Friday, December 26, 2008

Kemas Stor dan Jual Besi Buruk

Semalam (25/12/08) dan hari ni (26/12/08) aku menghabiskan masa dengan mengemas stor dlm rumah aku. maklumlah cuti. dah lama aku tak buat pembersihan dan pembuangan barang secara besar2an. biasalah buat filing surat2 dan credit card statement dan sebagainya. barang2 besi dan plastik yg dah tak nak pakai tu aku susun satu tempat utk kitar semula.

sambil2 sibuk tu sempat jugak aku gi melawat kawan aku si khairul yg dah keluar wad, aku gi rumah dia ngan 2 org kawan yg nak joint semangkuk.

Melaka? nak gi melaka hari sabtu psl adik aku dan wife dia masih kerja hari jumaat. mmg plan sabtu pagi dan stay pun semalaman je di melaka. adik aku dijangka sampai rumah aku petang atau malam ni.

berbalik psl kemas bilik stor. actually, aku selalu tengok org kutip dan jual tin2 minuman dan sebagainya. so, aku turut kumpul kat stor aku tin2 minuman dan bekas makanan yg kami guna. tak kan aku nak kutip tepi jalan kot, segan jugak. 3-4 bulan jugaklah kami kumpul, yg excited kumpul ialah luqman. kami sediakan satu kotak dlm stor dan setiap kali minum minuman tin, luqman lah yg sibuk nak simpan dlm stor.

so, dah mengemas dua hari, banyaklah menda yg aku dan luqman kumpul. ada 4 plastik sampah barangan besi/aluminium termasuklah tin minuman bergas, tongkat ali power root, pearl cafe, cincau, sardin, susu, milo, tin biskut, kepala paip rosak, door knob pintu yg menyebabkan pika terkunci, mangga kunci rosak, dan lain2 lah.



since aku tak pernah jual dan tak tau harga, aku redah je lah stor barang luruh paling dekat rumah aku pagi tadi. apa, tak kerja? aku cuti lah, annual leave aku banyak gile. parking kereta je bebudak pekerja tu terus dtg dan ambik barangan utk timbang. aku mcm budak tadika mengekor je dari belakang tengok diorang check barang dan timbang. pastu, dia hulur duit hasil julan brgn tu.

pegang je duit, dan dimaklumkan hasil jualan oleh macha tu, aku ketawa terbahak2 sorang2 sampai macha tu pun pelik. korang rasa berapa hengget aku dapat....



RM4.50. itulah duit aku dapat utk jualan besi/aluminium tu. 85 tin minuman. 5 tin biskut. berpuluh tin susu, milo, sardin, cendawan (bukan cendawanintim ye...), laici, longan, susu anak, door knob, mangga kunci, steering lock, periuk lama, aerial tivi lama. semuanya untuk rm4.50. minyak kereta aku pergi balik ke stor brg lusuh tu pun tak padan.

then on the way balik aku singgah kedai runcit. beli sedikit lauk pauk, sayur mayur, surat khabar, kek, jeli anak aku, kelapa mesin, makanan ringan dan air tin. balik rumah wife aku terkejut banyaknya barang dibeli hasil jualan besi buruk. aku siap tunjuk dia rm4.50. wife aku cakap "mahal nya besi buruk, patutlah ramai org siap selongkar sampah cari". pastu dia cakap lagi "dah beli barang banyak ni siap ada baki rm4.50 lagi". aku sengih dah cakap "yg rm4.50 ni ialah duit jual besi buruk tadi. barang2 tu abang pakai duit sendiri". wife aku ketawa sampai keluar air mata. anak2 ikut ketawa. aku malas nak ketawa, cuma senyum sumbing je. duit rm4.50 tu pun aku tak ambik, aku bagi luqman sebab tolong aku kemas bilik stor. nak beli goreng pisang dan keropok untuk minum petang akupun tak lepas dengan duit sebanyak tu.

sebagai org yg baru pertama kali kumpul dan jual besi2 buruk ni, ini hasil rumusan aku :-
1) banyaknya tin2 minuman berkarbonat dan bergula tu tunjukkan aku tak jaga pemakanan. power root tu sebab nak tambah powerke??

2) memang tak berbaloi kumpul2 menda2 tu. tiada harga berbaloi. patutlah ramai org buang je, dan termasuk aku la tu. menyemakkan rumah ada la...

3) aku kasihan bila mengenang nasib org yg hidupnya bergantung pada kutipan dan jualan besi buruk ni. berapa banyak agaknya perlu diorang kutip utk belanja dapur harian? patutlah aku selalu tengok ada satu keluarga melayu tu hujan lebat pun masih selongkar sampah cari tin/botol/plastik dan kertas area perumahan aku. siap bawa anak kecil yg aku yakin masih bersekolah rendah.

oh ya, kat rumah aku tu sebenarnya ada satu lagi pastik sampah barangan plastic yg aku kumpul tadi. tertinggal. brg biasalah; cawan plastik lama, pinggan melamine, bekas air yg pudar, rak cuci pinggan lama, mainan yg rosak dan lain2. nak gi jual? ha.3x, malas aku nak bazirkan minyak kereta dan masa aku. nanti aku bagi je kat mana2 org kutip besi buruk/plastik yg ada nanti.

ok lah. may be aku akan update blog lepas aku balik melaka nanti.

adioss.

14 comments:

arsaili said...

salam man...betui ke tak kena tipu? my parents selalu gak kumpul tin2 ni...tapi tak pernah tanya berapa sekilo...sebab tak jauh dr umah ada tempat menjualnya. Tapi dia org kumpul lama la...sebab kat swak hari raya kan minum air tin bergas...mana ada pakai sirap...so banyak la tin2 terkumpul...
Takpe RM4.50 tu duit gak..sesambil tu kita jaga kebersihan. Kekadang org buang tin tu sampai tempat sarang nyamuk..demam chikungnya plak...eheheh

Grow2g3th3r said...

Salam ....

Emmmm.. sesekali cuti buat projek 5S kat umah pun best jugak kan.. nie asyik 5S kat opis je.. TQ ye kerana memberi saya idea utk memulakan projek 5S di rumah.. tq and salam kenal.

jejakalkindi said...

bagus ni, kitar semula barang lama..baik untuk persekitaran...aku mmg sokong....kalaulah semua orang camni..

jane said...

salam izman,
selamat ke melaka....
bro, wa pun kompol bebarang recycle nih. siap ada tong sampah tersendiri lagi. tapi x ada store nak sorok, letak tepi rumah...memang nampak semak tapi, tengok muka anak yg seronok dapat duit hasil jualan, suka!! boleh buat selalu w/pun murah aje!

cendawanintim said...

ko ni kan...ingatkan nak jual aku tadi...adehhhhhh..

takpe lah, rezeki jugak RM4.50 tu...

ummi said...

salam..

kami pun penah kumpul barang lusuh cenggini. Errmm pulanganya memang tak memberangsangkan. Tp at least kita menyahut seruan kerajaan utk jaga alam sekitar. Jaga kebersihan..Tp lawak jugaklah komen wife u tu..banyak dapat beli barang ahsil duit jualan.hehe

izman said...

arsaili,
tipu ke tak, tak tau la sbb itu kali pertama jual. may yg terakhir kot?

betul, rm4.50 tu duit penat lelah tu, ok la....

izman said...

Grow2g3th3r,
salam kenal dan trima kasih singgah.

betul tu, biasa 5s kat opis, kina rumah pulak. patut jd amalan sebenarnya.

izman said...

jejakalkindi,
kitar semula mmg bagus.

kata2 ko tu jdkan aku serba salah nak hentikan kumpul tin2 ni.

izman said...

jane,
korang semua ni buat aku rasa bersalah pulak nak lupakan hasrat berhenti kumpul tin minuman ni.

betul, anak2 seronok kumpul dan dapat duit. kena fikir balik ni... lagipun bilik stor mmg ada.

izman said...

cendawanintim,
nak jual ko, jual pakai kilo ke pakai tan? kuang2.3x. sian pulak laki dan anak ko kalau jual ko yer.

betul rm4.50 pun duit.

izman said...

ummi,
yg penting kita menyumbang pd kitar semula dan kebersihan.

dia mana tau dapat berapa, tu terkejut beli brg byk.

Snow Peace a.k.a WaWa said...

Skang rege tin ngan besi buruk tu da turun..wa tau sbb kat umah makcik ada 1 family ni mmg dia carik rezeki ngan jual brg2 tu...last 3,4 mnths mmg rege brg2 tu mhl...

izman said...

Snow Peace a.k.a WaWa

dah turun rege ke, mane la aku tau. itu la kali pertama aku jual.