Monday, December 15, 2008

Tahniah Alam Flora

sebelum datang kerja tadi sempat jugak aku usha proses kutipan sampah oleh alam flora kat area rumah aku. tak de apa2 hal, cuma nak tengok cara kerja diorang sekarang.

Alhamdulillah kutipan rumah aku baik2 sahaja. wife akupun tak pernah komen apa2 cuma aku rasa sebagai pengguna kita kena check and balance. aku masih ingat tahun lepas aku dah marah kaw.2x kat diorang pasal kutipan sampah depan rumah aku.

cerita dia begini...(lebih kurang setahun lepas)

setiap kali ada kutipan sampah yg dibuat 3 kali seminggu, ada je sisa2 sampah didepan pagar rumah aku. nak tak nak terpaksalah kami bersihkan (wife aku lah tu...). nak pakai tangan tak boleh sebab ia telah dikumbah oleh anjing yg banyak berkeliaran. dek kerana tak tahan, suatu pagi aku tunggu depan rumah dengan camera digital.

masa pengutip sampah ambik sampah, diorang biarkan saje pintu lubang sampah terbuka. pastu diorang siap kumpul depan rumah aku sampah2 tu yg di ambil dari rumah2 jiran aku. sebelum2 ni, bila diorang kumpul sampah depan rumah tu, ada masa agak lama sementara lori datang ambik. so, anjing2 sempat mengeledah dan memecahkan beg2 pastik sampah tu. actually, diorang bukan setakat kumpul depan rumah aku sorang, dalam satu barisan rumah aku tu, diorang buat 3 tompok tempat kumpul sampah. aku faham diorang buat begitu utk SENANGkan kerja diorang ambik sampah. tapi diorang dah MENYUSAHkan aku.

masa pekerja tu kumpul depan rumah aku sampah2 tu, depan2 diorang aku ambik gambar sampah dan gambar2 pengutip sampah tu. pastu aku panggil diorang utk tanya kenapa kumpul sampah depan rumah aku. semua jawapan diorang aku jawab 'salah'. aku suruh diorang panggil penyelia diorang dan pemandu lori sekali. semuanya kena hambur dengan aku. aku cakap baik2, diorang tak faham. aku bahasakan sikit. semua semua gambar sampah, muka2 diorang aku dah ambik, aku saje tayang2 kamera dan cakap nak adukan pada majlis perbandaran klang (MPK). aku siap bagitau lagi, kalau perlu aku nak masuk dalam surat khabar. semua pucat semacam je. korang tau la, orang HR kalau kenakan orang memang baikkk punye!

Alhamdulillah lagi sekali sampai sekarang walaupun pengutip sampah silih berganti, namun mereka tak sekali2 mengumpul sampah depan rumah aku. tapi kumpul kat rumah orang lain pulak. pintu tempat sampat tu pulak diorang tutup rapat2 dan siap lock balik. macam tu lah perkhidmatan yang cekap. Syabas Alam Flora!

16 comments:

ILA said...

FUSSSSSSYYYYY LAHHH KAUUUUU!!!!
Sian kat rumah 'orang lain' yg jadi tmpat kumpul sampah tu skrang..


larikkkkkkkkkkk!!

izman said...

ila,
kalau 'rumah org lain' tu tak kisah, apa boleh aku buat. buat bodo je la....

Mak Su said...

rasakannnnn, kena gempaks... siot jer ek.

izman said...

mak su,
kadang2 kena gempak sikit baru kerja jalan. tak salahkan?

- G O R O - said...

Salam.

Hidup didunia saling memerlukan.
Masing2 ada tugas masing2 sbg khalifah.

ita.itu said...

man, kah.kah.kah..aku komen salah blog ke ha..ha tu la ko..lenkali bukak lagi blog byk2..haha

izman said...

-Goro-,
betul tu.

izman said...

ita.itu,
nak komen setem pun ok gak. tapi asyik2 ko komen setem, aku sendiri pun nak tergelak.

Nek Cun said...

La... ingatkan nekcun sorang jer suka 'sergah' alam flora, rupanya ada geng. Baru pagi tadi nekcun complaint kat Majlis perbandaran Sepang kerana weekend semalam nekcun sekeluarga pergi berehat di pondok rehat kami di Pantai Sepang Putra. Dah tu nekcun tengok sampah yang nekcun tinggalkan sebulan lepas masih ada dalam tong sampah, memang macam tak dijengok langsung. Tukang kebun nekcun pun kata macam tu...depa tak kutip langsung sampah kalo depa tengok rumah tak ada orang.

Apa lagi... pagi-pagi tadi sampai ajer ofis terus nekcun telefon MBSepang komplain pasal sampah tu! Nekcun siap kata, kalau rumah kosong pun mereka mesti kutip sampah tu tak kiralah orang ada ke tidak kerana kami dah bayar cukai pintu mahal-mahal tau!... Nekcun warning, kalau sekali lagi depa tak kutip sampah dekat rumah kami, nekcun akan panggil TV3.Hah!... tak lama lepas tu, dua tiga kali orang Alam Flora telefon nekcun minta alamat penuh untuk nak pastikan sampah kat rumah kami tu dikutip mengikut jadual yang sepatutunya!... baru pada muka depa!... hehehe...

izman said...

nekcun,
sebenarnya itulah hak kita. kewajipan depa ialah kutip sampai ikut jadual ditetapkan.

alhamdulillah ada geng. ingatkan saya sorang je yg 'jahat'.

izZti.izztiHa ;-) said...

mslhnyer kt umah awk dia da xkumpul..tp kt umah org len plak kena..kesian r..nape xhambur diorg suh wat keje ssh skit..jgn nk kumpul smph dpn rumah org..hehe..lg satu..diorg gak ambik smph xsmua..ada balance..bila ditanya,,dia jwb "kami ambik smph bkn satu rumah jek"..geram aku..

izman said...

izZti.izztiHa,
aku bukan selfish atau fisherman, tapi kita kena jaga diri sendiri, keluarga sendiri dulu. org lain kalau diorang tak kisah, kenapa kita nak sibuk.


trima kasih dtg jengok.

Hans.Words said...

Salam,
Kejam ler kau Man. Habis busuk rumah orang lain. Kuang 3X.
Tapi sekali-sekala kena "basuh" juga orang yang susah nak faham masalah orang lain ni.

cendawanintim said...

isk..isk..isk..

izman said...

hans world,
betul tu. aku tunai t/jwb utk keluarga aku dulu. org lain? .....

izman said...

cendawanintim,
apsal? salah ke tindakan aku tu.....