Saturday, December 13, 2008

Goreng Pisang Bijan Bandar Sultan Sulaiman

Hari ni tak de menda nak buat, aku pegi beli goreng pisang bijan kegemaran keluarga kami di bandar sultan sulaiman, port klang. selalu sangat kami pegi, dan rasanya aku pernah tunjuk kat korang dalam blog aku ni.

goreng pisang ni pada aku sedap tapi tak leh lawan goreng pisang azmi kat shah alam. kelebihan goreng pisang ni ialah ia rangup, murah dan tokey kedai dia lawa. gambar tokey kedai tu aku saje blurr, nanti ramai pulak nak usha. ari ni mood dia baik sesangat sampai siap bagi bubur pulut hitam free. setiap kali beli mmg dia bagi lebih punya. moga ko cepat kaya. muda lagi tokey kedai ni, baru 18 tahun. tahi lalat kat pipi dia manis sungguh. nasib baik aku sedar diri aku dah beristeri dan ada anak. kalau tidak......


16 comments:

IGLESIA DE DIOS JESÚS ES EL CAMINO said...

Hello, mis mejores deseos para tí, God bless you.

Tirana said...

Amboi Izman.. sambil menyelam minum air ye... sambil2 beli goreng pisang, sempat jugak menjeling tu..hehehehe.. Saya pun suka goreng pisang..tapi dah lama tak beli..sejak kakak yang jual goreng pisang tepi jalan tu dah tak menjual..entah ke mana dia pergi.. Goreng pisang dia pun sedap jugak.

P.E.M.A.N.T.A.U said...

lama x pergi bandar sultan sulaiman...lapar pulak bila tgk keropok.

BurungBelatuk said...

goreng-gorengan itu feveret aku,terliur nengok...bro,ko amek gambar gne kamera ape?clear semcm jerk...

Nek Cun said...

Salam Izman, kat mana kedai goreng pisang tu? Boleh bagi landmark yang dekat tak kerana nekcun & atok pun suka juga jalan-jalan cari makan. Kalo kat Port Klang tu kami hanya tahu restaurant Muara ajer...

arsaili said...

salam..ewah2..sempat lagi yer..isk2..ahahaha. Betul ker sedap ??? ker sebab penjual dia cun...tu memain peranan besar tuh..ahahaha

cendawanintim said...

weiiiiiii, pesal kawan aku sekang nih..gatal bebenor...

karang kena lempang lelaju gak nih...

ILA said...

yupp betuii tu..cendawanintim..mmg patut kena lempang awai2..muehehehe!!

Ehhh..rasa2nya dah masuk 2 kali kau citer pasai goreng pisang ni kan???
bukan ke bnda tu agak berminyakkk..

haiyahhhhhhhhhhh..jaga paras kolestrol tuuu..jgn sebab byak duit..1 day nanti kena lebih byak beli ubat lorrrr:P

izman said...

iglesia,
thanks for drop by

izman said...

tirana,
jeling sikit je, nak lebih2 takut kena pelempang ngan cendawanintin dan ila pulak. wife aku tau aku ni jenis setia (kuang.3x)

izman said...

pemantau,
kalau ada masa dtglah jln2 belah port klang ni. walaupun agak ulu, tapi menarik.

izman said...

burungbelatuk,
he.3x. gambar biasa aku pakai digital camera.tapi kalau malas aku pakai henpon je. lately aku pakai henpon je. gambar kureng comel la sebab henpon cap ayam je. wa.... nak tukar henpon baru.

izman said...

nekcun,
gerai tu kat area flat kastam bandar sultan sulaiman. mmg dekat benar ngan restoran muara tu.

izman said...

arsaili,
ha.3x. pandainya teka.

kalau ikut psikologi, kalau jurujual comel dan manis, secara automatik goreng pisang dia jadi sedap dan manis jugak.

izman said...

cendawanintim,
ye ke aku gatal? tak perasan pulak.

dah pompuan tu comel, aku puji je. tak de niat lain. he.3x (sambil tanduk mula tumbuh)

izman said...

ila,
aik... ko pun dah join cendawanintim nak belasah aku. ni kes bahaya ni, nanti aku belanja ko utk elakkan ko geng ngan cendawanintim tu.

tak kan takat nak makan goreng pisang kena tunggu kaya?

ye.3x nanti aku kontrol sikit makan(sambil menyuap nasi lemak)