Tuesday, December 30, 2008

Trip Ke Melaka : Episod Bergumbire di Ayer Keroh

Ok aku stori sikit sebanyak psl trip jalan2 ke melaka pada 27/12/08 (sabtu) dan 28/12/08 (ahad).

Awal pagi 27/12/08; keluarga aku (aku, wife, luqman hakim & pika) serta keluarga adik aku (imran, wife dia zura, irfan & marsha) bertolak ke melaka. pergi satu kereta je. kereta adik aku tu park je kat rumah aku.

destinasi pertama ialah taman mini malaysia & taman mini asean di air keroh, melaka.


yg bestnya belum panas lagi perjalanan, kami dah pulun cenderahati dulu. kalau tak beli awal2 takut abis duit pulak, maklumlah budget ciput.



tapi kami tak sempat pegi muzium lebah sedunia yg terletak bersebelahan. lain kali je la yer.

destinasi kedua ialah zoo melaka yg terletak berdekatan. parking full, tepi2 jalanpun full. kami akhirnya park di parking lot expo bersebelahan horse riding. ala seberang jalan zoo melaka tu la....


dlm zoo melaka, keluarga aku dan adik aku berpecah. diorang nak jalan2 sebab tak penah sampai, manakala kami sekeluarga memilih menaiki tram.


yg kelakarnya, keluarga adik aku yg berjalan2 akhirnya memilih naik tram jugak sebab tak larat berjalan. besar zoo melaka ni, dlm 50 hektar rasanya.

keluar zoo melaka, kami redah pulak taman buaya. kat depan taman buaya tu sebenarnya dah nampak waterfall buatannya yg tak terurus dan penuh sampah sarap. kami masuk jugak, dan kebetulan ada pertunjukan buaya. secara ikhlas, aku langsung tak tertarik dengan pertunjukan tersebut. aku pernah menyunjungi kawasan ini sejak aku sekolah, dan ia menjadi semakin membosankan. kedudukan cam lahanat akibat cerun yg agak curam dan berbatu kerikil, kerusi yg sedikit, pentas yg cinonet. alahai taman buaya. the best part is kami susah payah bayar tiket dan tunggu pertunjukan, tapi rupanya ada orang boleh masuk free melalu pagar yg rompong di sebelah pentas pertunjukan. orang dari tempat menunggang kuda sebelah tu dengan selamba je redah pagar dan masuk taman buaya.

keadaan taman buaya adalah sgt menyedihkan, tak ceria langsung. memang la tengah upgrade kolam2 dia tapi berapa ekor je buaya yg korang letak. kolam2 baru nampak sangat guna besi murah sebagai penghadang orang jatuh. aku nampak taman buaya tu lebih nak jadi taman tema air pulak. aku cadangkan korang pergi thailand tengok taman buaya diorang. adik aku yg tak pernah sampai pun rasa memang tak berbaloi masuk taman buaya. bosan. gi zoo melaka dah berbaloi kalau takat nak tengok buaya.

disebabkan anak2 aku kebosanan dlm taman buaya, aku bawa diorang naik train jurasic park. gelak besar diorang tengok hantu2 kelakar dan raksaksa besi yg menakut2kan penumpang train. ni gambar wife aku bergambar dengan raksaksa yg menakut2kan penumpang tu sementara anak2 aku ketawa geli hati.



abis tu, semua kebosanan balik. nak masuk rumah hantu, takut anak2 tak boleh tidur malam pulak, tak pasal2 mengigau kang. anak aku si pika siap tertidur lagi. nak pergi bandar hilir, abang polis kata agak jammed sebab pengunjung terlalu ramai. maklumlah minggu akhir cuti sekolah. lagipun malam tersebut akan berlangsung sambutan krismas peringkat kebangsaan di kg portugis di melaka. so, kami ambil keputusan utk terus ke KM chalet utk berehat dan bermandian pantai.

sambung lagi ye....

17 comments:

cendawanintim said...

fridge magnet aku maner????

larikkkksssssss lelaju!!!

jejakalkindi said...

wah2...aktiviti terbaik di penghujung 2008...lama dah x sampai melaka..

izman said...

cendawanintim,
fm to memang aku tak jumpa, dan tak beli.

ape aku beli utk ko yer? nanti aku recall.

izman said...

jejakakindi,
yup, penutup thn 2008 dgn bercuti.

melaka berbaloi gak pergi.

ILA said...

Dlm Tmn Buaya tu...tersangatlah myedihkan...sangat busyuuukkkk..uiii..
tapi bukan ke kat situ anak2 awak bley tunggang kuda;)

okeyyy..tunggu entry seterusnya..
ermm..mana jajan aku!!???
(bertanya sambil menekupkan muka:p)

ILA said...

Oh yeeee...bukan ke fridge magnet bley dpt kat zoo Melaka..byak lorrr..kat sana.. tu kedekuttt le tu..taik idung masin..
hihikkk~~

izman said...

ila,
tmn buaya mmg merugikan. anak2 aku takut naik kuda.

fm ada kat zoo melaka? x jumpa pun. kat kedai sblm keluar ke? aku jalan2 gak, cuma nampak byk patung2 monyet je, ular2.

aku usha cenderahati kat gerai kat luar zoo melaka. yg dpt mainan anak2 aku. semua nak mainan ben 10. pistol cicak.

aku pegi bugdet ciput belum gaji, mane nak ada cenderahati bagai. beli key chain je dgn pisang salai.

Snow Peace a.k.a WaWa said...

Kalau g Melaka ni 1 je yg haku tak tahan..cuaca dia panas sbb dia kan da dekat tepi laut...tp melaka mmg tpt best tuk dilawati...aku suka ronda2 melaka..

@LiYaNNuaR said...

rindunya Melaka...

awieworld said...

salam maal hijrah..

huh..melaka yer...gumbirenyer....harus tu...hehe...dah lama saya tak ke melaka...last g pun bulan 3 2008...kira lama la gak kan..ahaks

nak g nak g...

jinggo said...

best betoi boleh jalan-jalan.........

Penoreh Getah said...

salam..

tahu tentang anda dari arsaili.. menarik zoo melaka ni

Mak Su said...

jalan kaki kat zoo? huhuhuhu, aku pun tak larat. hahaha

eh, korang gi tak makan ikan bakar umbai? or naik eye on melaka tu?

PuteriSatu said...

aku gi zoo negara sajork...kat ulu klang...wekekek....

izman said...

Snow Peace a.k.a WaWa,
mmg agak panas sikit. tu asyik balun ais je sampai sakit tekak.

overall melaka mmg best.

izman said...

@LiYaNNuaR,
rindu melaka tak pe, jgn rindu org melaka. marah che aben.

izman said...

awieworld,
trima kasih. moga maal hijrah bw keberkatan utk awie juga.

bln 3, 2008 dah pegi kira ok la tu. bestkan melaka.