagainya. ini menambah semangat aku untuk jumpa blogger2 yg lain kalau ada kelapangan dan kewangan.

sekali lagi kepada arsaili, Terima Kasih atas perjumpaan ini, dan harap persahabatan ini berpanjangan. Nantilah kalau tabung ayam aku penuh, bulehlah gi ostrolia (tak penah penuhpun...kuang.3x).

12 comments:

ILA said...

Wahhh..kau pegi ke Wildmill utk kali ke dua.dah tu dpt berjumpa dgn rakan blog...Lagi rasa teruja..bila bekas rakan2 sekuliah arsaili mengenalinya juga...semoga persahabtan kalian perpanjangan.Lepas ni..bley ler..dia menanti izman pula kat Australia yeakkk:p

Izman,
Salam Aidil -Adha buat awak & fly.
Jap lagi nak lek Tg Krg niiii...

izman said...

ila,
kebetulan gi sana. aku hrp pun persahabatan kekal.

selamat hari raya aidiladha utk ko sekeluarga.

Zanna_MamaBatrice said...

wah seronok jumpa blogger kan...
lagi best bila dpt sourvenier dr australia tu.....jauh tu bang..he he he...

salam aidil adha buat bro izman

izman said...

Zanna_MamaBatrice,
selamat hari raya aidiladha buat zanna dan keluarga.

mestilah best.

arsaili said...

salam bro...dah sampai kuching dah...sibuk menganyam ketupat..ahaha, yea happy to see you too..semoga ukwah berpanjangan

cendawanintim said...

wahhhhhhhhh, hepi kan dapat jumpa blogger..selama ni rapat lam dunia maya je...

ntah bila turn aku pulak nak jumpa ko ngan arsaili...huhuhu

BurungBelatuk said...

ke3...aku dah banyak kali gak jpe kengkawan blogger.salam eiduladha bang...

Lily.Lulu said...

rezeki ye bang
Alhamdulillah
:)

izman said...

arsaili,
terima kasih. akupun harap ukkuwah kita berpanjangan.

izman said...

cendawanintim,
nanti turn kita jumpa lak... tunggu.....

izman said...

burungbelatuk,
malu lak kat korang yg dah lama dlm arena blogging ni. baru jumpa 2 blogger.

izman said...

lily.lulu,
he.3x. rejeki jgn ditolak, sahabat mesti dicari.