Tuesday, February 10, 2009

Antara tivi baru dan kucing friskies

mood kami sekeluarga sekarang tak berapa ceria. ahli keluarga aku semua sihat (wek2 tidak dikira). yg tak sihat cuma tivi kami. balik tesco malam semalam (09/02/09)bukak tivi sambil melayan nasi lemak kerang flat pendamar dan wife dan anak2 pekena roti canai telur. aik! tak keluar gambar, asterol menyala. tivi yg senyap.

selera makan terbantut kejab. aku cuba menekan2 punat kawalan dan kemudian punat pd tivi. senyap! wife mula bersuara menyuruh aku makan dulu sebab nasi lemak dah terhidang. so, kita makan dulu.

abis makan aku cuba godek2 tivi. then goyang2 mane patut. tapi hampes! anak2 mula bertanya "tivi rosak ke ayah?. ayah beli tivi baru ye macam dekat tempat buku hari tu.". kadang2 aku terfikir adakah ini natijah akibat keceluparan mulut aku sabtu dua minggu lepas.

ok.... kita flash back.....

hari sabtu 31/01/09 masa gi pesta buku alaf 21 kat shah alam, aku saje ronda2 shah alam. rindu gak ronda2 shah alam. aku bojang2 dulu duduk shah alam. tiba2 masa nak sampai traffic light dari round about padang jawa nak gi seksyen 17/18, aku terpandang ada macam sale hebat je belah kanan jalan. aku terus mark lokasi gps tempat tu dalam memori otak aku. aku terus je perjalanan ke gerai oreng pisang azmi kat komuter shah alam.

balik beli gorpis azmi, aku nyinggah jab. ada jualan brgn letrik jenama ECE. menarik gak. yg lain tak menarik sangat pada aku, aku nampak tivi plasma je. wife cam biasalah terkinja2 nak electric oven, tapi aku malas nak layan. microvawe dah ada tak nak guna, nak oven pulak. lupakan oven, aku nak crita psl tivi ni...

tivi plasma 42 henci rege dia lebih kureng rm1200.00. air liur aku dah meleleh dah. tapi aku cover dengan topi free yg aku dapat masa grand prix A1 hari tu. untuk menyejukkan diri aku cakap ngan wife dan anak2 "tivi kita walaupun kecik tapi ok lagi. kalau dah rosak bolehlah kita tukar".

tamat flash back.

sebab tivi rosak, dan anak2 mula tertanya2 tivi nak tengok kartun. aku dengan ini membuat keputusan. esok aku akan pegi hantar repair tivi buruk aku tu. boleh pakai lagi. ekonomi meleset ni kena menyimpan.

untuk menghiburkan anak2 yg nak tengok kartun tu, aku baca je buku2 cerita untuk diorang. luqman sedang tunggu aku menaip sebab lepas ni mesti dia nak main games. pika pulak mesti tukang menyebuk menyemas didapur bersama ummi dia. ummi dia kemas, dia sepahkan. malam ni menu utama ialah ayam goreng bermadu.

untuk korang yg tak jemu2 membaca entri aku yg selalu memang panjang ni, aku crita pasal frieskies. korang layan lah yer....

crita friskies 1 :

kisah ni berlaku masa aku masih studi kat uum sintok, kedah. tahun berapa aku dah lupa, rasanya tahun kedua kot. suatu petang disebabkan ada urusan ngan kawan baik aku ahmad haparizam (bukan nama sebenar), aku ke bilik dia di aras yg sama ngan aku, blok berbeza. aku tau kejab lagi dia mesti balik kuliah. tunggu punya tunggu, dia belum balik. aku tunggu jugak la... nasib baik dia selalu beli surat khabar, aku baca la surat khabar. si haparizam dan roomate dia ada hobi memberi makan kucing2 liar, dan menjadikan kawasan luar bilik dia dah macam kawasan ternakan kucing. bau kucing sekucing-kucingnya. malah, disebabkan dia dan roomate dia orang berada, diorang mampu membeli makanan kucing jenama frieskies utk kucing2 gedandangan itu. dia beli frieskies kampit besar, dan masukkan dlm bekas makanan macam tupperware tu, tapi besar la. beli makanan kucin kampit besaq, dapat hadiah bekas simpan makanan kucin. kat bekas plastik lutsinar tu pun ada gambar frieskies, tapi kecik je la.

tiba2 ada satu mamat dari ulu banat mana tah datang bilik tu cari roomate haparizam. aku saja2 berbasa basi, teguq2 tanya soalan2 standard u seperti "duduk kolej mane ye?, course ape? batch mane?. tapi respond teruk. may be dia tengok aku cam budak kampung kot. tak pe aku memang budak kampung, nak malu ape. dari percakapan dia, cam anak pegawai gomen je.

sebab respond teruk, aku sambung baca paper balik. sementara mamat tadi aku tengok macam kebuluran je cari makanan. pastu aku tengok dia terjumpa bekas plastik makanan kucing yg ditelak dibelakang loker. aku layan je dengan ekor mata aku sambil hati berdetik suruh dia makan. pucuk di cita, ulam mendatang. mamat mangkuk hayun tu selamba badak air je bukak dan makan makanan tu. sambil kunyah, aku jeling2 tengok dia hidu2 makanan tu. tapi terus makan, dan makan, dan makan. aku rasa nak pecah perut kesukaan (maksud aku gelihati). dah makanan kucing memang bau cam biskut, pastu ada2 bau ikan, daging, seafood dan sebagainya. tak buleh tahan, akhirnya aku keluar bilik dengan alasan nak kencing dan terus ketawa terguling2 dalam bilik aku.


gambar hiasan ehsan www.friskies.com


crita friskies dua :

ni kisah baru lagi. baru dua minggu je kot. kat opis aku. kawan baik aku si khairul azman (bukan nama sebenar)syiok bercerita dia mula membela kucing. anak dia yg beria2 nak bela kucing dan kebetulan ada jiran yg nak sedekahkan kucing, dia ambik la sekor. dia cuma beli kandang dan keperluan kucing.

sedang2 syiok dia bercerita ngan aku psl kucing dia, aku mencelah :

izman : rul, kucing ko tu kucing biasa ke kucing bulu lebat?
khairul : kucing bulu lebatla. tapi anak lagi.
izman : baka menda?
khairul : baka frieskies.
izman : baka frieskies?
khairul : a..ah. baka frieskies. ala yg kucing cantik2 tu.
izman : frieskies tu bukan ke nama makanan kucing ke?
khairul : ye ke? aku mana tau. yg aku dia kucing baca siam tu.
izman : ko ni, suka2 hati je bagi nama baka kucing.

14 comments:

Monkey D Luffy said...

gila apa org tu makan makanan kucing? kebuloq apa?

baka friskies memang ada! dibiak menggunakan gen pembungkus FRISKIES. hehehe

izman said...

monkey d luffy,
bukan kebuluq, tapi sombong tak bertempat. ye ke, nanti nak cari sekor baka friskies.

Abang Long said...

Alahai Kucing Frieskies ... hahahahaha ... ikut sedap mulut je ...hahahaha

izman said...

abang long,
sebab pulut, santan binasa,
sebab mulut, friskies dapat dirasa.

nurazzah8 said...

berjimat-cermat di zaman kemelesetan ekonomi...satu langkah yang bijak! ...
Tahniah kerana dapat melawan NAFSU yang besar untuk membeli tivi BESAR!!!! bagus...bagus....

Rasanya macam nak gelak guling-guling baca kisah member makan makanan kucing tuh! takkan lah dia tak perasan bau semacam jek?

izman said...

nurazzah8,
nafsu memang nak beli, tapi poket tak mengizinkan.

may b betul2 lapar kot. saya saksi kejadian langsung ketawa sampai nak berair mata.

izman said...
This comment has been removed by the author.
ILA said...

ermmm...nak komen yg mana satu dulu yeeee...
ohooo..kau terbiasa mkn nasi mghadap TV ye..patutlah sedap banget..psss..nasi lemak tu,kal.nak turunkan kandungan kolestrolnya persamaannya kena berjogging 1 hari 1/2 gitu;)

bagus2!!! sila myimpan..TV plasma tak lari kemana;)

bab pasal makanan FRISKIES tu..ehhh!!sedap perrrr..anak aku masa 4 tahun terliuq tengok kucingnya makan terus dia ikut sumbat dlm mulut.sempat le jugak dlm 7,8 keping biskut tu..bila di tanya, dia jawab 'SHEDAPPPPPP'..
tak caya?? cuba!!..hiihikkk..

izman said...

ila,
aku mmg dah kurangkan makan lewat malam, rasa dah kurus 1/2 aun (puan pound yer..).

aku tak de kucing, so tak de la beli biskut kucing utk dicuba. aku lebih rela beli biskut kering timbang yg lebih keras, cicah ngan kopi pekat. perh! sedapnya. nak pulak time hujan.

anak ko cuba, ko bila lagi? kuang.3x

cendawanintim said...

baka friskies tu di biak melalui wrapping friskies tu lah...ngeh333

izman said...

cendawanintim,
ye ke? kuang.3x. kalau makan alpo, jadi baka alpo lah ye

Anonymous said...

Hu..huuuuuu..... Canteeek!!! Kucing kn ker mkn ikn n mnm susu cm mnusia... So, x slh rsanyer mamat tu mkn mknan kcg tu...he...he...he.... Jadik cm ank buah aku daaaa... Friskies pnya psl mrajuk x nk mkn nasik!! Kcg mkn dia pn nk mkn jugak... ktanya kcg bley mkn, x kn dia x bley mkn.... Haghu...haghu...

Anonymous said...

Hu..huuuuuu..... Canteeek!!! Kucing kn ker mkn ikn n mnm susu cm mnusia... So, x slh rsanyer mamat tu mkn mknan kcg tu...he...he...he.... Jadik cm ank buah aku daaaa... Friskies pnya psl mrajuk x nk mkn nasik!! Kcg mkn dia pn nk mkn jugak... ktanya kcg bley mkn, x kn dia x bley mkn.... Haghu...haghu...

sss234 said...

ade sape2 tau ke ape jenis baka friskies tuu,... warna oren (red tabby). ekor panjang. berbulu sederhana,.. bukan bulu panjang macam kucing parsi tu,... sape2 tau tlg comen ek,... saye nak tau gak,..